CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mohdmus

Ilmu tasauf dan tarikat [+ gabungan thread mohdmus]

[Copy link]
Post time 17-3-2010 06:42 PM | Show all posts
  dah jelas "Apa yang diamalkan oleh manusia dengan berkumpul dirumah keluarga si Mati " DAN "menyediakan makanan "  2 perkara yg disebutkan termasuk perbuatan bid’ah yang mungkar.
Nazrulism Post at 17-3-2010 18:34


tak paham jugak...nah lagi..

SUNNAH MEMBUAT MAKAN UNTUK AHLI SI MATI = PENDAPAT 4 MAZHAB
   
  Selepas kita mengikuti perbincangan dari ulamak dan ulamak mujtahid mengenai
membuat dan menjamu makanan selepas kematian, atau dengan lain perkataan
membuat kenduri jamuan makan selepas kematina, maka dapat difahamkan dari
ulasan dan penerangan itu bahawa amatlah berbeza sekali apa yang diamalkan oleh
kebanyakan masyarakat islam kita pada hari ini, keran amalan mereka membuat
kenduri jamuan makan selepas kematian adalah bercanggah dengan sunnah Nabi
sallallahu alaihi wasallam dan sunah sahabat-sahabat dan bertentangan dengan
fatwa-fatwa ulamak. Oleh kerana perkara ini sangat tebal diamalkan dalam
masyarakat islam melayu kita, maka penyusun merasa mustahak membentangkan pula
kepada pembaca pendapat fuqaha' dari 4 Imam Mazhab sebagai berikut:
   
  1) Mazhab Maliki:   
   Disunatkan kepada jiran dan seumpamanya menyediakan makanan kepada keluarga
si mati kerana kesibukan mereka menghadapi kematian.
   
   
2) Mazhab Hanafi:   
  Disunatkan kepda jiran keluarga si mati dan kaum kerabatnya yang jauh
menyediakan makanan untuk ahli si mati, yang mengenyangkan mereka pada hari dan
malamnya, kerana sabda Nabi sallallahu alaihi wasallam :
   
  "Hendaklah kamu membuat makanan kepada ahli Ja'afar, kerana sesungguhnya
telah datang kepada mereka perkara yang mengharukan mereka".
   
   Oleh kerana memberi makan itu suatu perkara kebaikan dan ma'ruf, maka
dipelawa sungguh-sungguh kepada mereka supaya makan, kerana kesedihan telah
menghalang mereka daripada memakan makanan dan menyebabkan mereka menjadi
lemah.
      
  3) Mazhab Hanbali:   
  Disunatkan membuat makanan untuk ahli si mati dan dihantar makanan itu kepada
mereka bagi memberi pertolongan dan melembutkan hati mereka. Boleh jadi mereka
sibuk dengan ujian yang diterima, juga sibuk denga kunjungan orang ramai yang
datang menemui mereka, menyebabkan mereka tidak dapat menyediakan amakan untuk
diri mereka sendiri.
   
   Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Abdullah bin Ja'afar, beliau berkata:
   
  "Apabila tiba berita kematian Ja'afar (bin Abi Talib), Rasulullah sallallahu
alaihi wasallam bersabada:
   
  "Hendaklah kamu membuat makanan kepada ahli Ja'afar sesungguhnya telah datang
kepada mereka perkara yang mengharukan mereka".
   
   Diriwayatkan dari Abdullah bin Abu Bakar, beliau berkata: "Sentiasa sunnah
nabi itu menjadi ikutan kami (sahabat nabi) sehingga ditinggalkan oleh manusia
yang meninggalkannnya (yakni sehingga sunnah itu ditinggalkan dan tidak
diamalkan oleh kebanyakan orang)".
     
   
  4) Mazhab Syafie:   
   Sebagaimana disebut dalam Kitab al-Muhazzab oleh Imam al-Syirazi (Abu Ishak
Ibrahim Al-Syirazi, wafat pada 476 Hijrah bersamaan 1083 biladiyah, beliau
termasuk antara ulamak yang agung dan mujtahid dalam mazhab syafie)
   
   
  (Isteri/suami dan anak-anaknya) kerana diriwayatkan apabila Ja'afar bin Abu
Talib  terbunuh, nabi bersabda:
   
  ¡°Hendaklah Kamu membuat makanan kepada Ahli Ja'afar sesunggunya telah datang
kepada merka perkara yang mengharukan mereka¡±
   
   Imam Nawawi menyebut dalam kitab al-Majmuk, syarah kepada Kitab al-Muhazzab,
katanya: "Imam Syafie berkata di dalam kitab al-Mukhtasar
   
  "Aku suka kepada kaum kerabat si mati dan jirannya membuat makanan untuk ahli
si mati, yang mengenyangkan mereka pada hari dan malamnya, kerana sesungguhnya
perbuatan itu ialah sunnah dan diamalkan oleh golongan yang baik-baik."
   
  Telah berkata ashab kita (ulamak fiqh syafie):
   
  "Dipelawakan sungguh-sungguh kepada mereka (ahli si mati) supaya mereka
makan, dan walaupun mayat itu berada di negeri lain sekalipun, adalah
disunatkan juga kepada jiran tetangga keluarga si mati membuat makanan untuk
mereka.
   
   Setelah kita mengikuti pendapat ulamak di dalam 4 mazhab mengenai membuat
dan menyediakan makanan atau jamuan selepas kematian, maka  kita dapati semua
mazhab telah bersepakat kata bahawa hukumnya adalah sunat bagi jiran tetangga
dan kaum kerabat yang jauh membuat makanan kepada mereka. Bukan mereka membuat
makanan dan menjamu jiran dan orang ramai apabila berlaku sesuatu kematian
seperti yang diamalkan oleh kebanyakan masyarakat kita pada hari ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2010 07:06 PM | Show all posts
1161# baghal

Nyata dan jelas dia MUNAFIK dia bukan persendakan kita akan tetapi Ulama'-ulama' besar. Dan yang paling besh dia kaut macam2 mazhab untuk menang dan memuaskan nafsunya dan nak tujuk pandai. (tapi tak menang pon)

Munafikun memang suka persendakan kebaikan dan kebenaran.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2010 09:25 PM | Show all posts
Para Ulama Besar As-Syafieyah Semuanya Mengharamkan Tahlilan, Yasinan & Kenduri Arwah
Berkumpul-kumpul di rumah si Mati, sama ada kerana kenduri arwah, tahlilan dan yasinan, sama ada dihari pertama kematian, dihari ketiga, ketujuh, keempat puluh, keseratus, setahun dan dihari-hari seterusnya adalah perbuatan haram dan bid’ah menurut fatwa Imam Syafie dan para ulama besar Syafieyah. Akan diutarakan satu persatu nama-nama ulama besar yang bermazhab as-Syafie di dalam tulisan ini yang mengharamkan perbuatan tersebut yang dianggap sebagai bid’ah yang mungkar. Antara para ulama tersebut ialah:

(1). Imam Asy-Syairaziy As-Syafie, beliau berkata: “Dibenci berkumpul (di rumah si Mati) dengan alasan untuk takziyah, kerana itu adalah mengada-adakan yang baru, sedangkan mengada-adakan yang baru itu adalah bid’ah”. Lihat: Al-Majmu Syarah Muhazzab, hlm. 305-306.

(2). Al-Allamah Ahmad Zaini bin Dahlan menukil: “Tidak diragukan lagi bahawa mencegah manusia dari perbuatan bid’ah yang mungkar demi untuk menghidupkan sunnah dan mematikan bid’ah, membuka banyak pintu-pintu kebaikan dan menutup pintu-pintu keburukan, (jika dibiarkan bid’ah) setiap akan terdedah kepada kemungkaran sehingga memaksa diri mereka melakukan perkara yang haram”. Lihat: I’anatu at-Talibin juz 2. hlm. 145-146

Kenduri arwah, tahlilan dan yasinan bukan sahaja diharamkan di rumah-rumah, masjid-masjid, surau-surau atau dimanapun sehinggalah di perkuburan, termasuk hari khaul adalah diharam dan dibid’ahkan oleh Imam Syafie:

Berkata Imam Syafie: “Apa yang diamalkan oleh manusia dengan berkumpul dirumah keluarga si Mati dan menyediakan makanan adalah termasuk perbuatan bid’ah yang mungkar”. Lihat: I’anatu at-Talibin juz 2 hlm. 145.

