CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mentollica

Umrah

 Close [Copy link]
Post time 20-5-2005 09:22 AM | Show all posts
Originally posted by ustaz at 19-5-2005 01:02 PM:
Jabar Rahmah adalah bukit di mana Nabi Adam dan Siti Hawa dinikahkan setelah berpisah sekian laman. Letaknya bukit ini adalah di Arafah. Di atas bukit ini terdapat sebuah batu yang dicat putih dan  ...

satu jer yg xbest.
nak jalan kat sini, kena berhati2x lebih sket.
nnt takut terpijak hasil2x 'pelepasan' unta yg ada kat situ.....:bgrin:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2005 10:14 AM | Show all posts
Originally posted by btho at 20-5-2005 09:13 AM:

terima kasih ustaz for the info.
jadi betullah ramai org yg memberitahu bahawa kita TIDAK boleh mencium hajrul aswad selagi kita di dalam ihram.


Ya betul. Sekiranya kita menciumnya semasa dalam ihram, maka wangi2an itu akan terlekat pada kulit kita. Sekiranya kita tahu, dalam lakukan dalam keadaan sengaja, maka batallah ihram kita dan kita kena bayar dam.

Jadinya, dinasihatkan ketika berada di dalam ihram, seeloknya habiskan umrah secepat mungkin dan bertahalul terus selepas habis saie. Lepas tu nak tawaf lagi ke, nak cium hajaratul aswat ke, nak cium suami/isteri ke, pergilah.
Reply

Use magic Report

BolThrower This user has been deleted
Post time 20-5-2005 10:58 AM | Show all posts
tanya sikit bole....kalau dalam tawaf...kita tentu tersentuh bukan muhrim...bagaimana dengan wuduk kita....kalau mengikut mahzab syafie..kita tidak boleh bersentuhan.....sedangkan rukun tawaf...kita perlu berwuduk/suci....
ada ustaz mengatakan semasa kita berwuduk..kita dibolehkan mengikut /bertaklid mahzab maliki dan hanafi(sentuh bukan muhrim tidak mengapa)...dibenarkan ke....
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2005 04:18 PM | Show all posts
Originally posted by BolThrower at 20-5-2005 10:58 AM:
tanya sikit bole....kalau dalam tawaf...kita tentu tersentuh bukan muhrim...bagaimana dengan wuduk kita....kalau mengikut mahzab syafie..kita tidak boleh bersentuhan.....sedangkan rukun tawaf...kit ...


Menurut Mazhab Maliki, bersentuh antara lelaki dan perempuan bukan muhrim semasa di dalam wuduk tidak batal sekiranya tidak menaikkan syahwat.

Menurut Mazhab Syafie, wuduk tetap batal apabila bersentuh kulit bukan muhrim sama sekali.

Di dalam tawaf, hampir mustahil jika tidak bersentuh kulit dengan orang lain. Menurut para ulamak, di dalam tawaf sedikit kelegaan diberikan, iaitu wuduk tidak batal sekiranya tidak disengajakan. Sekiranya anda melihat gadis arab comel, lantas mencuit pipinya :devil:. Maka wuduk anda sudah terbatal dan anda hendak keluar dari tawaf, ambil semula wuduk dan sambung semula dari mana anda keluar tadi.:lebai:
Reply

Use magic Report

BolThrower This user has been deleted
Post time 20-5-2005 04:57 PM | Show all posts
Originally posted by ustaz at 2005-5-20 04:18 PM:


Menurut Mazhab Maliki, bersentuh antara lelaki dan perempuan bukan muhrim semasa di dalam wuduk tidak batal sekiranya tidak menaikkan syahwat.

Menurut Mazhab Syafie, wuduk tetap batal apabil ...


tq ustaz...semoga tuhan merahmati ustaz....amin
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2005 08:27 AM | Show all posts
Originally posted by ustaz at 20-5-2005 16:18:


Menurut Mazhab Maliki, bersentuh antara lelaki dan perempuan bukan muhrim semasa di dalam wuduk tidak batal sekiranya tidak menaikkan syahwat.

