CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-LTS

Gadis Cemerlang SPM 18A Cium Pipi Sultan Johor Ditahan Polis

[Copy link]
Post time 15-9-2017 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Sonneblume replied at 15-9-2017 03:44 AM
Spm tu bukan segalanya dik..kesian tau kena pressure dgn parents.kwn i pun salah sorg dpt B sains ke ...

Ya Allah...kesian nye....spm ke..pmr ke..upsr ke...mmg penting...tp kebahagiaan budak2 tu lg penting..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2017 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
sukamakan75 replied at 15-9-2017 07:17 AM
Kesian nya...tak salah lepas SPM dia dpt biasiswa dari Bank Negara ke UK buat Farmasi. Memang dia na ...

Sayangnya
Dah bahagian dia. Semoga ada sinar di sebalik kejadian ini.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 09:17 AM | Show all posts
adoi....jangan cam tu dik...belajar dah pandai dah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 09:21 AM | Show all posts
Nampak dari belakang macam acik2 sangat.

Ikutkan sheols dah boleh jadi very successful dah sekarang ni, tapi macam ni jadinya. Sheols yang nak kalahkan Amalina or parents sheols yang bagi pressure?

Kesian.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
vanillaninja replied at 15-9-2017 09:21 AM
Nampak dari belakang macam acik2 sangat.

Ikutkan sheols dah boleh jadi very successful dah sekara ...

Sayangnya keluarga tidak membetulkan niat beliau. Apo niat belajar nak kalahkan orang lain?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 09:49 AM | Show all posts
kesian ko dik... perlu ke depressed sampai mcm tu sekali...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2017 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade replied at 15-9-2017 08:41 AM
kes ni berlaku bila wartawan pprt utusan dtg ke rumah adik ni sebelum result SPM keluar dan membua ...

Haah la sis...i dah google nama nadiah amirah ni...patut la sheols bleh depressed...ada gmbar org2 kampung siap pasang bunting ucap tahniah dia dpt 19A...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
lps google nama sheolss baru iolss teringat.. masa sekolah dlu ade prgi sminar ke ape ntah.. xingt sgt.. tp, org yg bg talk masa tue sheolss la.. kiranya jd prangsang la.. siap ada buku sgala.. end up.. xsgka sheolss jd gini..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2017 10:35 AM | Show all posts
exclusive_vvip replied at 15-9-2017 09:20 AM
Haah la sis...i dah google nama nadiah amirah ni...patut la sheols bleh depressed...ada gmbar org2 ...

samalah kita..bila google baru dpt ingat..kes ni hmmm

tp mmg disahkan ke sheols kemurungan? ada dlm berita ke cane?or iols terlepas pandang
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 10:48 AM | Show all posts
exclusive_vvip replied at 15-9-2017 02:20 AM
Haah la sis...i dah google nama nadiah amirah ni...patut la sheols bleh depressed...ada gmbar org2 ...

