|
Rakyat nak tengok adakah polis berani saman PM tak dlm soal ni, atau PM dah dpt green light sebelumnya. Gelagat beginilah yg membibitkan rasa marah, geram, benci, kesal, menyampah dgn puak2 begini, just because awak ade kuasa, awak yg buat aturan suruh rakyat patuhi, tapi awak sendiri tak tunjukkan contoh teladan yg sepatutnya. Tak terfikir dek akal sehat kenapa PM yg sah2 tau aturan, buat aturan tapi langgar aturan. Apa sebenarnya pembuat aturan cuba nak buktikan. Patuhi aturan hanya untuk rakyat. Rakyat engkar, saman.... dan saman kpd rakyat yg susah, beribu2 ringgit, mane rakyat nak cekau duit untuk bayar saman? Tang VIP, tak pe... dan-dan aturan membolehkan. Adakah sikap begitu yg rakyat perlu menahan sabar dan atau bangga2kan.
melihat mendong berarak lalu, mengharap sinar mentari pagi
rupanya cahaya tetap kelabu, sinar nan cerah hanya ilusi
daun kelapa diraut2, hendak mengumpul batang lidi
besar harapan rakyat memaut, sayang kecundang hasrat tak jadi
|
|