|
RIANZ PARADISE VOL. 79 - VOTE LAGU2 BARU RIZ & NADIA
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum semua...
yahuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu kenangan terindah sungguh petang tadi...
laporan sukan:
*kami berkumpul pkl dan masuk gate utk kedlm stadium pukul 4.30 petang
(ade org tu s ...
mialynn Post at 17-7-2009 23:07 ![](http://eforum5.cari.com.my/images/common/back.gif) waalaikum salam lynn..
melapur dgn detail nya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Part 147
“Saya baru saja keluar dr office, Encik boleh tanyakan staff saya di office kalau tak percaya” kataku membela diri.
“Mengapa pulak ada brg2 peribadi Encik dlm bilik perempuan yg kat atas tu” Tanya salah seorg lelaki yg naik di tingkat atas tadi.
“Ini kan rumah saya, saya cuma tinggal seorg diri, mungkin sbb itulah pakaian saya bersepah di mana-mana” jwbku dgn penuh yakin.
“Tp seluar dalam lelakipun ada atas katil tu” darahku tersirat mendgr kata2 lelaki tadi. Dgn siapa pula Suriani tinggal selama aku tiada di situ? Aku semakin berdebar-debar memikirkan keadaan yg amat genting itu. Sebuah kereta berhenti di depan rumahku. Dr jauh sudah kelihatan ibu bapa Suriani yg sudah tergopoh gapah masuk ke rumahku.
“Ya Allah, mengapa jadi sampai mcm ni, malunya saya. Mana nak letak muka, mana budak tu, mana dia?” jerit pakcik Man dgn kuat. Aku terdiam ttp salah seorg dr pegawai dr pejabat agama itu membawa mrk ke atas.
Sebaik saja turun ke tingkat bawah semula Pakcik Man meluru ke arahku.
“Tolonglah Pakcik Encik, jgnlah bagi pakcik susah lagi. Pakcik malu, dia kata nak tinggal sini, saya ingatkan isteri Encik masih ada. Mcm mana ni, mcm mana boleh jadi mcm ni?” aku terpaku tak tahu apa yg harus aku katakan kpd Pakcik Man kerana aku sendiri masih tidak faham ttg segala yg sedang berlaku.
Segalanya berpunca dr tindakan bodohku yg terlalu pemurah dan terlalu percayakan org . Aku hilang pertimbangan, masih lagi bingung dgn apa yg terjd. Suriani yg sudah siap berpakaian turun dan duduk di sebelah org tuanya. Semua mata hanya tertumpu pdnya.
“Saya percaya pd awak, saya pinjamkan rumah ini dgn niat nak membantu awak. Apa yg awak buat? Awak buat maksiat di sini? Awak dgn siapa dlm rumah saya selama saya tak ada?” kuat suaraku menyergah perempuan yg nampak sopan itu. Sepatahpun dia tak menjawab apa lagi mengangkat muka.
“En, semua ni hanya satu kesilapan, bukan saya yg ada dlm rumah ini bbrp hari yg lalu spt yg Encik nampak, selama empat bulan saya tinggal sini tak pernah ada apa yg terjadi. Suriani tak pernah dtg kecuali bbrp minggu lepas masa anak dan isteri saya di sini. Dia dtg masa birthday anak saya, sekejap saja. Dia staff saya, sy pinjamkan rumah ini sbb saya tak ada di sini” terangku dgn terperinci.
“Habis tu mengapa pula dia ada dlm rumah ni dgn tuan tadi. En ada di atas dgn dia tadi” kata satu suara cuba menjebakku.
|
|
|
|
|
|
|
|
Part 148
“Mcm yg saya katakan tadi saya baru balik dr Pg pagi tadi dan terus ke tempat kerja, Suriani sepatutnya pulangkan kunci selepas dia keluar pagi tadi tp dia nak keluar ptg ni dan berikan kunci sekali. Dia kata dah bersiap nak keluar manalah saya tahu dia masih ada di atas” kataku membela diri dgn sedikit bengang.
“Hukumnya tinggal berdua-duaan begini salah, ini dah kira khalwat sbb awak berdua tiada hubungan yg sah” tersentap aku mendgr kata2 pegawai yg agak serius dr tadi itu.
“Tuan Haji, tak kan lah tak ada cara lain untuk selesaikan masalah ini. Tak kan kita tak boleh berbincang, mmg nampak benda ni mcm tak betul. Anak saya kerja di bawah En Hakim, dia dah mcm saudara kami. En Hakim tak salah, anak saya pun tak salah, kita selesaikan dgn cara baik2. Ini hanya salah faham. Mungkin org yg nampak anak saya di sini tu ingatkan En Hakim ada di dalam sedangkan dia mmg tak ada. Tolong lepas kan anak saya, jgnlah bawa sampai mahkamah” bapa Suriani merayu2 meminta agar kami dilepaskan. Aku sendiri sudah menjelaskan segala yg terjadi sebenarnya.
