Edited by tari at 18-12-2018 09:16 AM
Terima kasih taq
Adakah di antara anda pernah mengalami kelumpuhan tidur atau sleep paralysis ini?
jawapan saya : tidak pernah
Menurut kajian, sleep paralysis ini boleh berlaku pada sesiapa saja. Namun, ia selalunya muncul pada seseorang antara usia 20-an hingga 30-an. Ia juga boleh berlaku berulang kali dan lazimnya ‘diwarisi’ dalam keluarga.
Menurut pemerhatian mendapati bahawa seseorang yang mengalami masalah stress serta kekurangan tidur adalah lebih berisiko mengalami sleep paralysis. Begitu juga halnya dengan mereka yang tidak tetap jadual tidurnya.
Untuk mengelak pengalaman yang mengerikan ini, cubalah amalkan gaya hidup sihat, usahakan beriadah agar stress dapat dihindari dan dapatkan tidur yang cukup.
|