CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: soul

~MERGED~ Asal Usul Bangsa Melayu

[Copy link]
Post time 16-1-2008 11:44 PM | Show all posts
Assalamualaikum,

Pada pendapat saya, golongan sayidd (syed & sharifah) dan mamak ( India muslim) dah dikira gol melayu.
Ada sesetengah surat kelahiran mereka yang berketurunan mamak campur melayu dinyatakan berbangsa jawi pekan. Definisi luas melayu juga turut dinyatakan dalam sajak Usman Awang. Namun kajian yang dijalankan jelas tak mengambil kira sampel mereka yang berketurunan arab, jawi pekan dan mamak ni.

Mengenai melayu dagang pula, dalam kajian, sampel dan lokasi diambil merujuk ke sesuatu negeri tertentu. Pada saya, contoh sub etnik bugis walaupun memang banyak di selangor dan johor negeri seperti perak pun perlu diambil kira kerana keturunan bugis pun ramai di sana begitu juga suku banjar.  

Pernah dulu sewaktu melawat ke lombok, saya dapati bahasa loghat selatan semenanjung hampir sama dengan loghat suku kaum sasak di sana yang ramai yang ada di lombok dan bali. Tapi tak ada sampel suku itu dalam kajian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2008 08:44 PM | Show all posts

Reply #16 rempo's post

Pasal perkataan Tanah Melayu itu, saya ada baca satu artikel dari Dr. Farish A Noor yang mengatakan bahawa pada zaman dulu , terma itu tidak digunakan. Kalau kita ikut buku Suma Oriental oleh Tome Pires, orang-orang zaman itu (iaitu zaman melaka) memanggil tanah semenanjung sebagai Ujun Tana / Hujung Tanah. Orang-orang cina pada waktu itu pun memang gil tanah semenanjung dan singapura sebagai Hujung Tanah.

Mengikut satu lagi artikel yang saya baca, terma semenanjung sebagai Tanah Melayu wujud pada zaman kerajaan Johor di mana pada waktu itu Johor sedang berperang dengan Aceh dan kedua-dua ini kerajaan ini berebut2 status melayu. Apabila kerajaan johor menghasilkan kembali Sejarah Melayu dan hikayat2 lain, Aceh juga tak nak ketinggalan melahirkan hikayat2 mereka sendiri. Walaupun Aceh mempunyai bahasanya sendiri tetapi Bahasa Melayu dijadikan bahasa Di Raja (royalty).
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2008 11:49 PM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

DAP mesti tak suke dengar berita nie...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2008 05:11 PM | Show all posts
Originally posted by dCrook at 17-1-2008 08:44 PM
....Mengikut satu lagi artikel yang saya baca, terma semenanjung sebagai Tanah Melayu wujud pada zaman kerajaan Johor di mana pada waktu itu Johor sedang berperang dengan Aceh dan kedua-dua ini kerajaan ini berebut2 status melayu. Apabila kerajaan johor menghasilkan kembali Sejarah Melayu dan hikayat2 lain, Aceh juga tak nak ketinggalan melahirkan hikayat2 mereka sendiri. Walaupun Aceh mempunyai bahasanya sendiri tetapi Bahasa Melayu dijadikan bahasa Di Raja ...


Salam,

maaf saya tuan, mungkin saya agak kurang setuju dgn artikel yg telah anda baca mengenai berebut status Melayu oleh kerajaan Acheh dan Johor didalam peperangan antara keduanya. Mungkin ramai antara kita ketahui bahawa Acheh juga ada melakukan serangan keatas Pahang atas sebab yang sama serangan ke atas Johor.

Serangan Acheh ke atas Johor telah menyebabkan sultan dan kerabat2nya telah di tawan dan dibawa ke Acheh termasuklah Tun Sri Lanang. Sehingga sampai masanya, takhta kerajan Johor telah dikembalikan kepada pemiliknya. Tiadalah niat penaklukan atas serangan melainkan hubungan keluarga sekerabat jua adanya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 02:11 AM | Show all posts
Identiti bangsa melayu sebenarnya telah menjadi celaru disebabkan beberapa faktor antaranya definisi melayu yang dinyatakan oleh perlembagaan malaysia sehingga orang bukan melayu disebut sebagai orang melayu seperti orang2 mulberi dan muallaf.

Tindakan ini membuatkan wujudnya krisis siapa melayu yang sebenarnya.Kalau diperhatikan,orang melayu terengganu, kelantan dan kedah adalah puak2 melayu yang paling kurang berkawin campur dan sekiranya ada pihak2 yang ingin mencari melayu,hendaklah dikaji ketiga2 puak melayu ini.

Manakala puak2 melayu seperti johor, melaka dan selangot telah bercampur dengan bangsa2 lain disebabkan aktiviti perdagangan pada zaman dahul kala...ini menyebabkan gen2 mereka sedikit lari,xkira sama ada dari segi rupa paras atau pertuturan.

