1) Bukit Kepong..
- Setakat ni filem sejarah@epik@perang tempatan yg ni paling best bg aku... mmg betul2 hanya menekankan aspek penentangan terhadap komunis oleh pihak polis time tu dn juga org tempatan (melayu especially)..Tapi kan, klu korang baca novel Bukit Kepong ni plak, jalan cerite die agak berbeza lbh2 lg kt bahagian serangan komunis kt subuh tu..dlm filem tu diceritakan klu aku salah btulkan ek, Sarjan Jamil Mohd Shah terkorban agak akhir skali.. Klu dlm novel tu die terkorban awal gk.. Aku rase filem ni patut diterbitkn semula dgn menggunakn teknologi skrg ni yg canggih..ditambah dgn efect2 yg gempak...aku rase xmustahil filem ni bleh jd sehebat Pearl Harbour, Saving Private Ryan..
2) Troy
- Put a side the love plot dlm citer ni, kite fokus kt plot mcm ne Sparta nk serang Troy utk meluaskan jajahan die dgn menjadikan kisah cinta tu sbg alasan die utk serang Troy.. Babak peperangan citer tu mmg best.. Akhirnye Troy tewas dgn tipu muslihat Sparta yg hantar kuda besar tu..
3) Kingdom Of Heaven
- Aku xingat sgt jalan citer die tp aku mmg suka citer ni.. Citer pasl tentera Islam nk rampas balik Baitulmaqdis..
4) Leftenan Adnan
- Citer ni bagi aku best tang perang tu.. Aku terharu tgk babak Leftenan Adnan lawan Jepun hingga titisan darah terakhir walaupn dh kehabisan peluru die masih melawan.. Efect dlm citer ni pn gempak..
5) Pearl Harbour
- Seronok tgk babak serangan pihak Jepun gune Zero Fighter diorang.. Amerika yg mulanye menganggap yg Jepun xmungkin berani nk serang Pearl Harbour akhirnye musnah dlm keadaan yg memalukan dimane depa xsmpt buat ape persediaan.. Kapal2 perang depa hancur mcm tu je..Yg aku ingat salah satu kapal kebanggaan depa SS Arizona(klu salah betulkan ek..) Pastu scene kejar mengejar antara Zero Fighter dgn dua org air force us yg sempat terbangkan plane depa.. Teruk btul Amerika kene time tu..
6) Asoka
- Aku rase xramai org yg minat citer ni..citer pasal Empayar Maurya meluaskan jajahannye.. Asoka adalah putra maharaja Maurya, maharaja Bindusara.Asoka memiliki beberapa abang dan hanya satu adik, Witthasoka. Kerana kepandaian yang meneladani dan kemampuannya berperang, ia dikatakan merupakan cucu kesayangan datuknya, maharaja Candragupta Maurya. Maka seperti diceritakan dalam bentuk legenda, ketika Candragupta Maurya meninggalkan kerajaannya untuk hidup sebagai seorang Jain, ia membuang pedangnya. Asoka menemukan pedangnya dan menyimpannya. Walaupn plot citer ni byk psl percintaan gak tp tak dinafikan babak peperanga dlm citer ni pn not bad.. Aku suka watak Asoka or Ashoka tu sndr.. Maharaja yg berani dn tangkas bermain senjata..
Aku rase la kan..bayk kisah sejarah or mitos or dongeng negara kite bleh difilemkan dn menjadi filem yg hebat.. Contohla, epik Hang Tuah dn zaman kesultanan melaka.. Zaman kejatuhan melaka ke tangan portugis.. Kite dh ade Puteri Gunung Ledang, tp citer tu lbh kepada kisah cinta.. Serangan Portugis dn penentangan org Melaka tu bleh dijadikn filem dn bleh jadi babk menarik dlm filem ditambah dgn efect2 gempak yg ade pada zaman skrg ni.. Thailand bru je keluarkn satu citer Queen Of Langkasuka.. Citer psl kerajaan Langkasuka yg kite tau merupakan sebahagian dr kerajaan Melayu kuno..Kenapa mesti org Thai yg buat citer psl kerajaan Melayu kite tp bkn produksi negara kite?? Ni kite kene amik perhatian ni.. Epik Hang Tuah tu sendiri klu dihasilkan di zaman skrg ni dgn teknologi yg canggih2, maybe bleh jadi filem epik yg hebat ditambah menjadi filem action yg hebat barangkali.. Fighting scene antara Jebat ngan Tuah klu dibuat dgn efect dn teknologi canggih skrg ni mesti gempak.. Bleh jadi mcm citer Ong Bak 2..
