CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Urban_Iz

Mandi Wajib, Bogel Atau Tidak?

[Copy link]
Post time 28-1-2008 12:10 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 28-1-2008 12:00 AM


Awat tak hantaq ngaji di Rawang Country High Chapparal? Hang dah ilang yakin dengan ustaz2 Rufaqak sana tu ka ataupun depa semua dah cabut lari??


Kena baik sangka Mak Cik . Dia orang dok kat Perak , mana biasa dengan bandar2 di negeri Selangor tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2008 12:10 AM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 27-1-2008 09:28 PM


Salam Pak Ikhwan,

Persoalan di sini diperlukan penjelasan yang adil.

Mandi bogel tu boleh, bukan salah, dan makruh menurut pendapat ramai Ulama, menjadi haram dalam keadaan tertentu sep ...


Sori bro mencelah sebelum Pak Indon jawab.
Base on logic akal fikiran hujjah Pak Indon lebih kuat dan boleh diterima akal. Mustahil Nabi boleh mandi bersama isterinya tapi saling tak melihat antara satu sama lain. Anyway mender tu dah jadi halal antara suami isteri.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2008 12:17 AM | Show all posts
Lain la kalau si bapak dapat kawin dengan awek2 atau mak janda kat selangor tu . Boleh juga pi hantaq kat Rawang
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2008 12:43 AM | Show all posts
Originally posted by budakecik at 28-1-2008 12:10 AM


Kena baik sangka Mak Cik . Dia orang dok kat Perak , mana biasa dengan bandar2 di negeri Selangor tu


Oohh gitu nooo...makcik ingat ko dah bertaubat dari Rufaqak.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2008 12:55 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 28-1-2008 12:10 AM
Sori bro mencelah sebelum Pak Indon jawab.
Base on logic akal fikiran hujjah Pak Indon lebihkuat dan boleh diterima akal. Mustahil Nabi boleh mandi bersamaisterinya tapi saling tak melihat antara satu sama lain. Anyway mendertu dah jadi halal antara suami isteri.


Saya nak tahu dalil apa yang dia pegang tentang tu, sebab dia tak pegang dalil yang hadith 'seingat' dia tak sahih

Kalau nak ikut akal, boleh jadi logik Nabi tidak melihat kemaluan isterinya jika mereka sering menjaga pandangan dari melihat kemaluan masing. Ini bukan bermaksud kita dilarang melihat kemaluan suami/isteri, tapi menunjukkan mereka menjaga adab sopan dan lebih malu dari kebanyakan manusia macam kita

Nabi bertahajjud malam2 sampai bengkak kaki, kita mana mampu buat macam tu. Kalau nak ikut logik akal, tentu jadi lemah badan kalau tiap2 malam bertahajjud dan tidur terlalu sedikit.

Nabi pernah berpuasa sampai 3 hari kerana tiada makanan mencukupi, tapi ini sunnah khusus bukan untuk umatnya tetapi khas untuk baginda sendiri

Wallahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2008 01:10 AM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 28-1-2008 12:55 AM


Saya nak tahu dalil apa yang dia pegang tentang tu, sebab dia tak pegang dalil yang hadith 'seingat' dia tak sahih

Kalau nak ikut akal, boleh jadi logik Nabi tidak melihat kemaluan isterin ...


Semoga Allah membalas kebaikan anda atas peringatan ini dan saya menarik balik kenyataan saya sebelum ini yang memperlihatkan seolah-olah Nabi juga seperti manusia biasa sedangkan Beliau adalah sebaik-baik makhluk yang terpelihara kesuciannya oleh Allah.
Astaghfirullah hil azim.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2008 02:35 PM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 27-1-2008 20:28


Salam Pak Ikhwan,

Persoalan di sini diperlukan penjelasan yang adil.

Mandi bogel tu boleh, bukan salah, dan makruh menurut pendapat ramai Ulama, menjadi haram dalam keadaan tertentu sep ...


