|
[Tempatan]
Pesawat latihan TUDM terhempas di Nenasi, Pekan
[Copy link]
|
|
Kawasan Pesawat TUDM Terhempas Dikawal Rapi
Diterbitkan: Rabu, 18 Mei 2016 5:43 PM
Anggota-anggota polis keselamatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat kawalan di tempat sebuah pesawat Aermacchi MB339CM milik TUDM terhempas di Kampung Serum, Pekan, pukul 12.54 tengahari Selasa. -fotoBERNAMA
PEKAN: Kawasan pesawat Aermacchi MB339CM milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di Kampung Pandan Dalam semalam di Nenasi dekat sini dikawal rapi oleh sepasukan anggota TUDM.
Orang awam sudah tidak lagi dibenarkan untuk menghampiri kawasan berkenaan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
Malah petugas media juga tidak dibenarkan menghampiri kawasan kejadian dari jarak lebih kurang 70 meter atas faktor keselamatan.
Lebih kurang 10.30 pagi tadi sekumpulan pegawai kanan dan angggota dari Pangkalan Udara TUDM Kuantan yang dianggarkan seramai 12 orang kelihatan datang meninjau keadaan bangkai pesawat di lokasi kejadian.
Bagaimanapun sehingga kini masih tiada maklumat bilakah bangkai pesawat itu akan dibawa keluar dari lokasi kejadian tetapi Bernama difahamkan pihak TUDM akan bekerjasama dengan Tentera Darat Diraja Malaysia untuk urusan membawa keluar pesawat itu.
Pesawat yang membawa dua jurulatih penerbangan, Mejar Nazrul Hafiz Zaimi dan pelatih penerbangan, Left Mohd Hakimi Khairi dilaporkan terhempas setelah mengalami kerosakan teknikal di Kampung Pandan Dalam berhampiran Kampung Serun Dalam, kira-kira 100 kilometer dari Kuantan pada pukul 12.54 tengah hari semalam.
Kedua-dua mereka, bagaimanapun selamat apabila berjaya keluar menggunakan kerusi injal, namun Mohd Hakimi patah kaki kirinya dan masih dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). |
|
|
|
|
|
|
|
PETUGAS khas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengeluarkan bangkai pesawat latihan Aermacchi MB339CM dari lokasi nahas di Kampung Pandan Dalam, berhampiran Kampung Serun, Nenasi, hari ini. Pesawat itu terhempas selepas berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan kelmarin. - Foto Farizul Hafiz Awang
|
|
|
|
|
|
|
|
KUALA LUMPUR - Sekurang-kurangnya lima nahas melibatkan pesawat latihan Aermacchi MB-339 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan sejak ia mula digunakan pada 1983, dengan kesemua juruterbang terselamat.
In 1984, sebiji crashed kat Kuantan during Airshow, killing both pilots .
The disadvantage of single engine plane, if engine failure, no relight... EJECT.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pesawat terhempas disiasat menyeluruh - Panglima TUDM
Bernama | Diterbitkan pada Mei 21, 2016 18:15 MYT
IPOH: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubung insiden pesawat latihan miliknya, Aermacchi MB-339 terhempas di Kampung Pandan Dalam, Nenasi, Pahang Selasa lalu.
Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Roslan Saad berkata siasatan merangkumi pelbagai aspek termasuk teknikal, kesilapan latihan dan kesilapan manusia.
"Di peringkat interim kita dapati kejadian berlaku menjurus kepada masalah teknikal, tetapi tidak disahkan lagi dan siasatan masih dijalankan.
"Untuk mengetahui punca ia mengambil masa, ia bergantung kepada keadaan. Kadang-kadang kita kena bawa analisis (siasatan) ke peringkat lebih tinggi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Udara Siri 54/2016 di Institut Latihan Tentera Udara di sini hari Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.45 tengah hari pada Selasa itu, pelatih penerbangan Leftenan Mohd Hakimi Hairi patah kaki manakala jurulatih, Mejar Nazrul Hafiz Zaimi tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menjelas lanjut, Roslan berkata TUDM mempunyai sekumpulan pegawai yang berpengalaman untuk menjalankan siasatan.
Tambahnya TUDM juga akan menjalankan siasatan terhadap enjin pesawat latihan terbabit bagi menentukan sama ada ia boleh digunakan semula.
Roslan berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan isu keselamatan dan TUDM mempunyai peraturan yang agak ketat sebelum sesebuah pesawat memulakan penerbangan.
"Kita ada beberapa check list, panduan, arahan yang perlu diikuti. Kita akan tengok semua sama ada ok...kalau semuanya berjaya barulah pesawat boleh terbang," katanya.
Sementara itu, Roslan menyambut baik kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Khamis lalu bahawa audit menyeluruh ke atas semua aset TUDM akan dilaksanakan oleh pihak ketiga bagi memastikan ia berada dalam keadaan terbaik.
Hishammuddin berkata proses audit itu perlu segera dijalankan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
Pada majlis itu, seramai 353 perajurit menamatkan latihan asas ketenteraan yang bermula sejak 31 Dis lalu.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|