“Suriani, sblm2 ni awak dlm rumah ni dgn siapa. Mesti ada org lain, kalau tdk takkan ada org yg akan mengadu ke pejabat agama. Awak jgn menganiaya org lain. Jawapan awak dpt melepaskan org yg tak bersalah, terutama En Hakim” Tanya pegawai agama yg agak muda sedikit. Lama baru Suriani bersuara perlahan.
“Saya seorg saja di sini, kalau ada org lain pun tentu En Hakim saja sbb dia yg tinggal di dalam rumah ini. Ini rumah dia. Mungkin org yg nampak tu silap, En Hakim mmg tinggal di sini tp baru saja balik masa Encik2 semua sampai tadi. Tgk saja pakaian dia masih pakaian pejabat. Mmg tak ada org lain”
“Awak jgn tipu, mengapa ada seluar dalam lelaki atas katil awak? Siapa yg punya?” pegawai itu menggertak dgn kuat.
“Brg2 tu dah mmg ada dlm bilik itu dari hari saya masuk. Mungkin En Hakim punya, sbb dia tinggal di sini” aku mengerut dahi dan berfikir ttg kata2 Suriani tadi. Aku mmg tak pernah meletakkan pakaian ku di mana2 selain dr di bilik aku yg berkunci. Aku tak pernah pun menggunakan bilik2 atas sebelum ini. Bilik yg Suriani tinggal itu bilik tetamu dan tiada siapa pernah tinggal semenjak aku mendiami rumah itu. Aku mmg pasti dan sudah memeriksa setiap bilik2 di situ sebelum ke pejabat hari Jumaat lepas. Aku merenung tajam ke muka Suriani bagai ingin lebih penjelasan drnya. Sepertinya dia menyembunyikan sesuatu. Pasti ada yg tak kena.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tuhan sentiasa bersama hambanya yang benar... teringat watak dlm citer Ayat2 Cinta yg d fitnah... jahat pompuan yg ada hati kat dia tuh.. dah le ngandung anak org lain.. d tuduhnya lelaki x bersalah yg rogol dia
donia donia |
|
|
|
|
|
|
|
Part 149
“Atau pun awak dan En Hakim mmg mempunyai hubungan lain, selain dr pekerja dan majikan? Kekasih? Girlfriend?” tergamam aku dgn terjahan itu.
“Tolong jgn nak mengarang cerita yg bukan2, saya dah kahwin dan dah ada anak. Saya tak pernah buat kerja gila mcm ni” suaraku mula lantang, marah sekali.
“Kami tak boleh lepaskan awak berdua, nanti awak berdua jawab di mahkamah syariah” terkejut aku mendgr ayat itu, bagaikan satu ugutan. Aku mmg tak bersalah, aku bersih dr segala tuduhan tp apakah mrk akan percaya? Apa pula penerimaan keluargaku terutama isteriku. Apakah isteriku akan mempercayai dan memaafkan aku? Peluh mula memercik di muka dan seluruh badan. Jatuh maruahku sebagai pengurus yg punya skandal dgn setiausaha sendiri. Bagaimana aku harus menghadapi seluruh warga kilang itu, di mana hendak diletakkan muka? Bagaikan berpinar2 kepalaku mula berfikir dgn pantas.
“Takkan lah tak ada cara lain, perkara ni boleh selesai dgn baik. En Hakim ni pengurus kilang, jatuh maruah dia nanti. Keluarga dia ada nama, isteri dia pegawai tinggi. Nampak sgt ini cuma salah faham” pakcik Man masih merayu2 bg pihak ku.
“Baiklah mcm tu kita nikahkan saja. Suriani awak bersedia dinikahkan dgn En Hakim?” aku terus terbangun pantas, dadaku sesak bagaikan tdk dpt bernafas. Pandangan mataku semakin gelap tiba2.
“Saya bersedia” jawapan Suriani itu sudah berada hanya di hujung2 telinga krn lututku lemah dan aku sudah tdk sedarkan diri lagi.
Aku membuka mataku bila terasa muka ku sejuk akibat air yg percik ke muka. Entah berapa lama aku tdk sedar, aku memandang mereka yg berada di sekeliling. Terasa dunia yg ada di depanku berputar dan bergulung2. aku menarik nafas dalam2 dan cuba untuk duduk sambil bersandar di dinding, tdk dpt berkata2 lagi. Dadaku masih terlalu sakit yg teramat sgt.
“Dia dah sedar, kita mulakan saja” aku hanya mendengar suara mrk yg mengerumuniku setelah tubuh badanku bagaikan tiada mempunyai kudrat lagi. Seluruh sendiku lemah dan aku hanya mahu menyelesaikan perkara itu dr lebih tersebar luas.