Tentu aurat yang ana maksud boleh melihat adalah kemaluan istri lah Dalil-dalilnya amat kuat, selain yang telah an atulis diatas, masih ada lagi diantaranya:

揇an orang-orang yang menjaga kemaluan mereka kecuali di hadapan istri-istri mereka atau budak-budak yang mereka miliki, maka mereka dalam hal ini tidaklah tercela (bila menampakkannya).
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2008 03:07 PM | Show all posts
Jadi dari dalil-dalil di atas mafhumnya apa yang disunnahkan nabi melalui perkataannya di lakukan pula olehnya. Jika antum mau berkata Nabi tidak pernah melihat aurat istrinya atau istrinya tidak melihat kemaluan beliau, maka itu butu* dalil. karena akan berdampak kepada pengharaman sesuatu yang di halalkan oleh al Qur'an. Jika itu berasal dari perasaan antum semata, maka ketahuilah perasaan itu bukan dalil. Memang Rasulullah itu manusia terbaik dan termulia, tapi melihat kemaluan istri atau suamipun bukanlah perbuatan yang hina. Siapa yang bilang ini perbuatan hina? Fitrah kitapun tak bisa berdusta, right? Ini sesuatu yang halal dan biasa dalam perkawinan, dan ini yang menambah indah satu perkawinan yang halal. allahu a'lam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2008 06:12 PM | Show all posts
Originally posted by ikhwanindo at 28-1-2008 02:35 PM


Tentu aurat yang ana maksud boleh melihat adalah kemaluan istri lah Dalil-dalilnya amat kuat, selain yang telah an atulis diatas, masih ada lagi diantaranya:

揇an orang-orang yang menj ...


Terima kasih ikhwanindo atas penjelasan ilmiah di atas. Terima kasih sekali lagi kerana menyampaikan dengan penyampaian secara berhemah, kemas dan bernas.

Saya tidak menolak dalil2 yang disampaikan, dan dalil2 yang disampaikan sudah membuktikan suami boleh melihat aurat (kemaluan) isteri (dan sebaliknya)

Saya cuma nak tahu ada ke tidak dalil yang ikhwanindo kata Nabi sendiri mandi bogel bersama isterinya dan melihat aurat (kemaluan) isterinya.

Originally posted by ikhwanindo at 25-1-2008 09:24 AM
Nabipun mandi bogel dengan istrinya.Sedangkan hadits yang mengatakan istri Nabi tidak pernah melihat auratNabi seingat ana tidak sahih


Saya beri sedikit lagi contoh, ada sahabat yang bertanyakan kepada Nabi adakah boleh makan biawak padang pasir (dhab). Nabi mengiyakan, tapi Nabi sendiri tidak makan binatang itu.

Seperti itu juga yang kita tahu Nabi kita itu pemalu sifatnya, dan ada hadith yang menyatakan Nabi dan Aishah RA tidak pernah saling melihat kemaluan masing2 (hadith ini dijelaskan oleh ikhwanindo sebagai tidak sahih), untuk menyatakan Nabi mandi bogel dan melihat kemaluan isterinya memerlukan dalil yang jelas dan terang.

Sekian, dan mohon sedikit lagi penjelasan.

Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2008 06:21 PM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 28-1-2008 17:12


Terima kasih ikhwanindo atas penjelasan ilmiah di atas. Terima kasih sekali lagi kerana menyampaikan dengan penyampaian secara berhemah, kemas dan bernas.

Saya tidak menolak dalil2 yang di ...


