|
huhu....muko kawan den ado la dalam berito nih.....
bukan main lebar sonyum dio.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by webxcrawler at 17-12-2010 13:12
KLINIK RAGBI PERCUMA SETIAP SABTU UNTUK GURU, WANITA DAN REMAJA
Warga Ragbi Putrajaya bergambar dangan KSU Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dan penaja Gilbert South East Asia di Pelancaran Pasukan Ragbi Sentuh Wanita 'SWiT team'
GURU, REMAJA, KANAK-KANAK DAN WANITA bakal berpeluang mempelajari sukan ragbi secara percuma mulai 8 Januari 2011 melalui Program Pencarian Bakat Ragbi Now Everyone Can Try musim ke-2 (NEOCT Season II) Padang Ragbi B Precint 5 Putrajaya.
Klinik Ragbi Now Everyone Can Try diadakan bertujuan untuk mempromosikan sukan ragbi di Putrajaya di samping menyahut seruan Yang Berbahagia Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Hj Ahmad Phesal bin Hj Talib yang mahukan sekolah-sekolah harian di Putrajaya menjadikan sukan ragbi sebagai salah satu aktiviti sukan di sekolah masing-masing.
DR Puteri Noor Liyana Zainal (tengah) bersama kanak-kanak Scorpion Kids in Touch (SKiT team)
Now Everyone Can Try musim ke-2, program pencarian bakat ragbi bercorak liga 15 sepasukan merupakan sebuah program yang telah mendapat pengiktirafan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Akhbar New Straits Times, Akhbar Sinar Harian dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai program pencarian bakat antara terbaik di Malaysia. Laporan akhbar New Straits Times 13 May 2010 Now Everyone Can Try: Full Marks For Talent Search, Utusan Malaysia 15 Mei 2010 PRP Julang Sesiapa Try Ragbi dan akhbar Sinar Harian 11 Mei 2010 Pencarian Bakat Capai Matlamat.
Inovasi daripada penganjuran kali pertama 28 Mac 2010 hingga 8 Mei 2010u, Persatuan Ragbi Putrajaya (PRP) terus melebarkan sayapnya agar dapat memberi manfaat yang lebih kepada penduduk Putrajaya.
Program Klinik Ragbi Now Everyone Can Try memberi peluang semua golongan di Putrajaya untuk mempelajari sukan ragbi (Touch Rugby & Contact Rugby) secara percuma selama 8 minggu berturut-turut dan berakhir dengan satu kejohanan ragbi sentuh tertutup peringkat Putrajaya.
Sekolah-sekolah dan jabatan-jabatan kerajaan boleh menghantar pasukan masing-masing ke Padang B Precint 5 Putrajaya seawal jam 9 pagi hingga 12 tengahari setiap Sabtu pada tarikh tersebut; 8 Jan 2011, 15 Jan 2011, 22 Jan 2011, 29 Januari 2011, 12 Februari 2011 dan 20 Februari 2011. Kejohanan Ragbi Sentuh Tertutup Putrajaya akan berlangsung pada 26 Februari 2011.
Berita sepenuhnya: http://www.sukandaily.com.my/v3. ... ytempatan&Itemid=13 |
|
|
|
|
|
|
|
NOW EVERYONE CAN TRY MUSIM KE-2 SASAR PENAJAAN DARI AIR ASIA
Leftenan Kolonel Majdi Kamarudin menjulang Piala Pusingan NEOCT sambil disaksikan oleh Ketua Pengarah MSN Datuk Zolkples Embong (kanan) dan KSU Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Hj Ahmad Phesal Hj Talib (dua dari kanan)
PERSATUAN RAGBI PUTRAJAYA (PRP) mensasarkan penajaan dari syarikat penerbangan Malaysia AIR ASIA untuk bersama menaja dalam menjayakan program pencarian bakat ragbi Putrajaya. PRP melihat terdapat keperluan dalam masyarakat/komuniti di Putrajaya untuk mempelajari sukan ragbi di samping ianya mampu berjalan seiring bersama penaja dalam mempromosikan produk syarikat yang terlibat.