Bangsa melayu itu tetap ada tapi disebabkan terlalu ramai berkawin campur menyebabkan rupa paras berbeza-beza antara satu sama lain.tetapi itu tidak boleh menolak bahawa bangsa melayu yang asal tetap wujud............
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 09:42 PM | Show all posts

Reply #27 BeachBoys's post

dulu aku ada tanya bapak aku, macam mana rupa orang melayu yg sebenarnyer..
dia pun ada tanya kat moyang aku dulu...moyang aku kata..(moyang aku nieh mmg berlayar kejenyer)..dia kata orang melayu tanah melayu, biasanya berkulit putih, hidung mancung dan besar2 dan tinggi2...yg kulit hitam ngan sawa matang tuh, moyang aku cakap, keturunan india ...sbb org india dulu banyak kawin ngan org melayu, sbb org india (india islam) kata orang perempuan melayu cantik2..itu yg tak mau balik negeri siorg tuh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2008 12:01 AM | Show all posts

Reply #28 remizati's post

aku pun rasa macam tu jugak pasal kat tempat aku(terengganu), kebanyakkannya berkulit putih.semakin jauh dari laut,semakin putih kulitnya (boleh lihat orang2 kuala berang).Yang berkulit gelap tu biasanya yang turun ke laut menangkap ikan (nelayan)
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2008 12:43 AM | Show all posts
kalau tak silap ada bace cita dongeng melayu ni berasal dari keturunan Iskandar Dzulkarnain yang kawin denganWan Empok/Wan Malini di bkt Seguntang.kalau macem tu mesti la kulit dia putih macam mat saleh!care to ammend cita ni mane yang patut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2008 10:02 AM | Show all posts

Reply #30 nodiman's post

adakah org melayu yg asal adalah org viking yg hilang
kalau tgk, melayu yg renek2 tuh, kebanyakkannya berasal dari pulau2, cth pulau sumatera ngan jawa..
dan tulang pipi agak tinggi dan bermuka bulat,
padahal org melayu yg sebenarnyer kebanyakkanya muka bujur..
bujur sirih
so aku rasa tipulah kalau org kata org melayu sebenar, kulit sawa matang dan hidung penyek :@
itu merujuk pada genetik yg berubah
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2008 02:40 PM | Show all posts
apa2 pun, aku berharap nenek moyang orang2 melayu adalah dari golongan yang dirahmati Allah.............
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2008 02:41 PM | Show all posts
apa2 pun, aku berharap nenek moyang orang2 melayu adalah dari golongan yang dirahmati Allah.............
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2008 02:41 PM | Show all posts
apa2 pun, aku berharap nenek moyang orang2 melayu adalah dari golongan yang dirahmati Allah.............
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2008 02:41 PM | Show all posts
apa2 pun, aku berharap nenek moyang orang2 melayu adalah dari golongan yang dirahmati Allah.............
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2008 02:41 PM | Show all posts
apa2 pun, aku berharap nenek moyang orang2 melayu adalah dari golongan yang dirahmati Allah.............
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2008 02:42 PM | Show all posts
apa2 pun, aku berharap nenek moyang orang2 melayu adalah dari golongan yang dirahmati Allah.............
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2008 02:42 PM | Show all posts
apa2 pun, aku berharap nenek moyang orang2 melayu adalah dari golongan yang dirahmati Allah.............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2008 02:59 PM | Show all posts
up up..aku maseh nak tau lagi pasal melayu
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2008 06:42 PM | Show all posts

Reply #5 ChronoReaper's post

Kalau orang kelantan melayu sebenar,orang Patani melayu ape pulak?sedangkan patani tu nenek moyang orang kelantan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 05:37 AM | Show all posts
up...................................
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2008 10:40 AM | Show all posts
Asal usul Melayu terus dikaji
Oleh Mohd Azis Ngah
[email protected]



TELITI memeriksa serpihan artifak.

Pulau Kalumpang dipercayai penempatan pertama manusia prasejarah

MENELUSURI asal usul keturunan Melayu di Nusantara amat menarik tetapi sehingga kini belum ada ketetapan muktamad kerana terlalu banyak teori dan hujah.

Merujuk kepada perlembagaan, orang Melayu adalah seorang Muslim, bertutur Bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Ini bermakna sesiapa saja tanpa kira asal usul bangsanya boleh bergelar Melayu jika memiliki ciri-ciri di atas.

Namun, definisi Melayu di alam Melayu ditakrif sebagai mereka yang mendiami alam Melayu dan bertutur bahasa Austronesia/Melayu-Polinesia.

Pengkaji sejarah, ahli arkeologi, pakar bahasa sentiasa mencari bukti kukuh melalui pelbagai kajian sekali gus menyemarakkan usaha mengesan asal usul Melayu.

Wartawan Berita Minggu berpeluang mengikuti satu kajian lapangan oleh pakar arkeologi, Prof Datuk Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman yang kini mengkaji penemuan tapak arkeologi pra sejarah pertama di dunia yang dihuni manusia di kawasan bakau di Pulau Kalumpang, Perak.


DR NIK Hassan bersama kumpulan pengkaji melakukan kerja cari gali artifak di Pulau Kelumpang.