Di dalam kitab fikh Hasiyahtul Qulyubi juz. 1 hlm. 353 atau di kitab Hasiyatani Qulyubi –Umairah. juz. 1 hlm. 414:

(3). Imam ar-Ramli rahimahullah (ulama besar bermazhab Syafie) berfatwa: “Antara perbuatan bid’ah yang mungkar dikerjakan ialah sebagaimana dijelaskan di dalam “Ar-Raudah” 2/145, iaitu mengerjakan amalan yang disebut “kaffarah”, menghidangkan makanan agar dapat berkumpul di rumah si Mati, sama ada sebelum atau sesudah kematian, termasuklah bid’ah yang mungkar penyembelihan untuk si Mati, malah yang demikian itu semuanya haram terutama sekiranya dari harta yang masih dipersengketakan walau sudah ditinggalkan oleh si Mati atau harta yang masih dalam hutang atau seumpamanya”.

Di dalam kitab Al-Fiqh ‘Alal Mazhabil ‘Arb’ah jld.1 hlm. 539 dijelaskan tentang haramnya kenduri arwah: “Termasuk bid’ah yang dibenci ialah apa yang menjadi amalan orang sekarang, iaitu menyembelih beberapa sembelihan ketika si Mati telah keluar dari rumah. Ada yang melakukan sehingga kekuburan atau menyediakan makanan kepada sesiapa yang datang berkumpul untuk takziyah”.

(4). Imam Nawawi, , Imam Ibn Kathir, Imam ar-Ramli mereka menukil fatwa Imam as-Syafie: "Dan aku telah memakruhkan (mengharamkan) makan, iaitu berkumpul di rumah (si Mati) walaupun bukan untuk tangisan (ratapan)".

(5). Imam Ibn Hajar al-Asqalani: "Adapun menyediakan makanan oleh keluarga si Mati dan berkumpul beramai-ramai di rumah (si Mati) tersebut maka itu adalah bid'ah bukan sunnah". Dan lagi "Apa yang telah menjadi kebiasaan manusia menjemput orang dan menyediakan hidangan makanan oleh keluarga si Mati adalah bid’ah yang dibenci, termasuklah dalam hal ini berkumpul beramai-ramai di rumah keluarga si Mati kerana terdapat hadis sahih dari Jarir bin Abdullah berkata: Kami menganggap berkumpul beramai-ramai (berkenduri arwah) di rumah si Mati dan menyiapkan makanan sebagai ratapan". H/R Ahmad 2/204 dan Ibn Majah 1612 dengan sanad yang sahih dari jalan Ismail bin Abi Khalid dari Qais bin Abi Hazim. Lihat: I’anatu at-Talibin juz. 2 hlm. 146

Dalam hadis di atas ada kalimah “Kami menganggap/memandang”, ini menunjukkan ijmaknya para sahabat, maka ijmak sahabat adalah hujjah qati’ah (pemutus) yang tidak boleh ditolak,  Nyata ia adalah bid’ah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2010 09:29 PM | Show all posts
sambungan...

mempertahankan amalan berkumpul di rumah si Mati atau dimana sahaja untuk yasinan, tahlilan dan kenduri arwah (dengan niat menghadiahkan pahala bacaan kepada orang mati) kerana beralasan dengan hadis yang mungkar, iaitu hadis: “Barangsiapa yang menziarahi kubur orang tuanya atau salah seorang dari keduanya pada hari Jumaat, kemudian membacakan surah Yasin, maka akan diampunkan dosanya". Hadis ini batil, palsu dan tidak ada asal usulnya. Dalam sanadnya ada si 'Amar pemalsu hadis, banyak meriwayatkan hadis batil. Daraqutni berkata: "Amar adalah seorang pemalsu hadis". Lihat: Kitab Al-Maudu’at, Juz 3 hlm. 239. Lihat: I’anatu at-Talibin. Juz 2. Hlm. 146.

(6). Imam Muzani yang sezaman dengan Imam Syafie mengharamkan menghadiahkan pahala bacaan kepada si Mati (sama ada cara yasinan, tahlilan atau kenduri arwah), beliau berkata: "Rasulullah s.a.w telah memberi tahu sebagaimana Allah memberi tahu: Bahawa dosa tiap-tiap orang adalah buat kecelakaan dirinya sendiri sebagaimana amalannya itu buat kebaikan dirinya sendiri bukan untuk kecelakaan orang lain".

Di jelaskan oleh Ibn Taimiyah: “Bukan menjadi suatu kebiasaan bagi para Salaf as-Soleh apabila mereka mengerjakan solat-solat sunnah, berpuasa, haji dan membaca al-Quran lalu pahalanya dihadiahkan kepada si Mati” Lihat kitab Ali Abdul al-Kafi as-Subki “Takmilatul Majmu”. Syarah Muhazzab jld. 10 hlm. 417. Imam an-Nawawi juga berkata: “Adapun bacaan al-Quran, yang masyhur dikalangan mazhab Syafie tidak sampai pahala bacaan yang dikirim kepada si Mati”. Lihat: Al-Khazin al-Jaml. juz. 4 hlm. 236 dan “Syarah Muslim” juz 1 hlm. 90.

(7). As-Subki ulama besar Syafieyah berfatwa: “Pembacaan al-Quran dan menghadiahkan pahalanya kepada si Mati, membayar solatnya dan sebagainya, maka menurut Imam Syafie dan jumhur ulama Syafie adalah tidak sampai kepada si Mati. Penjelasan seperti ini telah diulang-ulang (oleh Imam an-Nawawi) dalam kitab syarah Muslim”. Dan lihat: Takmilatul al-Majmu’ – Syarah al-Muhazzab di dalam kitab juz 10 hlm. 426

(8). Al-Haitami menjelaskan: “Mayat tidak boleh dibacakan al-Quran sebagaimana keterangan yang ditetapkan oleh orang-orang terdahulu, bacaan al-Quran pahalanya tidak sampai kepada si Mati, lantaran pahala bacaan hanya untuk si Pembaca. Pahala amalan tidak boleh dipindah-pindahkan dari si Pembuat berdasarkan firman Allah Ta’ala: Dan manusia tidak memperolehi pahala kecuali dari amalan yang dikerjakannya sendiri”. Lihat: Al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyah (dalam penjelasan perkara ini)

(9). Imam Syaukani (ulama tafsir) berkata: Seseorang tidak akan mendapat melainkan atas usahanya sendiri. Lafaz dalam ayat ini termasuk umum yang mukhasas, oleh itu tidak tepat kalau ada yang berkata bahawa ayat ini telah dimansuhkan dalam urusan ini, kerana yang khas tidak boleh memansuhkan lafaz umum, tetapi hanya sebagai takhsisnya sahaja. Maka apabila ada dalil lain yang boleh menentukan bahawa seseorang memperolehi manfaat dari amal orang lain, maka dalil itu sebagai takhsisnya bukan sebagai nasikh serperti ayat yang terdapat di surah ath-Thur: (Kami akan hubungkan dengan mereka itu anak cucu mereka)”.

Membaca al-Fatihah, Surah al- Ikhlas, al-Falaq, an-Nas,Yasin dan beberapa ayat lain secara beramai-ramai bertentangan dengan nas al-Quran, hadis-hadis sahih dan athar para sahabat. Firman Allah: “Apabila dibacakan al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat”. AL-A’RAF, 7:204.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2010 10:05 PM | Show all posts
NurMuhammad Kitab “Kashf al-Ghaibiyyah” oleh Zain al-‘Abidin al-Fatani rh:

“Sesungguhnya telah datang pada khabar oleh bahawasanya Allah taala telah menjadi  ia akan sutu pohon kayu baginya empat dahan, maka menamai akan dia Syajarat al-Muttaqin (Pokok Orang-Orang yang bertaqwa), dan pada setengah riwayat Shajarah al-yaqin (Pokok Keyakinan), kemudian telah menjadi ia akan Nur Muhammad di dalam hijab daripada permata yang sangat putih seu(m)pama rupa burung merak dan dihantarkan ia akan dia atas demikian pohon kayu itu , maka mengucap tasbihlah oleh Nur itu atas pohon kayu itu kadar tujuh puluh ribu tahun, kemudian menjadi akan cermin kemaluan maka dihantarkan akan dia dengan berhadapannya ; maka tatkala menilik oleh merak itu di dalam cermin itu melihat ia akan rupanya terlebih elok dan terlebih perhiasan kelakuan, maka malu ia daripada Allah taala , maka lalu berpeluh ia maka titik daripadanya enam titik, maka menjadi oleh Allah taala daripada titik yang pertama akan ruh Abu bakar radiya’Llahu ‘anhu, dan daripada titik yang kedua itu akan ruh ‘Umar radiya’llahu ‘anhu  dan daripada titik yang ketiga itu akan ruh ‘Uthman radiya’Llahu ‘anhu, dan daripada titik yang keempat itu akan ruh ‘Ali radiya’Llahu ‘anhu, dan daripada titik yang kelima itu akan pohon bunga mawar dan daripada titik  yang keenam itu akan padi”.
   
