CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: paranormal_85

Cerita pendek yg best...

[Copy link]
Post time 4-11-2008 01:35 AM | Show all posts
Originally posted by niceghost2005 at 3-11-2008 05:04 PM


Itu lum ceghiter di alam Kubur , Padang Masyhar, Titi Sirat, Syurga  n Neraka.
Mana ada BUKTI ini semuer??

Hanya dari mulut ke mulut sahaja................

Oghang yg mati............ ...

err...tak paham ler......
ko nyindir orang islam ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2008 08:03 AM | Show all posts
Originally posted by ussopp at 21-7-2006 03:46 PM


TRADISI SOLEHIN- by paranormal_85

best la....

bagi manusia biasa mcm saya, untuk  sabar atau susah didunia dulu dan senang di akhirat kemudian ni  

agak tidak menyeronokkan lan ...


Samalah kita...

Saya rasa sejuk hati dan terharu membaca kisah tersebut... kadang2 kita berdoa dengan harapan dapat habuan dunia tapi tak kesampaian, sedangkan orang2 kafir tanpa berdoa mereka perolehi kekayaan dan kesenangan dunia dengan mudah. Kita yang berusaha gigih ditambah dengan doa pula tak adalah besar sangat yang kita dapat. Yang nyata, ganjaran lebih besar di akhirat Allah sudah sediakannya... Sungguh bersyukur menjadi muslim. Bersyukur juga dengan peringatan2 yang membawa ke arah syukur tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 05:26 PM | Show all posts
Originally posted by GRINDSAKHTANIC at 4-11-2008 01:35

err...tak paham ler......
ko nyindir orang islam ker?


Isk isk isk...............miker nih.
Lambat betul laaaaaaaa

Kerana Oghang Isle mempercayai benda benda karut marut begini laaaa yg menjadikan deme sebagai Penakluk ataupun Pembebas kpd Taghut dan Penyembah Berhala.
Oghang Isle yg mempercayai benda karut marut ini lah yg senantiasa bangun malam utk bersolat tahajjud dan menangis teresak esak.
Oghang Isle yg mempercayai benda karut marut ini lah yg tidak heran or takjub dgn perhiasan duniya yg berkilau kilauan.
Mereka juga lah yg tidak menerima rasuah dan menipu oghang.

Berlainan dgn oghang yg di katakan 'maju' sekarang ini.
Songlap sana.............songlap sini seolah olah Allah swt dan malaikat tidak wujud langsung.

Wsalam
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 09:49 PM | Show all posts
"Oghang Isle yg mempercayai benda karut marut ini lah yg senantiasa bangun malam utk bersolat tahajjud dan menangis teresak esak."

ohh.....orang islam yang percaya pada karut marut inilah yang bangun malam untuk sembahyang tahjud atau melakukan mana2 solat sunat?kenapa saudara berkata demikian?tak faham......

baik hang cakap direct to the point la...tak yah hang dok selindung....
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 10:08 AM | Show all posts
Originally posted by niceghost2005 at 4-11-2008 05:26 PM


Isk isk isk...............miker nih.
Lambat betul laaaaaaaa

Kerana Oghang Isle mempercayai benda benda karut marut begini laaaa yg menjadikan deme sebagai Penakluk ataupun Pembebas kpd T ...


Saya faham.

Mereka ini bukan golongan cerdik pandai.
Mereka ini cuma taat dan takut akan azab2 Allah.
Mereka ini sangat teruja dengan janji2 syurga dan pahala dari Allah.

Mereka di sana yang solatnya tak berapa nak betul dan tak berapa nak cukup masih lagi duk pertikai kesahihan hadis.
Mereka di sana yang tak endah dengan rasuah dan riba masih duk sindir2 janggut dan pakaian Nabi.
Mereka rasa mereka saja yang betul kerana berpegang terus kepada Al Quran walaupun hidup lari dari Al Quran.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 10:46 AM | Show all posts

Air tangan orang yang tak solat

My 2 cents....

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat tu, adalah dosa besar, dan malahan lebih hina drpd khinzir.. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat spt yg dikisahkan pd zaman NabiMusa A. S.