Aku percaya org luar lbh2 lg internatonal depa suke citer2 epik ni yg berlatar belakangkn history sesebuah negara tu.. Bleh jual la aku rase drp asyik buat citer pasal cinta,hantu, konflik remaja.. kononye nk menunjukkn or menyampaikn nilai2 murni melalui babak2 yg menmpakkn keruntuhan akhlak, babak kontroversi.. Pastu sume berlumbe-lumbe nk buatciter hantu..Hantu pn dh popular skrg ni...
Sori guy's melalut panjang..terikut emosi..xsabar nk tgk Queen Of Langkasuka..huhu..
Cabaran hasilkan filem epik fantasi Empayar : Dendam Tamingsari
Oleh Akmal Abdullah
Imej visual CGI untuk babak kediaman Raja Majapahit.
Filem berlatarkan zaman kerajaan Melayu Melaka dan Majapahit membabitkan kos RM5 juta dan bakal menggunakan 70 peratus visual CGI
HASRAT penerbit filem ini ialah untuk melihat sebuah filem dalam skala besar, grandeur dan agung yang mampu menggambarkan zaman kegemilangan kerajaan kesultanan Melayu Melaka. Kesal dengan filem klasik dan epik tempatan yang sering gagal menunjukkan suasana gemilang kerajaan silam, maka atas inisiatif beliau, sebuah filem yang memfokus kepada kehebatan kerajaan dan wira zaman dulu digambarkannya menerusi filem epik fantasi Empayar: Dendam Tamingsari.
Mengambil semangat filem Hollywood seperti Lord of the Rings yang hebat menggunakan banyak imej janaan komputer (CGI) kerana mampu menzahirkan zaman silam yang gah dan kelihatan realistik, projek filem ini memulakan rekaan produksi bagi menggambarkan milieu zaman itu seperti istana Sultan Melaka, bahtera raja, pelabuhan yang sibuk dengan kapal dagangan, keraton Majapahit dan beberapa struktur binaan yang relevan pada zaman itu.
Produser filem itu yang juga Pengarah Urusan Cinequip Productions, Kamaruddin Abu mengakui ia satu tugas berat dan mencabar bagi menghasilkan Empayar: Dendam Tamingsari dalam skala besar membabitkan banyak penggunaan CGI kerana harus dibuat teliti bagi menggambarkan zaman kegemilangan kesultanan Melayu Melaka kira-kira 500 tahun yang lalu selain zaman keagungan kerajaan Majapahit.
Dari kiri; Alan, Kamaruddin, Raja Aznil dan Mohd Mazren berbincang mengenai produksi.
Kami di Cinequp Productions mahu mengangkat satu tahap baru filem epik tempatan dengan imej visual yang lebih kemas dan meyakinkan sesuai dengan cerita kehebatan zaman kerajaan Melaka dulu. Jika dulu kita sebut empayar Melaka tentu ia hebat dan gemilang, jadi kita mahu tengok semula dengan gambaran fantasi berlatarkan sejarah dan legenda. Kita mahu naikkan imej teknologi dan paparan zaman Melaka dalam filem Malaysia. Versi ini boleh membuatkan generasi muda akan bangga dengan sejarah asal usul tanah Melayu dan kini menjadi Malaysia.
Saya akui watak Hang Tuah juga sudah banyak muncul dalam filem lain tetapi Hang Tuah dalam versi Empayar: Dendam Tamingsari dilihat dari sudut pandangan lain, namun kami tidak ketepikan fakta yang terdapat dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah. Sebagai filem cereka, kami cuba beri fantasi yang jauh lebih menarik, kami warnakan kisah kegemilangan dulu dengan melihat semula apa kehebatan keris Tamingsari dan kenapa ia menjadi misteri dan terus disebut sehingga zaman kini.