   Kemudian disebut bagaimana Nur Muhammad itu sujud lima kali, dengan itu ,menjadi fardu sujud , lalu difardukan sermbahyang yang lima waktu atas Muhammad dan ummatnya. Kemudian disebut Allah menilitk kepada nur itu, lalu ia malu, berpeluh kerana malunya. Daripada peluh hidungnya Allah jadikan malaikat, daripada peluh mukanya Allah jadikan ‘Arasy, Kursi, Lauh dan Qalam, matahari, bulan,  hijab, segala bintang, dan barang-barang yang ada di langit. Daripada peluh dadanya dijadikan anbia , muyrsalin, ulama, syuhada dan solihin.Daripada peluh belakangnya       dijadikan Bait al-ma’mur, Ka’bah, Bait al-Maqdis, dan segala tempat masjid dalam dunia.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2010 10:09 PM | Show all posts
sambungan........

Disebutkan beberapa kejadian lagi daripada peluhnya itu:
    Daripada peluh dua kening:  mukminin dan mukminat dari umat Muhammad;
    Daripada peluh dua telinganya: arwah Yahudi dan Nasrani, dan Majusi , golongan mulhid, kafir yang engkar kebenaran, munafikin.
    Daripada peluh dua kaki: segala bumi dari Timur dan Barat dan yang ada di dalamnya.

    Kemudian Allah memerintah nur itu supaya memandang ke hadapan, di hadapannya ada nur, di kanan dan kirinya juga nur.Mereka itu ialah Abu bakar, ‘Umar, ‘Uthman, dan ‘Ali.Kemudian Nur itu mengucap tasbih selama tujuh puluh ribu tahun.

    Kata pengarang : dijadikan nur para anbia daripada Nur Muhammad s.a.w;  ertinya dijadikan arwah para anbia daripada peluh ruh Muhammad s.a.w., dan dijadikan segala ruh umat anbia itu daripada peluh arwah anbia mereka itu.
   
     Kemudian diriwayatkan bahawa dijadikan oleh Allah kandil daripada akik yang merah, dilihat orang akan zahirnya itu daripada bahagian dalamnya, kemudian dijadikan rupa Muhammad seperti baginda di dunia ini, kemudian diletakkan di dalam kandil tersebut, berdiri baginda di dalamnya seperti berdirinya di dalam sembahyang; kemudian berkeliling roh segala anbia dan lainnya di sekeliling kandil nur Muhammad ‘alaihis-salam, mengucap tasbih  dan mengucap tahlil mereka itu selama seratus ribu tahun; kemudian Allah  menyuruh segala ruh itu menilik kepadanya; yang menilik kepada kepalanya menjadi khalifah dan sultan antara sekelian  makhluk;  yang menilik kepada dahinya menjadi amir yang adil; yang menilik  kepada dua matanya menjadi hafiz kalam Allah; yang melihat dua keningnya menjadi tukang lukis;  yang melihat kepada dua telinganya jadilah ia menuntut dengar dan menerima (pengajaran); yang melihat dua pipinya jadilah ia berbuat baik dan berakal; yang melihat dua bibir mulutnya menjadi orangt-oirang besar raja. Yang melihat hidung menjadi hakim dan tabib dan penjual bau-bauan.Yang melihat mulut menjadi orang puiasa.Demikian seterusnya dengan melihat anggota tertentu, jadilah orang itu mempunyai sifat-sifat tertentu di dunia nanti. Misalnya yang melihat dadanya menjadi orang alim, mulia dan mujtahid. Dan orang yang tidak menilik sesuatu kepadanya jadilah ia mengaku menjadi Tuhan seperti Fir’aun dan yang sepertinya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2010 10:56 PM | Show all posts
tempekan kali ke2

Pertanyaan drpd puak-puak yang mereka-reka cerita donggeng dan cuba menbuat fitnah :

Adakah Nabi saw merupakan nur atau manusia biasa seperti kita sepertimana yang dikhabarkan di dalam al Quran ?

ok tape Salikin akan Jawap :

Nabi saw merupakan nur, adalah sohih. Firman ALLAH swt :

Ertinya : Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul kami (Muhammad s.a.w) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci dan Dia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya. (Al Maidah ayat : 15)

ALLAH swt juga berfirman :

Ertinya : "Dan (Muhammad saw juga sebagai penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada agama ALLAH swt dengan taufiq yang diberiNya ; dan sebagai lampu yang menerangi (Surah al Ahzaab ayat 46) (Bkn Tok Sufi Kata nih tp Firman Allah swt)

Baginda saw adalah nur dan penerang. Tidak mengapa jika kamu mengatakan bahawa Sayidina Muhammad saw adalah nur selama ALLAH swt telah menyifatkan Baginda saw sedemikian dan menamakannya Nur. Bahkan, telah thabit di dalam sunnah bahawa sahabat radiyaLlahu 'anahu menyatakan sesungguhnya wajah Baginda saw seumpama bulan purnama.

Ertinya : Sesungguhnya wajahnya (Nabi saw) seperti rembulan (Riwayat Nasa'i, As sunnan al Kubra, vol 5 hlmn 187, dan vol 6, hlm 155; Tobrani, Al Mu'jam Al Kabir, vol 10, hlm 147; dan al Hafiz Ibnu Hajar juga mengemukakan di dalam al Ishaabah, vol 6, hlm 180.

Baginda saw juga telah mengkhabarkan ketika mengandungkannya, bondanya melihat cahaya yang memancar sehingga menerangi istana-istana Busra di negara Syam. Para sahabat radiyaLlahu 'anhu tatkala masuk ke Madinah, semua benda menjadi bercahaya. Tatkala baginda saw wafat, semua benda menjadi gelap.

Begitu juga athar-athar dan hadith-hadith lain yang menerangkan bahawa Baginda saw adalah nur. Tidak sewajarnya kita menafikan bahawa nur tersebut adalah nur yang bersifat hissi (yang boleh dirasai oleh salah satu pancaindera). Kerana tidak ada di sana apa-apa yang menghalang untuk kita menyatakan bahawa sifat Baginda saw itu menerangi atau memiliki nur hissi sebagaimana ia juga tidak bertentangan dengan tabiat manusia yang telah dikhabarkan oleh al Quran.

Sesungguhnya yang dilarang ialah menafikan sifat kemanusiaan bagi diri Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam kerana ini bersalahan dengan apa yang disohihkan oleh al Quran. ALlah subahanahu wa ta'ala telah berfirman :

Ertinya : "Katakanlah (wahai manusia) : "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu; diwahyukan kepadaku" (Surah al Fussilat ayat 6)

Yang paling selamat ialah dengan menetapkan apa yang telah ditetapkan oleh ALLAH swt bagi NabiNya saw Allah swt telah menetapkan bahawa Baginda saw adalah nur yang menerangi dan sentiasa berada dalam keadaan sedemikian dan Baginda saw juga adalah manusia seperti kita tanpa perlu sebarang tafsil dan tanzir.

Menetapkan diri Baginda saw mempunyai nur yang hissi juga tidak bertentangan dengan hakikat diri baginda saw yang merupakan manusia. Bulan tabiat semulajadinya terdiri daripada batu-batu pejal dan dalam masa yang sama ia adalah cahaya dan mempunyai cahaya hissi. Nabi saw lebih mulia daripada bulan dan lebih mulia daripada seluruh makhluk ciptaan Allah swt. Kami memohon kepada Allah swt agar menunjukkan kami jalan yang lurus, Ini adalah penerangan mengenai permasalan nur yang dinisbahkan kepada Nabi saw. Kami akhiri dengan doa kami, segala puji bagi Allah swt Tuhan sekalian alam.

