|
Reply #73 asamfish's post
hisham tu cium keris sampai menggeleber mulut dia,huhuhu... |
|
|
|
|
|
|
|
pada sesetengah orang dia ni mungkin hero. tapi bagi anak ana yang bapanya mati atau cacat kerana komunis dan termasuklah aku memang aku menganggap beliau ni pengkhianat setaraf anak haram selama dia menjadi komunis. kalau dia pejuang kenapa nak bersekongkol dengan mereka yg tak beragama dan kenapa tak menyerah selepas anak bangsa sendiri memerintah? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau komunis mentadbir negara dgn baik mcm china, kita jadi maju juga |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #77 awangbok's post
kenapa komunis mengganas? ni sebab pemerintah pd masa tu juga. sama mcm polis, ada yg rasuah, tak adil. tapi ada polis baik, yg tak jd barua org |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by awangbok at 20-10-2008 06:45 PM
pada sesetengah orang dia ni mungkin hero. tapi bagi anak ana yang bapanya mati atau cacat kerana komunis dan termasuklah aku memang aku menganggap beliau ni pengkhianat setaraf anak haram selama ...
Aku rasa, dalam memana perang pun akan berlaku collateral damages... Side A hilang bapa. Side B pun tak kurang sama kesannya...
Ia cumalah bagaimana ko mentafsir isu dari sudut pandangan ko... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by awangbok at 20-10-2008 05:45 PM
pada sesetengah orang dia ni mungkin hero. tapi bagi anak ana yang bapanya mati atau cacat kerana komunis dan termasuklah aku memang aku menganggap beliau ni pengkhianat setaraf anak haram selama ...
Aku simpati dengan kau for 2 reasons. The obvious one is you lost a relative (or cacat or whatever). Second, because of that you lost the ability to see things objectively like the rest.
Aku x mo cakap lelebih because I think you have been hurt enough.
Tapi mcm ramai kat sini, aku anggap SF ni pejuang. Maaf ek!
Al-Fatihah untuk arwah. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sekngucing at 20-10-2008 06:59 PM
kenapa komunis mengganas? ni sebab pemerintah pd masa tu juga. sama mcm polis, ada yg rasuah, tak adil. tapi ada polis baik, yg tak jd barua org
anak anak zaman pasca merdeka macam kita ni banyak yang kita tak tahu kecuali la perkara tu berlaku keatas keluarga kita atau sanak saudara. ganas tak ganas komunis ni hanya pada yang merasa . siapa orang luar untuk bertanya. mungkin samsiah fakeh memegang prinsip syaitan pun kita boleh kawan kut dalam mencapai kemenangan peribadi.
ko mungkin tak pernah dengar bapa dilarikan dan dibunuh waktu malam oleh komunis hanya kerana prasangka. lebih kurang sama macam keganasan jepun dan bintang tiga. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Decaffeinated at 20-10-2008 07:04 PM
Aku simpati dengan kau for 2 reasons. The obvious one is you lost a relative (or cacat or whatever). Second, because of that you lost the ability to see things objectively like the rest.
A ...
objective in the sense u feel it defininately no . obviously u cant see the past n i doubt u hav the feeling. For me it is just u have the sympathy but sometimes people do confius .
[ Last edited by awangbok at 20-10-2008 07:15 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Al-Fatihah untuk beliau
Shamsiah Fakeh...Mungkin orang akan mengatakan bahawa dia pengkhianat...Maaf, saya sependapat dengan Decaffeinated. bukan aku memihak pada komunis...pada saya, semua mereka yang memperjuangkan kemerdekaan adalah pejuang...kerana jika tiadanya orang seperti dia, maka tiada erti kemerdekaan pada masyarakat hari ini bahkan kita mungkin masih lagi belum merdeka...pada saya, Shamsiah Fakeh, Khatijah Sidek dll semuanya adalah pejuang kemerdekaan...mereka yang berada di zaman tersebut...bukan kita.. kita pada hari ini lebih mempercayai sejarrah yang disediakan, beracuan BArat sedangkan banyak lagi sejarah-sejarah yang terus disembunyikan demi menyatakan bahawa Inggeris adalah orang yang memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu...Jepun misalnya adalah satu penyebab mengapa berlakunya pemberontakan atau kesedaran kepada orang Melayu tentang perlunya kita bebas dari penjajahan...meskipun Jepun menjajah kita, namun mereka membuktikan bahawa meskipun tanpa senjata hebat, mereka dapat menumbangkan Inggeris dengan menggunakan akal...seharusnya kita juga perlu menerima kebenaran ini kerana mereka menyedarkan kita tentang erti kemerdekaan meskipun mereka mengerayang bangsa kita...
berbalik tentang Shamsiah Fakeh...dia adalah antara pejuang kemerdekaan...dia sama seperti orang Melayu pada zaman itu yang inginkan kemerdekaan...seandainya tiada pejuang menuntut kemerdekaan seperti dia, Khatijah Sidek, mahupon mereka yang berada dlaam kontkes pejuang kemerdekaan, kita tidak akan merdeka seprti hari ini...