Begini kisahnya... pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yg sudah berumahtangga , dia tak de zuriat lalu, terdetik dlm hati dia (nazar), "kalau aku dpt anak, aku akan minum air kencing anjing hitam. " Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Bila dah dpt anak, laki ni pun runsinglah... Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.
Syariat pd zaman Nabi Musa berbeza dgn syariat yg turun utk umat Nabi Muhammad. kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yg haram, maka tak payah buat, tapi kena denda(dam) atau sedekah.. Tapi, kalau zaman Nabi Musa, brgsiapa bernazar, walaupun haram, tetap kena laksanakan nazar tu..
lalu, si lelaki yg dapat anak tu, dgn susah hatinya, pun pegilah bertemu dgn Nabi-Allah Musa.. Dan menceritakan apa yg terjadi ke atas dirinya.. lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu xpayah minum air kencing anjing hitam, tapi akan  minum air yg lebih hina dr air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut utk pergi menadah air yg jatuh dr bumbung rumah orang yg meninggalkan sembahyang dan minum air tu. lalu, lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yg diperintahkan oleh Nabi Musa tadi...
Lihat.. betapa hinanya org yg meninggalkan solat, sampai dikatakan air yg jatuh dr bumbung rumah dia, lbh hina dr air kencing anjing hitam.. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi..

Menyentuh bab air tangan ni, selalu kita suka makan masakan ibu, isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat , sbb kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dsb.. anak-anak, suami pulak yg akan makan makanan yg dimasak. takkan nak biarkan suami & anak2 gelap hati minum air tangan org tinggalkan solat.. tak gamakkan? tapi.. lain pulak halnya dgn kita ni.. pagi petang.. mamak!! teh tarik satu, roti canai satu.. ada pulak segelintir tukang masak yg tak solat.. kita pun makan bekas air tangan dia.. gelap lah hati kita.. sbb tu liat nak buat keja2 yg baik.
beware apa yg kita makan... betapa beratnya amalan solat ni, hatta Allah  syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj, sedangkan  kewajipan2 lain memadai diutus melalui Jibril a. s.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kpd Saidina Ali (&utk umat Islam) , "As-solah as Solah wa mamalakat aimanukum."
maknanya,"Solat, solat jgn sekali kamu abaikan dan peliharalah org2 yg lemah di bawah tanggunganmu."

jadi, sama2lah kita pelihara solat kita, dr segi zahir & batinnya, kerana amalan solatlah amalan yg mula2 akan ditimbang di neraca Mizan kelak

*tolong betulkan jika salah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2009 05:49 PM | Show all posts
      DISAMBAR SAYAP JIBRIL   
               DikalanganBani Israil dahulu, ada seorang lelaki yang sangat tekun beribadah. Iamempunyai wajah yang kacak dan segak. Ramai wanita tertawan denganketampanannya. Namun rasa takutnya kepada Allah SWT menjadi pendindingutama mengawalnya daripada berfoya-foya.

Suatu masa, ketika sedang menjaja tas keranjang daun kurma buatannyasendiri, ia sampai di hadapan istana raja. Kebetulan salah seorangdaripada dayang istana itu temampak lelaki tersebut dan terpesonadengan ketampanannya. Dayang itu kemudiannya bercerita mengenai lelakiitu kepada permaisuri raja. Permaisuri begitu tertarik lalu timbul niatjahat di hatinya. "Suruh orang muda itu masuk menghadap," titahnyakepada dayang tersebut.

Apabila lelaki itu berada di hadapannya, permaisuri menyerahkansepasang persalinan pakaian diraja dan berkata, "Letakkan semua taskeranjangmu itu dan pakailah pakaian ini." Kemudian permaisuri itumenyuruh dayangnya mengambil minyak wangi untuk dipakaikan kepadalelaki tersebut.

Tanpa mengesyaki apa-apa, lelaki itu melakukan segala suruhanpermaisuri. Lalu permaisuri itu pun berkata, "Orang muda! Kamu jangankhuatir. Beta akan memenuhi segala keperluanmu asalkan kamu bersediamemenuhi nafsuku."

Sebaik sahaja terdengar kata-kata yang tidak disangka-sangkanya itu,gementarlah lelaki itu lalu berkata, "Aku tidak akan melakukanperbuatan terkutuk itu!"

Permaisuri cuba juga memujuk lelaki itu berkali-kali, tetapi gagalmempengaruhinya. Akhimya dengan perasaan marah, ia berkata, "Baiklah!Kalau kamu enggan memenuhi hajatku, kamu tidak boleh keluar dari sini."Kemudian permaisuri mengarahkan dayang-dayangnya menutup semua pintudan tingkap istana.

Setelah semua jalan keluar ditutup,lelaki itu bertanya, " Wahaipermaisuri! Bolehkah bawakan saya ke tempat yang paling tinggi dalamistana."

Dengan harapan hajatnya akan dipenuhi, permaisuri itu pun membenarkanlelaki itu naik ke menara istana. Apabila telah berada di puncakistana, lelaki itu berkata kepada dirinya sendiri, "Wahai jiwa! Selama70 tahun kamu beramal mencari keredhaan Allah, Tuhan yang Maha Pemurah,apakah kamu akan merosakkannya dalam beberapa saat semata-mata untukmemenuhi keinginan nafsu dan syaitan? Demi Allah! Kau mengkhianatidirimu sendiri jika engkau tunduk kepadanya!"