Program pencarian bakat ragbi Putrajaya melalui liga ragbi 15 sepasukan dan klinik ragbi terbuka Now Everyone Can Try musim ke-2 bakal bermula 8 Ogos 2010 di Padang Ragbi Precint 5 Putrajaya berhampiran Hotel Pullman dan Putrajaya International Convention Centre (PICC).
Setakat ini beberapa syarikat telah tampil untuk memberi penajaan CSR iaitu Gilbert South East Asia, Kuckreja Sdn Bhd dan Arca Konsep Sdn Bhd. Rakan media Now Everyone Can Try ialah Sukandaily.com.my, Akhbar New Straits Times, Akhbar Sinar Harian dan Unit Berita Sukan TV RTM.
Helmi Hanif scrumhalf Asas Fighters mengeluarkan bola dari scrum di Final Now Everyone Can Try 2010
Now Everyone Can Try musim ke-2 merupakan program pencarian bakat ragbi oleh Persatuan Ragbi Putrajaya melalui liga 15 sepasukan dan klinik ragbi terbuka untuk semua golongan di Putrajaya dan ahli gabungannya. Program ini telah mendapat kerjasama dari Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, Majlis Sukan Putrajaya, Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya, Hospital Putrajaya dan JPA3.
Pada siri pertama bulan Mei lalu, seramai 250 orang pemain ragbi dewasa dari 8 kelab telah menyertai aktiviti ini namun pada siri kedua tahun hadapan kiri Lembaga Pertandingan PRP sudah menerima 7 lagi permohonan baru dari Universiti-universiti tempatan serta kelab-kelab ternama termasuk Sekolah Sukan Bandar Penawar untuk menyertai NEOCT 2011. 15 pasukan akan berentap bagi merebut Piala Now Everyone Can Try yang kini di pegang oleh Kelab Sikamat Gunners Junior. Sikamat Gunners Junior muncul juara sulung NEOCT 2010 setelah menewaskan Kelab Asas Fighters 15-12 dalam satu pertemuan sengit di Pavilion Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya.
Dengan adanya klinik ragbi pelbagai kategori meliputi 'touch rugby' dan 'contact rugby', PRP mensasarkan penyertaan 1000 individu pelbagai kategori pada tahun 2011 menyertai Now Everyone Can Try Putrajaya season 2.
Berita sepenuhnya: http://www.sukandaily.com.my/v3. ... patan&Itemid=13 |
|
|
|
|
|
|
|
MALAYSIA Kejohanan Ragbi Tujuh Sepasukan Asia Bawah 19 Tahun 2011
MESYUARAT AGONG TAHUNAN KESATUAN RAGBI ASIA- ARFU AGM 2010 yang berlangsung di Dubai UAE baru-baru ini telah sebulat suara memutuskan Malaysia sebagai tuan rumah Kejohanan Ragbi Tujuh Sepasukan Asia Bawah 19 Tahun 'ARFU Sevens U19'.
Berita sepenuhnya: http://www.sukandaily.com.my/v3. ... patan&Itemid=13 |
|
|
|
|
|
|
|
Pada siri pertama bulan Mei lalu, seramai 250 orang pemain ragbi dewasa dari 8 kelab telah menyertai aktiviti ini namun pada siri kedua tahun hadapan kiri Lembaga Pertandingan PRP sudah menerima 7 lagi permohonan baru dari Universiti-universiti tempatan serta kelab-kelab ternama termasuk Sekolah Sukan Bandar Penawar untuk menyertai NEOCT 2011. 15 pasukan akan berentap bagi merebut Piala Now Everyone Can Try yang kini di pegang oleh Kelab Sikamat Gunners Junior. Sikamat Gunners Junior muncul juara sulung NEOCT 2010 setelah menewaskan Kelab Asas Fighters 15-12 dalam satu pertemuan sengit di Pavilion Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya.
webxcrawler Post at 17-12-2010 13:14
hmm.....aku main game final ni....memang sengit giler....dua2 team saling berbalas try...dan result dia team aku kalah by 15-12....
