datuk kena jumpa Lee Hyun il seawal pusingan ke 2...
datuk kena hati-hati dgn lee hyun il ...skil permainannya agak tinggi...lawan yg pernah ditentang datuk di semi final olimpik 2008 (main sampai 3 game)
di swiss open baru2 ni, hyun il mengalahkan simon santoso di semi final....
2011/04/16KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bakal memberi tugas baru kepada Datuk Misbun Sidek untuk mengendalikan skuad pelapis negara.
Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai, berkata kemungkinan besar Misbun tidak lagi melatih pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei, sebaliknya tugas tersebut akan diserahkan kepada Rashid Sidek dan Tey Seu Bock.
"Saya yakin bahawa Misbun dapat menerima keputusan tersebut kerana beliau (Misbun) kelihatan tenang ketika dimaklumkan mengenai perkara tersebut.
"Bagaimanapun keputusan rasmi mengenai kontrak Misbun hanya akan diumumkan pada Mesyuarat Exco BAM pada 28 April nanti," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Kejurulatihan dan Latihan Badminton di pejabat BAM di Stadium Juara Bukit Kiara, hari ini.
Ng berkata, ramai bertanyakan siapa yang akan menggantikan Chong Wei satu hari nanti, maka BAM telah memberi cabaran buat Misbun untuk membentuk satu kumpulan pemain yang berkaliber yang diharapkan akan menggantikan Chong Wei satu hari nanti sekiranya beliau bersara selepas Sukan Olimpik London 2012 nanti.
"Maka oleh sebab itulah kita menawarkan kontrak sedemikian kepada beliau (Misbun) dalam menjadi jurulatih kepada kumpulan pemain yang mampu diketengahkan ke dalam skuad elit suatu hari nanti," katanya.
Beliau berkata, BAM melihat Misbun serasi mengajar pemain baru untuk ditawarkan kontrak selama dua tahun.
"Kita telah berbincang dengan ahli gabungan dan beberapa persatuan lain termasuk Majlis Sukan Negara (MSN), pemain dan penaja untuk kontrak Misbun yang akan disambung 2 tahun ini," katanya.
Selepas tiga bulan berdiam diri, pada 1 April lalu Misbun bersetuju kembali ke pangkuan BAM dan bersetuju untuk menarik balik surat peletakan jawatannya yang bertarikh 31 Disember lalu.
Isu peletakan jawatan Misbun yang juga jurulatih kepada Chong Wei mencetuskan kontroversi selepas beliau mengambil sikap berdiam diri sejak menyerahkan surat peletakan jawatannya.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, BAM membuat keputusan untuk melantik jurulatih pelapis perseorangan wanita Sekolah Sukan Bukit Jalil, Chi Shan Rong sebagai jurulatih perseorangan wanita kebangsaan.
"Shan Rong dilihat berdedikasi dan menunjukkan sifat kejurulatihan yang baik dan beliau yang dilihat terbaik untuk memikul tugas tersebut," kata Ng.
Beliau berkata, BAM juga sudah melantik bekas pemain perseorangan wanita, Wong Mew Choo sebagai jurulatih pelapis perseorangan wanita.
"BAM percaya dia (Mew Choo) mampu mengendalikan tugas ini dan dia bolehlah mengendalikan skuad negara satu hari nanti,"katanya.
Beliau berkata, dua pemain perseorangan wanita daripada skuad pelapis iaitu Sonia Cheah dan Yang Lilian akan dipertimbangkan untuk menyertai skuad elit negara. - BERNAMA
misbun kena denda ekkk ... BAM balas dendam la ni sbb misbun nak latih ramdan ... nak2 lepas chongwei kata dia tak kisah practice under sape ...
harap misbun dapat buktikan anak dia mmg bakal world champs ... ganbatte!!!
walaupun badminton tak femes kat korea tapi lee yong dae oppa mmg femes ... siap jadi jemputan dlm variety show tu ...
yg jemput dia nickhun 2PM yg pernah main badminton ngan yong dae tuk chariety dulu ...
datuk kena jumpa Lee Hyun il seawal pusingan ke 2...
datuk kena hati-hati dgn lee hyun il ...skil permainannya agak tinggi...lawan yg pernah ditentang datuk di semi final olimpik 2008 (main sampai 3 game)
di swiss open baru2 ni, hyun il mengalahkan simon santoso di semi final....
ambok Post at 16-4-2011 19:45
you're welcome ambok...
mmg datuk kene hati2 dgn LHI... walaupon dia dah tua sikit, tapi dia ada pengalaman... jgn pandang remeh walau siapa pon lawan yang akan dihadapi...
oppa lee yong dae x nk blakon ke...compem laku
shareena88 Post at 17-4-2011 18:14
kannn ... konpom ...hehehe
tunggu dia retire dulu la ... ada lagi 8 -10 tahun boleh main ni ...
kat korea mmg biasa kan bekas atlit joint entertainment mcm hodong tu ...
skrg ni x-baseball player sorang tu pun joint variety show 'qualification of men' gak ...