[size=14.4399995803833px]Pengalaman nyaris maut akibat dipatuk ular tedung membuatkan pelakon Hairul Azreen Idris, 30, menginsafi diri tentang kematian.
[size=14.4399995803833px]Menurut Hairul, insiden itu berlaku ketika dia sedang berehat di kawasan Rawat & Rehat (R&R) Bukit Jelutong, Shah Alam, Ahad lalu selepas melakukan aktiviti berbasikal bersama rakan-rakannya.
[size=14.4399995803833px]“Insiden berlaku ketika saya sedang menunggu seorang rakan yang masih belum sampai di tempat kami berkumpul untuk lakukan aktiviti mengayuh basikal. Masa itu saya sedang baring di atas rumput dan ada longkang berdekatan kaki saya. Ular itu ada dalam longkang dan betul-betul berada di celah kelangkang saya. Kalau kawan saya tak tegur memang saya tak tahu apa jadi dengan nasib saya pada ketika itu.
[size=14.4399995803833px]“Kemudian saya terus ambil basikal dan pergi dari situ serta-merta. Saya toleh tengok ular itu dah mengepak dah macam nak mematuk. Saya bernasib baik kerana ular itu tidak kejar. Kalau tidak, mungkin saya dah mati masa itu,” katanya kepada KopiPlanet.com.