|
Assalamualaikum
Blajarlah kamu dari dr kecik sampai ke liang lahad...nak penuhkan iman didada dulu baru nak berdakwah..alamatnya berdakwah dlm kubur laaa...kami berdakwah bukan untuk org..tp untuk diri sendiri...untuk tingkatkan iman masing2 dan ajak semua org untuk usha tingkatkan iman masing2...so kalu niat dakwah untuk org lain..penuhkan lah dada tu dgn ilmu dulu...nabi s.a.w bersabda lebih kurang maksudnya..sampaikanlah dr ku walaupun satu ayat..so tidakkah kamu mengetahui atleast 1 ayat..sudahkah kamu menyampaikan...fikir2kan laa...
Saudara, kalau tabligh jln dakwah saudara pilih, baguslah. Tp saudara jgn pandang rendah org yg mencari jln dakwah tanpa payungan JT.
Dakwah bukan sekadar mulut shj, tp jua menerusi amalan seharian. Ada pilih PERKIM, ABIM, Jemaah Islah Malaysia & pelbagai NGO Islam lain utk berdakwah, ada yg bergerak ikhlas sendirian.
JT hanya salah satu jln dakwah, bukan satu2nya jalan dakwah. Bernasyid kontemporari pun berdakwah juga, saudara.
Sy tak perkecil JT, cuma hati sy tak bergerak ke arah itu. Dakwah itu luas, biarlah diri empunya badan menentukan mana jalan dakwah dipilih, seikhlas niat di hati.
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by zulyusoff at 3-3-2008 03:48 PM
saya nak tanya karkun2 tabligh kat sini:
Mengundi tak dlm pilihan raya tahun ini?
Sebab saya temui ramai org tabligh yg tak mahu mengundi, sebab alasan mereka : "Nabi tak buat."
Siapa nk ngundi boleh ngundi, tp undi itu rahsia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #102 zulyusoff's post
Zalyyusoff, apa kata awak keluar 3 hari, itu lebih baik dan dapat semua jawapan, daripada terus berada dalam misteri. nampak awak dah lama kaji JT nie tapi percayalah awak takkan faham. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #103 kuman's post
Rasanya ramai tabligh yang akan undi PAS, kot... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eastrun at 3-3-2008 04:58 PM
Rasanya ramai tabligh yang akan undi PAS, kot...
Waallahua'lam.................... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by zulyusoff at 3-3-2008 03:48 PM
saya nak tanya karkun2 tabligh kat sini:
Mengundi tak dlm pilihan raya tahun ini?
Sebab saya temui ramai org tabligh yg tak mahu mengundi, sebab alasan mereka : "Nabi tak buat."
Berapa ramai yg miker sudah temi n bertanyer???
10?
100?
1000?
10,000?
Dan berapakah jumlah ahli JT?? |
|
|
|
|
|
|
|
undi dan mengundi adalah rahsia |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #105 eastrun's post
tak kot!!!!!
kebanyakkan mereka mmg benci politik......
bagi dorang politik tak main la beb!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ibnur at 3-3-2008 05:54 PM
undi dan mengundi adalah rahsia
Tidak juga.....................
Kan ker setiap kertas undi tersebut ada No. Siri nya.....
Sebab itu deme bley tahu siapa pangkah siapa!!!
Di setiap Cawangan/Bahagian AMENO ada carta % pengundi melayu, ciner, india n bangsa lain utk setiap tempat mengundi.
Amat mudah bagi mereka utk memeriksa nya.
Pabila miker di berikan kertas undi, No. Siri miker akan di tulis pada bahagian keratan di buku undi tersebut.!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by donbotak at 4-3-2008 12:29 AM
tak kot!!!!!
kebanyakkan mereka mmg benci politik......
bagi dorang politik tak main la beb!!!!
pssssttttttt..............mereka TIDAK MEMBENCI tetapi tidak mahu terlibat/komen ataupun berbicara hal hal politik. Especially time deme 'keluar'. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #112 zulyusoff's post
Best ke masuk Jemaah Tabligh...apa yang mereka lakukan selalunya dalam perjumpaan tersebut?.Mana diorang dapat duit yang banyak untuk pergi ke luar negara? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by zulyusoff at 4-3-2008 12:57 PM
Berbalik kpd isu mengundi, majoriti ahli JT yg saya telah temui mengambil keputusan tidak mahu terlibat dgn sistem demokrasi dgn sebab alasan yg telah saya nyatakan iaitu: " nabi tak buat "
Setuju....itu antara prinsip larangan yang perlu dijauhkan oleh karkun2 tabligh selain daripada membincangkan soal-soal khilafiah dan mazhab.