Empayar: Dendam Tamingsari melihat kisah zaman dulu dari segi politik dan perkahwinan, kekuasaan dan pengaruh serta kehebatan perwira kita zaman silam. Watak yang diwujudkan dalam filem ini ialah Sultan Mansor syah, Raja Majapahit, Tamingsari (pahlawan Majapahit), Hang Tuah, Tun Teja, Megat Panji Alam, Ketua Orang Bunian, Tun Perak, Raden galoh, Megat Panji Alam, Megat Kembar Ali, Sang Kelembai, Jin Air dan Jin Api. Ia juga ada elemen cinta iaitu mengenai konflik seorang wanita dan tiga lelaki iaitu tunang, kekasih dan suaminya.
Kami merancang untuk jangka panjang untuk membuat tiga sekuel filem ini. Untuk sekuel pertama, ia kini dalam peribngkat akhir praproduksi dan penggambaran dijadualkan pada pertengahan tahun ini. Mengenai pelakon, ada beberapa watak sudah diputuskan tetapi untuk beberapa watak utama seperti hang Tuah dan Tun Teja, kami masih membuat proses casting. Saya juga tidka boleh beritahu siapa pengarah filem ini. Kami akan umumkan pada sidang media nanti, kata Kamaruddin.
Mengenai bajet projek filem berkenaan, beliau berkata, sudah tentu untuk menghasilkan banyak visual CGI dan penyelidikan dan penelitian untuk setiap babak, kosnya menjadi agak mahal dan memerlukan pembiayaan daripada kerajaan kerana projek filem ini bukan untuk keuntungan semata-mata tetapi atas tanggungjawab kami pada bangsa dan negara.
Sebenarnya projek filem ini sudah empat tahun dirancang tetapi kita bergerak perlahan-lahan kerana banyak buat kajian dan mencipta gambaran visual untuk CGI. Kos filem ini dijangka menelan belanja RM5 juta. Kami memperoleh dana menerusi duit syarikat, pinjaman dari Bank Pembangunan dan bantuan geran daripada Kementerian Sains teknologi dan Inovasi. Namun, jumlahnya belum cukup dan kami berharap ada pihak lain lagi yang boleh bekerjasama kami untuk menjadikan filem ini berjaya dihasilkan. Kos ini bukan sekadar praproduksi dan penggambaran tetapi persiapan untuk CGI dan proses selepas penggambaran dan promosi. Setakat ini perbelanjaan yang digunakan sudah lebih RM600,000.
Gambaran grafik untuk babak pelabuhan Melaka.
Empayar: Dendam Tamingsari adalah manisfestasi sebuah filem Malaysia yang bertanggungjawab untuk mengembalikan semula kenangan fanatasi mengenai kehebatan zaman kerajaan Melayu Melaka di Tanah Melayu, kata Kamaruddin ketika ditemui di pejabatnya di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini. Turut sama, Penerbit Eksekutif filem itu, Mohd Mazren Datuk Mohd Mazlan.
Pereka Produksi filem itu, Raja Aznil Raja Hisham pula berkata, Empayar: Dendam Tamingsari menggabungkan elemen sejarah, legenda dan fantasi, maka rekaan dan corak untuk visual filem itu harus memperlihatkan gambaran kehebatan zaman dulu dan bagaimana sesuatu peristiwa itu berlaku secara logik, ada daulat dan kuasa luar biasa.
Di mana kegemilangan dulu? Sekarang tidak ada lagi kesan sejarah yang menggambarkan kehebatan zaman Melaka dulu kerana kajian mendapati apabila Portugis menakluk Melaka pada 1511, mereka terus merobohkan kota dan pusat binaan Melayu. Ke mana pergi rekaan dan arkitektur kita. Dulu, ada binaan batu untuk masjid, istana dan dinding istana Sultan Melaka tetapi Portugis runtuhkan dan gunakan batu itu untuk bina kota mereka. Kajian dapati istana Melaka dulu terletak di Bukit St Paul sekarang tetapi apa yang ada sekarang binaan lain.
Apabila kita sebut empayar kerajaan Melaka dulu, tentu ia hebat dan gemilang dan kita kena berfantasi semula zaman kegemilangan itu. Kami banyak buat penyelidikan dan hasilnya nanti akan diserapkan dalam imej CGI filem ini. Sebagai orang filem, kami ada lesen kreatif untuk memberi gambar yang boleh membuatkan masyarakat berbangga dan kagum dengan keagungan kerajaan melayu Melaka dulu.