Ana kira penjelasan ana di atas sudah dapat dimengerti. Sedangkan detailnya istri nabi melihat kemaluan nabi atau tidak ini tidak penting. Dibahaspun tak ada manfaatnya untuk kaum muslimin. Dan tidak pantas kita membicarakan hal ini karena mengingat kemuliaannya, ana sendiri jadi malu terhadapnya. Yang pasti dari hadits-hadits di atas dapat diketahui bahwa melihat kemaluan istri atau suami bukanlah suatu yang diharamkan dalam Islam. Dan dari mafhum hadits Nabipun sama seperti kita dalam hal ini. Untuk lebih detailnya Allahu a'lam. Jikapun ada haditsnya tentang istri nabi melihat kemaluan Nabi, tidak ada manfaatnya, apa kita tidak malu bicara tentang Nabi hal-hal yang menjadi privasinya? Cukuplah kita tahu dari penjelasan ulama diatas bahwa halal melihat aurat istri secara keseluruhan dan begitu juga sebaliknya bagi istri. Selebihnya Allahu a'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2008 06:24 PM | Show all posts

Reply #110 ikhwanindo's post

Jadi saya kira usahlah kita hebohkan privasi Nabi yang menyatakan Nabi sendiri mandi bodgel bersama isterinya, walaupun kita dibenarkan berbuat demikian. Cukuplah sekadar dalil2 yang ada.

Ampun maaf dan salam dari perantauan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2008 06:42 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 28-1-2008 01:10 AM
Semoga Allah membalas kebaikan anda atasperingatan ini dan saya menarik balik kenyataan saya sebelum ini yangmemperlihatkan seolah-olah Nabi juga seperti manusia biasa sedangkanBeliau adalah sebaik-baik makhluk yang terpelihara kesuciannya olehAllah.
Astaghfirullah hil azim.


Semoga Allah memberi Hidayah-Nya kepada saya, kepada saudara dan kepada kita semua dalam segala urusan agama.

Semoga Allah satukan hati-hati kita dalam kebenaran yang kita cari.

Allahumma-hdina-s-siraat-al-mustaqeem.

[ Last edited by  mnm77 at 28-1-2008 06:43 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 04:38 PM | Show all posts
bole kn tgn sentuh kemaluan time nk ratakan air 2...pas dah rase ok,amik wuduk balik..
kalu kite x ratakan air kt tmpt sulit kite, mcmmane kite nk tau tmpt 2 btol2 bersih ke x..
ntah2 ader tertinggal darah haid kt dalam 2...
thats why la..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2008 09:31 AM | Show all posts
Originally posted by edralynna at 30-1-2008 15:38
bole kn tgn sentuh kemaluan time nk ratakan air 2...pas dah rase ok,amik wuduk balik..
kalu kite x ratakan air kt tmpt sulit kite, mcmmane kite nk tau tmpt 2 btol2 bersih ke x..
ntah2 ader tert ...


Insya Allah tidak ada masalah. Justru untuk lebih bersih seharusnya memang seperti itu right . Yang tidak boleh itu menyentuh kemaluan setelah mengambil wudhu sesuai dengan hadits. (Check in Bulughul Marom by syaikh Ibnu Hajar Al Asqalani). Islam sesuai sunnah itu mudah, jangan di persulit.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2008 11:41 AM | Show all posts
Originally posted by indah1285 at 25-1-2008 02:04 PM

[quote]Sentuh kemaluan dengan sengaja tanpa mendatangkan rasa syahwat tanpa menaikkan nafsu, batal wuduk atau tidak?


batal meyentuhnya dgn tapak tangan.... kecuali belakang tgn... [/quote]

ADA APA-APA KOMEN PEMBACA TENTANG SYARAH HADIS BERIKUT:
--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Masaalah menyentuk kemaluan, para ulama berbeza pandangan samaada ia membatalkan wudhu ataupun tidak, di bawah ini sebahagian petikan kasar dari fatwa al-Qaradhawi.

Terdapat beberapa pandangan dalam masaalah ini:


1- Tidak membatalkan wudhu. Pendapat ini diriwayatkan dari 'Ali, Ibn Mas'ud, 'Ammar, Huzaifah, 'Imran bin Husain dan Abu Darda' dari kalangan sahabat Nabi saw.  Ini juga pendapat Rabi'ah, al-Thauri,Ibn Munzir, Abu Hanifah dan sahabatnya dan satu riwayat daripada Ahmad.