Namun demikian daripada penglibatan saya dalam JT juga mendapati bahawa ramai karkun yang lebih senang dengan pihak pemerintah daripada menyokong pembangkang. Ini disebabkan kerajaan tidak pernah melarang aktiviti2 JT diladakan malah kerajaan memberikan bantuan kepada mereka. Ini termasuk diluar negara yang bukannya berkerajaankan Islam seperti di Thailand dan India. Ijtimak suatu masa dulu di Yala telah mendapat bantuan yang besar daripada kerajaan malah dilindungi oleh askar2 Siam sehingga berjaya menghimpunkan beribu-ribu karkun yang hadir.
JT lebih bersikap kritis terhadap PAS daripada UMNO malah kehadiran JT semasa pilihanraya lebih menguntungkan UMNO.
Orang PAS yang dah berjaya di pengaruhi oleh JT tidak akan memberikan undinya kepada PAS ataupun mereka tidak mahu lagi mengundi disebabkan mereka melihat PAS bukan lagi sebagai jemaah Islam tapi hanya sebagai jemaah politik saja.
Orang UMNO pula akan tetap menyokong UMNO kerana Islam kepada mereka hanya ketika keluar di jalan Allah saja.
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eastrun at 4-3-2008 01:24 PM
Best ke masuk Jemaah Tabligh...apa yang mereka lakukan selalunya dalam perjumpaan tersebut?.Mana diorang dapat duit yang banyak untuk pergi ke luar negara?
Memang best kerana inilah peluang untuk melancong melihat dunia dengan murah sekali disamping dapat berusaha untuk muhasabah diri dan meningkatkan iman. Perbelanjaan tu kena tanggung sendiri ler kalau tidak mana ada pengorbanan beb.
Kalau nak adventure lagi cuba keluar di Sarawak. Memang ada thrill dengan menaiki ekspres di sungai2 yang besar penuh buaya dan pergi gasyt di rumah2 panjang. Silap2 jumpa apai tuai rumah yang akan pelawa untuk minum tuak sama....nyaman gilak madahnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eastrun at 4-3-2008 01:24 PM
Best ke masuk Jemaah Tabligh...apa yang mereka lakukan selalunya dalam perjumpaan tersebut?.Mana diorang dapat duit yang banyak untuk pergi ke luar negara?
Masa nak pergi tu memang tak best sebab nafsu tak suka nak tinggalkan keselesaan bersama keluarga dan sofa yang empuk, tapi bila dah pergi kita rasa seronok, tenang dan selamat. Semasa perjumpaan tersebut tidak ada lain yang dibincangkan melainkan atas satu maksud yaitu bagaimana agama islam ini dapat diamalkan dengan sempurna oleh orang islam di seluruh dunia. Untuk duit dan perbelanjaan itu tangungan sendiri, lagipun bukan besar belanja, satu hari 5-10 ringgit sahaja seorang, ada RM300 dah boleh keluar 40 hari dalam negara. Kalau luar negara tu besarlah sikit, itu lebih baik dari kita pergi melancong ikut pakej perlancongan 3 hari sahaja tidur hotel dah hampir RM500 belanja, tapi ikut jamaah RM300 boleh 40 hari, dan boleh masuk lebih 12 kampung, dan dapat berjumpa dan eratkan silaturrahim dan berkenalan dengan lebih 1000 orang yang belum kita kenali. sambil nasihat-menasihati untuk taat perintah Allah.