Kita seharusnya bersyukur kepada Allah, kerana adanya pejuang-pejuang seperti ini yang bersama menuntut kemerdekaan...seharusnya kita malu dengan mereka kerana mereka berjuang untuk merdeka sedangkan banyak antara kita pada hari ini seakan 'berjuang' untuk meminta penjajah datang kembali...
jika ada yang membaca pesanan beliau kepada saudara Shahidan (dalam MAstika rasenye) beliau berkata: jangan percaya dengan apa yang orang kate... beliau tahu banyak keburukkan tentang beliau tersebar kerana dicop sebagai pengkhianat negara...tapi siapa mereka yang mengecop beliau sedemikian? Adakah mereka yang melabel Shamsiah Fakeh sebagai pengkhianat itu adalah mereka yang turun bermandi darah berjuang di padang? Bahkan mereka yang melabel Shamsiah FAkeh sebagai pengkhianat biasanya mereka yang pengecut dan hanya duduk di pejabat dan lebih banyak mengutarakan janji manis...(maaf kalau aku agak emosi)...tapi dia berani...
seandainya ada antara saudara kita yang hilang angkara komunis,jepun, kita perlu ingat ade juga antara mereka yang berada di zaman tersebut yang hilang lesap dalam tangan Inggeris...sekiranya tidak hilang jasad, tapi hilang kehormatan diri dan maruah...fikirkan kembali adakah benar Inggeris memberi kemerdekaan pada Tanah Melayu sebabasnya? Seandainya mereka terlalu baik, mengapa adanya Melayu di CapeTown...mereka berada di sana kerana dijadikan sebagai hamba...mereka begitu merindui Tanah Melayu...Inikah yang dinamakan Inggeris sebagai penyelamat Tanah Melayu?
apa pun..walau siapa pon mereka, apa jua pegangan mereka dan apa jua yang telah mereka lakukan, selagi mereka berjuang untuk satu erti kemerdekaan dan kebebasan untuk Tanah Melayu, mereka selayaknya diberi penghormatan meskipun sesurah al-Fatihah...mereka berjuang untuk kita pada hari ini...tanpa mereka yang wujud dalam sejarah yang lepas, kita mungkin bukan kita pada hari ini...
Maaf jika menyinggung sesiapa...
sekali lagi Al-Fatihah untuk beliau... |
|
|
|
|
|
|
|
Al-Fatihah..
semoga rohnya dicucuri rahmat... |
|
|
|
|
|
|
|
kat mph ader ke buku terbitan ukm ni ek? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #87 aiharanaoki's post
kalo ade bgtau ye...sebab nak beli time pesta buku ritu, UKM dah haramkan or limit penjualan. tatau ngape... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #82 awangbok's post
zaman dulu2 melaka membesarkan emapayr dia pun ada perang2 juga. serangan melaka ke atas siak, bunuh orang tu, kanak2, pompuan jugak. tapi sekarang kita bangga dgn emapayar melaka? |
|
|
|
|
|
|
|
sebab tu saya kata, perkembanan sejarah manusia ni boleh ditafsir ikut pandangan masing2. bagi inggeris, penjajahan ke atas malaya menjadi kebanggan mereka tapi bagi orang jepun, mereka menyesal berperang dan membunuh banayak nyawa |
|
|
|
|
|
|
|
buku
Shamsiah Fakeh adalah pemimpin pergerakan Kemerdekaan dari kalangan wanita Melayu yang berjuang dengan gigih hingga ke belantara Malaya. Beliau adalah Ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang berganding bahu dengan Angkatan Pemuda Insaf (API) bagi mengibarkan panji-panji perjuangan menuntut Kemerdekaan dari tangan penjajah British. Gandingannya dengan Ahmad Boestamam, Ketua API telah membakar semangat sebilangan pemuda-pemudi Tanah Melayu mengangkat senjata menentang penjajah. Shamsiah menyertai Rejimen Ke-10 iaitu sayap Melayu Parti Komunis Malaya (PKM). Kehidupannya penuh ranjau berduri. Beberapa kali beliau sesat di hutan ketika melanjutkan perjuangan bersenjata ke arah menuntut Kemerdekaan. Perjuangannya tidak mengira tempat, sama ada di hutan mahupun di pentas antarabangsa. Beliau bersama suaminya Ibrahim, bertugas di China, Indonesia dan Vietnam dalam rangka meniup semangat nasionalisme kepada penduduk Asia Tenggara yang masih di bawah penjajahan. Shamsiah mengorbankan jiwa dan raga untuk memerdekakan Malaya mengikut caranya yang tersendiri. Selepas terpisah dari PKM, beliau terus berada di China menyambung hidupnya dengan bekerja di kilang besi. Beliau sekeluarga akhirnya kembali ke Malaysia pada 23 Julai 1994, selepas termetrainya Perjanjian Damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand yang ditandatangani di Haadyai, Thailand pada 1989. Setelah pulang ke tanah air, beliau menghabiskan sisa kehidupannya atas stigma sebagai seorang bekas Komunis.
Memoir Shamsiah Fakeh: Dari AWAS ke Rejimen ke-10. 2004. Penerbit UKM: Bangi. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by saatcham at 20-10-2008 08:01 PM
Shamsiah Fakeh adalah pemimpin pergerakan Kemerdekaan dari kalangan wanita Melayu yang berjuang dengan gigih hingga ke belantara Malaya. Beliau adalah Ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang berg ...
kat mana nak beli ni saatcham? |
|
|
|
|
|
|
|
Niat nak memerdekakan negara,tp laluan yang dipilih tu sendiri tak betul..sama lah cam ahli politik skrg yg sanggup bersekongkol dengan golongan yg membahayakan negara..lagi 50 thn pemimpin2 ini akan dipandang sebagai hero walaupun bangsa dia sendiri caca marba....
Apapun muga sf mati sbg org beriman wlu berjuang bersama2 org kapir dan bermandi darah saudara seaagama... |
|
|
|
|
|
|
| |
|