Hujah mereka adalah hadith yang diriwayatkan oleh al-Nasa-ie tentang seorang badwi yang bertanya kepada Nabisaw :

يا رسول الله! ما ترى في رجل مسَّ ذكره فيالصلاة؟ قال: وهل هو إلا مضغة منك ـ أو بضعة منك ـ؟

Maksudnya : "Wahai Rasulullah ! Apa pandangan kamu tentang seorang lelaki yang menyentuh kemaluannya ? Jawab Nabi saw : "dan bukankah ia itu tidak lain melainkan seketul daging daripada kamu atau sebahagian daripada kamu ?"

Ibn Hajar di dalam Bulugh al-Maram berkata
: Hadith ini dikeluarkan oleh al-Khamsah, dan ianya disahihkan oleh Ibn Hibban. al-Son'ani di dalam Subulal-Salam berkata : "Hadith ini diriwayatkan juga oleh Daruqutni, danal-Tohawi berkata : Sanadnya Mustaqim tanpa Mutdtarib, dan ianya disahihkan juga oleh al-Tabrani dan Ibn Hazm. Mereka berkata : "Kerana ianya (kemaluan) satu anggota dari badan insan, maka dia tidak membatalkan wudhu dengan menyentuhnya, sama seperti menyentuh anggota yang lain."


2- Membatalkan wudhu.
Ini yang zahir dari mazhab Ahmad, demikian juga pandangan Ibn Omar, Sa'id bin Musayyib, 'Ato, Urwah, Sulaiman bin Yasar,al-Zuhri, al-Auza'ie, al-Syafi'ie dan masyhur dari Malik.


Hujah mereka ialah hadith yang diriwayatkan dari Busrah binti Sofwan oleh Malik di dalam al-Muwatta', sabda Nabi saw :

من مس ذكره فليتوضأ

Maksudnya : "Sesiapa yang menyentuh kemaluannya, maka hendaklah dia berwudhu."

al-Tirmizi berkata : Hadith ini hasan sahih. Berkata al-Bukhari : Hadith ini أصح شيء في الباب. Hadith ini juga disahihkan oleh Ahmad.

Sesuatu yang penting untuk {diketahui perkataan al-Bukhari (أصح شيء في الباب) asahhu syai' fi al-bab} tidak memaksudkan kesahihan hadith tersebut, bahkan ia membawa maksud itulah sebaik-baik yang ada, walaupun ia tidak sampai ke darjat sahih dengannya semata-mata.

al-Qaradhawi juga menyebut satu kisah tentang hadith ini yang mana 'Urwah bin Zubair mengingkari hadith daripada Busrah Binti Sofwan ini. al-Qaradhawi berkata :