Di antara hadith yang mensabitkan Nur Muhammad ini ialah hadith yang diriwayatkan oleh ali ibn al Husain daripadanya ayahandanya daripada nendanya, bahawa Nabi saw bersabda :

Ertinya : "Aku adalah cahaya di hadapan Tuhanku"

Hadith ini disebut oleh al Hafiz Abu Hasan Ali ibn Muhammad al Qattan di dalam Ahkamnya, Beliau merupakan di antara pengkritik hadith yagn mahsyur dan di antara ulama yang tegas dan memberikan perhatian serius terhadap periwayatan dan penjagaan sesuatu hadith.

Selain itu, Dr Sayyid Muhammad ibn Alawi al Maliki juga mengemukakan ayat di atas dan menyatakan kebanyakan ulama' menyatakan bahawa nur dalam ayat ialah Muhammad saw sebagaimana yang disebut di dalam Tafsir al Tabari, ibn hatim dan al Qurtubi, Qatadah juga berpendapat sedemikian.

Di antara dalilnya juga ialah hadith yang banyak menyebut tatkala Baginda saw dilahirkan, bondanya melihat cahaya dan keluar bersamanya cahaya yang menerangi istana-istana Syam. Ibnu Hajar berkata sedemikian dan mensohihkan hadith ini. Begitu juga Ibnu Hibban dan Al Hakim.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 01:22 AM | Show all posts
  dah jelas "Apa yang diamalkan oleh manusia dengan berkumpul dirumah keluarga si Mati " DAN "menyediakan makanan "  2 perkara yg disebutkan termasuk perbuatan bid’ah yang mungkar.
Nazrulism Post at 17-3-2010 18:34

waa...suke sangat......
memandangkan tuan baghal dah menjelaskan tentang hukum berkumpul dirumah simati & menyediakan makanan sepatutnye xpayah teman tambah dah dah ok dah tu,kalu ikutkan xpayah teman nk bagi hujah dah...pade org yg paham le...kalu mike entah le...?
tapi sebab nk memuaskan nafsu meroyan mike...takpele teman adjust sikit ...kang mike kate teman xade hujah plak'

BEBERAPA HUKUM BERKAITAN KEMATIAN MENURUT SUNNAH NABI MUHAMMAD SAW

1 : Berdoa untuk si mati kerana doa ketika  keadaan ini diaminkan oleh malaikat. Sabda Nabi Muhammad SAW di dalam hadith riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud, At-Tirmizi, An-Nasai, Ibnu Majah Al-Baihaqi:

إِذَا حَضَرْتُمُ الْمَرِيْضَ أَوِ الْمَيِّتَ فَقُوْلُوْا خَيْرًا فَإِنَّ الْمَلاَئِكَةَ يُؤَمِّنُوْنَ عَلَى مَا تَقُوْلُوْنَ

Maksudnya: Apabila kamu menghadiri (ziarah) orang sakit atau orang mati maka ucapkan ucapan yang baik kerana para malaikat mengaminkan atas apa yang kamu ucapkan.

Peluang berdoa memohon rahmat serta keampunan untuk si mati  ini banyak disia-siakan oleh penziarah dan bahkan oleh keluarga si mati sendiri. Sedangkan Allah memerintahkan kita supaya berbuat demikian sepanjang masa lebih-lebih lagi dalam keadaan menghadapi kematian. Firman Allah SWT di dalam Surah Muhammad ayat 19:

فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ

Maksudnya: Dan mohonlah keampunan bagi dosa kamu dan dosa orang-orang beriman lelaki dan perempuan.

Malangnya mereka begitu sibuk dengan "acara-acara" yang telah di susun dan diaturacarakan oleh adat dan amalan yang tidak thabit dari sunnah Nabi Muhammad SAW. Sedangkan kalau di lihat dari keterangan-keterangan yang bersumber dari sunnah Nabi Muhammad SAW apabila terjadi kematian maka doa dari orang yang hidup amat ditekankan. Kita dapat lihat secara jelas perkara ini bermula dari:

    * Selepas mati (seperti hadith di atas)
    * Dalam solat jenazah
    * Di kubur selepas dikebumikan

Oleh itu setiap penziarah dan juga keluarga si mati hendaklah memberi perhatian yang besar tentang perkara ini. Janganlah disia-siakan peluang berdoa dalam keadaan yang begitu penting ini, lebih-lebih lagi doa tersebut diaminkan oleh para malaikat. Inilah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW semasa menziarahi jenazah Abu Salamah RA melalui doa yang diriwayatkan oleh Ahmad, Muslim, Abu Daud:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ ِلأَبِيْ سَلَمَةَ وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ فِي الْمَهْدِيِّيْنَ وَاخْلُفْهُ فِي عَقِبِهِ فِي الْغَابِرِيْنَ وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ وَافْسَحْ لَهُ فِي قَبْرِهِ وَنَوِّرْ لَهُ فِيْهِ

Maksudnya: Ya Allah berilah keampunan untuk Abu Salamah, angkatlah darjatnya di dalam golongan orang-orang yang mendapat petunjuk, kurniakanlah gantinya untuk orang yang ditinggalkannya, berilah keampunan untuk kami dan untuknya wahai Tuhan semesta alam dan lapangkanlah kubur untuknya serta penuhilah cahaya didalamnya.

Keterangan: Bagi sesiapa yang ingin berdoa dengan doa ini ketika menziarahi si mati, maka tukarkan tempat nama Abu Salamah itu dengan nama si mati. Sebagai contoh si mati bernama Muhammad:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِمُحَمَّد وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ...................

Sekiranya penziarah atau keluarga si mati ingin menambah dengan doa yang lain maka boleh di pilih doa-doa yang berkisar kepada pengampunan dosa, memohon rahmat, dijauhkan azab kubur dan neraka, masuk syurga dan lain-lain.

Kemudian kita juga dapat melihat dalam suasana kematian ini ramai yang duduk di sekeliling jenazah sambil membaca Al-Quran atau surah-surah tertentu yang ditujukan bacaan tersebut untuk simati. Persoalannya adakah bacaan tersebut sampai kepada si mati? Di sisi Imam As-Syafie tidak sampai pahala bacaan Al-Quran dari orang hidup untuk orang yang telah mati. Berkata Imam An-Nawawi di dalam kitabnya Syarah Soheh Muslim (Jilid 4 mukasurat 98 cetakan Darul Hadith, Al-Qaherah-cetakan pertama 1994):

"Dan yang masyhur di dalam mazhab kami (As-Syafie) bahawa membaca Al-Quran (untuk simati) tidak sampai pahalanya".

Ini berbeza sekiranya Al-Quran itu di baca oleh anak si mati kerana setiap amalan kebajikan yang dikerjakan oleh anak pasti diperolehi pahalanya oleh ibu dan bapa walaupun tidak diniatkan untuk kedua-duanya.

Sampaiya pahala setiap amalan kebajikan anak kepada kepada  kedua-dua ibubapanya berdasarkan kepada "anak merupakan hasil dari usaha ibubapa". Sabda Nabi SAW tentang perkara ini di dalam hadith riwayat Ahmad, Al-Bukhari (di dalam kitabnya At-Tarikh Al-Kabir), Abu Daud, An-Nasai, Ibnu Majah:

إِنَّ أَطْيَبَ مَا أَكَلَ الرَّجُلُ مِنْ كَسْبِهِ وَإِنَّ وَلَدَهُ مِنْ كَسْبِهِ

Maksudnya: Sesungguhnya apa yang paling baik dimakan oleh seseorang ialah dari hasil usahanya dan sesungguhnya anak adalah dari hasil usahanya.

Tapi yang malangnya dalam masyarakat kita ialah anak tidak berperanan ketika dalam keadaan ini. Urusan yang penting ini di serah dan diharapkan bulat-bulat kepada orang lain. Dimanakah silapnya. Adakah si anak malu atau tergagap-gagap atau lebih buruk lagi tidak pandai membaca Al-Quran? Oleh itu kepada sesiapa yang bergelar ibubapa janganlah di beri dunia semata-mata kepada anak-anak, berikan sama (atau lebih) agama kepada mereka kerana faedahnya adalah untuk ibubapa juga, bukan untuk orang lain.

to be continue...i will be back...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2010 03:39 AM | Show all posts
sambungan bab menyediakan makanan...paham betoi2 maksud hadis ni:

Ke 2: Menyediakan makanan untuk keluarga si mati oleh jiran-jiran. Ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW di dalam hadith riwayat As-Syafie, Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi, Ibnu Majah, Al-Hakim, Ad-Daruquthni, Al-Baihaqi ketika datang perkhabaran kematian Ja'far bin Abi Thalib yang syahid pada Peperangan Mu'tah:

اصْنَعُوْا ِلآلِ جَعْفَرٍ طَعَامًا فَقَدْ أَتَاهُمْ أَمْرٌ يَشْغَلُهُمْ

Maksudnya: Buatlah makanan untuk keluarga Ja'far kerana sesungguhnya telah menimpa mereka suatu perkara yang menyusahkan mereka.