Memang banyak negara yang mempunyai kawasan bakau seperti India, Kemboja dan Afrika tetapi hanya di Malaysia dikesan mempunyai kesan peninggalan penempatan manusia prasejarah.

Kerja mencari gali dimulakan pada 1987 selama dua tahun dan dihentikan sebelum dimulakan semula sejak Mei lalu. Hasil kajian pertama, Prof Nik Hassan menemui 11 rangka manusia prasejarah dipercayai dikebumikan di tanah perkuburan di situ.

Manusia prasejarah itu dikatakan menanam mayat di bawah rumah mereka kerana pengkaji menemui tinggalan sisa makanan, tulang manusia, gigi yang dipercayai manusia yang hidup di abad kedua Sebelum Masihi hingga 10 Masihi.

"Kajian ini lebih menjurus kepada mengesan siapa yang sebenarnya tinggal di situ. Kami percaya penempatan ini didiami sekumpulan manusia keturunan Melayu yang hidup di pesisir pantai. Mungkin juga mereka keturunan India, Sumatera atau Orang Laut.



"Mereka lebih terbuka kepada hubungan luar berbanding Melayu yang tinggal di pedalaman. Bukti gigi dengan kesan makanan sirih dan pinang menguatkan hujah kemungkinan mereka orang Melayu dan penemuan serpihan tembikar, manik menunjukkan mereka berhubung dengan dunia luar," katanya.

Menariknya, Pulau Kalumpang yang jaraknya kira-kira 45 minit perjalanan menaiki bot dari jeti Kuala Gula, mempunyai tujuh kawasan penempatan yang mempunyai keluasan dua kilometer. Pulau itu juga mempunyai banyak pokok buluh yang sememangnya diakui tidak akan tumbuh di kawasan bakau.

Pokok buluh itu hidup subur dipercayai ditanam dengan tujuan pelbagai guna untuk membuat rumah, senjata dan alat menangkap ikan. Selain itu, penemuan kerang pelbagai jenis menunjukkan penduduk di situ sememangnya menjadikan hasil laut sebagai makanan utama.

Penduduk tempatan menggelar pulau itu sebagai Pulau Kota Kerang, ada yang memanggilnya Pulau Buluh.

"Berdasarkan penemuan di pelbagai peringkat lapisan tanah, jelas menunjukkan diet makanan mereka juga berubah mengikut zaman. Kami menemui tulang ikan, monyet, burung, kepala babi dan beruk, mereka makan apa saja tetapi pada masa itu, rasanya mereka tidak beragama.

"Persoalannya ialah bagaimana mereka hilang atau berpindah, kami tidak pasti dan sedang mengkaji," katanya.

Ketika ini, Prof Nik Hassan dan pasukannya sudah menemui 50 jenis kerang pelbagai saiz yang jelas membezakan perubahan makanan penduduk di situ. Cara hidup mereka boleh dinilai berdasarkan sisa makanan yang ditemui.

Apa yang pasti, pasukannya gigih menjalankan kajian sama ada penempatan di situ mempunyai kaitan langsung dengan orang Melayu yang tinggal berhampiran di Kuala Sepetang, Kuala Gula atau Kuala Kurau dan ia perlu dipastikan melalui ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA).

Info: Tapak Arkeologi Pulau Kalumpang

Pulau Kelumpang

# Mempunyai tujuh kawasan (Pulau Satu hingga Pulau Tujuh) seluas dua kilometer

# Pulau Satu hingga Pulau Lima adalah kawasan utama kajian

# Pulau Enam dan Pulau Tujuh terletak berdepan Pulau Selinsing

# Tapak itu diwartakan sebagai Kawasan Hutan Bernilai Pemeliharaan Tinggi sebagai perkuburan prasejarah pada 15 Julai 2007.

# Pemetaan dan sukatan geografi mula dijalankan di situ pada tahun 1988.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
DJ Best FM menghilang tiba-tiba?
syitaeyqaDJ Best FM menghilang tiba-tiba?
Views : 10429 Replies : 9
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3631 Replies : 40
Bukan Marvel:Astro Shaw Umum Fasa 1 Keluang Man Cinematic Universe.Anda teruja?
YgBenarBukan Marvel:Astro Shaw Umum Fasa 1 Kelu
Views : 6963 Replies : 3
Geng purdah 'attention seeker' dikecam, spesis sakit otak makan pun nak buat konten!
maklukpenggodaGeng purdah 'attention seeker' d
Views : 5435 Replies : 3
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 2330 Replies : 19
Kanser usus disebabkan minyak masak membimbangkan
maklukpenggodaKanser usus disebabkan minyak masak memb
Views : 32208 Replies : 46
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48003 Replies : 12
Ramai katanya ditipu acik Kim Seri, tersidai di airport palsukan tiket pelanggan bagai
maklukpenggodaRamai katanya ditipu acik Kim Seri, ters
Views : 17024 Replies : 66
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 309948 Replies : 8926
[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon, Park Bo Young, Bae Sung Woo, Uhm Tae Goo, Lee Jung Eun ~ 4 December 2024
Rahah[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon,
Views : 27597 Replies : 92

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.183189 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list