KEPALA BATAS 16 Mac - Nadiah Amirah Jamil yang dilantik sebagai Duta Akademik Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) berjanji mencurahkan segala pengalaman dan pengetahuannya bagi membantu lebih ramai pelajar mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.
Pelajar pintar itu juga berazam untuk menjadikan peranannya sebagai duta pertubuhan itu bagi berkongsi segala formula pembelajaran yang membantunya mendapat keputusan 18A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2006.
Sambil menyifatkan pelantikan itu sebagai tugas yang murni, Nadiah Amirah, 18, berkata, dia mahu pelajar-pelajar lain di negara ini meletakkan matlamat yang tinggi untuk berjaya dalam pelajaran.
“Saya berterima kasih kepada GPMS di atas pelantikan ini, saya akan menguatkan azam untuk berkongsi pengetahuan dengan pelajar-pelajar lain untuk sama-sama mengecapi kejayaan.
“Apa yang penting, saya mahu membantu dalam mendorong mereka untuk berjaya,” katanya ketika ditemui selepas menerima watikah pelantikan sebagai Duta Akademik GPMS daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di sini hari ini.
Dalam majlis itu, Perdana Menteri turut melancarkan buku Diari Nadiah yang merupakan catatan peribadi pelajar itu sejak berusia tujuh tahun.
Nadiah Amirah berkata, dia akan menumpukan sepenuh perhatian bagi menjayakan penjelajahannya ke seluruh negara bersama GPMS bermula 27 Mac ini untuk bertemu dan berkongsi resipi kejayaan dengan pelajar lain.
Dia dan keluarga berterima kasih kepada GPMS kerana memberi peluang kepadanya untuk terlibat sama dalam usaha membangunkan pendidikan negara khususnya di kalangan anak-anak Melayu.
"(Pelantikan) ini adalah satu penghargaan kepada saya dan sekeluarga, dan saya sangat bersedia untuk berkongsi kejayaan dengan pelajar-pelajar lain,” katanya yang bercita-cita untuk menjadi ahli farmasi suatu hari nanti.
Mengenai Diari Nadiah, pelajar itu memberitahu, tulisannya dalam buku itu banyak menceritakan pengalamannya sebagai murid dan pelajar serta bagaimana dia memotivasikan diri sendiri untuk berjaya dalam pelajaran.
Katanya, dia berharap penerbitan buku tersebut sedikit sebanyak dapat membantu pelajar lain untuk meningkatkan motivasi diri dan berusaha bersungguh-sungguh mengejar kejayaan.
“Mesej yang jelas dalam diari ini ialah pengalaman dan keadaan sekeliling sebenarnya boleh membantu kita belajar dan memahami sesuatu, termasuklah dalam soal-soal pembelajaran,” katanya.


Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 10:49 AM | Show all posts
Edited by Modngengade at 15-9-2017 03:06 AM

Nadiah and Sleeping PM





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 10:53 AM | Show all posts
sapala wat fitnah kata cium bagai
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 10:55 AM | Show all posts
Manalah cikki ini tk murung...belum apa2 lagi  reporter dah mencanang,  ini berita dari MEGA