Desakan dan ugutan yg mendatang tdk memberiku banyak pilihan. Malam itu juga aku sudah sah menjd suami kpd setiausaha ku sendiri, Suriani Bt Abd Rahman. Kepalaku sudah spt mahu pecah memikirkan akibat dari perbuatan dan tindakan yg aku lakukan tanpa berfikir dgn waras. Aku terpaksa, mlm itu aku memikirkan cara yg terbaik utk aku memberitahu hal itu kpd isteriku. Aku pasti akan menceraikan Suriati secepatnya. Mengapa Suriati mesti bersetuju dgn cadangan pegawai tadi dgn pantas tanpa memikirkan akibatnya. Dia kunci segala permasaalahan kami hari itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Part 150
“Encik, kami tak mahu Suriani tinggal dgn kami lagi. Kami malu. Encik jagalah dia, dia dah jd isteri Encik yg sah dan Enciklah yg bertanggung jawab ke atas dia sekarang, En suaminya. Kami dah nak balik” kata2 pakcik Man tdk menggugat perasaan marahku ketika itu. aku merasa begitu jelik dgn perkataan suami kpd anaknya itu. Fkiranku berserabut memikirkan konspirasi apakah yg dirancang sebegitu rupa. Aku telah dijerat dgn satu rancangan yg begitu licik, namun salah aku juga yg terlalu bodoh membuka jln utk mereka memperdayakan aku
Tak mungkin Pakcik Man terbabit sama dalam masalah ini, dia yg bersusah payah membela ku hingga anaknya merosakkan segalanya. Suriani mmg ingin mengenakan aku, selama ini dia begitu baik dgnku, rupa2nya dia punya agenda yg tersembunyi. Dia tahu aku punya rumah tangga yg bahagia, aku tak pernah menyembunyikan kegembiraan ku di depannya. Dia sanggup menjadi isteriku w/pun dia tahu aku tdk pernah ada sebarang hubungan dgnya. Malah aku dgn bermurah hati pernah menawarkan diri untuk menjadi org tengah antaranya dan Zakri kerana aku tahu Zakri mmg pasangan yg sepadan utknya.
Aku merenung Suriani yg tdk berani menentang pandanganku. Seperti mahu ku telan saja dia hidup-hidup, kalau tak kerana pakcik Man, kalau tdk memikirkan reputasiku dan perasaan isteriku mahunya aku rela dihadapkan ke mahkamah. Namun itu akan lebih memedihkan, maruahku akan segera dipijak tanpa mrk yg di luar sana mengetahui ttg perkara yg sebenar tambahan pula ia berlaku di dalam rumahku sendiri.
“Suriani, saya kahwin dgn awak utk menjaga maruah awak, keluarga awak dan saya. Jgn ingat saya suka menikah dgn awak. Awak akan segera saya ceraikan. Sekarang awak keluar dr rumah saya dan saya tak mahu tengok muka awak lagi” aku mengambil beg pakaiannya dan aku lontarkan d luar rumah.
“Out!” jeritku dgn badan yg gementar menahan marah yg menyala2.
“Kemana saya nak pergi? Keluarga saya dah buang saya” dia mula menangis bila aku menolaknya dr muka pintu itu.
“Awak minta cuti krn nak tenangkan fikiran, awak tentu dah tahu ke mana nak pergi hari ini. Awak tipu semua org, awak berlakun jd perempuan baik2. Awak berselindung di sebalik tudung yg nipis itu. Awak ingat saya tak tahu awak yg sengaja letak seluar dalam saya di dalam bilik awak. Tentunya ada jantan yg bermalam di sini masa saya tak ada. Saya bukan bodohlah. Awak nak menganiaya saya dan keluarga saya. Awak keluar, saya tak mahu tgk muka awak baik di rumah ni atau di mana2 saja” lantang aku menjerit.
Perlahan2 dia menapak ke belakang mungkin takut dgn kemarahanku yg tak pernah dilihatnya sebelum ini. Pintu itu ku hempas sekuat2nya seperti melepaskan kemarahan yg tdk tertanggung lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
http://www.hmetro.com.my/Friday/Rap/20090717090457/mainpix
cosign45 Post at 17-7-2009 23:15 ![](http://eforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
Ni berlakun ja kan? ayu raudhah tu kan? |
|
|
|
|
|
|
|
dah ler.. saya x nak ikut dah novel nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
ala x suka lah mcm nih kak bling2....
hanyadiriku Post at 17-7-2009 23:12 ![](http://eforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
HD, sabor, setiap yg org buat kianat tu satu hari Allah akan balas!!! |
|
|
|
|
|
|
|
ada ke pegawai agama yang bodoh nak nikahkan org tanpa usul periksa?? |
|
|
|
|
|
|
|
dah ler.. saya x nak ikut dah novel nih..
hanyadiriku Post at 17-7-2009 23:20 ![](http://eforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
adeh..........................ampunlah...mana ada hidup selalu bahagia, kdg2 ada taufan gak kita ambil pelajaran... |
|
|
|
|
|
|
|
sabo kak CT...jgn emo..huhu...![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ada ke pegawai agama yang bodoh nak nikahkan org tanpa usul periksa??
hanyadiriku Post at 17-7-2009 23:22 ![](http://eforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
Kat kampung2 masih ada!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Ni berlakun ja kan? ayu raudhah tu kan?
cmf_blingblings Post at 17-7-2009 23:20 ![](http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
aidil kahwin dgn nur kasih |
|
|
|
|
|
|
|
khidupan kdg2 kna pahit dlu, barulah kita hrgai manisnya nanti...kan kak Bling2?![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|