what a memory..... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by webxcrawler at 22-12-2010 22:50
hmm.....aku main game final ni....memang sengit giler....dua2 team saling berbalas try...dan res ...
taban98 Post at 20-12-2010 10:10
Heehehehe... pepehal pom congratslah! ASAS..fuih! kalah menang tetap legend:p Bro, tau depan dijangka event lebih mantap & padat!!! hahahaha... bro taban98 jgnlah xmain pulak ek..ingat ek.. asal nak sampai last line terbang tau!!! ala ala gambarajah di bawah hehehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Heehehehe... pepehal pom congratslah! ASAS..fuih! kalah menang tetap legend:p Bro, tau depan dijangka event lebih mantap & padat!!! hahahaha... bro taban98 jgnlah xmain pulak ek..ingat ek.. asal nak sampai last line terbang tau!!! ala ala gambarajah di bawah hehehehe
webxcrawler Post at 22-12-2010 22:44
takde la legend mana pun.....kelab kitaorg still mentah lagi kalau nak compare dgn kelab2 lain....
tahun depan tak tau main lagi ke tak....sbb keje jauh....so selalu miss training... tak best lak tak tarining tapi nak main kan...
kalau ko datang ambik gambar....aku main....amacam..? hehehehe
tapi nak terbang mcm gambor ko tu tak berani sangat dah....al maklumla.. dah tua....hehehehe....reput tulang2 aku ni web....hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
takde la legend mana pun.....kelab kitaorg still mentah lagi kalau nak compare dgn kelab2 lain....
tahun depan tak tau main lagi ke tak....sbb keje jauh....so selalu miss training... tak best lak tak tarining tapi nak main kan...
kalau ko datang ambik gambar....aku main....amacam..? hehehehe
tapi nak terbang mcm gambor ko tu tak berani sangat dah....al maklumla.. dah tua....hehehehe....reput tulang2 aku ni web....hahaha
taban98 Post at 23-12-2010 09:43
HUhuhu...encik taban98 keje mana skg? hehehehe.. rasanya cam kalendar 2011 nie cam semua match tapaw amik gambor... game poli ka...sekolah teknik pom we all dok tercongok gak hahahaha... alaaa abang taban98 terbang memain ka...bikin gimmick kaaaa baru lah unik hahahah... pastu sesilap jadik icon utk yg lain follow lak hahahah...idola lah nie..aih.. legend katakan hehehehe.... nie ARFU Sevens U19 ni om berharap dapat dapatlah cuti nak menempel kat sana lak hehehehe.. maklumlah..masih bersekolah huhuhuuh kalu abang abang sifoo lain cam bro adzni & bro botak tu dah kompom dah berlayar ke sana masa tu huhuhuhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
JADUAL: NOW EVERYONE CAN TRY PUTRAJAYA (NEOCT) 2011
LIGA NEOCT DIVISYEN ELIT PUTRAJAYA
KUMPULAN A :
1. Sikamat Gunners Junior
2. Black Wings
3. RMAF Blackhawk Junior
4. KL Pirates
KUMPULAN B
1. ASAS Fighters
2. Scorpion Putrajaya
3. ATM JLJ
4. MIAT Falcons
VENUE : Padang A Presint 5 Putrajaya
HARI : Setiap AHAD ( 9 Jan 2011 - 27 Feb 2011)