Berkata Imam As-Syafie di dalam kitabnya Al-Umm (Jilid 2 mukasurat 635 cetakan Darul Wafa', cetakan pertama 2001) mengenai perkara ini:

"Aku menyukai bagi jiran si mati atau kerabatnya membuat untuk keluarga si mati pada hari kematiannya dan sebelah malamnya makanan yang mengeyangkan mereka kerana sesungguhnya yang demikian itu adalah sunnah. Dan ia adalah satu tanda ingatan yang mulia di mana ia merupakan sebahagian dari perbuatan ahli kebaikan sebelum dan selepas kita".

Inilah sunnah yang di ajar oleh Nabi Muhammad SAW dan juga sebagaimana yang di sebut oleh Imam As-Syafie di atas. Semestinya bagi keluarga si mati tidak menyibuk dan menyusahkan diri mereka menyediakan makan apa lagi menjemput orang ramai ke rumah pada malam-malam tertentu kemudian menyediakan makanan untuk jemputan yang hadir. Berkata Dr. Wahbah Az-Zuhaily di dalam kitabnya Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuh (Jilid 2 mukasurat 549-550 cetakan Dar Al-Fikr, cetakan kedua 1989):

"Adapun ahli keluarga si mati membuat makanan kepada orang ramai maka ia adalah makruh dan bid'ah yang tiada asal baginya (dari Nabi SAW). Perbuatan sedemikian menambahkan lagi atas musibah mereka serta menyusahkan mereka atas kesusahan yang telah menimpa mereka dan menyerupai perbuatan ahli jahiliyyah. Sekiranya ia melibatkan harta waris yang belum baligh maka haram disediakan makanan (tersebut)".

Kemudian Dr. Wahbah Az-Zuhaily membawa satu riwayat daripada seorang sahabat Nabi Muhammad SAW bernama Jarir bin Abdullah Al-Bajali RA dengan katanya:

كُنَّا نَرَى اْلإِجْتِمَاعَ إِلَى أَهْلِ الْمَيِّتِ وَصَنْعَةَ الطَّعَامِ مِنَ النِّيَاحَةِ

Maksudnya: Kami (sababat-sahabat Nabi Muhammad SAW) mengira bahawa berkumpul bersama keluarga si mati dan menyediakan makanan adalah termasuk dalam meratap.

Demikian juga di sebut di dalam Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji 'Ala Mazhab Al-Imam As-Syafie karangan Dr. Musthofa Al-Khin, Dr. Musthofa Al-Bugho dan Ali Al-Syarbaji (Juzuk 1 mukasurat 263 cetakan Darul Ulum Al-Insaniyyah, cetakan pertama 1989) dalam perkara ke 7 bid'ah jenazah:

"Keluarga si mati membuat makanan dan menghimpun orang ramai atasnya sebagaimana yang biasa dilakukan di zaman ini. Perbuatan ini adalah bid'ah yang bertentangan dan sangat menyalahi Sunnah".

Sayugianya setiap orang yang cintakan Agama dan Sunnah Nabi Muhammad SAW menghindarkan diri dari melakukan perkara-perkara baru yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW atau sekurang-kurangnya oleh sahabat-sahabat Baginda SAW. Ini penting untuk memastikan supaya ketulenan Islam itu tetap terpelihara dan terhindar dari tokok tambah.


Ke3: Ta'ziah (menyabar dan memberi kegembiraan kepada kaum kerabat si mati). Sabda Nabi Muhammad SAW di dalam hadith riwayat Ibnu Majah, Al-Baihaqi:

مَا مِنْ مُؤْمِنٍ يُعَزِّي أَخَاهُ بِمُصِيْبَةٍ إِلاَّ كَسَاهُ الله ُسُبْحَانَهُ مِنْ حُلَلِ اْلكَرَامَةِ يَوْمَ اْلقِيَامَةِ
Maksudnya:  Mana-mana dari kalangan orang beriman yang memberi ta'ziah kepada saudaranya yang di timpa musibah nescaya Allah akan memakainya dengan pakaian kemuliaan pada Hari Qiamat.

Kemudian urusan jenazah seterusnya: di mandi, di kafan, di solat, dikembumikan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 03:42 AM | Show all posts
.. jenis lurus bendul atau benak kamu ni

sila perhatikan kata2 imam syafi'i;
Nazrulism Post at 17-3-2010 17:23


tak teman xlurus pun,benak pun idak.tapi teman nk hadiahkat mike le gelaran bendul dan benak tu..sesuai kat mike le,setuju?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 03:50 AM | Show all posts
Para Ulama Besar As-Syafieyah Semuanya Mengharamkan Tahlilan, Yasinan & Kenduri Arwah
Berkumpul-kumpul di rumah si Mati, sama ada kerana kenduri arwah, tahlilan dan yasinan, sama ada dihari pertama k ...
Nazrulism Post at 17-3-2010 21:25


neh! hujah teman tentang tahlil;

Pada hakikatnya majlis tahlil adalah hanya nama atau sebutan untuk sebuah acara di dalam berdzikir dan berdoa atau bermunajat bersama. Yaitu berkumpulnya sejumlah orang untuk berdoa atau bermunajat kepada Allah SWT dengan cara membaca kalimat-kalimat thayyibah seperti tahmid, takbir, tahlil, tasbih, Asma’ul husna, shalawat dan lain-lain.

Maka sangat jelas bahwa majlis tahlil sama dengan majlis dzikir, hanya istilah atau namanya saja yang berbeza namun hakikatnya sama. (Tahlil artinya adalah lafadh Laailaaha illallah) Lalu bagaimana hukumnya mengadakan acara tahlilan atau dzikir dan
berdoa bersama yang berkaitan dengan acara kematian untuk mendoakan dan memberikan hadiah pahala kepada orang yang telah meninggal dunia ? Dan apakah hal itu bermanfaat atau tersampaikan bagi si mayat ?

Menghadiahkan Fatihah, atau Yaasiin, atau dzikir, Tahlil, atau shadaqah, atau Qadha puasanya dan lain lain, itu semua sampai kepada Mayat. Dalil  Shahih Muslim hadits no.1149,
“seorang wanita bersedekah untuk Ibunya yang telah wafat dan diperbolehkan oleh Rasulullah saw”, dan ada pula riwayat
Sahih Bukhari dan Muslim bahwa “seorang sahabat menghajikan untuk Ibunya yang telah wafat”, dan Rasulullah SAW pun menghadiahkan Sembelihan Beliau SAW saat Idul Adha untuk dirinya dan untuk ummatnya, “Wahai Allah terimalah sembelihan
ini dari Muhammad dan keluarga Muhammad dan dari Ummat Muhammad” (Sahih Muslim hadits no.1967).

Dan hal ini (pengiriman amal untuk mayat itu sampai kepada mayat) merupakan Jumhur Ulama seluruh mazhab dan tak ada yang memungkirinya apa lagi mengharamkannya, dan perselisihan pendapat hanya terdapat pada mazhab Imam Syafi’i, bila si pembaca tak mengucapkan lafadz : “Kuhadiahkan”, atau wahai Allah kuhadiahkan sedekah ini, atau dzikir ini, atau ayat ini..”, bila hal ini tidak
disebutkan maka sebagian Ulama Syafi’iy mengatakan pahalanya tak sampai.

