|
Masa lagu aku cinta dan lagu rindu tu menang memang kecoh dipertikaikan..dan dan AIM kasi format penjurian. Juri2 kena buat kedudukan lagu2 calon macam carta. Lagu terbest no. 1, kedua best no 3...dan yg paling x best no. 5. Lepas tu compile...lagu yg dpt markah terendah menang la. Tahun tu AIM kata lagu aku cinta aku rindu x der la byk juri letak no 1 tp kbykn letak no 2. Lagu2 lain pulak merata2 letak. Tu pasal lagu tu menang...x leh terima ka alasan meka ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #101 harisbee's post
mcm kes lagu keliru masa AJL 2002 jek...hehe..
aku rasa kalo juri2 yg ramai tu dihimpunkan pun diorg tak setuju lagu aku cinta aku rindu tu jd lagu terbaik...
seb baik juri AJL time tu 12 org jek, bile keliru menang masing2 bising,hahaha... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by harisbee at 16-5-2006 05:19 PM
Masa lagu aku cinta dan lagu rindu tu menang memang kecoh dipertikaikan..dan dan AIM kasi format penjurian. Juri2 kena buat kedudukan lagu2 calon macam carta. Lagu terbest no. 1, kedua best no 3. ...
Aku rasa memang Format tu la yg plg baik. ingat lagi Anugerah Emmy thn Felicity Huffman menang. masa tu ramai yg jangka Marcia Cross yg menang. aleh2 kalah. sbbnya ramai juri yg letak nama Marcia Cross ni no1, tp ramai jugak yg letak nombor2 corot. Felicity Huffman tu ramai juri letak antara 3 tempat teratas. dah akhirnya dia menang dan org mula menilai bakat dia dgn serius. so rasa format ni memang adil. mcm kat AIM, kalo lagu tu x sedap, nak ke Juri2 tu letak no.2 memanjang. Kalo lagu tu menang AJL dan Hitz1 sekalipon tp masih ramai yg pertikaikan, so adilla ramai letak no.1, ramai letak no.5. the result? lagu lain la yg menang.
P/S: AKu sendiri sebenonya x suke lagu Aku Cinta AKu Rindu tu. |
|
|
|
|
|
|
|
off topic:
seram lah tgk gambo dorang. |
|
|
|
|
|
|
|
Aspirasi: Orkestra muzik paling mencabar
[email protected]
揂SSALAMUALAIKUM...minggu ini saya nak bercakap mengenai muzik orkestra. Saya sekadar bercerita sebagai pengetahuan kepada semua pembaca. Orkestra, satu muzik di tahap yang tinggi.
Ia merangkumi lebih 40 peralatan muzik. Pemuzik orkestra pula, maksimum antara 110 hingga 120 orang, manakala minimum sekitar 60 hingga 70 orang. Ada banyak kategori orkestra.
Dari sekecil quartet yang merangkumi satu biola, dua violin, satu first violin dan satu cello. Ada juga wind quartet. Sehinggalah kepada brass band, big band dan ensemble.
Ensemble adalah muzik orkestra yang saya gunakan ketika malam persembahan Anugerah Industri Muzik ke-13 (AIM13), baru-baru ini.
Orkestra paling besar ialah simfoni filharmonik dari 70 hingga 100 lebih orang pemuzik. Di dalam orkestra lengkap, ada 40 peralatan muzik yang berlainan. Alat muzik yang menduduki tempat paling atas dalam carta orkestra ialah flute sehinggalah kepada contra bass (paling bawah).
Bayangkan betapa bijaknya orchestrator. Dari orchestrator sampailah kepada penyalin muzik.
Barulah sampai kepada konduktor dan pemuzik. Bermulanya muzik orkestra ialah daripada orchestrator. Orchestrator juga seorang penggubah orkestra. Dia sungguh istimewa dalam penyusunan muzik orkestra.
Kenapa saya mengatakan orchestrator ini begitu bijak? Kalau anda mendengar muzik orkestra, terutama skor muzik filem, contohnya seperti skor muzik StarWars. Nama hebat seperti John Williams dan Michael Carmen. Mereka bekerja dengan intelektual. Dari kesyahduan muzik berkenaan yang membuatkan kita rasa takut atau apa saja jenis rasa. Orchestrator boleh mendampingi kita dengan muzik yang mereka ilhamkan.
Kerjanya amat rumit. Bayangkan dalam orkestra itu ada lebih 40 peralatan muzik dan beribu notasi.
Sungguh terperinci kesyahduan gesekan biola dengan wind, brasses dan percussion. Ia satu kerja yang menuntut bakat yang dianugerahkan Tuhan untuk menghasilkan muzik seumpamanya. Kalau nak belajar pun, dia memerlukan masa berpuluh tahun!
Itu kerja orchestrator, tapi untuk pemuzik orkestra, mereka tak ada masalah memainkan apa saja muzik yang ditulis. Macam mana susah sekalipun, mereka boleh bermain dengan sempurna. Tugas paling akhir ialah di tangan konduktor.
Konduktor yang berpengalaman akan mengetahui apa dikehendaki orchestrator. Kerjasama antara konduktor dan pemuzik orkestra adalah sangat penting.
Kalau orang biasa melihat orkestra, konduktor yang nampak menonjol, tapi sebenarnya ialah orchestrator. Orchestrator lazimnya akan duduk di belakang tabir.
Kadangkala dia konduktor, dia juga orchestrator, itu lebih baik. Tapi, ada konduktor tak tahu tulis muzik, dia tahu konduk saja. Namun, ilmu muzik yang dimiliki orchestrator dan konduktor begitu luas.
Bagi saya secara peribadi, saya meminati dan mengarahkan diri saya ke arah muzik orkestra. Ia satu kerja yang sungguh mencabar untuk seorang pemuzik.
Penghasilan muziknya cukup tercabar apabila pemuzik memainkan ilhammuzik anda dan anda akan rasa cukup puas sebaik anda mendengar pemuzik berkenaan memainkan muzik yang anda tulis. Satu kerja yang bukan dari hati, sebaliknya mereka bermain muzik apa yang ditulis oleh orchestrator.
Apa yang ditulis oleh orchestrator, sebenarnya dia menulis jiwa muzik yang nampak di atas kertas.
Pemuzik nampak apa yang dikehendaki oleh orchestrator. Kadang-kadang kebanyakan pemuzik pop kita, tahu jiwa muzik, tapi tak nampak bunyi apa yang dikehendaki.
Ada orang mengatakan, bermain muzik perlu jiwa. Tapi sebenarnya, di dalam muzik, semua sudah cukup di atas kertas kalau anda mengetahuinya. Kepada pemuzik tidak mengiktiraf orkestra, saya rasa dia seorang pemuzik yang malang.
Kenapa? Orkestra adalahmuzik yang mengiktiraf pencapaian anda sendiri dalam dunia muzik yang anda ceburi.