Dalam keadaan malu dan, takut untuk melakukan maksiat kepada Allah, lelaki itu pun terjun dan menara yang tinggi itu.

Lalu Allah SWT yang Maha Pemurah dan Pengasih itu pun berfirman: "WahaiJibril! Hamba-Ku itu terjun lantaran takut kepada kemurkaan-Ku dankedosaan. Hamparkan sayapmu untuk menyambutnya, jangan sampai iabinasa!"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2009 12:05 PM | Show all posts
Sayidina Ali dan Sepuluh Buah Delima dari Syurga

Dikisahkan oleh Ka'ab bin Akhbar.
Ketika Siti Fatimah Az Zahra,Puteri Rasulullah SAW, sekaligus istri kepada Sayidina Ali bin AbiThalib sakit, ia ditanya oleh Sayidina Ali,  " Wahai Fatimah, adakahengkau menginginkan sesuatu?"
"Wahai Suamiku, aku ingin buah delima", Jawabnya.
SayidinaAli termenung, sebab ia merasa tidak memiliki wang sedikitpun. Namun,ia segera berangkat dan berusaha untuk mencari wang satu dirham. Makaakhirnya Sayidina Ali mendapatkan wang itu dan kemudian ia pergi kepasar untuk membeli buah delima dan segera kembali pulang.
Namundi tengah perjalanan menuju rumahnya, tiba-tiba ia melihat seseorangyang tengah terbaring sakit di tepi jalan, maka Sayidina Ali punberhenti dan menghampirinya.
"Wahai orang tua, apa yang diingini oleh hatimu?", tanya Sayidina Ali.
"WahaiAli, sudah lima hari aku terbaring sakit di tempat ini, banyak orangberlalu, namun tak ada seorang pun dari mereka yang mahu pedulikepadaku. Aku ingin sekali makan buah delima." Jawab orang tua tersebut.
Mendengar jawabannya, Sayidina Ali terdiam, sambil berkata dalam hati,
"Buahdelima yang hanya satu buah ini, sengaja telah aku beli untuk Isteriku,kalau aku berikan kepada orang ini, pasti Fatimah akan sedih. Namunjika tidak aku berikan ertinya aku tidak menepati firman Allah,
"Terhadap si pengemis, engkau janganlah menghardiknya." (QS. Al-Dhuha : 10).
Juga sabda Nabi SAW, " janganlah sekali-kali engkau menolak pengemis, sekalipun ia di atas kenderaan".
Makakemudian Sayidina Ali membelah buah delima itu menjadi dua bahagian,separuh untuk orang tua itu dan separuh lagi untuk Siti Fatimah.
Sesampai di rumah ia menceritakan peristiwa itu kepada Isterinya, dan Siti Fatimah berkata kepadanya,
"WahaiSuamiku, kenapa engkau bersedih, demi Allah yang maha Perkasa dan MahaAgung, ketika engkau memberikan buah delima kepada orang tua itu, makapuaslah hatiku dan lenyaplah keinginanku pada buah delima itu."
Mendengar kenyataan Isterinya itu Sayidina Ali merasa sangat gembira.
Tidak lama kemudian datanglah seorang tamu yang mengetuk pintu, lalu Sayidina Ali berkata, "Siapakah tuan?"
"Aku Salman Al Farisi," Jawab orang yang mengetuk pintu itu.
Setelahpintu dibuka, Sayidina Ali melihat Salman membawa sebuah wadahtertutup, dan diletakkkan di depan Sayidina Ali, lalu Sayidina Alibertanya,
"Dari manakah wadah ini wahai Salman ?".
"Aku menghantarkannya untukmu dari Allah SWT melalui perantaraan Rasulullah SAW." Jawabnya.
Setelah penutup wadah tersebut dibuka, terlihat di dalamnya ada Sembilan buah delima. Sayidina Ali terus berkata,
"Wahai Salman, jika ini memang untukku, pasti jumlahnya Sepuluh".
Lalu ia membacakan firman Allah SWT,
"Barangsiapa membuat satu amal kebaikan, maka pasti baginya sepuluh kali ganda amalnya ( balasannya )". ( Al-An'am : 160 )
Salman pun tertawa mendengarnya, sambil mengembalikan sebuah Delima yang ada ditangannya, seraya berkata,
"WahaiAli, demi Allah, aku hanya sekadar menguji sejauh mana KEYAKINANMUterhadap firman Allah yang engkau bacakan sebentar tadi."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.051440 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list