Menurut Mazhab Syafie, wuduk tetap batal apabil ...


masa pergi kursus baru2 ni,sorang ustaz tu beritahu,potensi utk bersentuhan dgn bukan muhrim tu ada sbb ada kalangan perempuan yang tak pakai stokin semasa tawaf jadi dia sarankan masa tawaf tu(bagi lelaki)tukar kepada mazhab hambali,caranya semasa wuduk apabila basuh kepala leretkan tangan dari kepala terus kepada telinga..then baru basuh telinga macam biasa..

apa pendapat ustaz?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2005 09:01 PM | Show all posts
nak tanya
masa sesaper pi umrah/haji, pernah tak terdengar bunyi dentuman atau deruman yg kuat sehingga menimbulkan rasa cemas pada para jemaah yg ada di dalam masjidilharam?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2005 08:29 AM | Show all posts
Hmmm... biasanya kita dengar yg baik2 saja dari para jemaah yg pulang... tapi kalau baca mastika ke, mcm2 cerita yg kita dapat tahu dari ustaz2 tu...

Rasanya ada tak sesiapa yang berani ceritakan pengalaman "menakjubkan" mereka itu untuk di kongsi bersama kita di sini sebagai pengajaran dan iktibar kepada sesama kita...

Ada tak sesiapa yg telah mengalami peristiwa yang benar2 menjadikan dia insaf, sebab dosa dia masa lalu, dsb nya...

Maaf cakap... ada ustaz baritahu, kalau kita nak tgk org tu mendapat haji yg mabrur, tgk perangai dia selepas balik dari Haji....

Yang mabrur akan bertambah baik kehidupan dia... lebih baik akhlak dia.. lebih berhemah, kdg2 lebih pulak rezeki... mcm2 yang baik2 dan kita boleh lihat dgn nyata....

Yang tak mabrur, akan bertambah buruk akhlaknya, ada yg menjadi riak, suka cakap besar dan membangga2kan diri, makin lupa solat, mendedahkan aurat, menipu orang dan sebagainya... ini juga boleh lihat dgn nyata...

Apa komen ustaz di sini pulak, dan juga kawan2?  Sekadar untuk di jadikan renungan dan iktibar...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


ardini This user has been deleted
Post time 25-5-2005 03:01 PM | Show all posts
nak tanya sikit pada yg sesiapa yg arif..if nak ke umrah...kita kena selesaikan apa2 yg o/standing kat sini dulu ke cthnya hutang,minta maaf kat semua org dsb???
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2005 09:25 PM | Show all posts
Originally posted by ardini at 25-5-2005 03:01 PM:
nak tanya sikit pada yg sesiapa yg arif..if nak ke umrah...kita kena selesaikan apa2 yg o/standing kat sini dulu ke cthnya hutang,minta maaf kat semua org dsb???

seelok2xnyer...., bereskanlah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2005 10:27 AM | Show all posts
Originally posted by taxotere at 23-5-2005 08:27 AM:


masa pergi kursus baru2 ni,sorang ustaz tu beritahu,potensi utk bersentuhan dgn bukan muhrim tu ada sbb ada kalangan perempuan yang tak pakai stokin semasa tawaf jadi dia sarankan masa tawaf tu ...


Ya... syaratnyanya kena basahkan suku(satu perempat) kepala. Kalau nak basah satu kepala pun boleh.

Di sana jika lihat perempuan arab yg mengambil wuduk di paip2 zamzam, mereka akan mengambil air dan menjiruskannya atas tundungnya. Habis basah lejut telekung hitamnya. Ada yang lagi daring... dia bukak terus nampak rambut. Dalam masjid dan in public. Saya nasihatkan yang perempuan, jangan ambil wuduk di mana2 paip zamzam. Tempat wuduk terdapat di luar tandas di luar masjid. Paling dekat adalah di pintu al-madinah(no 58 kot?) dekat kedai2.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2005 10:31 AM | Show all posts
Originally posted by btho at 23-5-2005 09:01 PM:
nak tanya
masa sesaper pi umrah/haji, pernah tak terdengar bunyi dentuman atau deruman yg kuat sehingga menimbulkan rasa cemas pada para jemaah yg ada di dalam masjidilharam?