Dah saya jelaskan, kedudukan orkestra adalah paling atas dalam hal ehwal muzik. Kalau anda tidak iktiraf, bermakna anda tidak iktiraf diri anda sendiri. Kalau seseorang pemuzik tidak mahu mengarahkan haluannya ke arah itu (orkestra), saya kira dia tidak melihat keadaan dirinya yang sebenar. Kalau anda nak jadi pemuzik orkestra, kebolehan anda hendaklah cemerlang dari segi apa saja.
Anda bebas memilih cita rasa, rock, balada, R&B atau sebagainya. Tapi, kenalilah muzik orkestra kerana ia tertinggi. Sekalipun anda masuk universiti dan inginmenjadi pemuzik conservertory, anda perlu menjalani ujian ketat. Bertemu lagi minggu hadapan, wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #105 Syd's post
ramli m.s selalu jd orchestrator & konduktor (mcm konduktor bas jek,haha) utk event2 besar mcm AIM, juara lagu, konsert2 besar mcm dgn s.m salim dulu...
kdg2 dia jadik orchestrator, yg jadik konduktor dia bagi mustafa fuzer nawi...kalo konsert jamal ni ramli jd orchestrator, mmg 1st class konsert tu nanti, although mustafa fuzer nawi jd konduktor... |
|
|
|
|
|
|
|
bukan bang ramli jadi orchestrator
kekekeke IB punye kroni kot yang jadik orchestrator...hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Aspirasi: Anda sendiri yang SMS, janganlah kutuk
Bersama Ramli MS
[email protected]
Usahlah kita melabelkan mereka dengan benda yang negatif seperti mi segera. Sebaliknya berilah mereka peluang
揂SSALAMUALAIKUM...Saya menerima banyak e-mel yang bertanyakan mengenai program realiti TV. Sudah saya jelaskan sebelum ini mengenai perkara berkenaan, tapi masih banyak kiriman e-mel yang bertanyakan, kenapa bekas pelajar atau bintang realiti TV sekejap saja popularnya.
Secara peribadi, sudah saya katakan, program realiti TV adalah salah satu cabang perniagaan yang baru dalam dunia hiburan. Orang mengatakan bintang realiti, penyanyi mi segera. Kebanyakannya orang bercakap benda yang negatif selepas enam bulan atau setahun bintang realiti itu bergelar artis. Apabila muncul program realiti musim baru, nama bintang sebelumnya terus tenggelam.
Tapi, saya melihat secara peribadi, perjalanan sebenar seorang penyanyi, contohnya penyanyi dulu-dulu, sebelum munculnya program realiti TV, sebelum mereka menjadi artis rakaman, mereka ditapis sehingga ke tahap paling maksimum!
Dari bakatnya, dari kukuhnya dia sebagai seorang penyanyi, skil dan dari pelbagai kategori, mereka ditapis seketat-ketatnya.
Sehinggalah sampai ke satu tahap, mereka diberi lagu baru. Kalau mereka tak boleh menjiwai lagu berkenaan, tak ada identiti yang sebenar, syarikat rakaman tidak akan mengambil mereka. Saya sendiri terbabit dengan proses begitu.
Selepas uji bakat itu dijalankan sehinggalah calon berkenaan mampu melepasi lagu baru, barulah syarikat rakaman ambil mereka.
Tapi, kita tidak bimbang mengenai ilmu nyanyian yang ada pada calon berkenaan. Sebabnya kita tahu dia seorang penyanyi yang kukuh dan memiliki pakej yang dikehendaki.
Apabila semua lagu siap dirakamkan, album dah siap, syarikat rakaman akan bertungkus lumus mempromosi penyanyi berkenaan. Promosi ke tahap maksimum. Panggil wartawan, TV, radio dan sebagainya. Apabila dilihat dari situ, syarikat rakaman memperjudikan penyanyi yang mereka tahu boleh bertahan, ada bakat, ada skil dan sebagainya.
Sebaliknya program realiti TV, mereka atau penganjur mempromosikan dulu peserta atau bakal artis. Mereka tak ada album pun, kosong, mereka sudah bergelar penyanyi. Publisiti yang diberikan pula, habis-habisan! Penyanyi dulu pun tak pernah memperoleh publisiti besar-besaran macam artis realiti TV sekarang.
Bintang realiti TV, hari-hari muka keluar TV. Menghiasi muka depan akhbar, jadi sebutan ramai, jadi ikutan, pada hal album pun tak ada lagi. Jadi, di sinilah terletaknya kelebihan realiti TV. Selepas bintang realiti TV itu merakamkan album, barulah orang-orang kita sedar, kehebatan mereka tidak sehebat seperti mana yang dilihat pada peringkat awal dulu.
Tiang mereka untuk bergelar penyanyi, belum kukuh. Mereka sebenarnya masih berada pada tahap uji bakat kalau nak dibandingkan dengan penyanyi dulu. Tapi, publisiti yang me ngangkat mereka untuk setanding penyanyi sedia ada.
Menyanyi bukanlah anda belajar tiga bulan atau enam bulan, anda boleh pandai. Ia mengambil masa yang begitu lama. Jadi, saya tidak menyalahkan bintang realiti TV ini. Saya tidak memandang mereka sebagai mi segera. Mereka sebenarnya tidak sedar, semua ini adalah cabang perniagaan.
Tapi, mereka bukannya ditipu atau diperalat, sebaliknya menjayakan satu bentuk perniagaan dunia hiburan. Jadi, bebanan yang harus ditanggung bintang realiti TV ini, mereka harus bekerja lebih kuat tiga atau empat kali ganda dengan penyanyi dulu. Selepas tamat realiti TV, mereka harus bekerja keras sekurang-kurangnya 16 jam sehari untuk menyamai kemampuan penyanyi dulu-dulu sekiranya dilihat dari segi teknikal.
Kalau anda menonton program realiti TV seperti Malaysian Idol (MI), Mentor, Akademi Fantasia (AF), Audition dan apa saja program realiti, sekalipun Jaclyn Victor, pun memerlukan masa yang agak panjang untuk menyamai bakat penyanyi yang sedia ada dari segi pengalaman.
Anda harus mengerti keadaan peserta realiti TV itu. Mereka datang dan pergi seperti angin. Di situlah kelainannya apabila orang memperkatakan kenapa penyanyi yang berasal dari bakat TV, boleh bertahan berbanding bintang realiti.
Apabila peminat sendiri yang SMS dan peminat sendiri yang mengutuk, saya rasa ada yang tak kena. Jadi, fikir-fikirlah. Mana yang betul, kita mengaku betul, mana yang tidak betul, kita perbaiki. Janganlah kita melabelkan mereka dengan benda yang negatif seperti mi segera.
Bertemu lagi minggu depan, wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Aspirasi: Kejayaan bermula daripada sikap kita
Oleh Ramli MS
"ASSALAMUALAIKUM...
Apa khabar semua? Ketika ini anda semua tentu tengah demam Akademi Fantasia (AF). Jadi, bergembiralah di depan TV anda. Jangan mabuk realiti sudah! Baiklah minggu ini saya ingin berkongsi pengalaman selama bekerja dalam industri ini.
Saya banyak kali ditanya, kenapa saya masih di sini, di landasan yang betul, masih di barisan hadapan di dunia hiburan selepas lebih 30 tahun.
