Lelaki hilang, hanya jumpa kereta dalam kebun sawit
[size=14.399999618530273px]Seng Kok dilaporkan hilang selepas keluar rumah sejak Isnin lalu. Gambar ihsan PDRM
[size=14.399999618530273px]
BATU PAHAT: Kehilangan seorang lelaki sejak dua hari lalu, masih menimbulkan misteri apabila hanya kereta miliknya ditemui dalam sebuan kebun sawit di Parit Raja, di sini, semalam. Kereta terbabit ditemui pada jam 9 pagi, dengan tayarnya terperangkap dalam lumpur manakala kelibat lelaki berusia 43 tahun tidak kelihatan. Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata terdahulu pihaknya menerima laporan kehilangan lelaki terbabit daripada ahli keluarganya.
Beliau berkata, laporan diterima pada jam 11.38 malam kelmarin selepas lelaki itu gagal dihubungi manakala suis lampu, kipas serta penyaman udara di rumahnya di Taman Bukit Perdana, di sini, tidak dimatikan. Katanya, siasatan awal mendapati lelaki, Edwin Soo Seng Kok dilaporkan keluar sejak Isnin lalu namun tidak pulang ke rumah sehingga kini. "Pada hari laporan dibuat, keluarga lelaki itu mendapati kenderaan milikinya juga tiada namun keesokan hari, kenderaan itu ditemui dalam kebun sawit selepas tayarnya terperangkap dalam lumpur.
"Hasil temubual dengan penduduk, mereka memberitahu ternampak seorang lelaki berjalan di kawasan terbabit dan meminta kebenaran untuk minum air paip," katanya dalam kenyataan. Menurut Shahruanuar lagi, lelaki itu juga dilihat sedang berehat seketika berhampiran rumah penduduk sebelum kelibatnya hilang. Katanya, susulan itu, polis menggerakkan operasi mencari dan menyelamat lelaki terbabit dengan bantuan Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta penduduk.
"Pencarian di sekitar lokasi penemuan kereta serta kawasan sekitar termasuk pekan, taman perumahan dan juga rumah kedai gagal menemuinya walaupun ada dakwaan terserempak dengan lelaki itu. "Buat masa ini, polis menjalankan siasatan kes ini sebagai orang hilang dan memohon kerjasama orang ramai mempunyai maklumat agar tampil di balai berhampiran. "Orang ramai juga boleh menghubungi pegawai penyiasat dan Ketua Balai Batu Pahat, Asisten Superintendan Maimunah Sujak di talian 012-7916895 atau Hotline Polis Kotinjen Johor, 07-2212999 atau IPD Batu Pahat, 07-4343999," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/12/1333542/lelaki-hilang-hanya-jumpa-kereta-dalam-kebun-sawit
|