|
LCW tarik diri ![](static/image/smiley/onion/mad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
datok cedera kat bahu sejak bile weh..baru tau...
it's ok.. proud of him |
|
|
|
|
|
|
|
LCW tarik diri..Injured la pulak..![](static/image/smiley/default/cry.gif)
Its ok..takde rezeki kali ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
dia cedera lepas semi final. ada baca semalam dia bagitau wartawan tangan dia sakit tapi dia kata it should be fine. Tapi tak okey jugak. huhu... lin dan pun ambik hadiah tak happy aje sebab menang free.. selalu dia kan menari laa buka baju laa kalau dapat beat chong wei.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa raket terbaru, voltric Z-Force tidak sesuai utk datuk...
memerlukan tangan yg sgt kuat utk handle raket nih....
![](http://www.yonex.com/z/impact/images/h2.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ambok at 12-3-2012 10:09
![](http://www.yonex.com/z/technology/images/img_03.jpg)
kalau ikut chart nih, votric ZF adalah raket yonex yg paling berat kepalanya (head heavy)
raket yg berat kepala nih memang syok kalau tangan kita kuat, sangat membantu utk kasi smash lagi power
tapi selalunya tangan akan mudah sakit dgn raket seperti ini
Lin Dan gemarkan raket jenis head heavy nih, dari dulu lagi....yonex Armotec700 dan N90 setelah bertukar kepada li ning |
|
|
|
|
|
|
|
datok cedera kat bahu sejak bile weh..baru tau...
it's ok.. proud of him
shareena88 Post at 12-3-2012 01:35 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
sejak lawan lee hyun ill kat semifinals hari sabtu tu... ![](static/image/smiley/onion/imiss.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Patutlah semalam LCW tak berani nak smash. Tak pa kasi rehat dulu.![](static/image/smiley/default/sad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
'Jangan sabotaj'
![](http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Jangansabotaj_/pix_gal1)
REXY Mainaky![](http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Jangansabotaj_/pix_gal2)
GOH Liu Ying (kiri) dan Chan Peng Soon terkandas di separuh akhir Seluruh England, kelmarin.
Rexy percaya beregu campuran negara ada ramuan untuk gegar
REXY Mainaky yakin beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying boleh mengorak jauh asalkan tidak ada pihak cuba merosakkan rentak mereka.
Ketua jurulatih itu minta Persatuan Badminton Malaysia hantar mereka secara kerap ke pertandingan luar negara menentang pasangan China, Denmark dan Korea Selatan untuk menjadi pasangan yang boleh menggegar dunia selepas aksi terpuji layak ke separuh akhir Seluruh England, tempoh hari.
Kemaraan ke separuh akhir itu adalah kali kedua dicatat pasangan itu tahun ini selepas Terbuka Malaysia, Januari lalu.
Beregu campuran mampu gegar
"SAYA yakin mereka mampu pergi jauh asalkan tiada siapa yang cuba merosakkan mereka,” demikian jawapan penuh makna ketua jurulatih beregu wanita dan campuran, Rexy Mainaky mengulas prestasi membanggakan dipamerkan pasangan campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying di Seluruh England.
Peng Soon-Liu Ying yang menduduki ranking kesembilan hampir mencipta sejarah muncul pasangan campuran pertama negara beraksi di final kejohanan tertua dan paling berprestij itu sebelum ditunjuk jalan keluar pasangan Indonesia, Tantowi Ahmad-Lilyana Natsir 25-27, 16-21 di separuh akhir kelmarin.
Kemaraan ke separuh akhir itu adalah kali kedua dicatatkan pasangan itu tahun ini dalam kejohanan Siri Super selepas Terbuka Malaysia Januari lalu dan sebelum ini gandingan yang pernah menjuarai Kejohanan Asia (ABC) 2010 turut pernah mara ke separuh akhir Terbuka India dan China.
“Mereka harus dihantar menyertai lebih banyak pertandingan antarabangsa bagi menimba lebih banyak pengalaman dan mematangkan permainan mereka.
“Ini termasuk menentang pasangan China, Denmark dan Korea Selatan secara kerap kerana ia akan membantu mereka menjadi pasangan terbaik dunia satu hari nanti,” kata jurulatih kelahiran Indonesia yang genap 44 tahun 9 Mac lalu.
Sementara itu, Peng Soon mengakui kecewa dengan kekalahan kali ketiga kepada pasangan Indonesia itu. “Kami melepaskan peluang terbaik hari ini (kelmarin). Kami sepatutnya menang set pertama dan yakin ia akan mengubah keputusan perlawanan,” katanya dengan nada kecewa.
CREDITS TO BERITA HARIAN ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
macam aku je sakit bahu takleh smash lebih sekali dalam masa singkat..huhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
tinggal yg ni wakil malaysia... good luck semua!! ![](static/image/smiley/onion/hooray.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Rugi RM14,000
KUALA LUMPUR: Seorang pemain badminton kebangsaan berusia 22 tahun kerugian RM14,000 selepas wang tunai untuk membayar pendahuluan kereta hendak dibelinya disamun tiga lelaki dalam kejadian di Taman Tun Dr Ismail, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, mangsa, Mohamad Arif Ab Latif sedang berjalan ke arah keretanya selepas makan tengah hari bersama seorang rakan didatangi dua motosikal ditunggang tiga lelaki.
Menurut sumber, pada mulanya, mangsa tidak sedar lelaki terbabit datang dari arah belakang sebelum memberhentikan motosikal di hadapannya.
Katanya, seorang daripada lelaki itu terus menarik beg sandang mangsa menyebabkannya terkejut sebelum menumbuk muka lelaki itu dan lelaki terbabit membalas dengan menumbuk dada mangsa.
“Akibat melawan, dua rakan lelaki itu turun dari motosikal sebelum seorang daripada mereka mengacukan pisau ke perut mangsa.
“Sebaik mengacu pisau itu, mereka meragut beg sandang mangsa yang mengandungi wang RM14,000 sebelum melarikan diri,” katanya kepada Harian Metro, semalam.
Beliau berkata, wang itu untuk membayar pendahuluan kereta hendak dibeli selepas mangsa tamat latihan pada hari berkenaan.
Katanya, mangsa bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius, sebaliknya hanya cedera ringan di dada dan muka kerana ditumbuk.
Susulan kejadian itu, Mohamad Arif membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Mohamad Arif pernah dicalonkan untuk Anugerah Putera dalam Anugerah Sukan Kementerian Pelajaran-MSSM-Milo 2006 di atas kecemerlangannya dalam sukan badminton, malah pernah menentang Datuk Lee Chong Wei dalam Kejohanan Badminton Sirkit Kebangsaan Proton 2010 di Stadium Negeri di Kuala Terengganu.
CREDITS TO HARIAN METRO ONLINE
kesiannya arip... ![](static/image/smiley/onion/imiss.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by matsyeh at 16-3-2012 09:36
tinggal 4 yg masuk Q-F hari ni![](static/image/smiley/default/biggrin.gif)
|
|
|
|
|
|
|
| |
|