Kalau ada ustaz atau orang alim dalam jamaah tu selama 40 hari kita boleh belajar dan tanya macam2, kalau ada duit lebih 3-4 ribu boleh g negara jauh selama 4 bulan seperti rusia, china, afrika, eropah atau mana2lah. Bila kita pergi ke negara jauh baru kita tahu situasi sebenar orang islam disana, dan dimana2 pun kita pergi kita akan disambut oleh penduduk tempatan yg beragama islam. Insyaallah, kitakan selalu dengar "hidup ini satu pengembaraan"... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 4-3-2008 01:25 PM
Namun demikian daripada penglibatan saya dalam JTjuga mendapati bahawa ramai karkun yang lebih senang dengan pihakpemerintah daripada menyokong pembangkang. Ini disebabkan kerajaantidak pernah melarang aktiviti2 JT diladakan malah kerajaan memberikanbantuan kepada mereka. Ini termasuk diluar negara yang bukannyaberkerajaankan Islam seperti di Thailand dan India. Ijtimak suatu masadulu di Yala telah mendapat bantuan yang besar daripada kerajaan malahdilindungi oleh askar2 Siam sehingga berjaya menghimpunkan beribu-ribukarkun yang hadir.
Tak tahu pulak saya pasal kerajaan Thai memberi bantuan kepada JT
Dulu pernah ke Ijtima di Selatan Thai, Yala, bawa kereta dari Malaysia, tahun bila ntah, dalam tahun 2000 atau 2001 kot.
Tak nampak pun askar2 Thai kawal kat markaz atau masjid (sekarang tak tau la). Orang Islam sana sangat baik kepada orang Malaysia. Cakap slang Kelantan pulak tu... terasa aman walaupun di Thai....
Mungkin sokongan moral dari Kerajaan ada kot, sebab kat selatan Thai tu dengar2nya banyak juga samseng. Kerajaan susah nak kawal samseng2 ni, tapi bila samseng2 ni buat usaha Dakwah dan Tabligh, dia jadi berubah jadi baik. Kerajaan Thai pun heran la....
Tapi sekarang ni rasanya susah sikit kot, sebab pengganas yang guna nama Islam buat kacau. Ntah siapa mereka ni pun orang tempatan tak kenal, tapi suka buat huru-hara... fitnah...
Di India pula, juga saya dapati tiada askar2 dan kerajaan yang beri bantuan kepada JT (macamana nak beri kepada JT, rakyatnya sendiri yg miskin pon terlalu banyak!)
Sekadar kongsi pengalaman... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mnm77 at 4-3-2008 08:10 PM
Tak tahu pulak saya pasal kerajaan Thai memberi bantuan kepada JT
Dulu pernah ke Ijtima di Selatan Thai, Yala, bawa kereta dari Malaysia, tahun bila ntah, dalam tahun 2000 atau 2001 kot.
...
Ijtima' tersebut diadakan pada tahun 2000 ketika keadaan hangat dengan reformasi di negara kita ini. Tempat berlangsungnya ijtima' tersebut ialah di padang lapang kawasan airport tentera udara Thai. Mereka juga telah menghantar bekalan2 yang diperlukan untuk melakukan perhimpunan tersebut sehingga ketika bekalan air terputus mereka telah menghantar lori-lori pengangkutan air untuk mengatasi masalah tersebut.
Di Selatan Thai kuasa keselamatan terletak sepenuhnya kepada tentera. Mereka telah mengawal dengan penuh kekerasan sehingga puncaknya yang berlaku di Tak Bai dimana beratus-ratus kaum Muslimin dibunuh dengan kejam ketika berpuasa Ramadan. Mereka bukan samseng tapi adalah pejuang untuk mendapatkan hak mentadbirkan sendiri wilayah mereka. Kerajaan Siam mengistilahkan pejuang2 di wilayah ini sebagai samseng untuk mengabui mata masyarakat dunia. Dulu organisasi mereka dinaungi oleh PULO tapi sekarang ini ada jemaah lain yang lebih aktif lagi dari PULO dan dikenali sebagai Gerakan Mujahidin Islam Pattani.
Dengar khabarnya Jemaah Tabligh ini sudah pun berjaya masuk ke Israel untuk membuat dakwah di sana. Betul ker??
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #118 Gravedigger's post
Ye ke?.Sedangkan susah bagi orang Palestin nak masuk ke sana, apa lagi orang yang luar macam kite ini |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 6-3-2008 10:06 AM
Ijtima' tersebut diadakan pada tahun 2000 ketikakeadaan hangat dengan reformasi di negara kita ini. Tempatberlangsungnya ijtima' tersebut ialah di padang lapang kawasan airporttentera udara Thai. Mereka juga telah menghantar bekalan2 yangdiperlukan untuk melakukan perhimpunan tersebut sehingga ketika bekalanair terputus mereka telah menghantar lori-lori pengangkutan air untukmengatasi masalah tersebut.