Mereka bertanya, apakah rahsia saya?
Saya tiada rahsia apa-apa, cuma sikap. Sikap adalah sesuatu yang kita harus bawa ke arah positif.
Kalau kita berilmu, tapi memiliki sikap yang malas, kita tidak akan berjaya. Tapi, kalau tidak berilmu, namun sikapnya rajin, sikap ingin belajar, sikap ingin tahu, sikap ingin memajukan diri, sikap akan membawa kita ke arah kemajuan.
Semua bermula daripada sikap. Kita harus melihat diri kita dari ayat sikap. Itulah rahsia yang sebenar-benarnya. Kalau anda belajar di mana-mana universiti sekalipun, tapi dengan sikap malas anda, tak mahu menggunakan apa yang dipelajari, sikap suka memboros duit ibu bapa, nescaya kejayaan tidak berpihak kepada anda.
Sama juga kalau kita berjiran, kalau kita amal sikap mengata, dari sikap itulah berpuncanya permusuhan antara kita dengan jiran. Berbalik dengan sikap penyanyi yang mempunyai sikap ingin memajukan diri, pastinya dia akan maju.
Seandainya seorang penyanyi itu tidak berjaya, pandanglah kepada sikapnya. Begitulah juga sebaliknya. Sebab itu saya katakan, kejayaan saya bertahan, memang tidak ada rahsia. Semuanya bermula dari sikap saya yang gemar berterus terang, tiada prejudis, mementingkan kesempurnaan, bersikap tulus dan bersikap realistik.
Yang nombor satu, saya hindari sikap ego. Sikap mengata orang dan apa saja sikap yang negatif, tidak akan saya dekati. Saya seorang yang realistik. Jadi sikap mementingkan diri sendiri tu kadang-kadang ada pada diri saya. Tapi, dalam keadaan yang tertentu, tidak membabitkan pihak lain.
Contohnya begini. Kalau seseorang itu menyanyi dengan orkestra seramai 70 orang, penyanyi berkenaan buat silap, saya biarkan saja dia `mati' dari pemuzik saya yang seramai 70 orang itu yang `mati'. Saya boleh menerima keadaan itu walaupun dia penyanyi.
Kalau saya membetulkan penyanyi itu, 70 orang orkestra saya akan kelam kabut. Jadi, saya pentingkan diri saya sendiri, saya biarkan saja dia `mati'.
Di sinilah saya harus mengatakan bahawa sikap haruslah dipandang lebih mendalam, apa itu sikap. Ia adalah intipati kejayaan dan kemusnahan buat diri kita.
Sikap yang harus kita contohi ialah seperti Rosyam Nor. Dia mempunyai sikap yang sungguh profesional dari segi perniagaan dan kemajuan untuk dirinya sendiri. Sikap personalitinya yang amat menghormati orang lain.
Saya sendiri meminati Rosyam dari segi lakonannya.
Sikapnya yang positif, begitu rendah diri. Sekalipun dia menang tujuh kali dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABHPBH), dia masih bersedia memberi laluan kepada orang lain. Dia mempunyai sikap gentleman.
Sehingga kita bertemu lagi minggu hadapan, wassalam." |
|
|
|
|
|
|
|
Aspirasi: Persembahan pincang dek pengadun bunyi
Oleh Ramli MS
"ASSALAMUALAIKUM... Minggu ini ingin saya memberi sedikit paparan dari deria saya selepas berehat sepanjang dua minggu di depan TV setiap hari, berehat panjang saya selepas penat bekerja.
Apa yang nak saya kongsi ialah apa yang saya alami sepanjang saya menonton program TV. Program yang buat saya terpaku di depan TV, di mana kebanyakannya adalah program persembahan live. Saya mengikutinya kerana saya sebenarnya meluangkan minda untuk perbaiki kerjaya saya ke arah yang lebih positif dan agresif.
Kelemahan yang paling memburukkan adalah di bahagian audio! Mempertikaikan kreativiti kerja seni orang lain adalah yang paling tidak saya timbulkan, apatah lagi kesempurnaan pun tidak lagi berpihak atas saya, tapi kepincangan yang jelas lagi ketara yang saya nampak buat diri saya (tidak orang ramai) kerana saya berada di dalam bidang ini.
Pengadun bunyi di kaca TV yang langsung tidak menolong pencinta seni yang sedang beraksi, Mereka seolah-olah tidak bersama sebagai satu pasukan yang sedang membuat persembahan langsung! Bagi saya, mereka sebenarnya tidak peka langsung apa yang patut dan tidak patut mereka buat.
Mungkin orang atasan pun tidak mengerti suasana mengenai kerja pengadun, mereka tahu ada bunyi, dah! Itu bukan muktamad. Contoh terbaik saya, anda mungkin boleh menyanyikan? Tapi adakah kedengaran nyanyian anda semerdu Tan Sri P Ramlee? Apa yang ada di dalam kerjaya pengadun bunyi?
Mereka sepatutnya tahu peralatan muzik yang sedang digunakan. Aras-aras bunyi yang diasingkan mengikut skala frekuensinya, cara kedudukan mikrofon dan jenis mikrofon yang secocok dengan peralatan treble clef dan bass clef, compresser, gate reverb dan paling penting adunan yang jelas dan tersusun.
Kadang kala kedengaran juga distort dan humming juga, maknanya tahap yang terlalu tinggi hingga menyebabkan inti pati distort dan frekuensi yang melebihi aras kedudukan ruang (ambience). Itulah penyebab humming, kadang kala saya kedengaran juga out of phase. Inilah yang patut dielakkan oleh pengadun.
Out of phase adalah kebodohan pada tahap maksimum! Ia menyebabkan sesuatu bunyian terperosok ke belakang tanpa disedari oleh deria pengadun atau penata bunyi. Bagi saya, penerbit harus melihat audio sebagai kedudukan teratas, selain penata cahaya dan kamera.
Cuba bayangkan cahaya dan kamera cantik tetapi bunyi tidak berfungsi? Atau segmen wayang yang dramatik tiada muzik kesan khas. Sedangkan filem Charlie Chaplin yang bisu itu pun ada muzik piano uprite! Di sinilah tugas pengadun bunyi membiarkan audio yang lebih menyerlahkan sesuatu persembahan langsung.
Empunya rancangan tidak harus meletakkan muka baru walaupun tujuan hendak melatih mereka. Bagi saya, praktikal harus dibuat bukan pada persembahan yang besar dan harus dipantau pengadun yang berkelayakan, saya simpati pada pembuat persembahan yang bertungkus lumus untuk menjayakan yang terbaik, tapi dicemari pula dek pengadun bunyi yang tidak berkelayakan.
Saya mengerti juga keadaan transmiter kita yang terlalu sempit kalau hendak dibandingkan dengan yang menggunakan satelit seperti di Indonesia. Namun, sekurangkurangnya intipati yang diadun menepati tahap yang membanggakan kelayakan pengadun.
Pesanan saya janganlah kita terlalu berkira bab si pengadun bunyi. Kalau perlu berbelanja lebih untuk mendapatkan pengadun bunyi dari luar negara, buatlah.