"Dan termasuk dari hak seseorang untukdia tawaqquf (berhenti tidak menggunakan) hadith ini (disebabkan adanya keraguan). Bagaimana boleh orang seperti 'Urwah bin Zubair tidak mengetahui hadith ini, dan dia tidak tahu langsung tentang hukum ini (sentuh kemaluan membatalkan wudhu) dan dia terkejut dengannya (dengan pendapat Busrah binti Sofwah tersebut) dan dia mempersoalkannya, sedangkan dia (Urwah binZubair)  tinggal di Madinah, salah seorang ulama Madinah, salah seorang rawi di Madinah, salah seorang fuqaha' yang tujuh yang terkenal. Bapanya al-Zubair, Ibunya Asma' pemilik dua pengikat pinggang (النطاقين), mak saudaranya 'Aa-isyah, dan dia ('Urwah) seorang yang paling terkenal meriwayatkan dari 'Aa-isyah. Bagaimanakah perkara ini diketahui oleh Busrah seorang sahaja ? tidak sahabat lainnya ? Terutamanya hadith initidak diriwayatkan dalam salah satu dua kitab yang sahih, tidak di dalam al-Bukhari dan tidak di dalam muslim. Tambahan pula ulama yang berpendapat batal (batal wudhu dengan menyentuh kemaluan kerana hadith ini) meletakkan syarat jika menyentuhnya tanpa lapik. Sebahagian yang lain meletakkan pula syarat lain, batal jika sentuh dengan tapak tangan kerana itulah alat sentuhan. Sebahagian yang lain meletakkan syarat jika sentuh dengan sengaja, kalau tersentuh, atau terlupa maka tidak membatalkan wudhu. Ditanya kepada Imam Ahmad: "(Perlu) wudhu bagi orang yang menyentuh kemaluan ?" Beliau menjawab : "(jika) seperti ini" sambil dia menggenggam tangannya, yakni jika seseorang itu memegang/menggenggam (kemaluan) dengan tangannya. bahkan sebahagian yang lain meletakkan syarat jika sentuh dengan syahwat. Orang-orang yang berpendapat batal wudhu dengan menyentuh kemaluan ini juga berkata tidak ada beza samaada menyentuh kemaluan sendiri atau orang lain. Berbeza dengan Daud (al-Zahiri) yang berkata adapun yang batal itu yang ada di dalam dalil, kemaluan sendiri. Ulama yang lain membantahnya (Daud), jika batal wudhu dengan menyentuh kemaluan sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 07:04 PM | Show all posts
Interesting...memang ada perbedaan pendapat, dan bahkan dalam kitab bulughul maram sendiri ada dua hadits yang berbeda. Yang satu mengatakan batal, dan yang satu tidak batal. Ini sebenarnya hanya permasalahan meletakkan hadits pada tempat yang benar. Ana lupa jalan istinbathnya, tapi kesimpulan yang kuat dalam masalah memegang kemaluan ini, adalah jika memegangnya dengan alas (dalam celana) maka tidak batal, tapi jika langsung memegang kulitnya, maka batal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-4-2008 01:22 PM | Show all posts
aku nak tanya sikit ada kemusykilan kat depan tadi...

kenapa pulak bila suami isteri yang berwuduk bila dorang bersentuhan antara satu sama lain wuduk dorang terbatal??? wuduk hanya batal bila bersentuhan dengan bukan muhrim kan??? bila suami isteri sudah berkahwin, then memasing sudah jadi muhrim antara satu sama lain, bukan kah wuduk tak terbatal...

musykil sikit...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2008 03:00 PM | Show all posts
Originally posted by Urban_Iz at 6-4-2008 01:22 PM
aku nak tanya sikit ada kemusykilan kat depan tadi...

kenapa pulak bila suami isteri yang berwuduk bila dorang bersentuhan antara satu sama lain wuduk dorang terbatal??? wuduk hanya batal bila ...


khilaf, pengikut mazhab shafie kata batal, kebanyak ulamak berpendapat tak batal, dalil2 dah banyak diturunkan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2008 04:00 PM | Show all posts

Balas #118 kupia\ catat

adakah bermaksud, mazhab syafi'e je yang kata batal, manakala mazhab lain tidak, begitu ke????
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2008 06:56 PM | Show all posts
Originally posted by Urban_Iz at 6-4-2008 04:00 PM
adakah bermaksud, mazhab syafi'e je yang kata batal, manakala mazhab lain tidak, begitu ke????


Firstly, mahram adalah terminology yang digunakan untuk merujuk kepada situasi haram berkahwin. Understanding the terminology is essential in understanding why status wudhu' suami isteri tu masih tetap seperti sebelum mereka berkahwin (for those adopting Syafi'e in this matter, ianya masih tetap batal).

Secondly, dalam mazhab lain, wudhu' suami isteri jadi tidak terbatal BUKAN kerana status suami isteri tersebut. Tetapi kerana secara generalnya, dalam mazhab lain wudhu' memang tidak terbatal jika bersentuhan lelaki dan perempuan. Ini kerana perbezaan penafsiran frasa "au lamastumu an-nisa'" dalam ayat 6 surah al-Ma'idah, beserta kehadiran beberapa hadith yang menunjukkan bahawa Rasulullah bersentuhan dengan isteri-isterinya dalam keadaan masih berwudhu' dan terus saja bersolat tanpa memperbaharui wudhu'.

Wallahu alam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.137702 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list