Jadi tak satupun ulam a ikhtilaf dalam sampai atau tidaknya pengiriman amal untuk mayat, tapi berikhtilaf adalah pada Lafadznya. Demikian pula Ibn Taimiyyah yang menyebutkan 21 hujjah (dua puluh satu dalil) tentang Intifa’ m in ‘amalilghair (mendapat manfaat dari amal selainnya). Mengenai ayat : "DAN TIADALAH BAGI SESEORANG KECUALI APA YG DIPERBUATNYA, maka Ibn Abbas ra menyatakan bahwa ayat ini telah mansukh dengan ayat “DAN ORANG ORANG YG BERIMAN YG DIIKUTI KETURUNAN MEREKA DENGAN KEIMANAN”,

Mengenai hadits yang mengatakan bahwa bila wafat keturunan adam, maka terputuslah amalnya terkecuali 3 (tiga), shadaqah Jariyah, Ilmu yang bermanfaat, dan anaknya yang berdoa untuknya, maka orang orang lain yang mengirim amal, dzikir dll untuknya ini jelas jelas bukanlah amal perbuatan si mayat, karena Rasulullah SAW menjelaskan terputusnya amal si mayat, bukan amal orang lain yang dihadiahkan untuk si mayat, dan juga sebagai hujjah bahwa Allah memerintahkan di dalam Al Quran untuk mendoakan orang yang telah wafat : "WAHAI TUHAN KAMI AMPUNILAH DOSA-DOSA KAMI DAN BAGI SAUDARA-SAUDARA KAMI YG MENDAHULUI KAMI
DALAM KEIMANAN", (Surah Al Hasyr-10).

Mengenai rangkuman tahlilan itu, tak satu pun Ulama dan Imam Imam yang memungkirinya, siapa pula yang memungkiri muslimin berkumpul dan berdzikir?, hanya syaitan yang tak suka dengan dzikir.

Didalam acara Tahlil itu terdapat ucapan Laa ilaah illallah, tasbih, shalawat, ayat Quran, dirangkai sedemikian rupa dalam satu paket dengan tujuan agar semua orang awam bole mengikutinya dengan mudah, ini sama saja dengan merangkum Al Qur’an dalam DVD atau CD, lalu ditambah pula bila ingin ayat Fulani, silahkan Klik awal ayat, bila anda ingin ayat azab, klik a, ayat rahmat klik b, maka ini semua dibuat buat untuk mempermudah muslimin terutama yang awam. Atau dikumpulkannya hadits Bukhari,Muslim, dan Kutubussittah, Al Qur’an dengan Tafsir Baghawi, Jalalain dan Ilmu Musthalah, Nahwu dll, dalam sebuah CD atau DVD, atau sekumpulan kitab, bila mereka melarangnya maka mana dalilnya ?,

Munculkan satu dalil yang mengharamkan acara Tahlil?, (acara berkumpulnya muslimin untuk mendoakan yang wafat) tidak di Al Qur’an, tidak pula di Hadits, tidak pula di Qaul Sahabat, tidak pula di kalam Imam Ul Madzahib, hanya mereka saja yang mengada-ada dari kejahilan pemahamannya.

Mengenai 3 hari, 7 hari, 40 hari, 100 hari, 1000 hari, atau bahkan tiap-tiap hari, tak ada dalil yang melarangnya, itu adalah Bid’ah hasanah yang sudah diperbolehkan oleh Rasulullah saw, justru kita perlu bertanya, ajaran muslimkah mereka yang melarang org mengucapkan Laa ilaaha illallah?, siapa yang alergi dengan suara 'Laa ilaaha illallah' kalau bukan syaitan dan pengikutnya ?, siapa yang membatasi org mengucapkan Laa ilaaha illallah?, muslimkah?, semoga Allah memberi hidayah pada muslimin, tak ada larangan untuk menyebut Laa ilaaha illallah, tak pula ada larangan untuk melarang yang berdzikir pada hari ke 40, hari ke 100 atau bilapun, pelarangan atas hal ini adalah kemungkaran yang nyata.

Bila hal ini dikatakan merupakan adat orang hindu, maka bagaimana dengan computer, handphone, mikrofon, dan lainnya yang merupakan adat orang kafir, namun selama hal itu bermanfaat dan tak melanggar syariah maka boleh boleh saja mengikutinya,

Sebagaimana pula diriwayatkan bahwa Imam Masjid Quba di zaman Nabi saw, selalu membaca surat Al Ikhlas pada setiap kali membaca Al Fatihah, maka setelah Fatihah maka ia membaca AL Ikhlas, lalu surat lainnya dan ia tak mau meninggalkan surat Al Ikhlas
setiap rakaatnya, ia jadikan Al Ikhlas sama dengan Fatihah hingga selalu berdampingan disetiap rakaat, maka orang mengadukannya pada Rasul saw, dan ia ditanya oleh Rasul saw : Mengapa kau melakukan hal itu?, maka ia menjawab : Aku mencintai surat Al Ikhlas. Maka Rasul saw bersabda : Cintamu pada surat Al ikhlas akan membuatmu masuk sorga” (Shahih Bukhari).

Maka tentunya orang itu tak melakukan hal tersebut dari ajaran Rasul saw, ia membuat buatnya sendiri karena cintanya pada surat Al Ikhlas, maka Rasul saw tak melarangnya bahkan memujinya.

Kita boleh melihat bagaimana para Huffadh (Huffadh adalah Jamak dari Al hafidh, yaitu ahli hadits yang telah hafal 100.000 hadits (seratus ribu) hadits berikut sanad dan hukum matannya) dan para Imam imam mengirim hadiah pada Rasul saw :Berkata Imam A lhafidh Al Muhaddits Ali bin Almuwaffiq rahimahullah : “aku 60 kali melaksanakan haji dengan berjalan kaki, dan kuhadiahkan pahala dari itu 30 haji untuk Rasulullah saw”.Berkata Al Imam Alhafidh Al Muhaddits Abul Abbas Muhammad bin Ishaq Atssaqafiy Assiraaj : “aku mengikuti Ali bin Almuwaffiq, aku lakukan 7X haji yang pahalanya untuk Rasulullah saw dan aku menyembelih Qurban 12.000 ekor untuk
Rasulullah saw, dan aku khatamkan 12.000 kali khatam Alqur’an untuk Rasulullah saw, dan kujadikan seluruh amalku untuk Rasulullah saw”.
Ia adalah murid dari Imam Bukhari rahimahullah, dan ia menyimpan 70 ribu masalah yang dijawab oleh Imam Malik, beliau lahir pada 218 H dan wafat pada 313H

Berkata Al Imam Al Hafidh Abu Ishaq Almuzakkiy, aku mengikuti Abul Abbas dan
aku haji pula 7kali untuk rasulullah saw, dan aku mengkhatamkan Al Quran 700 kali khatam untuk Rasulullah saw. (Tarikh Baghdad Juz 12 hal 111).
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 09:33 AM | Show all posts
SIKAP IMAM ASY-SYAFI’E TERHADAP KAUM SUFI.

“Seandainya seorang menjadi sufi (bertasawwuf) di pagi hari, niscaya sebelum datang waktu Zuhur, engkau tidak dapati ia, melainkan telah menjadi orang b ...
Nazrulism Post at 16-3-2010 18:29


apa niat kamu dengan meletakkan pernyataan di atas? Kamu mesti bertanggungjawab atas apa yang kamu lakukan. Jangan kamu bersikap lempar batu sembunyi tangan dengan berselindung disebalik pernyataan tersebut dengan mengatakan "Aku hanya menampal kata-kata daripada Imam Syafi'e. Jika salah, beliaulah yang terlebih dahulu salah". Aku tidak mempertikaikan Imam Syafi'e tetapi niat kamu. Kerana aku tidak tahu niat kamu jadi untuk itu aku bertanya terus kepada kamu yang meletakkan pernyataan tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 10:02 AM | Show all posts
NurMuhammad Kitab “Kashf al-Ghaibiyyah” oleh Zain al-‘Abidin al-Fatani rh:

“Sesungguhnya telah datang pada khabar oleh bahawasanya Allah taala telah menjadi  ia akan sutu pohon kayu baginya e ...
Nazrulism Post at 17-3-2010 22:05


Kamu meletakkan 'Konsep Nur Muhammad ' ini adakah bermakna kamu menerimanya dan itulah hujah kamu? Atau sekadar kamu mahu mempermain-mainkan?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 02:22 PM | Show all posts
tak paham jugak...nah lagi..

SUNNAH MEMBUAT MAKAN UNTUK AHLI SI MATI = PENDAPAT 4 MAZHAB
   
  Selepas kita mengikuti perbincangan dari ulamak dan ulamak mujtahid mengenai
membuat dan menjam ...
baghal Post at 17-3-2010 18:42


hmm.. semuanya sunat bagi orang lain menyediakan makanan untuk Ahli simati... tiada bantahan

yang aku perkatakan adalah bid'ah dan mungkar bagi Ahli simati menyediakan makanan untuk ahli bid'ah dan mungkar yang satu lagi.. yang membaca ayat Al-Quran untuk dikirimkan pahalanya kepada simati sebagai balasan makanan yg disediakan oleh ahli simati.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 02:30 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nazrulism at 18-3-2010 15:09
waa...suke sangat......
memandangkan tuan baghal dah menjelaskan tentang hukum berkumpul dirumah simati & menyediakan makanan sepatutnye xpayah teman tambah dah dah ok dah tu,kalu ikutkan xpayah  ...
fathan Post at 18-3-2010 01:22


Sudah saya terangkan.. Tak salah berdoa untuk simati.. malah disarankan, cuma jangan beribadat untuk simati!