Berjuta penonton mendengar hasil terbaru kerja-kerja seni yang ketinggalan dalam masa beberapa minit saja oleh pengadun yang tidak layak, sedangkan keseluruhan rancangan yang dianjurkan mengambil belanja yang mencapai angka jutaan ringgit. Tentu kita tidak mahu kreativiti yang diciptakan menjadi bahan kutukan penonton.
Sehingga kita bertemu lagi minggu hadapan, wassalam." |
|
|
|
|
|
|
|
bung ramlie mmmg ada talent jd good musician |
|
|
|
|
|
|
|
Aspirasi: Penyanyi latar boleh menjadi penyelamat
Oleh Ramli MS
Fungsi penyanyi latar adalah untuk menyokong nyanyian penyanyi solo. Mereka berupaya mencantikkan lagi sesebuah lagu. Kadang-kadang juga saya dapati penyanyi latar lebih baik dari penyanyi solo!
"ASSALAMUALAIKUM... Kali ini saya tertarik untuk memperkatakan pula mengenai penyanyi latar. Apakah yang kita faham mengenai penyanyi latar atau backup singer? Penyanyi latar sebenarnya serpihan daripada penyanyi koir. Kalau koir mungkin merangkumi penyanyi seramai 30 hingga 40 orang, sebaliknya penyanyi latar, paling kurang pun, duo.
Lazimnya, kalau duo mereka tidak akan menyanyi melodi sebab penyanyi utama dah menyanyi melodinya. Mereka akan menyanyi pada bahagian kedua atau ketiga lagu berkenaan. Kumpulan seperti KRU, Ruffedge, VE, mereka menyanyi secara berkumpulan. Fungsi sama, cuma konsepnya adalah nyanyian berkumpulan.
Berbalik kepada penyanyi latar, paling elok penyanyi latar untuk sesebuah lagu itu adalah seramai lima atau enam orang. Kalau anda melihat penyanyi latar yang menyanyikan lagu Pak Ngah, ia melebihi lapan orang.
Kadang-kadang penyanyi latar itu berfungsi dengan baik kalau diarahkan bahagian-bahagian tertentu dengan sempurna, selain nyanyian yang menepati notasi, pitch yang sempurna, bunyinya akan kedengaran cantik. Jika ada lima penyanyi latar, tidak boleh salah seorang daripada mereka, menyumbangkan nada notasi lagu itu. Jika perkara ini berlaku, akan kedengaran kelima-lima penyanyi itu membuat kesilapan!
Jadi, tugas penyanyi latar ini berat juga. Sebaik-baiknya penyanyi latar yang dipilih adalah di kalangan penyanyi yang boleh membaca nota muzik. Apabila dia tahu membaca nota, sebenarnya dia menyenangkan kerja dia sendiri sebagai penyanyi latar. Mereka harus menyanyi secara berkumpulan - tidak boleh kedengaran salah seorang daripada mereka menyanyi secara solo.
Kerjasama nyanyian secara berkumpulan, akan kedengaran bersepadu nyanyian mereka. Saya beri contoh, dua beradik - Liza dan Azlina Aziz. Bekas penyanyi latar yang saya anggap baik mutu nyanyian mereka. Sekalipun mereka tidak membaca nota, tapi deria telinga mereka sungguh tajam. Nyanyian mereka berdua sungguh seimbang. Begitu juga dengan bekas penyanyi latar, Adibah Noor. Nyanyiannya amat baik.
Bagi saya, fungsi penyanyi latar adalah untuk menyokong nyanyian penyanyi solo. Mereka berupaya mencantikkan lagi sesebuah lagu. Tapi, kadang-kadang saya melihat ada kalanya tidak perlu penyanyi latar. Kadang-kadang juga saya mendapati penyanyi latar lebih baik dari penyanyi solo!
Penyanyi latar sekarang ini, kebanyakannya tidak begitu sahih ketajaman nyanyiannya. Apabila menyanyi secara berkumpulan, mereka perlu ada seorang ketua. Ketua ini harus bertanggungjawab membimbing mereka ke arah yang lebih dinamik.
Anda boleh melihat saya menggunakan khidmat penyanyi latar yang sama. Bagi saya, mereka adalah yang terbaik pada kaca mata saya.
Mereka ialah Yuaz iaitu seramai tiga orang. Kenapa? Sebabnya mereka boleh membaca nota muzik dan kelajuan kerja mereka adalah seiring dengan kelajuan saya.
Apabila saya ingin melakukan perubahan pada muzik itu dalam satu saat, mereka boleh mengikut kehendak saya. Penyanyi latar yang seperti inilah yang seharusnya banyak di negara kita. Tapi, saya kira hanya ada beberapa kerat saja seperti Yuaz.
Dengan erti kata lain, saya begitu cerewet kalau bab mengambil penyanyi latar. Jika Yuaz beritahu mereka ambil penyanyi sekian, sekian, sekian yakni sudah terbukti kemampuannya sebagai penyanyi latar, baru saya setuju.
Tidak banyak penyanyi latar yang berkaliber seperti Yuaz di sini. Sepatutnya penyanyi latar harus bekerja lebih keras untuk memajukan diri mereka. Peluang bekerja di negara kita terlalu banyak. Penyanyi latar pula kurang. Anda boleh tonton di TV, asyik penyanyi latar yang sama saja muncul di pentas.
Kedudukan penyanyi latar adalah sama pentingnya dengan pemuzik. Ibarat irama dan lagu yang tak boleh dipisahkan. Penyanyi latar akan diperlukan sampai bila-bila sekalipun sekarang teknologi muzik semakin berkembang maju. Penyanyi latar bukannya mesin tiruan.
Walau bagaimanapun, saya belum melihat ramai penyanyi latar tampil sebagai penyanyi solo. Mereka masih gementar apabila menyanyi secara solo. Mereka lebih selesa menyanyi secara berkumpulan. Apabila diarah menyanyi secara solo, keyakinan diri mereka tidak ada. Tapi, bukan semua, hanya segelintir saja.
Pun begitu, ingin saya tegaskan di sini, kedudukan penyanyi latar bukannya pada kelas bawahan. Khidmat penyanyi latar sama pentingnya dengan pemuzik yang mengiringi persembahan penyanyi solo itu.
Baiklah, sehingga di sini saja, insya-Allah kita bertemu lagi minggu depan. Wassalam." |
|
|
|
|
|
|
|
Aspirasi: Pembeli mampu kawal gejala cetak rompak
Oleh Ramli MS
"ASSALAMUALAIKUM. Cetak rompak, cerita ini dah basi. Penat orang industri dan kerajaan cuba mengekang gejala cetak rompak, tapi ia masih berleluasa, dari audio hinggalah ke visual. Produk cetak rompak menawarkan harga yang 10 kali lebih rendah berbanding yang asli.
Saya bukan nak merungut mengenai isu cetak rompak, ia tak guna! Cuma saya nak berkongsi pendapat dengan anda semua. Pada zaman 70-an, tidak ada cetak rompak. Sehinggalah pada era kaset pada 80-an, belum ada cetak rompak, kalau ada pun secara diam-diam. Penghujung 80-an, cakera padat (CD) pun keluarlah.
