|
nape aku tau kesah pon pasal dia sakit...
dulu red pernah tusyen dgn dia... so lovely,, tiap kali dtg tusyen bawa 10inggit |
|
|
|
|
|
|
|
she's such a gifted person... kenapa x dpt apa2 anugerah lg.. x kan nk tunggu dh takde br nk bagi kot..
fazila17 Post at 23-6-2009 18:18
standard la tu,, bila dh x de baru nk kenang jasa dia |
|
|
|
|
|
|
|
sedihnyer tgk pix die kat katil tuhhtak silap buku form 5 sastera bahasa melayu ader die tulis sajak lupe plak aper namer sajaknyer tuhh:geram: |
|
|
|
|
|
|
|
mOga cikgu baek baek ..hendak NYA.. |
|
|
|
|
|
|
|
apasal posting aku x de nie....
tulis lg skali la
dulu red pernah tusyen dgn cik dib,, klau org2 rapat dgn dia panggil dia abg dib...
tiap kali dtg tusyen bawa 10inggit |
|
|
|
|
|
|
|
Adibah Amin (lahir 19 Februari 1936) ialah seorang ahli akademik, ahli bahasa, penulis bahasa Melayu serta bahasa Inggeris, dan pelakon Malaysia. Sri Delima merupakan nama penanya. Karya-karyanya termasuk tiga buah novel dalam bahasa Melayu (Bangsawan Tulen, Seroja Masih Di Kolam, Tempat Jatuh Lagi Dikenang) bersama-sama dengan lebih kurang 200 drama radio ("Hanya 10 adalah baik", beliau berkata dengan rendah hati kepada majalah Asiaweek), dan sebilangan cerpen pendek. Dalam bahasa Inggeris, beliau menulis untuk akhbar The Star, dan kini paling diingati untuk ruangnya "As I Was Passing" yang ditulis semasa beliau bertugas dengan akhbar New Straits Times. Terbaru, pada November 2006, Adibah melahirkan novel pertamanya di dalam Bahasa Inggeris, "This End of The Rainbow" yang memaparkan sebuah fiksi tentang kehidupan mahasiswa sekitar tahun 50an. Novelnya "Seroja Masih di Kolam" telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Jepun dengan judul "Surojya No Hana Wa Mada Ike Ni (1986)." Adibah juga turut menterjemahkan karya-karya sastera besar Malaysia termasuklah No Harvest But Thorns tulisan Sasterawan Negara Malaysia, Shahnon Ahmad (judul asal Ranjau Sepanjang Jalan) dan Jungle of Hope (tulisan SN Keris Mas, judul asalnya, Rimba Harapan). Sehingga tahun 2006, Adibah masih giat menulis terutamanya mengenai artikel-artikel pendidikan di suratkhabar (The STAR). |
|
|
|
|
|
|
|
Kehidupan Awal Adibah Amin
Dilahirkan di Johor Bahru, Johor, dengan nama Khalidah Adibah bt Amin, ibunya, Tan Sri Zainon Sulaiman atau lebih dikenali sebagai "Ibu Zain" merupakan seorang pejuang kemerdekaan terhadap penjajah British bersama-sama Tunku Abdul Rahman dalam UMNO, dan tidak mahu ahli-ahli keluarganya untuk bertutur dalam bahasa Inggeris. Ibunya hanya bertutur dalam bahasa Melayu dengan anak-anaknya, dan menghantar mereka ke sekolah Melayu dan Arab.
Ketika berumur sepuluh tahun, Adibah mendaftar masuk ke sekolah bahasa Inggeris. Sekolah itu hanya membenarkan murid-muridnya bertutur dalam bahasa Inggeris. Pada mula-mulanya, beliau menghadapi banyak masalah untuk berbuat demikian, tetapi buku-buku bahasa Inggeris, dengan gambar-gambar yang menarik, menawan hatinya.
Dalam sebuah temu bual dengan majalah Asiaweek pada sekitar 1999, Adibah berkata:
"Saya cinta akan bahasa Inggeris. Anda boleh membuat apa-apa sahaja dengannya. Saya suka akan bahasanya yang tidak kemas. Peraturan-peraturannya tidak tegar. Saya juga tidak kisah tentang ejaannya yang gila. Saya tak nak pembaharuan untuk bahasa itu. Sudah tentu, kesemuanya bergantung kepada bagaimana bahasa itu digunakan. Bahasa itu boleh bersifat penuh gah yang menggerunkan. Bagaimanapun, saya masih lebih cinta akan bahasa Melayu. Apabila saya menulis sesuatu dengan mendalam, ia ternyata ditulis dalam bahasa Melayu. Dalam bahasa Inggeris, saya hanya menulis dengan cara yang tidak serius kerana bahasa itu merupakan bahasa kedua saya, dan saya tidak suka mencuba dengan bersungguh-sungguh. Hasilnya tidak sebegitu baik seperti yang saya kehendakinya."