Masjidilharam tengah menjalani renovation sekarang. Jadninya bunyi-bunyi dentuman memang kerap.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2005 10:43 AM | Show all posts
Originally posted by noor_hannah at 25-5-2005 08:29 AM:
Hmmm... biasanya kita dengar yg baik2 saja dari para jemaah yg pulang... tapi kalau baca mastika ke, mcm2 cerita yg kita dapat tahu dari ustaz2 tu...

Rasanya ada tak sesiapa yang berani ceritaka ...


Sebenarnya hanya Allah sahaja yang tahu haji/umrah kita mabrur atau tidak.

Perangai atau habit seseorang itu berubah sebenarnya dari hati individu itu sendiri. Sekiranya dia pulang dan perangainya semakin elok selepas itu, itu adalah kerana dia telah insaf dan yakin dosa2nya telah dihapuskan dan dia mahu mula kehidupan baru dengan lembaran baru. Alhamdulillah.

As for mereka yang perangai yang semakin menjadi2 tu. Mungkin mereka fikir..."Ah... balik buat jahat lagi, lepas tu boleh pergi umrah lagi bertaubat lagi". Cuma mereka tidak fikir ajal boleh datang bila-bila masa sahaja. Jadinya takut tak sempat nak bertaubat.

Jadinya seelok2nya, bertaubat dan buat baik seterusnya. There's no harm in doing good, kan? Bukannya susah sangat. Contohnya sembahyang, bila kita kerap amalkan, lama2 dia jadi routine, bila dah jadi routine, dia jadi senang.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2005 11:07 AM | Show all posts
Originally posted by ustaz at 26-5-2005 10:27 AM:


Ya... syaratnyanya kena basahkan suku(satu perempat) kepala. Kalau nak basah satu kepala pun boleh.

Di sana jika lihat perempuan arab yg mengambil wuduk di paip2 zamzam, mereka akan mengambi ...

kak liza pernah melihat jemaah mengambil wudhu dengan membasahkan rambutnya secara menyapukan air yg ditapak tangan nya kekepala didalam kain telekong tanpa membuka..
jemaah hanya memasukkan tangan dalam telekungnya dan mengambil wudhu di paip zamzam tu....
ada juga buat begitu dengan secawan foam air ditempat mereka solat kerana keadaan yg bersesak dan susah nak beralih ketempat wudhu..

ada juga kakliza pernah menemani seorang jemaah yg terbatal wudhu semasa selesai solat maghrib..
jadi kami bagitu tergesa-gesa kerana tempat ambil wudhu di bawah sana..
maklumlah masa tu dah suntuk dan kami solat ditingkat atas..

tapi kak liza nasihatkan supaya apabila ke tempat wudhu atau kemana2 di Masjidilharam atau di Mekah dan juga di  Masjid Nabawi atau Madinah..biarlah berteman..supaya kita rasa selamat...

apapun sepanjang mengerjakan haji disana..alhamdulilalh kakliza sentiasa bersama suami..terasa macam dalam honey moon jer...:love:
terlalu indah..kebetulan kami menyambut ulang tahun perkahwinanyg ke 21 tahun...:love:


[ Last edited by hanieliza on 26-5-2005 at 11:09 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2005 11:27 AM | Show all posts
nak tambah sikit lagi....

sebaiknya sebelum berangkat ke Tanah Suci..amalkan solat hajat...
supaya dipermudahkan laluan untuk beribadah dan segala urusan  disana..
insyaAllah diperkenankan...

juga semasa disana perlu meminum banyak air..tentu ada masaalah nak membuang air pulak...:lol
so apa yg kakliza praktikkan..
kakliza minum air banyak semasa selepas solat isyak..
paksakan diri minum sehingga 1 liter...
so kalau terasa nak buang air pun..kita didalam bilik hotel bukan di Masjidilharam...

dan juga diwaktu selesai solat Subuh..semasa sarapan..
kerana waktu ini selalunya para Jemaah sedang berehat di bilik...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2005 12:49 PM | Show all posts
Originally posted by hanieliza at 26-5-2005 11:07 AM:

apapun sepanjang mengerjakan haji disana..alhamdulilalh kakliza sentiasa bersama suami..terasa macam dalam honey moon jer...
terlalu indah..kebetulan kami menyambut ulang tahun perkahwinanyg ke 21 tahun...
...