MASA : 09.00H - 18.30H
SYARAT: Sama seperti NICC 2011
JADUAL PERLAWANAN LIGA ELIT PUTRAJAYA
09 Jan 2011 09.00H Sikamat Gunners Jr vs KL Pirates
09 Jan 2011 10.30H ASAS Fighters vs MIAT Falcons
09 Jan 2011 15.00H Black Wings vs Blackhawk
09 Jan 2011 17.00H Scorpion vs ATM JLJ
16 Jan 2011 09.00H ASAS Fighters vs ATM JLJ
16 Jan 2011 10.30H Blackhawk vs Sikamat Gunners Jr
16 Jan 2011 15.00H Scorpion vs MIAT Falcons
16 Jan 2011 17.00H Black Wings vs KL Pirates
23 Jan 2011 09.00H Blackhawk vs KL Pirates
23 Jan 2011 10.30H ATM JLJ vs MIAT Falcons
23 Jan 2011 15.00H Sikamat Gunners Jr vs Black Wings
23 Jan 2011 17.00H ASAS Fighters vs Scorpion Putrajaya
03-06 Feb 2011 SAMBUTAN TAHUN BARU CINA
13 Feb 2011 09.00H - 18.30H Semi Final: Shield, Bowl, Plate dan Cup.
19-20 Feb 2011 MRU 10s
27 Feb 2011 09.00H - 18.30H Grand Final: Shield, Bowl, Plate dan Cup.
Jadual sepenuhnya di: www.sukandaily.com.my |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
web... kalau tak de aral melintang, insyaallah aku akan main game pertama ni....hari ahad ni pukul 10... ASAS vs MIAT..
meh le datang... kalau aku tak main leh kita kenal2...sembang2... |
|
|
|
|
|
|
|
PENTAS MENCARI BAKAT RAGBI PUTRAJAYA KE PIALA AGONG 2011
Forward RMAF Blackhawks Junior, Mohd Syazwan Abu Bakar ketika menentang Black Wings di perlawanan Divisyen Elit Now Everyone Can Try Putrajaya Season 2.
PUTRAJAYA 14 Jan 2011 - PROGRAM PENCARIAN BAKAT RAGBI bercorak liga 15 sepasukan Putrajaya telah bermula sejak Ahad lalu dimana 13 kelab yang terdiri daripada empat kelab jemputan Majlis Sukan Angkatan Tentera Malaysia (MSAT), empat kelab universiti swasta (IPTS) dan kelab-kelab affiliate Persatuan Ragbi Putrajaya (PRP).
Padang Ragbi Perbadanan Putrajaya Presint 5 sudah beroperasi sepenuhnya dengan kerjasama baik dari Majlis Sukan Putrajaya, Perbadanan Putrajaya, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dan Gilbert South East Asia (Kuckreja Sdn Bhd). Venue rasmi ini mula dibanjiri oleh kaum keluarga, kanak-kanak, atlet-atlet ragbi dan para penduduk dari dalam dan luar Putrajaya sejak awal pagi Ahad lagi.
Divisyen Elit yang dibarisi oleh Sikamat Gunners Junior, RMAF Blackhawks Junior, ASAS Fighters, ATM JLJ (Junior), Scorpion Putrajaya Junior, Black Wings, Royal Stern dan Jenoba RC beraksi setiap Ahad, 4 siri perlawanan berturut-turut dalam sehari di Padang Ragbi Perbadanan Putrajaya Presint 5; 9 pagi, 10.30 pagi, 3 petang dan 5 petang.
Divisyen Perdana dibarisi oleh MIAT Falcons, Raccoon RC, MMU Vipers, CUCMS dan Kajang RC. Divisyen Perdana akan beraksi di Padang Pavilion Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya mulai Sabtu ini dalan 2 siri perlawana sehari; 3 petang dan 5 petang.
RMAF Blackhawk Junior mendominasi minggu pertama setelah membenam Black Wings ( 67-00) dan diikuti rapat oleh ATM JLJ yang membelasah Scorpion Putrajaya Junior (56-00). Perlawanan di antara ASAS Fighters menentang Royal Stern dimenangi oleh ASAS Fighters (42-7) dan Sikamat Gunners Junior, juara bertahan Now Everyone Can Try mudah mara ke perlawanan kedua setelah menang 'walk over' (20-00) ke atas Jenoba.
Kredit: http://www.sukandaily.com.my/v3. ... patan&Itemid=13 |
|
|
|
|
|
|
|
PADANG RAGBI PERBADANAN PUTRAJAYA PRESINT 5 JANJI DUA AKSI PERTEMUAN HEBAT PAGI AHAD
Kapten Scorpion Putrajaya Junior, M. Yusof Syah Hussin (hitam kuning) cuba melakukan tumbang depan ke atas pemain ATM JLJ (merah biru).