Mengenai hadits yang mengatakan bahwa bila wafat keturunan adam, maka terputuslah amalnya terkecuali 3 (tiga), shadaqah Jariyah, Ilmu yang bermanfaat, dan anaknya yang berdoa untuknya, maka orang orang lain yang mengirim amal, dzikir dll untuknya ini jelas jelas bukanlah amal perbuatan si mayat, karena Rasulullah SAW menjelaskan terputusnya amal si mayat, bukan amal orang lain yang dihadiahkan untuk si mayat, dan juga sebagai hujjah bahwa Allah memerintahkan di dalam Al Quran untuk mendoakan orang yang telah wafat : "WAHAI TUHAN KAMI AMPUNILAH DOSA-DOSA KAMI DAN BAGI SAUDARA-SAUDARA KAMI YG MENDAHULUI KAMI
DALAM KEIMANAN", (Surah Al Hasyr-10).

masih dalam "mendoakan" .. tiada disebut amal, dzikir dll.

berkenaan menyediakan makanan... rujuk post aku untuk si baghal
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 03:16 PM | Show all posts
apa niat kamu dengan meletakkan pernyataan di atas? Kamu mesti bertanggungjawab atas apa yang kamu lakukan. Jangan kamu bersikap lempar batu sembunyi tangan dengan berselindung disebalik pernyataa ...
HymenopterA Post at 18-3-2010 09:33


Tujuannya adalah untuk mengingatkan pesanan Imam Syafi'i berkaitan fahaman sufi.. hujah2 telah diberikan bermula page 1 hinggalah page terakhir. tak tahulah pulak.. jika pegangan Imam Syafi'i serupa dengan wahabi.. Syafi'i juga hendak dimasukkan kedalam wahabi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2010 03:19 PM | Show all posts
Kamu meletakkan 'Konsep Nur Muhammad ' ini adakah bermakna kamu menerimanya dan itulah hujah kamu? Atau sekadar kamu mahu mempermain-mainkan?
HymenopterA Post at 18-3-2010 10:02


lembabnya cara kamu berfikir .. silalah komen konsep nurmuhammad dari kasyaf alghaib itu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 06:04 PM | Show all posts
Tujuannya adalah untuk mengingatkan pesanan Imam Syafi'i berkaitan fahaman sufi.. hujah2 telah diberikan bermula page 1 hinggalah page terakhir. tak tahulah pulak.. jika pegangan Imam Syafi' ...
Nazrulism Post at 18-3-2010 15:16


Oic. Bertujuan untuk mengingatkan. Oleh yang demikian, mengatakan tidak kamu letakkan kenyataan ini kerana ia juga daripada Imam Syafi'i. Adalah lebih baik kamu amanah dan telus dengan keadaan itu. Melainkan pemikiran kamu yang lembap kerana hanya merujuk kepada satu kitab sahaja. Ataupun kamu BELUM jumpa tapi sudah berkata-kata seolah-olah kamu tahu segalanya. Justeru itu, aku akan anggap posting kamu itu adalah sekadar untuk memprovokasi umat islam sesamanya.

Hujah2 bermula dari page 1 dan terakhir? Bermaksud kamu juga menerima hujah2 daripada salikin, baghal, fathan dan juga mohdmus? Wahabi juga menerima sufi?

Imam Asy Syafie berkata

    ” Saya telah suhbah dengan kaum Shufi selama 10 tahun, kemudian hanya mendapatkan pelajaran dua huruf , dalam satu riwayat tiga ungkapan :

    i. Waktu itu umpama pedang, jika engkau tidak menggunakannya maka ia akan menebasmu.

    ii. Nafsumu jika tidak kau sibukkan dengan yang haq (benar), maka ia menyibukkanmu dengan bathil (salah).

    iii. Rasa ketiadaan daya (merasakan wujud kebesaran ALlah) itu keselamatan (terpelihara) dirimu.

(Tahqiq Haqiqah Aliyah, Sheikh al Hafiz Al Suyuti, m/s 15)

Berkata Imam Syafi’e lagi :

    Aku cinta kepada dunia kalian itu tiga :

    a) Tidak berlebih-lebihan (sederhana)

    b) Bergaul kepada orang dengan lemah lembut.

    c) Meneladani cara tokoh-tokoh tasawwuf.

(Kasyful Khafa’, Imam Al Ajluni, jld 1, m/s 341)
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 06:11 PM | Show all posts
lembabnya cara kamu berfikir .. silalah komen konsep nurmuhammad dari kasyaf alghaib itu.
Nazrulism Post at 18-3-2010 15:19


Kamu yang memberikan hujah itu mengapa mesti aku yang diminta memberi komen? Kerana konsep Nur Muhammad yang aku pegang adalah seperti yang salikin terangkan. Adakah kamu mencari orang lain agar kamu boleh berdiri dibelakang mereka supaya senang kamu menyembunyikan tangan kamu yang melempar batu itu?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 09:07 PM | Show all posts
lembabnya cara kamu berfikir .. silalah komen konsep nurmuhammad dari kasyaf alghaib itu.
Nazrulism Post at 18-3-2010 15:19

hek eleh!..mane punye fahaman yg mike pake kaut ni tentang nur muhammad?fahaman wahabi jgk ke?atau fahaman kapatalisme,atau komunisma,ataupun fahaman nazilisma?...oh..k..xpun fahaman Nazrulisma?
ape yg teman tau tentang nur muhammad sama yg dipost salikin.
ok- kat sini teman cube comparekan(perbandingan )tentang nur muhammad hujah mike dgn hujah salikin.ape yg teman nampak mike punye hujah xbleh diterime pakai...mengarut xtentu hala..ini cume fitnah mike pada ahli sufi.mengarut,meroyan,mereben teben...penuh dgn tipu muslihat mike.dasyat!.untuk tidak menghabiskan mase lagi..teman mempersembahkan....jeng!jeng!jeng!..

hujah Nazrulisma(mike le..):re:
“Sesungguhnya telah datang pada khabar oleh bahawasanya Allah taala telah menjadi  ia akan sutu pohon kayu baginya empat dahan, maka menamai akan dia Syajarat al-Muttaqin (Pokok Orang-Orang yang bertaqwa), dan pada setengah riwayat Shajarah al-yaqin (Pokok Keyakinan), kemudian telah menjadi ia akan Nur Muhammad di dalam hijab daripada permata yang sangat putih seu(m)pama rupa burung merak dan dihantarkan ia akan dia atas demikian pohon kayu itu , maka mengucap tasbihlah oleh Nur itu atas pohon kayu itu kadar tujuh puluh ribu tahun, kemudian menjadi akan cermin kemaluan maka dihantarkan akan dia dengan berhadapannya ; maka tatkala menilik oleh merak itu di dalam cermin itu melihat ia akan rupanya terlebih elok dan terlebih perhiasan kelakuan, maka malu ia daripada Allah taala , maka lalu berpeluh ia maka titik daripadanya enam titik, maka menjadi oleh Allah taala daripada titik yang pertama akan ruh Abu bakar radiya’Llahu ‘anhu, dan daripada titik yang kedua itu akan ruh ‘Umar radiya’llahu ‘anhu  dan daripada titik yang ketiga itu akan ruh ‘Uthman radiya’Llahu ‘anhu, dan daripada titik yang keempat itu akan ruh ‘Ali radiya’Llahu ‘anhu, dan daripada titik yang kelima itu akan pohon bunga mawar dan daripada titik  yang keenam itu akan padi”.
   
