|
So You Think You Can Dance (SYTYCD) [8TV, Thursday 9.30pm]
[Copy link]
|
|
Originally posted by ColbyRaikkonen at 18-7-2008 09:39 AM 
Apsal aku rasa cam makin tak best SYTYCD nie...
Kareography cam cikai jerkkk...
Tak byk trick ker apa...
Tarian pun tak berapa nak strong...
Adakah mungkin sebab aku tgh tgk catch up ...
tu la ...mcm ada yg kurang...ada promo pon masih tunjuk peserta2 last year...
rasa kejap sgt....dah TOP 6... |
|
|
|
|
|
|
|
Top 6 berentap!
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
[email protected]

Ray dan Farah terkeluar saingan secara bermaruah
PADA ketika rata-rata peserta yang masih tinggal memberikan persembahan memberangsangkan, nasib pula tidak menyebelahi Ray Redzuan Awang dan Farah Hanan Nordin apabila dua peserta terbabit gagal mendapat sokongan penonton setelah masing-masing berada pada kedudukan empat terbawah dalam saingan Top 8 rancangan So You Think You Can Dance.
Minggu lalu, boleh dikatakan semua juri pertandingan, Ramli Ibrahim, Judimar Hernandez, Pat Ibrahim dan Marion D扖ruz (juri undangan) berpuas hati dengan persembahan peserta yang tampil bersama gaya tarian hip hop, house, paso doble, kontemporari, Latin fusion, pop dan kontemporari Malaysia.
Namun, Ray dan Farah akhirnya mengucapkan selama tinggal pada rancangan realiti berbentuk pertandingan tarian berkenaan, apabila undian peminat tidak berpihak kepada mereka. Sebaliknya, peluang untuk berentap di pusingan seterusnya lebih memihak kepada dua lagi peserta kedudukan empat terbawah minggu itu, Ng Kar Fei atau Black dan Wong Sook Ken (Jojo).
Ray dan Farah yang berpasangan mempersembahkan tarian house dan kontemporari Malaysia, masing-masing mengikut irama lagu Love in this Club (Usher) dan Manis (Zainal Abidin) begitupun tidak kecewa apabila tersungkur pada ketika pertandingan hanya berbaki dua minggu lagi.
"Saya tidak sama sekali berasa kecewa, sebaliknya amat bersyukur apabila berjaya sampai ke tahap Top 8. Cuma rezeki yang nampaknya tidak menyebelahi kami. Pada dasarnya saya amat gembira dengan persembahan malam ini. Saya percaya, saya sudah memberikan persembahan cukup baik pada kedua-dua tarian tadi. Apabila menari, saya bergerak dengan sepenuh jiwa. Tetapi, juri mungkin mempunyai pandangan berbeza.
"Begitupun, saya tidak kesal kerana saya berasakan, saya terkeluar daripada saingan dengan penuh bermaruah. Pada masa yang sama, saya cukup bertuah kerana jika dilihat pada latar belakang, saya seorang penari kontemporari Melayu. Namun di sini, saya berpeluang menarikan pelbagai jenis tarian lain," katanya yang turut mengakui kehebatan semua peserta bertanding.
Menurut jejaka berusia 28 tahun dari Kota Kinabalu ini, sebaik tersingkir, dia akan kembali bekerja sebagai penari di Istana Budaya (IB) dengan kontraknya berbaki dua bulan lagi.
"Selepas tamat kontrak nanti, saya teringin untuk terjun ke dunia lakonan pula. Apatah lagi, saya memang meminati pentas teater. Kedua-duanya pula, menari dan berlakon, cabang seni yang tidak jauh berbeza," kata Ray.
Farah kembali bekerja
MENARIK: Antara gerakan yang dipamerkan pasangan Black dan Sim bagi tarian Latin Fusion.
SEPERTI Ray, Farah juga akan kembali ke tempat kerja lamanya di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya. Di situ, dia bekerja sebagai penyelidik perubatan bagi pesakit kanser.
"Nampaknya, sudah agak lama saya berenggang dengan rakan sekerja serta pesakit saya. Saya sendiri sudah terlalu merindui mereka. Saya masih begitu sayangkan pekerjaan itu, jadi tidak ada niat untuk saya meninggalkannya. Bidang penyelidikan memang menjadi minat utama saya," katanya yang antara lain ditugaskan untuk menguji ubat baru di kalangan pesakit kanser.
Meskipun begitu, wanita berusia 26 tahun dari ibu kota ini juga tidak akan melupakan kelas tarian kerana selepas waktu kerja, dia bergegas pula mengajar pelajarnya di Harmony Ballet, secara sambilan.