KEPUTUSAN PERLAWANAN MINGGU KE-2
SABTU 15 Jan 2011 (DIV. PERDANA)
(Padang Ragbi Perbadanan Putrajaya Presint 5)
3.00pm Raccoon RC (08-21) MIAT Falcons
5.00pm Kajang RC (59-12) CUCMS
AHAD 16 Jan 2011 (DIV. ELIT)
(Padang Ragbi Perbadanan Putrajaya Presint 5)
9.00am ATM JLJ (29-00) ASAS Fighters
10.30am RMAF Blackhawks Jr (16-14) S.Gunners Jr
3.00pm Scorpion Putrajaya Jr (80-00) Royal Stern
5.00pm Black Wings (14-20) JENOBA
Berita sepenuhnya: www.sukandaily.com.my |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sukarelawan Fakulti Sains Sukan UiTM 'Sports First Aider' Mohd Amirul Khairul Mohd Yusof (putih/depan) berkongsi pengalaman sebagai petugas perubatan bersama pegawai-pegawai JPA3 (biru)
PUTRAJAYA 21 Januari 2011 - SEPULUH PELAJAR Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam menjadi sukarelawan dan sukarelawati 'Sports First Aider' di program pencarian bakat ragbi bercorak liga 15 sepasukan Putrajaya yang dikenali sebagai Now Everyone Can Try Putrajaya musim ke-2. Kehadiran mereka bersama pasukan perubatan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPA3) ke venue rasmi ragbi Putrajaya di Presint 5 Putrajaya telah membawa banyak pembaharuan terutamanya dalam pengetahuan sains sukan para atlet ragbi di sini. Pelajar-pelajar dari jurusan Athletic Training (SPS 553) Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam sudah bertugas sejak minggu lalu dengan cemerlang.
Menurut Ketua Projek 'Sports First Aider', Nurfarhana Aqilah Sukeri (22) pelajar Semester IV Program Sarjana Muda Sains Sukan berkata beliau begitu teruja bertugas sebagai 'medical cover' di Now Everyone Can Try Putrajaya.
" Kami telah dapat mempelajari banyak perkara dalam masa yang singkat di program ragbi Now Everyone Can Try Putrajaya. Menangani kecederaan atlet bukanlah mudah namun kehadiran 'medical team' dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPA3) telah banyak membantu kami mengukuhkan ilmu pengetahuan yang telah kami pelajari di fakulti. Banyak telah kami pelajari disini," Ujar Nurfarhana Aqilah Sukeri.
" Pihak fakulti telah mengarahkan kami untuk mencari satu acara sukan lasak dan turun ke padang menangani dan mempelajari realiti sebenar 'Sports First Aider'; menjalani latihan secara praktikal di liga ragbi Putrajaya ini adalah pilihan terbaik kami. Kami banyak menimba pengalaman di sini termasuk menangani kecederaan atlet masa sebenar di padang," Ujar beliau lagi.
Pelajar-pelajar jurusan sains sukan dan rekreasi UiTM Shah Alam ini akan bersama petugas jawatankuasa penganjur sehingga acara kemuncak liga pada 20 Februari 2011.
Senarai Sukarelawan dan Sukarelawati Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam:
1. NURFARHANA AQILAH SUKERI (Ketua)
2. INA IZZATI MAHAT
3. NURUL 'ATIQAH MOHMAD SHAHER
4. NURRUL AZIERA MOHD RAMLI
5. MOHD AMIRUL KHAIRUL MOHAMAD YUSOF
6. MOHD HARITH MOHD HAMBALI
7. NOR FARHANA AHMAD TAUFEK
8. NURUL LIYANA HAZWANI RIDZWAN
9. AHMAD AIDIL ABDUL LATIF
10. NOR FASIHAH HAMZAH
Berita sepenuhnya: www.sukandaily.com.my |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
wah dh makin aktif para ruggers disini. hm...just nk ask ayoi still ngn asas lg tk? |
|
|
|
|
|
|
|
wah dh makin aktif para ruggers disini. hm...just nk ask ayoi still ngn asas lg tk?