   Kemudian disebut bagaimana Nur Muhammad itu sujud lima kali, dengan itu ,menjadi fardu sujud , lalu difardukan sermbahyang yang lima waktu atas Muhammad dan ummatnya. Kemudian disebut Allah menilitk kepada nur itu, lalu ia malu, berpeluh kerana malunya. Daripada peluh hidungnya Allah jadikan malaikat, daripada peluh mukanya Allah jadikan ‘Arasy, Kursi, Lauh dan Qalam, matahari, bulan,  hijab, segala bintang, dan barang-barang yang ada di langit. Daripada peluh dadanya dijadikan anbia , muyrsalin, ulama, syuhada dan solihin.Daripada peluh belakangnya       dijadikan Bait al-ma’mur, Ka’bah, Bait al-Maqdis, dan segala tempat masjid dalam dunia.Disebutkan beberapa kejadian lagi daripada peluhnya itu:
    Daripada peluh dua kening:  mukminin dan mukminat dari umat Muhammad;
    Daripada peluh dua telinganya: arwah Yahudi dan Nasrani, dan Majusi , golongan mulhid, kafir yang engkar kebenaran, munafikin.
    Daripada peluh dua kaki: segala bumi dari Timur dan Barat dan yang ada di dalamnya.

    Kemudian Allah memerintah nur itu supaya memandang ke hadapan, di hadapannya ada nur, di kanan dan kirinya juga nur.Mereka itu ialah Abu bakar, ‘Umar, ‘Uthman, dan ‘Ali.Kemudian Nur itu mengucap tasbih selama tujuh puluh ribu tahun.

    Kata pengarang : dijadikan nur para anbia daripada Nur Muhammad s.a.w;  ertinya dijadikan arwah para anbia daripada peluh ruh Muhammad s.a.w., dan dijadikan segala ruh umat anbia itu daripada peluh arwah anbia mereka itu.
   
     Kemudian diriwayatkan bahawa dijadikan oleh Allah kandil daripada akik yang merah, dilihat orang akan zahirnya itu daripada bahagian dalamnya, kemudian dijadikan rupa Muhammad seperti baginda di dunia ini, kemudian diletakkan di dalam kandil tersebut, berdiri baginda di dalamnya seperti berdirinya di dalam sembahyang; kemudian berkeliling roh segala anbia dan lainnya di sekeliling kandil nur Muhammad ‘alaihis-salam, mengucap tasbih  dan mengucap tahlil mereka itu selama seratus ribu tahun; kemudian Allah  menyuruh segala ruh itu menilik kepadanya; yang menilik kepada kepalanya menjadi khalifah dan sultan antara sekelian  makhluk;  yang menilik kepada dahinya menjadi amir yang adil; yang menilik  kepada dua matanya menjadi hafiz kalam Allah; yang melihat dua keningnya menjadi tukang lukis;  yang melihat kepada dua telinganya jadilah ia menuntut dengar dan menerima (pengajaran); yang melihat dua pipinya jadilah ia berbuat baik dan berakal; yang melihat dua bibir mulutnya menjadi orangt-oirang besar raja.YYang melihat hidung menjadi hakim dan tabib dan penjual bau-bauan.Yang melihat mulut menjadi orang puiasa.Demikian seterusnya dengan melihat anggota tertentu, jadilah orang itu mempunyai sifat-sifat tertentu di dunia nanti. Misalnya yang melihat dadanya menjadi orang alim, mulia dan mujtahid. Dan orang yang tidak menilik sesuatu kepadanya jadilah ia mengaku menjadi Tuhan seperti Fir’aun dan yang sepertinya

teman nak tanye mike plak..bleh?...??;)
dari mane plak kentut terjadi?dari peluh kat ponggong ke plak?...mike ni mengarut betoi...sape nak pake hujah mike ni.macam cerite avatar pun ade.xmunasarawak langsung.

Hujah salikin.(ni..barule bleh diterime pakai)
Nabi saw merupakan nur, adalah sohih. Firman ALLAH swt :

Ertinya : Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul kami (Muhammad s.a.w) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci dan Dia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya. (Al Maidah ayat : 15)

ALLAH swt juga berfirman :

Ertinya : "Dan (Muhammad saw juga sebagai penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada agama ALLAH swt dengan taufiq yang diberiNya ; dan sebagai lampu yang menerangi (Surah al Ahzaab ayat 46) (Bkn Tok Sufi Kata nih tp Firman Allah swt)

Baginda saw adalah nur dan penerang. Tidak mengapa jika kamu mengatakan bahawa Sayidina Muhammad saw adalah nur selama ALLAH swt telah menyifatkan Baginda saw sedemikian dan menamakannya Nur. Bahkan, telah thabit di dalam sunnah bahawa sahabat radiyaLlahu 'anahu menyatakan sesungguhnya wajah Baginda saw seumpama bulan purnama.

Ertinya : Sesungguhnya wajahnya (Nabi saw) seperti rembulan (Riwayat Nasa'i, As sunnan al Kubra, vol 5 hlmn 187, dan vol 6, hlm 155; Tobrani, Al Mu'jam Al Kabir, vol 10, hlm 147; dan al Hafiz Ibnu Hajar juga mengemukakan di dalam al Ishaabah, vol 6, hlm 180.

Baginda saw juga telah mengkhabarkan ketika mengandungkannya, bondanya melihat cahaya yang memancar sehingga menerangi istana-istana Busra di negara Syam. Para sahabat radiyaLlahu 'anhu tatkala masuk ke Madinah, semua benda menjadi bercahaya. Tatkala baginda saw wafat, semua benda menjadi gelap.

Begitu juga athar-athar dan hadith-hadith lain yang menerangkan bahawa Baginda saw adalah nur. Tidak sewajarnya kita menafikan bahawa nur tersebut adalah nur yang bersifat hissi (yang boleh dirasai oleh salah satu pancaindera). Kerana tidak ada di sana apa-apa yang menghalang untuk kita menyatakan bahawa sifat Baginda saw itu menerangi atau memiliki nur hissi sebagaimana ia juga tidak bertentangan dengan tabiat manusia yang telah dikhabarkan oleh al Quran.

Sesungguhnya yang dilarang ialah menafikan sifat kemanusiaan bagi diri Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam kerana ini bersalahan dengan apa yang disohihkan oleh al Quran. ALlah subahanahu wa ta'ala telah berfirman :

Ertinya : "Katakanlah (wahai manusia) : "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu; diwahyukan kepadaku" (Surah al Fussilat ayat 6)

Yang paling selamat ialah dengan menetapkan apa yang telah ditetapkan oleh ALLAH swt bagi NabiNya saw Allah swt telah menetapkan bahawa Baginda saw adalah nur yang menerangi dan sentiasa berada dalam keadaan sedemikian dan Baginda saw juga adalah manusia seperti kita tanpa perlu sebarang tafsil dan tanzir.

Menetapkan diri Baginda saw mempunyai nur yang hissi juga tidak bertentangan dengan hakikat diri baginda saw yang merupakan manusia. Bulan tabiat semulajadinya terdiri daripada batu-batu pejal dan dalam masa yang sama ia adalah cahaya dan mempunyai cahaya hissi. Nabi saw lebih mulia daripada bulan dan lebih mulia daripada seluruh makhluk ciptaan Allah swt. Kami memohon kepada Allah swt agar menunjukkan kami jalan yang lurus, Ini adalah penerangan mengenai permasalan nur yang dinisbahkan kepada Nabi saw. Kami akhiri dengan doa kami, segala puji bagi Allah swt Tuhan sekalian alam.

Di antara hadith yang mensabitkan Nur Muhammad ini ialah hadith yang diriwayatkan oleh ali ibn al Husain daripadanya ayahandanya daripada nendanya, bahawa Nabi saw bersabda :

Ertinya : "Aku adalah cahaya di hadapan Tuhanku"

Hadith ini disebut oleh al Hafiz Abu Hasan Ali ibn Muhammad al Qattan di dalam Ahkamnya, Beliau merupakan di antara pengkritik hadith yagn mahsyur dan di antara ulama yang tegas dan memberikan perhatian serius terhadap periwayatan dan penjagaan sesuatu hadith.

Selain itu, Dr Sayyid Muhammad ibn Alawi al Maliki juga mengemukakan ayat di atas dan menyatakan kebanyakan ulama' menyatakan bahawa nur dalam ayat ialah Muhammad saw sebagaimana yang disebut di dalam Tafsir al Tabari, ibn hatim dan al Qurtubi, Qatadah juga berpendapat sedemikian.

Di antara dalilnya juga ialah hadith yang banyak menyebut tatkala Baginda saw dilahirkan, bondanya melihat cahaya dan keluar bersamanya cahaya yang menerangi istana-istana Syam. Ibnu Hajar berkata sedemikian dan mensohihkan hadith ini. Begitu juga Ibnu Hibban dan Al Hakim.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.052839 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list