wow!  bestnyer.
bertuah kak liza.
:bgrin:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2005 12:53 PM | Show all posts
Originally posted by hanieliza at 26-5-2005 11:27 AM:
nak tambah sikit lagi....
sebaiknya sebelum berangkat ke Tanah Suci..amalkan solat hajat...
supaya dipermudahkan laluan untuk beribadah dan segala urusan  disana..
insyaAllah diperkenankan...
...

ya, bukan skadar solat hajat.
solat taubat pun amalkan juga.
:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2005 01:54 PM | Show all posts
Originally posted by btho at 26-5-2005 12:53 PM:

ya, bukan skadar solat hajat.
solat taubat pun amalkan juga.
:bgrin:


Sebenarnya yang penting sekali adalah niat kita, kita berniat untuk bertaubat dan untuk beribadat dengah hati yang tulus dan ikhlas.

Satu lagi, bila kat sana mulut kena jaga. Jangan marah2 tak tentu pasal, jangan maki hamun dan yang penting, jangan riak.

Bila dah kat sana solatlah sebanyak mana nak buat. Bawak buku panduan jenis2 solat sunat. Sekali solat ganjaran dia 100,000. Bayangkan, bila kita bertaubat, dosa kita dah 0, lepas tu buat sembahyang banyak2, lepas tu mengaji banyak2, beriktikaf(jgn lupa niat iktikaf apabila masuk masjid), berwirid, etc. Selepas anda melangkah keluar selepas tawaf wida', gandaan ganjaran pun dah tidak sehebat seperti berada di Mekah. Manakan lagi akan dapat kumpul sebanyak2 ganjaran sebegitu banyak. Berjuta ganjaran dan pahala yg kita dapat ketika berada di masjidil haram. Bayangkanlah, bayangkanlah. Sebab itu apabila kita balik ke kampung halaman kita, eloklah kita sambung kehidupan kita ke arah kebaikkan. Jika tidak, sayang jika bilangan dosa kita dah sama banyak dgn ganjaran pahala yg kita dapat semasa di sana.

Seperkara lagi, ketika di sana, elok buat sembahyang qada' utk semua waktu bagi menggantikan segala sembahyang yg kita pernah tinggalkan sepanjang hayat kita.

Ya. perempuan elok berteman ke mana jua pun. Di masjid Nabawi sekarang pun dah ramai polis ditempatkan di luar toilet perempuan utk menjaga keselamatan.

[ Last edited by ustaz on 26-5-2005 at 01:56 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2005 03:07 PM | Show all posts
Saya rasa ramai tak tahu ini. Sebenarnya, di MasjidilHaram, ia membolehkan org lalu di hadapan kita ketika sedang solat. Jadinya, sekiranya anda sedang sembahyang, dan orang lalu lalang, jangan rasa cemas. Teruskan sembahyang dgn seberapa khusyuk. Tapi ini hanya dibolehkan di MasjidilHaram sahaja.

Di masjid-masjid lain seelok2nya letaklah beg selempang anda di depan anda sebagai penghadang ketika sembahyang. Elakkan dari lalu di depan org yg sedang sembahyang.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2005 09:50 PM | Show all posts
Originally posted by ustaz at 27-5-2005 03:07 PM:
Saya rasa ramai tak tahu ini. Sebenarnya, di MasjidilHaram, ia membolehkan org lalu di hadapan kita ketika sedang solat. Jadinya, sekiranya anda sedang sembahyang, dan orang lalu lalang, jangan ras ...

teringat saya satu kisah ketika saya bersolat di raudhah.
tetiber jer dtg hamba Allah (kot dr turki) ni, berdiri betul2x di hadapan saya dengan beberapa org ahli keluarga dier.
jadi mmg xbole nak rukuk jauh skali nak sujud.
kdg2x biler fikirkan kerenah manusia ni, pelik betul.
tak taulah sama ada diorg ni betul2x xnampak atau mmg xtau tpt maner nak solat lagi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.337298 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list