Begitu juga pakaian. Kalau dalam filem Melayu klasik atau filem purba, selalunya imej pakaian ialah imej kain lusuh, selain cuma berbaju Melayu, bertengkolok dan bersampin tetapi kajian dapati orang dulu juga hebat dari segi fesyen dan jenis fabrik bermutu. Takkan orang dulu apabila pergi perang masih pakai baju Melayu, sampin, tengkolok dan capal? Mereka juga ada pakaian seragam tentera. Rotan dan kulit juga sudah dijadikan pakaian, malah kayu dan besi juga sudah digunakan untuk pakaian seram tentera Melaka ketika berperang, termasuk senjata.
Kami cuma beri gambaran yang memperlihatkan kehebatan zaman kerajaan Melayu Melaka kerana ia terkenal di seluruh dunia dan ada hubungan dengan China, Parsi dan India. Ini filem epik fantasi dan aksi romance, tentunya kita berikan imej sesuai dan boleh dibanggakan. Kita mahu generasi muda kita menghargai wira silam kita dulu, bukan saja Hang tuah tetapi kenal secara dekat siapa Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Kasturi dan Hang Lekiu.
Kami cuba bermain dengan fantasi dan merujuk kepada fakta yang ada... kalau kami mungkin tersasar dari segi gambaran ini, beritahu kami apa lagi yang sesuai dan tepat seperti pakaian atau struktur rumah orang dulu. Kita mahu naikkan imej filem Malaysia dan imej kerajaan Melayu zaman silam. Untuk tata busana, produksi filem ini akan hasilkan pakaian sesuai mengikut watak dan insiden babak, selain kita akan ambil pakaian dari wardrobe tetapi akan diubah suai.
Dari segi imej rambut, orang dulu sebenarnya bukan sekadar berambut panjang tetapi ada fesyen ala punk, tak terurus dan ala pasta. Jenis senjata pula, bukan saja lembing, tombak dan keris tetapi gasing tajam, kerambit tiga mata, panah api dan pedang pelbagai saiz. Tentera Melaka dulu juga sebenarnya lengkap dengan pakaian seragam dan senjata. CGI akan banyak membantu untuk memberi gambaran imej watak dalam filem ini kelak.
Bagi Pengarah CGI untuk filem berkenaan, Alan Wong, apa yang mencabar bagi dirinya ialah untuk menyediakan CGI dari segi kekuatan imaginasi supaya Empayar: Dendam Tamingsari bakal kelihatan realistik dan gah pada visualnya.
Ia mencabar kerana ini benda baru bagi menggambarkan kehebatan kerajaan Melayu zaman dulu, kita tidak mahu buat benda atau imej yang sama. Kita kena siapkan gambaran set, subset dan props dalam CGI sebelum penggambaran sebenar bermula supaya hasilnya berkesan. Keseluruhannya untuk projek filem ini, sebanyak 70 peratus ialah CGI iaitu kira-kira 40 babak. Tempoh filem ini nanti ialah 110 minit.
Saya juga kena banyak berbincang dengan penerbit dan pereka produksi untuk mendapatkan corak rekaan sebenar yang mahu divisualkan menerusi CGI dua dimensi (2D) dan tiga dimensi (3D) mengikut babak. Kini kami sedang giat memproses imej bahtera, istana, keraton Majapahit dan beberapa imej jin, Sang Kelembai dan persekitaran alam bunian. Saya ada dua pasukan yang melakukan kerja CGI membabitkan 15 petugas, kata Alan yang juga Pengarah Urusan DNA Studios.
Seronok tgk babak serangan pihak Jepun gune Zero Fighter diorang.. Amerika yg mulanye menganggap yg Jepun xmungkin berani nk serang Pearl Harbour akhirnye musnah dlm keadaan yg memalukan dimane depa xsmpt buat ape persediaan.. Kapal2 perang depa hancur mcm tu je..Yg aku ingat salah satu kapal kebanggaan depa SS Arizona(klu salah betulkan ek..) Pastu scene kejar mengejar antara Zero Fighter dgn dua org air force us yg sempat terbangkan plane depa.. Teruk btul Amerika kene time tu..
Secene serangan Jepun ni antara penyebab filem Pearl Harbor teruk kena hentam pengkritik sebenornye.....
