kakak ipar aku keje kat titan..dia update.. gas dah merebak smpai taman rinting..jauh tu..n company dia sentiasa check bacaan index udara. mask kat watson sume sold out... skrg ni klinik kesihatan tempat aku da stand by pergi ke pasir gudang... ermm...semoga semuanya selamat.
Author|Post time 13-3-2019 03:00 PMFrom the mobile phone|Show all posts
[UPDATE] 'Kami sesak nafas, pening, loya dan muntah'
Mohd Sabran Md Sani
Pelajar terjejas mendapatkan rawatan kecemasan. FOTO Mohd Azren Jamaludin
SIMPTOM pencemaran akibat pembuangan sisa kimia Sungai Kim Kim berbeza pada hari ketujuh hari ini apabila ramai murid sekolah mengalami sesak nafas, pening, loya dan muntah.
Berbeza dengan gelombang pertama hingga kedua apabila mangsa terhidu bau pencemaran gas kimia sebelum mengalami simptom keracunan, pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Scientex dan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Scientex, Pasir Gudang mengalami sesak nafas, pening, loya dan muntah.
Tanpa menghidu sebarang gas beracun dipercayai bawaan angin, seorang demi seorang pelajar sesak nafas, pening, loya dan muntah sebelum dikejarkan menaiki ambulans bagi mendapatkan rawatan awal di Dewan Komuniti Taman Pasir Putih dekat sini.
Pelajar Nur Batrisyah Zainal, 14, berkata, badannya kebas secara tiba-tiba sebelum rasa loya ketika waktu rehat di sekolahnya.
“Saya tak tahu kenapa gejala itu berlaku tetapi tangan hingga ke bahagian muka berasa kebas secara tiba-tiba selain sesak nafas.
“Saya kemudian bergegas ke pejabat sekolah untuk menghubungi kedua ibu bapa,” katanya ditemui selepas mendapatkan rawatan di dewan itu hari ini.
Katanya, dia bersama rakan-rakan yang mengalami tanda itu terus dibawa ambulans bagi mendapatkan rawatan segera.
“Sebaik dibawa ke dewan, kami dirawat petugas kesihatan dan mereka menenangkan kami sebelum kesihatan bertambah baik.
“Pada jam 12 tengah hari kami diberikan pil muntah dan loya oleh pasukan perubatan dan dibenarkan pulang,” katanya.
Turut berkongsi situasi sama rakan sekolahnya, Nor Syakinah Zainizam, 14, yang loya dan pening pada waktu rehat.
“Saya tidak hidu apa-apa tetapi kepala saya tiba-tiba pening dan tekak rasa loya.
“Ketika itu guru sekolah memaklumkan supaya memberitahu kejadian kepada guru untuk dimaklumkan kepada ibu bapa,” katanya.
Menurutnya, dia kemudian menaiki ambulans bersama lima rakannya untuk mendapatkan rawatan akibat pening dan sesak nafas.
Katanya, dia dan rakan-rakan ditenangkan pegawai kesihatan bertugas yang memberi rawatan kecemasan.
“Saya dibekalkan ubat muntah dan loya dan dibenarkan pulang ke rumah pada jam 12 tengah hari selepas tahap kesihatan memuaskan,” katanya.
Sementara itu pemerhatian mendapati, seorang petugas kesihatan memberikan kata-kata nasihat dan semangat kepada semua mangsa membabitkan pelajar sekolah itu.
Pelajar sekolah juga diminta makan dan minum bekalan yang diberikan kepada mereka.
Post time 13-3-2019 03:00 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dengar2 kat pusat bencana tu oksigen tak cukup.. Hari ni banyak sekolah2 di kawasan scientex seri alam dah disuruh tutup.. Tapi cikgu2 kena stay sampai 6.45(cikgu oetang).. Sebab cikgu2 kan paru2 besi...
Post time 13-3-2019 03:09 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by awanearisu at 13-3-2019 03:11 PM
Mungkin dah boleh aksanakan arahan MKN No. 20? Dah 800 lebih individu terjejas. Mampukah pihak HSI nak tampung pertambahan mendadak yang bakal berlaku lagi selepas ini.
Author|Post time 13-3-2019 03:37 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Suspek utama pencemaran sisa kimia didakwa esok
13 Mar 2019
SHAFIQ TINO
PASIR GUDANG - Kertas siasatan berhubung kejadian pencemaran bahan kimia yang berlaku sekitar Taman Pasir Putih di sini, sudah dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan seterusnya.
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Inovasi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (Mestecc), Yeo Bee Yin berkata, sekiranya penelitian selesai dibuat, suspek yang ditahan baru-baru ini akan didakwa di mahkamah seawal esok.
“Kertas siasatan bagi kes ini dihantar ke ke pejabat timbalan pendakwa raya sebentar tadi. Hanya seorang daripada tiga yang ditahan akan didakwa terlebih dahulu. Pendakwaan akan dilakukan ke atas salah seorang suspek utama yang juga pengusaha kilang tayar kitar semula.
“Perkara ini berdasarkan keputusan jenis bahan kimia yang diperoleh mendapati ia mempunyai hubung kait dengan aktiviti pemprosesan tayar kitar semula,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Menurutnya, suspek berhadapan pertuduhan di bawah Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1975 yang membawa hukuman penjara lima tahun atau denda RM500,000 jika sabit kesalahan.
Dalam pada itu, pihaknya juga turut menerima nasihat daripada peguam negara untuk menggandakan hukuman kepada pelaku jika sabit kesalahan.
“Saya dah berhubung dengan peguam negara mengenai perkara ini, kami rasakan kejadian seperti ini adalah sesuatu yang tidak boleh diberi muka dan hukuman lima tahun atau denda adalah tidak memadai.
“Jadi kita telah usulkan untuk membuat pertuduhan berganda untuk pendakwaan lebih berat termasuklah kanun keseksaan,” katanya.
Post time 13-3-2019 03:44 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by awanearisu at 13-3-2019 04:07 PM
Remyda replied at 13-3-2019 03:33 PM
Wakil astro awani pun masuk hospital. Semalam 13 sekolah ditutup. Harini tambahan 5 sekolah lagi tut ...
Dia pergi turun sungai, baru tadi agaknya. Baru pagi tadi kita dengar laporan mereka. Sungguh-sungguh pemberita Awani tanya, turun ke sungai tak? Ya jawabnya. Aduh.
Dahla wakil Awani itu kita suka dengar sebab liputannya agak tersusun dan mudah difahami.
Oh yang terjejas wakil Awani bernama Nisa. Yang kita tengok tadi katanya nak melawat sungai tu, wakil Awani bernama Faris.