Apabila tiba era teknologi, dari radio pun dah boleh rakam, lagu dari Internet boleh dimuat turun, kegiatan cetak rompak semakin berleluasa di rumah-rumah, apatah lagi di jalan raya, selain wujudnya puluhan kilang percetakan CD. Dah puas orang industri merungut mengenai hal ini, tapi tiada hasil.
Di sini saya melihat, kalau kita hendak menghentikan cetak rompak, ia harus datang dari diri kita, orang yang membeli. Kuasa membeli di tangan kita! Kuasa membeli ada hak untuk membeli yang cetak rompak atau yang asli. Kalau mereka beli CD asli yang harganya lebih RM30, manakala cetak rompak hanya RM6, kalau saya orang biasa, saya juga akan membeli CD cetak rompak.
Kalau hendak kira, CD cetak rompak dengan yang asli, tidak banyak bezanya. Bagi saya, yang asli sepatutnya membuat sesuatu supaya orang kita membeli yang asli. Misalnya harga CD itu diturunkan ke tahap yang maksimum. Tapi, terpulang kepada pengeluar. Mungkin ada perbelanjaan yang tersembunyi, kita tidak tahu.
Ditambah dengan cukai itu dan ini, mungkin perbelanjaan melebihi dari yang sepatutnya. Bagi saya, harga CD perlu diturunkan kepada 20 hingga 30 peratus lagi. Di sini, saya hanya bercerita. Tidak mengesyorkan atau mengarahkan apa-apa tindakan dari mana-mana pihak.
Kalau dulu kita ada Ella boleh jual album sampai 300,000 unit Raihan (600,000), sekarang artis popular pun, album mereka baru terjual sekadar 8,000, 10,000, 12,000 unit saja. Jadi, hampir 90 peratus penjualan CD jatuh! Semuanya disebabkan teknologi.
Orang kata, karya atau kualiti album kita semakin menurun. Ada kala saya juga setuju dengan keadaan ini. Tapi, tidak semua. Di sini saya melihat keadaan berbeza pada zaman 80-an dan 90-an. Ia berpunca dari pusat, maksudnya di meja A&R syarikat rakaman itu. Sekarang ni saya susah nak bertemu dengan A&R yang berkaliber seperti zaman 80 dan 90-an dulu.
A&R dulu sungguh bijak memilih lagu dan mampu melihat penyanyi yang ada potensi. Sekarang keadaan tidak sama. Mungkin dari situlah bermulanya kualiti album kita jatuh. Bagi saya, kalau nak dikira dengan perbelanjaan yang dicapai pada tahap A untuk sesebuah album, CD berkenaan perlu dijual dengan harga antara RM21 hingga RM26.
Kenapa saya berkata begini? Anda harus faham, apabila sesebuah syarikat rakaman ingin menggunakan khidmat seseorang yang terbabit dalam album, mereka itu mengikut kelas, berdasarkan harga masing-masing. Ada yang kelas A,B dan C.
Kalau album tidak sebagus pembikinan itu, harganya tentu murah dan kualiti audio kita dapat bezakan. Contohnya seperti Anuar Zain, dia sungguh cerewet mengenai pembikinan album. Satu usaha yang bagus, pembabitan yang seharusnya ada pada semua penyanyi. Dia tahu apa yang dia nak. Kerjasama yang bagus.
Pembeli akan tengok harga dulu, baru kualiti album. Beginilah, kalau anda nak beli album cetak rompak, saya tidak menggalakkan, tapi kalau anda nak beli yang asli, fikirlah, berbaloi ke tidak dengan wang anda itu.
Sampai di sini saja dulu, sehingga kita bertemu lagi minggu depan, wassalam." |
|
|
|
|
|
|
|
RAMLI MS ni pon aku respek ngan dia
org yg jujur... cakap apa yang dia tau n dia tak hentam
dia bagi pendapat
cara cara nak meningkat maju |
|
|
|
|
|
|
|
Aspirasi: Sebab artis Indonesia terus diterima
Oleh Ramli MS
"ASSALAMUALAIKUM. Topik yang saya sentuh hari ini bukan kerana mahu mengambil kesempatan mengenai topik yang sama. Sudah panjang lebar saya jelaskan pada awal penulisan dulu, tetapi saya tetap menerima banyak e-mel yang meminta saya menjelaskan perihal artis luar yang terus diagung-agungkan peminat kita.
Ya, artis Indonesia (Indon) beraja di industri kita!
OK, di sini saya ingin menjelaskan dari pandangan peribadi saya, tidak pula saya menyebelahi mana-mana pihak. Kenapa artis Indon berlambak dalam industri kita dan terus diterima peminat?
Saya melihat semua ini daripada akar, siapa yang membawa mereka?
Jawapannya tentulah syarikat rakaman. Bagi saya, ia bukan salah artis Indon, kenapa?
Saya juga tidak menuding jari kepada syarikat rakaman walaupun mereka memang dahagakan artis-artis baru dan kreativiti baru untuk perniagaan mereka.
Memang syarikat rakaman mengutamakan anak-anak watan kita terlebih dulu, tetapi kita sendiri ketandusan bakat baru yang boleh dibanggakan dan diniagakan mengikut selera pendengar, apatah lagi dengan masalah cetak rompak yang semakin kronik di negara kita.
Berniaga? Tiada pihak yang mahukan kerugian. Jadi, kekosongan yang ditinggalkan orang kita sendiri, direbut artis Indon! Syarikat rakaman pula mengalihkan arahan perniagaan yang tidak ada risiko bagi pihaknya, selain modal membawa masuk artis Indon pun tidak ada kalau hendak dibandingkan dengan pelaburan bakat tempatan baru.
Di sinilah pihak lain yang terbabit seperti radio, TV dan media bertindak untuk tujuan mempromosi artis Indon.
Penyampai radio memutarkan dengan kerap lagu artis Indon di corong radio, saya tidak fikir mereka mahukan keadaan begini, tapi apakan daya apabila mereka tidak dibekalkan dengan album artis baru kita yang memang tidak ada yang meyakinkan dari syarikat rakaman!
Ada juga syarikat yang menaja artis Indonesia sering dipersalahkan, bagi saya syarikat penaja bukanlah diterajui orang-orang yang tidak peka berniaga tetapi beban Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di SP lebih besar kalau sesuatu yang dipersetujui tidak mendapat keuntungan di pihaknya.
Kalau artis-artis kita boleh ditonton secara percuma di mana-mana stesen TV, mengapa harus syarikat rakaman menaja sesuatu yang sudah ditonton sebelum ini? Untuk konsert ulangan?
Jadi, bagi saya, pokok pangkalnya diri kita sendiri, golongan artis yang sudah lama di persada seni harus memberikan sesuatu yang segar dan sentiasa terbaru. Kepada bakat-bakat baru percubaan mereka harus mempamerkan sesuatu yang tidak pernah kita ada dulu, muzik memerlukan perubahan!
Kita harus memberi keyakinan kepada syarikat rakaman dulu, di situlah permulaan segala-galanya. Cubalah anda fikirkan mengenai senario ini.
