CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: syeikhbelalang

Pilihanraya Umum - Kaedah Islam Memilih Pemimpin?

[Copy link]
Post time 17-1-2008 07:00 PM | Show all posts
Dah nak buat macam mana Malaysia dah gunakan pilihanraya cara demokrasi..

Biarla mula2 guna cara ni naik jadi pemerintah...nanti dpt kuasa je,tukar la cara memilih pemimpin..

Dah xde cara lain dah...xkan nak berperang buat rampasan kuasa kot..??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2008 08:31 PM | Show all posts
Originally posted by tobby at 17-1-2008 06:18 PM


habislah Haron Din pun fasik sebab ikut cara yahudi masuk pilihanraya.  


Aku yang tak bertutup kepala pun dikatakan fasik..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2008 10:13 PM | Show all posts
Originally posted by tobby at 17-1-2008 06:18 PM


habislah Haron Din pun fasik sebab ikut cara yahudi masuk pilihanraya.  


Buat apa nak dikaitkan dengan Haron Din ? Ko kaitkan dengan Mahaguru dia pun , Tok Imam Wahabi  aku pun tak heran

Baca artikel Yahudi Menyesatkan Ulamak    http://groups.yahoo.com/group/SiberMelayu/message/20  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2008 10:16 PM | Show all posts
Originally posted by cak! at 17-1-2008 07:00 PM
Dah nak buat macam mana Malaysia dah gunakan pilihanraya cara demokrasi..

Biarla mula2 guna cara ni naik jadi pemerintah...nanti dpt kuasa je,tukar la cara memilih pemimpin..

Dah xde car ...


Buat apa nak kait kan dari yang mula ? Bukankah yang mula di Malaysia berasal dari agama Hindu ? Lepas tu silih berganti bertukar pemimpin . Cuma kita dikehendaki memulakan contoh mengikut Sunnah Nabi .Takkan dah ada contoh sunnah Nabi , kita nak ikut telunjuk sunnah Yahudi ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2008 10:19 PM | Show all posts
Originally posted by juwaini at 17-1-2008 08:31 PM


Aku yang tak bertutup kepala pun dikatakan fasik..


Tu bukan aku yang kata ?   Tu fahaman dari Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang berkiblat pada Imam Ghazali pada ilmu Tasawuf . Pada Imam Syafei bab ilmu Fekah dan pada Imam Abu Hassan Asyaari  dan Imam Maturidi bab ilmu Usuludin atau bab Sifat 20 bagi Allah .

Jika tak mau dikatakan fasik , tutuplah kepala . Terutama jika pakai serban . Bukankah serban mahkota nabi ?

[ Last edited by  syeikhbelalang at 18-1-2008 06:33 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2008 12:39 AM | Show all posts
Hasil Sistem Demokrrasi

Apalah yang hendak dibanggakan dengan sistem demokrasi
yang makin ke hujung semakin membawa kecelakaan
Hasil demokrasi tidak dapat melahirkan pemimpin yang adil dan jujur
kepada bangsa dan negara apatah lagi kepada agama

Tidak kira berlaku di negara mana dan oleh apa bangsa
Hasil demokrasi masyarakat berpecah-belah,
negara porak-peranda, ekonomi binasa
Ramai pemimpin yang menang secara kotor,
paling tidak menjadi tanda tanya bagi yang berjaya

Undi boleh dibeli, rasuah boleh dibagi,
untuk menang ada janji-janjinya
Musim pilihanraya seolah-olah mendapat ikan kena tuba
atau durian runtuh oleh setengah orang

Rakyat yang tidak bertanggungjawab,
pemimpin yang kotor memberi sogokan dan suap
Rakyat diperjudikan, rakyat dipermainkan,
rakyat jadi buah catur oleh tangan-tangan yang khianat

Rakyat umum menunggu pembela
dari satu pilihanraya ke satu pilihanraya
namun tidak kunjung tiba
Harapan demi harapan namun tidak menjadi kenyataan

Di setengah negara
kerana tidak puas hati hasil demokrasi rakyat demonstrasi
Kerana adanya politik wang,
ada penipuan di dalam undian

Rakyat tidak puas hati,
bercakap-cakap serata negara namun pemimpin
tidak terasa malu juga

Apa perlu malu
yang penting aku sudah menang,
aku sudah berjaya dan ada kuasa

Yang tidak ada duit
tapi mahu berjaya mencerca dan mengata,
menfitnah dan menghina