carrim7 Post at 11-2-2011 16:26
entahlah... lama xnampak si ayoi dgn asas huhuhu maaflah kalu terlepas pandang:p maybe Encik Taban tau kot:p |
|
|
|
|
|
|
|
NAIB PRESIDEN KEHORMAT KRM DI ANUGERAH DARJAH GEMILANG SERI MAHKOTA KEDAH YANG DIHORMATI
Dato' Wira Abdul Halim Karim
ALOR SETAR 21 Januari 2011 - Naib Presiden Kehormat Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) Dato' Abdul Halim Karim telah di anugerahkan Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah yang DiHormati. Majlis Penyampaian Anugerah Pingat Kebesaran Negeri Kedah telah berlangsung di Istana Anak Bukit Alor Setar Ahad lalu bersempena ulang tahun ke-83 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.
Menurut Setiausaha Kehormat KRM, Saudara Nabil Hj Marzuki berkata, darjah kebesaran DGMK yang dianugerahkan kepada Dato' Abdul Halim Karim merupakan satu penganugerahan yang membawa gelaran DATO' WIRA.
" Dato' Abdul Halim Karim, naib presiden kehormat KRM telah dianugerahkan dengan darjah DGMK pada ulangtahun keputeraan Sultan Kedah yang ke-83 Ahad lalu dengan membawa gelaran Dato' Wira," Ujar Nabil Hj Marzuki.
Warga kerja Sukandaily mengucapkan tahniah dan syabas kepada Dato' Wira Abdul Halim Karim.
Berita & gambar sepenuhnya di - http://www.sukandaily.com.my/v3. ... patan&Itemid=13 |
|
|
|
|
|
|
|
HSBC A5N DIVISION I: MALAYSIA BAKAL BERTEMU SINGAPURA DI KOREA SELATAN PADA 01 JUN 2011
PUTRAJAYA 21 Januari 2011 - Pengarah Urusan Elite Step Asia Limited, Sean Patrick Moore telah menghubungi Sukandaily bagi memberi rujukan kepada kami dalam persediaan membuat liputan ke Kejohanan Ragbi HSBC Asian 5 Nation 2011. Pada tahun ini pasukan Malaysia akan diterbangkan ke Korea Selatan bagi menghadapi pasukan Singapura dalam perlawanan Division I HSBC A5N. Turut berada dalam Division I ialah Korea dan Filipina. Perlawanan Malaysia menentang Singapura akan berlangsung pada 1 Jun 2011.
Division II: Thailand telah dipilih sebagai tuan rumah bagi perlawanan melibatkan Chinese Taipei, Iran, India dan Thailand. Perlawanan akan berlangsung pada 4 dan 7 Mei 2011. Pada 4 Mei; Chinese Taipei akan menentang Iran dan Thailand akan menentang India.
TOP 5: Jepun, Hong Kong, Kazakhstan, Sri Lanka dan UAE RA. Perlawanan pertama akan bermula pada 23 April 2011 di antara Sri Lanka menentang UAE RA di Sri Lanka dan diikuti Kazakhstan menentang Hong Kong di Kazakshtan pada tarikh yang sama. Pertarungan 5 penjuru ini akan berlangsung sehingga 21 Mei 2011.
HSBC A5N 2011 DIVISION I
Host Union: KOREA
Semi Final A
1 June 2011 MALAYSIA v Singapore
Semi Final B
1 June 2011 Korea v Philippines
3rd & 4th Place
4 June 2011 Loser A v Loser B
1st & 2nd Place
4 June 2011 Winner A v Winner B
Berita & gambar sepenuhnya di - http://www.sukandaily.com.my/v3. ... patan&Itemid=13 |
|
|
|
|
|
|
|
SCORPION JUNIOR SERTAI 17TH PRINCE OF SONGKHLA RUGBY 7s HATYAI
Azim dan Syed; Pasukan Scorpion Junior di Now Everyone Can Try Putrajaya berjersi Gilbert ketika pertemuan menentang Kelab Royal Stern di Perlawanan ke-7 Divisyen Elit Now Everyone Can Try Putrajaya. Scorpion Jr tewaskan Royal Stern (80-00).