BELAJAR secara berjadual dan fleksibel merupakan rahsia pencapaian cemerlang Nadiah Amirah Jamil, 18, sebagai pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2006 dengan memperoleh 19 A.
Lebih-lebih lagi, beliau terpaksa belajar sendiri lapan mata pelajaran tambahan yang diambil bagi mencapai impian memecahkan rekod idolanya, Nur Amalina Che Bakri yang mendapat 17 1A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004.
Lapan mata pelajaran tambahan yang terpaksa beliau belajar sendiri ialah Ekonomi Asas, Tasawwur Islam, Pendidikan al-Quran as-sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, Sains, Geografi, Sastera dan Perdagangan.
Sebelas lagi mata pelajaran yang diambil ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Sejarah, Pendidikan Islam, English For Science and Technology (EST) dan Prinsip Perakaunan.
“Sepatutnya saya nak ambil 21 subjek tetapi ibu melarang kerana katanya 19 subjek sudah cukup membebankan,’’ katanya.
Menyedari mata pelajaran yang diambil bukan calang-calang jumlahnya, pelajar pintar ini terpaksa menyusun jadual secara teliti agar tidak ada satu pun mata pelajaran yang diambil akan ketinggalan dan tercicir dari segi penumpuan.
Anak sulong daripada tiga adik-beradik kepada pasangan guru, Jamil Omar, 55, dan Zakiah Zakaria, 51, ini memberitahu, bagi mengimbangi jadual pembelajaran hariannya yang cukup ketat, beliau akan memberi penekanan yang lebih kepada matapelajaran utama atau penting.
Beliau berkata, bagaimanapun, penekanan kepada mata pelajaran penting ini pada ketikanya akan diubah sekiranya dirasakan perlu dilakukan setelah membuat penilaian terhadap semua pencapaian mata pelajaran dalam peperiksaan penggal.
Katanya, selepas melihat keseluruhan pencapaian, biasanya beliau terpaksa mengubah jadual dengan memberi penekanan pula kepada mata pelajaran yang mengalami kemerosotan.
Tambah Nadiah, beliau perlu memastikan setiap mata pelajaran mencapai keputusan yang seimbang.
“Ini penting bagi menentukan saya boleh mencapai keputusan A1 dalam semua mata pelajaran yang diambil dan jika boleh mencatat markah 100 peratus,” katanya.
“Apabila berlaku keputusan markah yang kurang seimbang tersebut, saya akan mengubah semula jadual belajar iaitu memberi penekanan kepada mata pelajaran yang mengalami kemerosotan,” katanya ketika ditemui MEGA di rumahnya di Kampung Sungai Tongkang Tambak, Batu Pahat, Johor.
Nadiah memberitahu bermula dari tingkatan empat dan percubaan peperiksaan SPM, beliau berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam hampir kesemua mata pelajaran kecuali pernah menghadapi masalah di peringkat awal dalam mata pelajaran perakaunan.
Beliau berkata, oleh kerana perakaunan merupakan satu bidang yang terlalu baru baginya dan ketika mula mengambilnya, keputusan awal tidak begitu memberangsangkan.
Namun beliau berjaya mencapai markah 100 peratus selepas berusaha lebih dan mengikuti kelas tambahan.
Katanya, bagi mata pelajaran yang terpaksa diambil secara sendiri, beliau mengakui banyak menerima bimbingan daripada guru-guru di sekolahnya termasuk ayahnya sendiri yang merupakan guru geografi di sekolahnya.
Di samping itu katanya, beliau melakukan perbincangan dengan rakan-rakan lain yang mengambil subjek yang sama bagi memantapkan lagi kefahamannya.
Nadiah mengakui beliau sebenarnya bukanlah tergolong sebagai pelajar yang mengambil waktu terlalu lama untuk mengulangkaji mata pelajaran selepas waktu kelas di rumah.
Seperti remaja-remaja lain beliau juga turut menggunakan waktu lapang yang ada dengan membaca buku-buku di luar bidang akademik khususnya buku-buku motivasi dan dia amat meminati hasil karya Dr. H.M. Tuah serta buku-buku resipi masakan kerana Nadiah juga minat memasak.
Bagi Nadiah memasak mampu menjana otak untuk menjadi lebih kreatif dan beliau sudah pandai menyediakan nasi goreng untuk diri sendiri ketika di sekolah rendah dan mampu memasak untuk keluarga dan tetamu khususnya nasi ayam ketika berada di tingkatan satu.
Menyentuh mengenai cara belajar lagi, Nadiah memberitahu beliau lebih memberikan tumpuan ketika berada di kelas dan seboleh-bolehnya menyelesaikan masalah yang ada ketika itu juga dengan bimbingan guru-guru.
“Saya jarang berjaga sehingga larut malam untuk mengulangkaji pelajaran di rumah dan biasanya saya akan masuk tidur tepat jam 11 malam,'' katanya.