Tuduh-menuduh satu sama lain,
hilang kasih sayang, hilang perpaduan di dalam negara
Di dalam demokrasi terpaksalah ada kroni,
ada klik-klik, ada team dan kem

Ada orang aku, ada orang dia,
ada orang depa setengah musuh jadi lawan,
lawan jadi musuh
Kawan tidak setia

Mudah dapat kawan ,mudah hilang kawan
Penyakit demokrasi ini berlaku di dalam negara,
berlaku di dalam parti seolah-olah
sudah jadi budaya







Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2008 07:39 AM | Show all posts


Kitakan ada pemimpin Islam Hadhari ? Anak Tok Imam dan cucu Ulamak pula . Apa yang tak betul lagi ?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 10:14 AM | Show all posts
Originally posted by syeikhbelalang at 17-1-2008 10:16 PM


Buat apa nak kait kan dari yang mula ? Bukankah yang mula di Malaysia berasal dari agama Hindu ? Lepas tu silih berganti bertukar pemimpin . Cuma kita dikehendaki memulakan contoh mengikut Su ...



..Ente bagi la cara mcm mana nak mulakan pemilihan pemimpin cara sunnah nabi pada masa keadaan sekarang di Malaysia..

xnampak cara lain nak boleh naik..mcm ana kata, nnt PAS dpt memerintah, ubahlah cara Islam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2008 11:04 AM | Show all posts
Originally posted by syeikhbelalang at 17-1-2008 10:19 PM


Tu bukan aku yang kata ?   Tu fahaman dari Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang berkiblat pada Imam Ghazali pada ilmu Tasawuf . Pada Imam Syafei bab ilmu Fekah dan pada Imam Abu Hassan Asyaari   ...

Tasawuf?
Apa kata ko bercerita tentang aspek hukum dalam bahasa 'layman'.
Patut la orang bukan Islam takut menerima Islam.. Dah pejuang pseudo-Islamnya lebih suka pentingkan furu' dari perkara pokok..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 11:59 AM | Show all posts
Originally posted by juwaini at 18-1-2008 11:04 AM

Tasawuf?
Apa kata ko bercerita tentang aspek hukum dalam bahasa 'layman'.
Patut la orang bukan Islam takut menerima Islam.. Dah pejuang pseudo-Islamnya lebih suka pentingkan furu' dari ...



Takut aku baca point awak dari forumners yang lain .  Asyik nak penting pokok . Pokok boleh hidup ke kalau ranting dok layu je ? Last2 tumbang gak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2008 12:36 PM | Show all posts
Originally posted by cak! at 18-1-2008 10:14 AM



..Ente bagi la cara mcm mana nak mulakan pemilihan pemimpin cara sunnah nabi pada masa keadaan sekarang di Malaysia..

xnampak cara lain nak boleh naik..mcm ana kata, nnt PAS dpt memerint ...


Pada pandangan mata kasar memang tak nampak , cuma dengan pandangan mata hati saja baru nampak dan mengerti apa itu sunnah Nabi kearah membina negara Islam .

Macam Rasululah mula berdakwah pada arab jahiliah. Tak nampak mereka akan bangkit dan membina empayar Islam hingga mampu menguasai 3/4 dunia. Tetapi Rasululah menanam keyakinan mereka pada Illahi . Bila majoriti dah ramai yg bertaqwa , baru ALLAH beri Taufik wal Hidayah bagaimana nak membangunkan negara Islam .
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 12:49 PM | Show all posts
Originally posted by Tok_imam at 18-1-2008 11:59 AM



Takut aku baca point awak dari forumners yang lain .  Asyik nak penting pokok . Pokok boleh hidup ke kalau ranting dok layu je ? Last2 tumbang gak


Ye ke? Kalau saya ni tinggi ilmu dan iman, mungkin saya akan mula berbicara soal ranting. Tapi sebab saya masih bertatih dan banyak lemahnya, saya tumpukan untuk menguatkan pokoknya. Soalnya, kuatkah pokok KITA?

BTW, ranting layu, pokok tetap tegak berdiri. Tapi ranting yang cantik, pokok tunjangnya lemah, baru kena ribut sikit dah tumbang..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2008 03:03 PM | Show all posts
Originally posted by juwaini at 18-1-2008 12:49 PM


Ye ke? Kalau saya ni tinggi ilmu dan iman, mungkin saya akan mula berbicara soal ranting. Tapi sebab saya masih bertatih dan banyak lemahnya, saya tumpukan untuk menguatkan pokoknya. Soalnya, ...