Adakah Mawi (AF3) pernah merungut mengenai artis Indon? Sebaliknya, saya hanya dengar orang merungut mengenai sibuknya Mawi!
Di sini saya melihat lagi keadaan yang tidak stabil di antara kita sendiri, susah salah, senang lagi salah! Bagi saya, perbaiki diri sendiri adalah yang paling utama dan terbaik dari bercakap mengenai hal orang lain yang tidak memberi apa-apa faedah kepada kita.
Sudah berkali-kali saya mengatakan dunia artis berlainan sekali dengan yang lain, duit mencari kita! Lupakan hari semalam. Sentiasa bersedia untuk hari esok dan berfikiran agresif untuk hari-hari mendatang!
Ternyata band dari Indonesia seperti Dewa, Sheila On 7, PeterPan, Radja dan artis solo mereka seperti Kris Dayanti, Glenn, Rossa dan ramai lagi mampu mendapat tempat di hati peminat kita.
Kenapa? Sebabnya ruang untuk artis kita dikosongkan, tidak ada bakat baru yang berkaliber untuk diketengahkan. Justeru, ruang yang kosong itu direbut oleh artis Indon, di mana jumlah bakat baru mereka terlalu ramai dan segar. Bukannya masalah lagu atau lain, tapi ketandusan bakat di negara kita sendiri.
Setakat ini saja dulu, sehingga kita bertemu lagi minggu depan wassalam." |
|
|
|
|
|
|
java This user has been deleted
|
kalau lah dia jd pengetua AF4 ni..sure akademi da banjir dek air mata Amirul.
i like you..bang ramli |
|
|
|
|
|
|
|
Aspirasi: Pemuzik jalanan berbakat besar
Oleh Ramli MS
"ASSALAMUALAIKUM. Minggu ini saya ingin bercerita mengenai pemuzik jalanan atau lebih dikenali sebagai pemuzik basking. Kita sepatutnya tidak memandang serong dan hina terhadap mereka. Bagi saya, itu adalah satu kerjaya yang halal. Mereka tak kacau orang, bahkan memberi hiburan kepada kita.
Cuma, di atas ehsan kita, nak beri sumbangan atau tidak selepas mereka membuat persembahan yang tidak diminta oleh kita. Dari mencuri, merompak, mengambil dadah dan sebagainya, lebih baik mereka menjadi pemuzik basking.
Banyak pemuzik basking di luar negara, mereka disokong dan diberi tips, yang mana sesetengahnya mempunyai bakat yang sungguh besar. Saya melihat keadaan ini sebagai salah satu permulaan cabang hiburan. Kalau dia masih kanak-kanak, namun berbakat besar, harus diberi pendedahan sewajarnya.
Satu tempat yang besar seperti di KLCC, harus menyediakan tempat atau ruang di luar untuk pemuzik basking menunjukkan bakat. Saya melihat di Singapura, seorang kanak-kanak berumur dalam lingkungan enam tahun, dia bermain dram saja di depan pusat beli-belah terkemuka di sana.
Ramai yang memberi tumpuan terhadapnya kerana dia masih anak-anak. Ia juga satu senario yang sihat, namun perlu berlesen. Mereka perlu ada lesen untuk basking. Tidak bersepah pemuzik basking yang muncul tanpa kawalan. Negara kita belum ada benda (lesen) macam ni.
Pendapat saya secara peribadi, lesen itu perlu bagi memantau pemuzik basking yang berbakat saja untuk mempamerkan kebolehan mereka. Cuba anda bayangkan, anda berjalan di luar KLCC, terutama di sebelah terowong, anda boleh melihat pemuzik basking mempamerkan bakat mereka.
Pasti kita akan berpaling melihat persembahan mereka. Begitu juga dengan pelancong, pasti mereka beranggapan pemuzik basking negara kita juga berbakat besar. Biarlah budak kecil yang berusia 10 tahun ke bawah, yang berkebolehan diberi lesen untuk menerokai dunia basking di tempat tertentu.
Mengenai orang cacat penglihatan yang bergelar pemuzik basking, saya kagum dengan bakat mereka. Mereka basking dengan oneman band. Menyanyi, bermain akordian, bongo, percussion, semua mereka boleh buat! Deria pendengaran mereka amat tajam. Deria mereka mampu melihat muzik.
Ia satu kerja yang halal untuk mereka yang cacat penglihatan. Kalau kita berjalan di kaki-kaki lima yang terdapat ramai pemuzik basking yang buta, sedekah kepada mereka. Walaupun 10 sen, sekurang-kurangnya kita menghargai bakat mereka.
Mengenai peluang atau harapan pemuzik basking untuk menjadi artis rakaman, mereka perlu menonjolkan keaslian. Seperkara lagi, pemuzik basking boleh menjadi pemuzik yang berkebolehan dimasa hadapan jika mereka mendapat pendidikan muzik yang betul. Basking tetap basking, tapi belajar muzik juga penting.
Nak kata perlu masuk sekolah muzik, saya rasa mereka tak mampu dari segi kewangan. Tapi, mereka perlu bercampur dengan pemuzik yang nyata.
Bagi saya, pemuzik basking yang membuat persembahan pada tahap permulaan, pendedahan persembahan secara live, dah ada. Mereka tak takut untuk membuat persembahan di depan orang ramai apabila diberi peluang menjayakan persembahan di pentas terbuka. Itu kelebihan mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Aspirasi: Muzik Hindustan merdu, manis
Oleh Ramli MS
[email protected]
Bagi saya, melodinya mudah diingati walaupun kita tidak faham apa makna seni kata lagunya. Kita juga terpegun mendengar suara penyanyinya, Lata Mangeshkar dan Mohd Rafi
揂SSALAMMUALAIKUM. Minggu ini saya ingin bercakap pula mengenai pengaruh muzik Hindi atau Hindustan yang sudah lama menular ke jiwa peminat Melayu sejak zaman 1960-an lagi. Saya masih ingat lagi, ketika kecil-kecil dulu, filem Hindustan yang diminati ramai ialah Sangam, Bobby, Yaadon Ki Baarat dan banyak lagi.
Ketika itu saya belum mengerti kenapa orang Melayu berpusu-pusu masuk panggung kalau filem Hindi ditayangkan. Kadang-kadang filem Melayu sendiri pun mereka tidak tengok - semua hendak tonton cerita Hindustan.
Malah tiket filem yang dijual di black market pun orang sanggup beli. Harga tiket wayang 50 sen yang dinaikkan menjadi RM2 pun orang sanggup rebut! Janji dapat tengok filem Hindustan!
Kenapa? Semuanya kerana jalan cerita filem Hindi itu sendiri. Tapi, hari ini saya tak mahu bercakap mengenai jalan cerita filem Hindi, sebaliknya ingin memperkatakan mengenai pengaruh muzik filem Hindi itu sendiri.
Bagi saya, melodinya mudah diingati walaupun kita tidak faham apa makna seni kata lagunya. Kita juga terpegun mendengar suara penyanyinya, Lata Mangeshkar dan Mohd Rafi.