Bagaimanapun, Nadia mengakui beliau akan bangun lebih awal iaitu kira-kira jam 3.30 pagi untuk bersolat sunat terlebih dahulu, menghafal al-Quran sambil menunggu waktu solat subuh dan kemudian bersiap-siap ke sekolah.
Beliau mengakui melakukan mind setting amat penting bagi mengekalkan tumpuan kepada pelajaran dan pengajaran guru di kelas.
Katanya, apa pun kesulitan termasuk gangguan mengantuk ketika belajar dapat diatasi jika seseorang pelajar mampu menguasai pemikirannya.
“Jika kita kata kita mengantuk, maka kita akan jadi mengantuklah... dan begitulah sebaliknya,” katanya yang mengakui suatu ketika dahulu pernah menjadi seorang gadis yang kuat tidur sehingga mendapat gelaran ‘Ratu Tidur’ di kalangan rakan-rakan sekelasnya gara-gara pernah tertidur dalam kelas dan ketika menjawab soalan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).
Kejayaan dan kecemerlangan Nadiah juga banyak dibantu dengan keyakinannya terhadap kekuatan dan keupayaan menghafal ayat-ayat suci Al-Quran.
Beliau yakin membaca dan menghafal kitab tersebut merupakan kaedah yang baik untuknya untuk sentiasa dapat berfikir dan bertindak secara lebih tenang dan mudah membuat hafalan.
Oleh itu katanya, beliau berusaha menghafal Al-Quran sejak di tingkatan satu dan menjadi amalan hariannya sehingga kini, walaupun dilakukan secara sedikit demi sedikit.
Nadiah kini telah berjaya menghafal lapan surah antaranya Yasin, Al-Mulk, Ar-Rahman, Al-Sajdah, Al-Waqiah dan Luqman.
“Saya menyimpan cita-cita untuk menghafal kesemua juzuk dalam al-Quran kerana yakin ia mampu memberi ketenangan dan menguatkan ingatan,” katanya.
Bersesuai dengan keyakinan terhadap ajaran Allah dapat mambantunya berjaya dunia dan akhirat, Nadiah juga menjadi seorang yang sangat pemilih terhadap persekitaran khususnya muzik yang perlu didengarnya setiap hari untuk menghilangkan kebosanan atau tekanan.
Nadiah mengakui beliau banyak mendengar lagu-lagu nasyid yang baginya sesuai untuk membentuk jiwa seseorang menjadi lembut dan amat meminati Kumpulan Raihan.
“Jika kita sentiasa terdedah dengan lagu-lagu bercorak keras, lama kelamaan jiwa kita juga akan menjadi keras,” katanya yang turut meminati Datuk Siti Nurhaliza dan berharap dapat bertemu dengan penyanyi pujaan ramai itu suatu hari nanti.
Jika mendapat kesempatan, Nadiah memberitahu, beliau berhasrat melanjutkan pelajaran di bidang farmasi kerana beliau mempunyai impian menjadi usahawan berjaya dalam bidang tersebut dengan membuka sebanyak mungkin rangkaian farmasi di dalam dan luar negara.
Katanya, beliau juga berharap dapat melanjutkan pelajaran di bidang farmasi di University of Cambridge, United Kingdom hingga ke peringkat kedoktoran falsafah (PhD) kerana beliau juga bercita-cita menghasilkan ubat yang mampu meningkatkan sel-sel neuron dalam otak manusia.
Nadiah menasihatkan pelajar-pelajar khususnya yang akan mengambil peperiksaan penting agar tidak mengambil jalan singkat untuk berjaya.
Katanya, sikap suka meniru juga merupakan tabiat yang sangat buruk dan boleh menyebabkan sesuatu bangsa itu akan mundur.
“Ingat... di sebalik kesulitan ada kemudahan dan kejayaan itu sangat manis,'' katanya.
Beliau juga mengakui belum mempunyai teman lelaki istimewa kerana baginya ia tidak perlu ketika masih di bangku sekolah kerana tanggungjawab seorang pelajar adalah menuntut ilmu.
Katanya, ketika ini kasih sayang ibu bapa, adik-beradik, guru-guru dan rakan-rakan sudah memadai.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 11:03 AM | Show all posts
aku plakkk yg malu tengok vidio tu .........
takkan tak boleh kawal diri langsung ...
nak selamatkan dia dari kena kutuk habis-habisan maka keluarlah ayat kerana "kemurungan"
dapat 18A perangai camtu gaya heh .....
tu lah allah maha berkuasa menjadikan manusia ...ada yg pandai tapi lain plakk jadi
yg pengawal peribadi sultan tu bukan ke ramai  ????....apasal tak perasan langsung dia menerpa kearah sultan ??? apa tugas pengawal peribadi sampai tak tahu nak agak pergerakan manusia keliling sultan tu ???????  bukan ke dah di latih semua perkara dalam latihan nak jadi pengawal peribadi .....kalau lah kata musuh negara konon nak bunuh sultan alangkah senang nya sebab kawalan tak ketat waktu sultan keluar menemui orangramai ......


Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia da biasa sapu semua A la dari upsr...tak biasa xde A. Dunia ni masih indah dik wpon x ckup byk A.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 11:08 AM | Show all posts
Modngengade replied at 15-9-2017 08:41 AM
kes ni berlaku bila wartawan pprt utusan dtg ke rumah adik ni sebelum result SPM keluar dan membua ...

takkan sebab tu je..dapat 14 A pun satu pencapaian jugak tu..patutnya adik ni dah mendunia setaraf ngan amalina..ujung2 jadik tintong..so wasted

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2017 11:10 AM | Show all posts
saladin780 replied at 15-9-2017 03:08 AM
takkan sebab tu je..dapat 14 A pun satu pencapaian jugak tu..patutnya adik ni dah mendunia setaraf ...

dia ni dpt anugerah biasiswa tertinggi bank negara 'kijang emas'  untuk buat pharmacy di UK  tapi tak tahu tang mana silapnya

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 11:12 AM | Show all posts
ultra78 replied at 14-9-2017 06:53 PM
tiba-tiba teringat kisah kupon marrybrown

meols sampai la ni masih tertanya2 pasal kupon marry brown ... dgn kes salah matematik tu sis.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 11:21 AM | Show all posts
Baru-baru ini heboh di akhbar-akhbar arus perdana berkenaan Nadiah Amirah yang memperolehi keputusan 19 A1 di dalam peperiksaan SPM yang lepas. Berita tersebut juga telah dimuatkan di laman-laman web, blog dan juga menjadi perbincangan hangat di forum Wangcyber (www.wangcyber.com). Berita tersebut telah diberikan publisiti yang meluas kerana Nadiah Amirah di katakan telah memadamkan rekod Nur Amalina. Publisiti yang sebegini saya rasa tidak pernah berlaku sebelum ini. Pada ketika tersebut saya sebenarnya merasa hairan kerana berita tersebut telah mendahului keputusan rasmi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebelum keputusan tersebut dikeluarkan, saya sebenarnya telah memilih tajuk seperti di atas untuk artikel ini. Walaubagaimanapun saya fikir lebih baik saya publish artikel ini selepas keputusan rasmi dikeluarkan. Jadi artikel ini saya simpan sebagai draf. Rupa-rupanya kesangsian saya menjadi kenyataan kerana apabila keputusan sebenar diumumkan Nadiah Amirah hanya memperolehi 18 A dan 1 B. Saya bukannya ingin mempertikaikan keputusan yang beliau perolehi. Bagi saya keputusan tersebut juga adalah antara yang terbaik, tetapi saya ingin mempersoalkan apakah agenda akhbar-akhbar arus perdana mengeluarkan berita tersebut. Pada saya perkara seperti ini tidak harus berlaku. Berita-berita yang belum tentu kesahihannya tidak harus dikeluarkan oleh akhbar-akhbar arus perdana. Pihak Kementerian juga seharusnya membuat pembetulan dengan segera sekiranya akhbar-akhbar tersebut telah tersalah lapor kerana ini melibatkan maruah pelajar itu sendiri. Untuk adik Nadiah Amirah, janganlah bersedih kerana setiap kejadian ada hikmahnya. Sesungguhnya walaupun anda tidak memperolehi 19 A1 tetapi anda tetap antara yang terbaik.

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 11:23 AM | Show all posts

.. kurang 1A1 hanya perkara yg trigger "ketidakstabilan mental" dia ..  

kesiann yaaa .. kenapa tak dihantar awal2 ke pakar psikologi / doktor jiwa ..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.058420 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list