Kenapa nak off topik ni ? Bagi aku tak kisah samada pokok atau ranting pada perkara2 cabang tanpa membabitkan akidah .

Cuma tanya pada hati kita . Nak ikut sunnah Nabi atau sunnah Yahudi . Kalau ranting dalam Islam pun kita abai dan asyik tiru ranting Yahudi , dimana kita nak latih remaja kita supaya mencintai sunnah nabi ? Malah secara tak sedar yang pokok pun ikut stail Yahudi
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 03:42 PM | Show all posts
Originally posted by syeikhbelalang at 18-1-2008 03:03 PM
Kenapa nak off topik ni ? Bagi aku tak kisah samada pokok atau ranting pada perkara2 cabang tanpa membabitkan akidah .

Habis tu? Kalau akidah tu perkara utama, kenapa perlu me'Yahudi'kan orang lain?

Cuma tanya pada hati kita . Nak ikut sunnah Nabi atau sunnah Yahudi .Kalau ranting dalam Islam pun kita abai dan asyik tiru ranting Yahudi ,dimana kita nak latih remaja kita supaya mencintai sunnah nabi ? Malahsecara tak sedar yang pokok pun ikut stail Yahudi

Adakah sudah cukup kita ajar anak kita bab iman? Bab akidah?
Kesempurnaan solat fardhu? Ajar mereka untuk pastikan solat tu halang mereka dari buat perkara mungkar?
Kalau semua jawapan tu belum, kenapa kita sibuk-sibukkan perkara ranting?
Kenapa sibuk-sibuk mem'fasik'kan lelaki yang tak memakai songkok/ketayap?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2008 04:01 PM | Show all posts
Originally posted by juwaini at 18-1-2008 03:42 PM

Habis tu? Kalau akidah tu perkara utama, kenapa perlu me'Yahudi'kan orang lain?


Bila aku 'menyahudikan' orang lain ?   Orang Islam itu sendiri yang selesa ikut stail Yahudi dari waktu mereka lahir sampai mereka mati

Adakah sudah cukup kita ajar anak kita bab iman? Bab akidah?
Kesempurnaan solat fardhu? Ajar mereka untuk pastikan solat tu halang mereka dari buat perkara mungkar?
Kalau semua jawapan tu belum, kenapa kita sibuk-sibukkan perkara ranting?
Kenapa sibuk-sibuk mem'fasik'kan lelaki yang tak memakai songkok/ketayap?


Kalau dah cukup ajar iman tak perlulah nak sibuk2 buat pilihanraya anjuran Lord Reid ? Bukankan akidah Islam itu Mengucap 2 Kalimah Syahadah ? Camner kta naik saksi bahawa nabi Muhammad itu Pesuruh Allah jika langkah kita bertentangan dengan usaha Baginda ? Seperti mengajak manusia memilih Pemimpin berdasarkan Iman Dan Taqwa dan bukan melalui Undi Pilihanraya ?

Kau tak pentingkan songkok dan ketayap ke ? Bukankah itu penampilan bagi umat Islam ? Gunanya untuk mencontohi pakaian Rasululah yang senantiasa berserban dan untuk membezakan umat Islam dengan agama yang lain .

Kira jika nak penting pokok ,  cukuplah berpakaian bagi lelaki dari pusat sampai ke lutut. Tak payah berbaju dan berpakaian seluar panjang
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 04:08 PM | Show all posts
yahudi ke sana yahudi ke mari.........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-1-2008 04:09 PM | Show all posts
Originally posted by tobby at 18-1-2008 04:08 PM
yahudi ke sana yahudi ke mari.........


Macam stail Maideen je .Prifggggggggggggggggggggtttttt !
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 04:10 PM | Show all posts
Originally posted by tobby at 18-1-2008 04:08 PM
yahudi ke sana yahudi ke mari.........



Sometimes I was wondering whether they're talking about sunnah Nabi or sunnah Abuya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2008 04:12 PM | Show all posts
Originally posted by juwaini at 18-1-2008 04:10 PM



Sometimes I was wondering whether they're talking about sunnah Nabi or sunnah Abuya..


Dah hilang modal . Ingat juga pada Abuya
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2008 06:44 AM | Show all posts
Originally posted by juwaini at 17-1-2008 08:31 PM


Aku yang tak bertutup kepala pun dikatakan fasik..


Tak mau dihgelar fasik , bertutuplah kepala
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 06:50 AM GMT+8 , Processed in 0.345996 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list