Bro Grave ada di situ ke waktu tu? Kenapa saya ketika dan sebelum solat dalam Jemaah ribuan orang ketika itu tak nampak tentera pun, waktu lain pun tak nampak. Saya bukannya dok dalam masjid saja, waktu infradi saya jalan2 juga sekitar kawasan Ijtima tu....
setahu saya Ijtima' tu dekat Masjid yang dijadikan markaz......dan bila waktu solat orang berbaris melimpah sampai ke gerai2 di luar masjid (Macam kat Makkah waktu Haji). Mungkin saya salah kot???[/quote]
Dengar khabarnya Jemaah Tabligh ini sudah pun berjaya masuk ke Israel untuk membuat dakwah di sana. Betul ker??
Na'am, daripada apa yang sampai kepada saya telah ada yang masuk dan memberi laporan.
Anehnya, mereka tidak menyekat usaha ini masuk ke negara mereka secara kekuasaan, dan mungkin sebab tu akan ada orang yang akan kata Tabligh ni dibiaya ejen2 Yahudi. Tapi hakikatnya, mereka (Bani Israel) tahu kebenaran usaha Dakwah dan Usaha keNabian, kalau mereka sekat usaha ini mereka akan musnah.
Pernahkan kita dengar kita Nabi berdakwah di Taif, yang mana satu daripada 3 ketua Kabilah di Taif berkata pada Nabi, "Aku tidak mahu bercakap pada kamu, jika benar kamu utusan Allah, menentang kamu bererti mengundang kesusahan!"
** dalam Israel sendiri ramai juga orang Arab Israel (Arab Islam warga Israel)
[ Last edited by mnm77 at 6-3-2008 01:56 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
HAKIKAT PILIHANRAYA
OOF TOPIK....
Hakikat / Fakta Pilihanraya
Pada asasnya, pilihanraya difahami sebagai proses pemilihan pimpinan - yang membentuk sebuah pemerintahan, daerah mahupun negara. Namun secara nisbinya, pilihanraya merupakan satu mekanisme kepada peraihan kekuasaan dari rakyat di dalam mana-mana negara yang menjalankan prinsip demokrasi (kebebasan). Tradisi memilih dan mengganti pemimpin hanyalah melalui kutipan suara majoriti atau pilihanraya samada di peringkat negeri mahupun Parlimen. Cara ia dijalankan bergantung pada jenis pemerintahan samada pemerintahan Republik, Persekutuan ataupun Monarki.Dikebanyakan sistem politik demokrasi, beberapa jenis pilihanraya boleh didapati, bergantung kepada lapisan pemerintahan atau sempadan geografi.
Antara yang biasa ditemui adalah:
1. Pemilihan Presiden (Presidential election)
2. Pilihanraya Umum (General elections)
3. Pilihanraya Utama (Primary elections)
4. Pilihanraya Parti (Bye-elections)
5. Pilihanraya Kecil (Local elections)
Perlu diperjelaskan dengan teliti bahawa piliharaya di negara kita adalah bertujuan untuk melantik Ahli Dewan Rakyat (Parlimen) atau Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN), . Namun begitu, oleh kerana idea pilihanraya hari ini telah dibudayakan dengan aspirasi demokrasi dan kapitalisme, umat tidak lagi melihatnya dari aspek hukum fiqh. Secara umumnya satu dari tugas utama dewan adalah untuk membuat undang-undang [Politik dan Kerajaan Malaysia, R.S. Milne dan Diane K. Mauzy, ms 266]. Parlimen adalah badan perundangan bagi kerajaan persekutuan, dan ia membuat undang-unda ng yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara.Parlimen meluluskan undang-undang persekutuan, membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang ada, memeriksa dasar-dasar kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai yang baru. Parlimen juga menjadi forum kritikan dan fokus pendapat awam mengenai perkara-perkara nasional.[ www.parlimen.gov.my]
