"Apa benda la Awal? Kalau kena kecam, menangis sentap. Tapi diri sendiri mengundang."
Tindakan pelakon dan pengacara Awal Ashaari memuat naik video sedang menunaikan solat di sebuah masjid di Dubai menerima kecaman hebat.
Bukan saja caranya mendapat perhatian, malah pemakaiannya ketika menunaikan solat turut dikritik.
Menerusi video itu, Awal dilihat menunaikan solat dengan memakai cermin mata gelap selain dahinya terlindung dengan serban.
Perkongsian itu menimbulkan kemarahan netizen yang mempersoalkan motif Awal memuat naik video berkenaan selain menyifatkan golongan artis seperti Awal seolah-olah gemar mempersendakan agama.
Sembahyang moden ni...
Ramai menyifatkan Awal sengaja berbuat demikian demi meraih populariti menerusi Instagram.
Demi Instagram ya bang?
Kredit foto: IG Awal Ashaari
Adakah benar dakwaan netizen yang menyifatkan Awal kini sudah sendu hingga terpaksa meraih publisiti murahan sebegini? - CARI
|