Pada tahun 1953, Adibah melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya. |
|
|
|
|
|
|
|
Kerjaya Adibah Amin
Adibah memulakan kerjayanya sebagai seorang guru pada tahun 1958 ketika berumur 22 tahun di Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan. Pada tahun 1970, beliau merupakan Guru Besar di Sekolah Menengah Sri Puteri, Kuala Lumpur. Beliau kemudian menjadi pensyarah di Maktab Bahasa (sekarang Institut Bahasa), Kuala Lumpur.
Pada tahun 1971, ketika berumur 35 tahun, Adibah menyertai The New Straits Times Press Sdn Bhd (NSTP) sebagai seorang wartawan. Beliau mempergunakan kekuatannya dalam bidang pendidikan untuk menggabungkannya dengan bidang kewartawanan. Salah satu hasilnya ialah ruang "As I Was Passing" yang mencetuskannya ke barisan depan kewartawanan negara dan mencapai untuknya setakat kemasyhuran. Beliau pernah dilantik sebagai Penasihat Editor Majalah Jelita, keluaran NSTP.
Pada tahun 1984, Adibah meninggalkan syarikat NSTP untuk menjadi penulis bebas serta untuk mengajar bahasa Melayu. Kemudian, pada awal 1990-an, beliau menyertai akhbar The Star dan tidak lama kemudian, menulis satu siri ruang mengenai pembelajaran bahasa Melayu yang merupakan kekuatannya untuk bahagian akhbar, Pendidikan Star Terbitan Ahad (Sunday Star Education). Antara ruang-ruangnya semasa bertugas akhbar, The Star, ialah:
Bahasa Kemas Kini (Bahasa Update)
Operasi Sangat Bersih (Operation Squeaky Clean)
Datanglah ke Kelas Adibah - Bahasa SPM (Come to Class with Adibah - SPM Bahasa)
Datanglah ke Kelas Adibah - Bahasa PMR (Come to Class with Adibah - PMR Bahasa)
Datanglah ke Kelas Adibah - Bahasa UPSR (Come to Class with Adibah - UPSR Bahasa). |
|
|
|
|
|
|
|
Filem Lakonan Adibah Amin
1990: Mat Som
1989: Hati Bukan Kristal
1980: Adik Manja, sebuah filem komedi yang diarahkan oleh Othman Hafsham, dan dilakon bersama-sama dengan Dharma Harun Al-Rashid serta Noor Kumalasari. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Flower007 at 23-6-2009 22:53
Anugerah - Adibah Amin
1980: Pelakon Pembantu Terbaik untuk filem Adik Manja dalam Pesta Filem Malaysia Pertama
1983: Anugerah Penulisan SEA (SEA Write Award)
1991: Anugerah Pengembangan Sastera Esso-Gapena
1996: Anugerah Wartawan Cemerlang Negara oleh Persatuan Wartawan Melayu Malaysia
1996: Anugerah Kesusasteraan Johor
1998: Anugerah Tun Razak untuk sumbangan yang cemerlang kepada pendidikan, serta persefahaman antara kaum dan keharmonian di Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ZabedAmin at 23-6-2009 23:06
Anugerah Daripada Sultan Johor utk Adibah Amin
Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat ke-3
(Setia Mahkota Johor)
|
|
|
|
|
|
|
|
Mak Adibah Amin
|
|
|
|
|
|
|
|
aku macam tak caya jek cikgu bedah ni dah 70+...
rasa macam dia muda lagi....teringat lakonan kecoh selamba dia dalam adik manja... |
|
|
|
|
|
|
|
how is she doing now? any new development?
Adibah Amin patutnya diberi pangkat datuk segalanya lama dah.. banyak jasa dia pada negara.. pada dunia penulisan di Malaysia amnya.. takkan nak tunggu posthumous award lagi kot.. we never learn, do we? |
|
|
|
|
|
|
|
semoga ibu dip sihat kembali dan diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian ini. |
|
|
|
|
|
|
|
apa khabar adibah amin sekarang ni ya... |
|
|
|
|
|
|
|
Stil remember her as a cute cikgu bedah. Semoga cepat sembuh. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia adalah sebutir bintang yang tak ada duanya. |
|
|
|
|
|
|
|
baru baca this story...sebak tiba tiba...bagaimana keadaan adibah amin sekarang? suka 'as i was passing' |
|
|
|
|
|
|
|
aku memang minat dier...
die ke yang berlakun adik manja tu???
yang jdik cikgu gedik??? |
|
|
|
|
|
|
| |
|