Farah turut berasakan, dia diletakkan juri pada kedudukan empat paling bawah berikutan persembahannya yang kurang berjiwa.
"Pada minggu ini, saya mengaku agak sukar untuk mencantumkan diri saya dengan dua tarian berkenaan. Selalunya, saya menari mengikut kata hati, tetapi pada kali ini, ia tidak berapa menjadi. Jadi, tentunya juri dapat mengesan kekurangan ini.
"Jika diberi masa yang lebih, saya berasa agak yakin dapat menghayatinya dengan lebih baik. Lebih-lebih lagi katar belakang saya bukan dalam bidang tarian house ataupun kontemporari, tetapi ballet. Namun saya amat bersyukur, setidak-tidaknya daripada 5,000 peserta yang mencuba bakat, dapat juga saya sampai ke tahap ini. Saya sendiri tidak pernah bermimpi untuk menjejakkan kaki sejauh ini dalam pertandingan ini," ujar Farah.
INFO
# SO YOU THINK YOU CAN DANCE akan mencapai kemuncaknya pada 1 Ogos depan apabila empat penari bakal bersaing sesama sendiri bagi merebut gelaran juara.
# PEMINAT rancangan ini dapat mengikuti saingan peringkat Top 6 esok di Ruums, Life Centre, Kuala Lumpur. Peserta yang masih meneruskan perjuangan adalah Hafizullah Mahmud atau Sly, Wong Sook Ken (Jojo), Ong Tze Hong (Hong), Yong Ling Shi (CC), Ng Kar Fei (Black) dan Hoi Cheng Sim (Sim).
# ORANG ramai yang ingin menyaksikannya secara langsung dari Ruums boleh mendapatkan pas percuma di balai pengawal Sri Pentas, Bandar Utama, pada Isnin hingga Jumaat, jam 9 hingga 6 petang. Tiket adalah terhad.
# TIKET eksklusif juga boleh didapati dengan melayari laman web www.8tv.com.my/sytycd atau mendengar pengumuman di Fly FM dan 8TV Quickie. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #104 limau's post
blum tau lg...jumaat 1ogos br grand finale...
top 4
hong, black, cc, sim...
aku ingtkan si sly tu dpt masuk...
upa2nya terkluar mlm td bersama ngan pasangannya jojo |
|
|
|
|
|
|
|
aku nk BLACK menang...tp nmpk mcm CC & Hong ramai fan |
|
|
|
|
|
|
|
aku x suke hong p final.....
suke sly....best dr awal lgi...
even ramli pon nmpk cam sedih sly kuar..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by chaoyunjie at 25-7-2008 12:42 PM 
blum tau lg...jumaat 1ogos br grand finale...
top 4
hong, black, cc, sim...
aku ingtkan si sly tu dpt masuk...
upa2nya terkluar mlm td bersama ngan pasangannya jojo
yelah hrp Sly... tp dia pon dah out.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa sim @ cc yg menang kot....
vote jgn x vote!!!!hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
BLACK good in PARTNER..
kalau DANCE sorg2..
HANCUR...
aku nk sgt SLY ms0k FINAL..
arghh...die pnye GRAF pling bgus..
SIM pnye GRAF pling MAINTAIN..
so my choice for WINNER is = SIM |
|
|
|
|
|
|
limau This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
rupenya black ngan sim mmg real couple ye |
|
|
|
|
|
|
|
yayy yay CC menang. hehe mmg from day 1 dah agak cc menang nyer  |
|
|
|
|
|
|
|
dah habis ke program tu..
aku tgk sim nari je td.. |
|
|
|
|
|
|
|
GRAND FINAL kurang menyengat.........
Actually masa tarian final...byk nampak kelemahan...
CC menang......ingatkan Black or SIm....apapun....okay la
JUdges pun split decision.....ada suka CC, ada suka Hong, ada suka SIM.
Last year.....semua judges fav adalah ALAM....dan ALAM menang
This year....bila CC menang, hanya Pat ajer berdiri gembira
Last year....semua bangun....dan happy....
Mana ucapan PEMENANG??? Ayyoyo....
Last year mmg lagi best!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
macam tak percaya cc yang menang, ingatkan sim |
|
|
|
|
|
|
|
CC ramai fan...Sim xmenang sebab kurang cantik dr CC kot |
|
|
|
|
|
|
|
btw, masa tarian hong ngan sim (yg previous fara& black)...
banyak kekurangan yg aku nengok...
aku prefer fara& black perform lg bagus....for that tarian la...
my sizlingg cc..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|