Tidak menjadi kesalahan kepada orang Islam untuk menjadi anggota Dewan Rakyat atau DUN selama mana mereka hanya menghadkan aktiviti kepada melakukanamar makruf nahi mungkar, berdakwah , memeriksa dan mengkritik dasar kerajaan kerana perkara ini adalah sesuai dengan tuntutan syarak. Namun perlu dipastikan bahawa dia tidak terlibat dengan pengiktirafan undang-undang manusiolah yang tertinggi dan tidak terlibat dalam penggubalan undang-undang, ini kerana Allah SWT berfirman "..Sebenarnya (yang menentukan) hukum hanyalah bagi Allah.." [TMQ Yusuf (12) :40]
Adapun aktiviti perundangan itu sebenarnya juga tertakluk kepada tegahan Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam firmanNya yang bermaksud; "Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: 'Ini halal dan ini haram', untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya." [TMQ An-Nahl (16) :116]
Begitu juga dengan kalam Allah Subhanahu wa Ta'ala yang lain, yang dapat kita temukan di dalam kitab Al-Quran, kitab yang kita imani tanpa sedikitpun keraguan terhadap isi kandungannya. Maka dari sini jelas bahawa segala bentuk penggubalan undang-undang mahupun peraturan hidup yang bukan berasal dari Allah Subhanahu wa Ta'ala (dengan kata lain, wahyu) adalah tertolak..
Hukum Pilihanraya
Di sisi syara', pilihanraya merupakan suatu bentuk aqad wakalah (perwakilan).
Penyempurnaan aqad wakalah mesti memenuhi rukun-rukunnya, iaitu;
1. Ijab dan qabul
2. Muwakkil - pihak yang mewakilkan
3. Wakil - pihak yang mewakili
4. Perkara yang diwakilkan
5. Bentuk redaksi akad perwakilannya (sighat tawkil)
Ini berdasarkan kepada beberapa dalil dari hadis; Dari Jabir bin Abdillah. Ia menuturkan, "Aku hendak berangkat ke Khaibar, lalu aku menemui Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam. Baginda kemudian bersabda : Jika engkau menemui wakilku di Khaibar maka ambillah olehmu darinya lima belas wasaq." [HR Abu Daud] Dan dalam peristiwa Bai'at 'Aqabah II, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam meminta 12 orang sebagai wakil dari 75 orang Madinah ketika itu yang dipilih oleh mereka sendiri. Riwayat ini juga menunjukkan bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam melakukan proses perwakilan (wakalah). Dengan demikian, hukum asal wakalah dalam syariat Islam adalah harus (boleh). Sementara yang menjadi isu utama dalam menetapkan hukum pilihanraya itu adalah 'perkara yang diwakilkan' yang merupakan objektifnya, jika kita pasti bahawa calon yang kita undi itu dapat memastikan dirinya tidak terlibat dalam proses pembuatan undang dan melakukan aktiviti yang sesuai dengan syariat, maka bolehlah kita datang mengundi untuk beliau, namun jika tidak adalah haram untuk bersubahat melantik menjadi wakil kepada benda yang diharamkan, berasaskan Kaedah, Al-wasilatu ila haraam, muharramah (Sesuatu yang membawa kepada keharaman, maka ianya juga haram)
Pilihanraya Dalam Sistem Pemerintahan Islam
Adapun pilihanraya yang dibenarkan (sah) dalam Islam ia hanya terkait dengan dua objektif, iaitu;
1. Perlantikan perwakilan membentuk sebuah majlis syura yang juga dikenali sebagai Majlis Ummat di mana fungsi atau objektif majlis adalah menyampaikan aspirasi (suara) rakyat dan juga memuhasabah (memberi teguran, masukan) terhadap administrasi (pengurusan) Khalifah. Skop fungsinya bukan sebagai penggubal undang-undang.
2. Majlis Ummat juga boleh digunakan sebagai mekanisme menentukan calon Khalifah di mana calon tadi dikempen agar dibai'at menjadi pemimpin umum kaum muslimin keseluruhannya. Walaupun secara kasarnya, tidak nampak perbezaan ketara di antara pilihanraya di dalam Sistem Islam dan Sistem Demokrasi, tetapi jika direnung secara mendasar, terdapat pelbagai percanggahan yang memisahkan antara keduanya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|