Muzik orkestranya begitu mengasyikkan.
Kalau anda dengar Lata Mangeskhar menyanyi sekarang, sukar dipercayai kerana usianya hampir 80 tahun! Namun, suaranya tetap kedengaran seperti usianya 20 tahun! Lata sudah menyanyikan lebih 10,000 lagu. Beliau dan Mohd Rafi adalah penyanyi lagenda India, insan-insan yang amat hebat! Kalau kita mendengar kembali trek lama yang pernah mereka nyanyikan dulu, ia adalah rakaman sekali gus. Kalau kita mendengar lagu berkenaan dari segi jiwa dan rasa, cara Lata dan Rafi menyanyi sungguh mempesonakan.
Muziknya pula merdu dari melodinya, cara mereka menyanyi hingga ke penyusunan muzik, semuanya cukup baik.
Bagi saya, jiwa muzik Hindustan memang dekat dengan jiwa Melayu dan pencipta lagunya. Lihat saja Datuk Ahmad Nawab sebagai contoh. Banyak muzik Ahmad Nawab condong ke arah Hindustan, seperti lagu Siti Fairuz, Bila Rindu Ku Sebut Namamu. Banyak sekali jiwa Hindustan dalam lagu berkenaan.
Bagi saya, keadaan seperti itu tidak salah. Kita meminati apa saja jenis muzik. Sama juga dengan muzik Latin, kita tidak faham, tapi kita minat sebab muziknya merdu. Saya masih ingat lagi saya pernah menghasilkan sebuah album Hindustan yang dialih muziknya ke bentuk Melayu untuk album Allahyarham M Shariff beberapa tahun lalu.
Itulah album yang terakhir buat Allahyarham sebelum beliau menghembuskan terakhir. Lagu Hindustan di dalam album berkenaan sungguh mengasyikkan dan saya cukup terhibur. Allahyarham juga dikenali sebagai Mohd Rafi Malaysia. Sekalipun ia hanya lagu saduran namun susunan muziknya begitu mengasyikkan.
Saya sebenarnya suka mendengar lagu Hindustan berkali-kali kerana ia mengasyikkan. Kemudian barulah saya mengalih muzik lagu berkenaan. Kini barulah saya faham, kenapa orang dulu-dulu sanggup bayar tiket black market untuk tengok wayang Hindustan!
Muzik kita tidak ada keasliannya, banyak yang kita pinjam dari yang asal.
Bahasa pun banyak juga yang kita pinjam, apatah lagi muzik. Kalau kita nak sesuatu yang baru atau kreativiti baru, pengaruh itu lazimnya datang dari banyak pihak atau sumber. Lebih-lebih lagi pada zaman sekarang, kita dikelilingi dan dijajah pengaruh muzik luar.
Berbalik kepada muzik Hindustan, sebenarnya saya tidak begitu menggemari filem Hindi kerana saya ada falsafah hidup sendiri. Apabila saya mengeluarkan wang untuk sesuatu hiburan, kenapa saya perlu bersedih? Lainlah kalau saya meminati genre sebegitu. Namun kebanyakan filem Hindustan, semuanya sedih, mengusik jiwa kita.
Sekarang apabila muncul komposer yang hebat seperti AR Rahman di India, dia sebenarnya seorang revolusi muzik Hindustan. Sungguh besar kejayaannya dan saya meminati beliau.
Apa-apapun, saya tetap kagumi Lata dan Mohd Rafi sekalipun hari ini sudah ada penyanyi playback yang hebat seperti Alka Yagnik, Udit Narayan dan Kumar Sanu.
Pendapat saya secara peribadi, muzik Hindustan akan terus diminati kerana ia merdu dan manis. Sehingga kita bertemu lagi minggu hadapan, wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Aspirasi: Bukan semua artis mampu nyanyi di kelab
Oleh Ramli MS
[email protected]
Bukan senang menyanyi di kelab eksklusif untuk dua sesi persembahan. Setiap set memakan masa kira-kira 45 minit
揂SSALAMUALAIKUM. Minggu ini saya ingin menyuarakan pendapat secara peribadi mengenai penyanyi top, artis popular yang diberi peluang membuat persembahan secara solo mahupun berkumpulan di kelab eksklusif, misalnya di Planet Hollywood (PH) Kuala Lumpur. Wajarkah mereka diberi peluang?
Wajarkah artis berkenaan menerima persembahan di situ? Dilihat dari pengamatan saya mengenai persembahan di PH, tidak semuanya berjaya. Persembahan yang berjaya boleh dibilang dengan jari.
Ada banyak pro dan kontra di situ. Bagi saya, sekiranya artis itu hanya mempunyai satu atau dua album saja, dia diberi peluang membuat persembahan di situ, saya rasa dia perlu lupakan saja.
Sebenarnya artis atau penyanyi perlu mengasingkan cara persembahan di PH dengan persembahan makan malam. Pengunjung yang datang bukan saja nak mendengar anda menyanyi, tetapi lebih tertumpu kepada kredibiliti seseorang penyanyi itu sendiri.
Apa yang anda boleh buat selain dari anda menyanyi di persembahan makan malam. Kalau artis berkenaan menyanyi di kelab eksklusif dengan cara dia menyanyi di persembahan makan malam, anda sebenarnya mempamerkan keburukan atau kecacatan diri anda!
Bayangkan, artis berkenaan perlu menyanyi selama 45 minit sebanyak dua set persembahan. Apabila artis itu hanya mempunyai dua album, saya rasa lagu hit anda, paling maksimum pun hanya ada empat atau lima lagu saja. Sedangkan dalam satu set persembahan, anda perlu menyanyi untuk 10 atau 11 lagu untuk 45 minit! Apabila keadaan itu berlaku, penyanyi berkenaan perlu menyanyi lagu orang lain. Apabila anda menyanyi lagu orang lain, pendengaran atau pandangan pengunjung yang datang terhadap anda akan berkurangan.
Tujuan mereka datang ke kelab untuk melihat anda membuat persembahan, apa yang anda boleh buat.
Saya beri contoh persembahan M Nasir di PH. Beliau mempunyai repertoire yang begitu banyak. Walaupun Nasir menyanyikan lagu orang lain, tetapi ia masih lagi lagu ciptaannya. Pengunjung yang datang ingin melihat pencapaian anda di arena hiburan.
Jadi, kalau anda menyanyi lagu orang lain melebihi lagu sendiri, ketidakpuasaan hati pengunjung terhadap persembahan anda akan menurun.
Di sinilah anda perlu ingat akan kecacatan yang bakal anda alami dan harus anda terima pemikiran peminat terhadap anda. Pemikiran dari segi di mana peminat meletakkan diri anda.
Bukan senang menyanyi di kelab eksklusif untuk dua sesi persembahan, di mana setiap set memakan masa kira-kira 45 minit. Anda perlu stamina, mengawal keadaan penonton di dalam kelab dan macam-macam lagi.
Jadi, persembahan di kelab eksklusif memang tak sama dengan makan malam. Berbalik kepada M Nasir, pembabitannya dalam arena seni suara selama berpuluh tahun, berbaloi dengan persembahannya seperti di PH.