Dan pasal persediaan mereka sebenarnya bersedia...tapi untuk hadapi ancaman saboteur memandangkan jumlah orang keturunan Jepun yang ramai di Hawaii.
Memang teruk Amerika kena hari tu tapi...dari 8 battleship US kat sana, cuma USS Arizona dengan USS Oklahoma aje yang tak kembali bertugas - yang lain semua kembali beroperasi (tengok tahap kerosakan masing-masing; ada yang tahun 42 dah ok balik, ada yang tahun 44)
Raja Bersiong is a 1968 Malaysian horror film in Malay directed by Jamil Sulong and based on a story by former Malaysian Prime Minister Tunku Abdul Rahman. Despite costing RM 750,000 to produce, ten times the cost of the average Malaysian film, it was a flop at the box-office.
The story is loosely based on historical myth Hikayat Merong Mahawangsa, that told about pre-Islamic Kedah that once was once ruled by Raja Ong Maha Perita Deria. The story is very popular that it have been made into movie in 1963 and 1968. It also being presented as teater by Petronas Performing Arts Group.
Synopsis
A King and his troops came across a town called Kampung Gading. There they met a strong but mute and deaf man named Badang, who is the personal servant of a young woman named Chomel. The King pretended to be a normal guard as part of a plan to lure Badang to become his personal protector and Chomel to become his wife. His plan was successful, and he married Chomel.
Some time later, the king's appetite changed. At dinner one night, he commends the cook for the delicious dish and asked what the main ingredient was. The cook was forced revealed that the unusual taste was due to the cook's own blood, which had fallen into the dish when he hand was bleeding. The king found love for the taste of human blood, and over time he grew fangs and began attacking his own people to feast on them.
Gajah kat dalam filem tu milik Datuk Saudara kawan saya iaitu Encik Badrulsaman Hamid.Dia cerita datuk sedara dia terpaksa jual gajah tu kerana masalah penyediaan makanan.Semasa babak gajah memberi Hormat pada anak Raja Bersiong,Sultan Kedah telah mencemar duli bagi membolehkan babak gajah tu tunduk hormat dirakam.Ini kerana gajah tu mulanya enggan berbuat demikian walaupun bermacam-macam cara dilakukan.
troy
american gangster
crying freeman (1995)
kingdom of heaven
king arthur (2003..kot)
gandhi, (lama gila)
titanic.
300.
tears of the sun.
blood diamond.
the grey zone (pasal holoucast..taktau jalan ceritanya fact @ tak)
catch me if you can. -history gak ni.
ip man. 1st n 2nd.
Tadi aku layan lagi filem The Last Emperor melalui youtube.
Aku tak dapat bayangkan macam mana perasaan seorang lelaki yang ditabalkan sebagai maharaja pada usia 3 tahun tetapi akhirnya menghabiskan usia tuanya sebagai tukang kebun.
Babak akhir yang aku takleh lupa ialah masa bekas maharaja tu bayar tiket dan masuk ke Kota Larangan sebagai rakyat biasa.
Chosen by Dowager Empress Cixi while on her deathbed,[6] Puyi ascended the throne aged 2 years and 10 months in December 1908 following his uncle's death on 14 November. He was titled the Xuantong Emperor. Puyi's introduction to emperorship began when palace officials arrived at his family household to take him. Puyi screamed and resisted as the officials ordered the eunuchs to pick him up.[14]
His wet-nurse, Wen-Chao Wang, was the only one who could console him, and therefore accompanied Puyi to the Forbidden City. Puyi would not see his real mother again for seven years. Puyi developed a special closeness with Wen-Chao Wang and credited her with being the only person who could control him. She was sent away when he was eight years old. After he married, he would occasionally bring her to the Forbidden City, and later Manchukuo, to visit him. After his special government pardon in 1959, he visited her adopted son and only then learned of her personal sacrifices to be his nurse.[15]
Puyi's upbringing was hardly conducive to the raising of a healthy, well-balanced child. Overnight, he was treated as a god and unable to behave as a child. The adults in his life, save his wet-nurse Wen-Chao, were all strangers, remote, distant, and unable to discipline him. Wherever he went, grown men would kneel to the floor in a ritual kow-tow, averting their eyes until he passed. Soon the young Puyi discovered the absolute power he wielded over the eunuchs, and frequently had them beaten for small transgressions.[14]