PUTRAJAYA 26 Januari 2011 - SKUAD PEMBANGUNAN RAGBI BAWAH 19 TAHUN SCORPION PUTRAJAYA; Scorpion Junior telah dijemput untuk menyertai Kejohanan Ragbi Terbuka Universiti Prince Of Songkhla edisi ke-17 yang akan berlangsung pada 5 dan 6 Februari 2011 di Hat Yai Thailand.
Kejohanan edisi ke-17 ini akan mempertandingkan 3 kategori iaitu Kategori Terbuka, Sekolah bawah 14 tahun dan Kategori Bawah 21 tahun. Pengarah Pertandingan 17th PSU Rugby 7s Open 2011, Mr. Vititpong Hohum berkata matlamat mereka mengadakan kejohanan ini adalah untuk mengukuhkan hubungan baik antara kelab Thailand dan Malaysia di samping meningkatkan kebolehan atlet-atlet ragbi mereka.
" Kejohanan ini membahagikan 3 pertandingan secara berasingan iaitu kategori terbuka, kategori bawah 14 tahun dan kategori bawah 21 tahun," Ujar Vititpong Hohum.
" Kami menjanjikan satu kejohanan yang meriah dan menggembirakan namun kami menitik beratkan kepatuhan kepada peraturan pertandingan agar kejohanan ini adil dan saksama kepada semua pasukan bertanding," Ujar beliau lagi.
Kelab Ragbi Scorpion Putrajaya (Scorpion Putrajaya) telah memutuskan untuk menghantar skuad bawah 19 tahun mereka bagi menyertai kejohanan tersebut.
Berita & gambar sepenuhnya di - http://www.sukandaily.com.my/v3. ... patan&Itemid=13 |
|
|
|
|
|
|
|
PERLAWANAN 06 FEBRUARI 2011: MIAT FALCONS VS KAJANG RC IBARAT PERTEMUAN 'BUKU DENGAN RUAS'
vs
MIAT FALCONS (20 - 24) KAJANG RC
PERTEMUAN DUA TONGGAK UTAMA: Sayap MIAT Falcons, Mohd Sufian Sodri (kiri) bakal berentap menentang Sayap Kelab Ragbi Kajang, Raja Saiful Malik Raja Aznan (kanan)
PUTRAJAYA 26 Januari 2011- PROGRAM PENCARIAN BAKAT RAGBI BERCORAK LIGA 15 SEPASUKAN PUTRAJAYA atau lebih dikenali sebagai Now Everyone Can Try Putrajaya Season II (NEOCT) sedang rancak berjalan di Padang Ragbi Perbadanan Putrajaya Presint 5.
Divisyen Perdana yang diwakili oleh 4 pasukan; MIAT Falcons (Johan Bowl 2010), Kelab Ragbi Raccoon (Naib Johan Bowl 2010), Kelab Ragbi Kajang dan Cyberjaya University College of Medical Science (CUCMS) sedang rancak berentap masuk minggu ke-3. Pada tahun ini MIAT Falcons dan Kelab Ragbi Kajang dilihat sebagai pasukan pilihan setelah masing-masing memenangi kedua-dua perlawanan sebelum ini.
MIAT Falcons telah mengalahkan Raccoon RC (21-08) dan menewaskan CUCMS (76-10) manakala Kelab Ragbi Kajang yang menurukan rata-rata pemain muda bawah 19 tahun berjaya mengharungi cabaran di Divisyen Perdana NEOCT dengan menewaskan CUCMS (59-12) dan menewaskan Raccoon RC (43-00).
"Perlawanan ketiga merupakan perlawanan penentuan bagi Divisyen Perdana dimana pemenangnya akan menentukan ranking pertama Liga Divisyen Perdana," Ujar Sheikh Mohd Amin bin Abdullah, Pengarah Pertandingan NEOCT Musim ke-II.
PERLAWANAN MINGGU KE-3: Padang A Presint 5 (DIVISYEN PERDANA)
6 Feb 2011 15:00H Raccoon RC vs CUCMS (28-00)
6 Feb 2011 17:00H Kajang RC vs MIAT Falcons (24-20) |
|
|
|
|
|
|
| |
|