Selain M Nasir, Search juga layak membuat persembahan di kelab hiburan. Saya tak mahu bercerita mengenai artis mana yang tak layak membuat persembahan di kelab seperti itu. Sudah saya katakan sebelum ini, inti patinya, kalau artis itu mempunyai satu, dua album dan sekadar mempunyai empat atau lima lagu hit, berfikir panjanglah sebelum menerima jemputan mengadakan persembahan di kelab eksklusif.
Cukuplah artis seumpama itu menyanyi di persembahan makan malam untuk dua, tiga lagu hit. Saya tidak berniat untuk menutup peluang anda beraksi di kelab hiburan, sebaliknya dari segi untuk memuaskan hati peminat kerana yang datang berkunjung adalah peminat anda sendiri.
Berdasarkan populariti seseorang artis itu, ia belum cukup untuk melayakkannya membuat persembahan di kelab hiburan. Populariti tidak menjamin persembahan anda di situ. Anda mesti ingat, apabila membuat persembahan di situ, ia sebenarnya adalah kiasan sebagai persembahan konsert solo anda.
Apabila anda berjaya membuat persembahan di kelab eksklusif, bila-bila masa saja anda boleh buat konsert solo di tempat yang lebih besar dan terbuka.
Bagi saya, langkah PH menjayakan persembahan artis dua minggu sekali adalah satu usaha yang sangat digalakkan. Tapi, industri kita kekurangan artis yang mempunyai banyak lagu hit.
Berbeza dengan Anuar Zain. Sekalipun dia tidak mempunyai banyak album, tapi kebanyakan lagu-lagunya menjadi hit. Seperkara lagu, karisma Anuar di pentas, sungguh terserlah.
Kejayaan Anuar ada di situ. Sekian saja untuk minggu ini. Kita bertemu lagi kita minggu hadapan, wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Aspirasi: Ketahui hak anda sebagai penyanyi
Oleh Ramli MS
MINGGU ini saya ingin berbicara pula mengenai hak yang perlu diketahui seseorang artis baru apabila anda mula dikenali sebagai penyanyi.
Topik yang akan saya bincangkan ini mungkin agak terbuka. Namun, demi untuk menjana industri supaya lebih maju ke hadapan, saya harus bersuara mengenai hak penyanyi baru yang perlu mereka ambil tahu. Tujuan saya bercakap mengenai perkara ini ialah kita perlu bekerjasama dalam satu kumpulan demi untuk industri yang lebih meriah dan berkualiti.
Baiklah, apa hak yang mereka ada?
Saya difahamkan, apabila seorang penyanyi baru itu diberi peluang merakamkan lagu untuk album pertamanya, mereka mungkin tahu, tetapi takut untuk bersuara mengenai beberapa perkara, umpamanya kontrak.
Dalam soal kontrak, penyanyi baru itu perlu memahami inti pati yang terkandung di dalam kontrak berkenaan. Anda tidak boleh meminta, apa yang melebihi dari asas kontrak yang ditawarkan syarikat rakaman.
Anda juga tidak boleh meminta harga seperti penyanyi yang sudah merakamkan lebih 10 album sedangkan anda artis baru, baru nak buat album sulung! Apa yang paling penting, anda perlu faham mengenai pemilihan lagu. Ia adalah titik permulaan yang akan membawa anda kepada kejayaan, bukan wang ringgit yang ditawarkan.
Saya difahamkan, sesetengah penyanyi baru, kebanyakannya artis baru, apabila ditawarkan kontrak menjadi artis rakaman, mereka hanya menyerahkan bulat-bulat kepada syarikat rakaman membuat pemilihan lagu dan konsep. Ini adalah salah!
Anda berhak bersuara dan memberi pendapat anda untuk bekerjasama dengan produser, komposer, penulis lirik dan siapa-siapa yang terbabit di dalam pembikinan album anda. Anda perlu mengutamakan nilai komersial, produk yang ingin dijual. Anda sendiri tahu kemampuan anda berada pada tahap mana, jadi anda perlu tahu nilai komersial itu pada tahap mana.
Maksud saya, kemunculan anda bersama album sulung, jangan dijadikan bahan ujian! Maknanya, album anda menampilkan konsep yang pembeli sendiri tidak memahaminya. Saya tidak mahu penyanyi baru menjadi mangsa seperti itu.
Kebanyakan kegagalan album di pasaran disebabkan pemilihan lagu, itu adalah sebab utamanya. Jadi, anda perlu menekankan kerjasama daripada pihak yang terbabit di dalam album anda. Anda tidak boleh jadi seperti patung, buat apa saja yang disuruh!
Anda perlu ingat, di negara kita, kebanyakan produser dan komposer, mereka adalah penulis lagu bebas. Anda hendak ke lagu yang dihasilkan untuk album anda, mempunyai persamaan dengan lagu penyanyi yang sedia ada? Pastinya kita menuntut kelainan.
Anda perlu sedar, mungkin ada lagu yang dihasilkan untuk anda, asalnya adalah lagu reject dari simpanan perpustakaan muzik. Mungkin lagu berkenaan mempunyai persamaan dengan lagu penyanyi lain.
Jadi, di sinilah anda perlu tahu kerjasama dan hak-hak anda. Mereka yang terbabit di dalam album, perlu bekerjasama dengan anda. Saya sendiri berhadapan dengan keadaan yang sama apabila saya mencari lagu untuk album penyanyi yang akan saya terbitkan. Kelainannya memang susah diperoleh.
Memilih atau menentukan konsep album adalah hak anda yang sangat mutlak.
Sekali lagi saya maksudkan, jangan biarkan diri anda dijadikan bahan ujian. Mengenai promosi pula, ia membabitkan pihak pengurusan syarikat rakaman kerana ia membabitkan bajet. Saya rasa, sebagai penyanyi baru, soal promosi anda tidak boleh merungut. Sama halnya dengan soal pembayaran royalti.
Apa yang paling penting, hak penyanyi baru untuk sama-sama menentukan pemilihan lagu dan konsep album.
Saya ambil contoh penyanyi baru yang dulunya pernah menjadi anak murid saya dalam Akademi Fantasia 2 (AF2). Bagi saya, Adam bernasib baik kerana dia di bawah bimbingan KRU Music Group (KMG).
Saya juga mendengar album terbaru daripada Bob. Pendapat saya secara peribadi, saya rasa kurang selesa apabila mendengar beberapa lagunya.
Sebabnya saya tahu di mana kemampuan Bob (gambar atas). Secara peribadi juga, album itu tidak 'menangkap' atau tidak mencapai ke deria pendengaran saya. Ia bukan Bob yang saya kenal.
Apa yang saya kongsi dengan pembaca minggu ini, memang sejujurnya untuk industri kita berkembang dengan lebih sihat dan dinamik. Biarlah industri hiburan kita mencapai tahap yang membanggakan dan saya harap penyanyi baru hari ini memenuhi kriteria pendengaran kita semua.
Sehingga di sini saja dulu, insya-Allah kita bertemu lagi minggu hadapan, wassalam." |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|