|
Reply #99 eastrun's post
nice2....
anda telah melaluinya dengan agak baik setakat ini...
teruskan bersabar ye.....setiap yg anda alami tu tak terlepas walaupun sebesar zarah dari pandangan Tuhan....Dia jugak MAHA KAYA....
setiap yg berlaku adalah lambang luasnya KEKAYAANNYA. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #100 mnm77's post
Ok, tutup aib tu bagus, persoalannya bukan tak mencukupi tutup aib tapi adakah cara kamu tu menyelesaikan masalah?
Sepatutnya kamu kena la CLEAR kan kepada staff yang lain bahawa kamu perlukan sokongan dari boss kamu tu, tapi kamu kata kamu tak cerita masalah tu
Kenapa masalah research ni jadi sampai kamu tak terurus? This is something more than research problem, it is more personal related problem... Mungkin boss kamu tu nak larikan diri dia dari kamu sebab kamu seolah-olah terlalu bergantung padanya dan menimbulkan salah faham di kalangan staff?????
sokong jugak, satu prinsip yg sangat2 saya pantang iaitu tak buleh menipu....walopun dengan alasan kebaikan ....harap lain kali jangan diamalkan lagi ya saudara eastrun....
tidak pernah ada istilah tipu dlm hidup org islam. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #100 mnm77's post
Mnm,
Kalau awak orang bawahan seperti saya,apakah awak akan memburuk-burukkan orang atasan awak?. Adakah awak akan mengatakan bos awak reject awak dan sebenarnya awak nak sangat berada si bawah dia?.
Mungkin juga la kot dia nak larikan diri... saya tidaklah bergantung yang teramat sangat kepada dia...cuma kami pernah bertegang leher hanya kerana nama dalam research paper...saya katakan pada dia, kalau dia nak nama dia ada dalam papers saya, dia mestilah ada di labnya pada ketika saya buat kerja, supaya nanti orang takkan katakan pada saya, :"Apa ni East, dia dah tak ada, ko letak nama dia dalam papers ko buat apa?". Niat saya adalah baik...saya nak dia diletakkan dalam papers saya perlulah dengan cara professional dan mengikut prosedur...tidak terus letak kerana nak letak...
So, dia cakap dengan saya dia nak pergi ke luar negara, saya tanya bila, dia tak nak bagitahu, saya tanya research assistant, semua tak nak bagitahu, semua biarlah rahsia...so, disebabkan itu saya speed up projek saya supaya saya capai milestone untuk test kat lab dia...dan...saya pun capai milestone tersebut...bila saya capai...saya hantar sampel saya ke lab dia...remuknya hati saya bila RA dia kata dia dah pegi last week.. Nak tak nak, saya buat kerja saya...tapi hati saya ketika itu hanya Tuhan sahaja yang tahu...
Saya menjadi tidak terurus kerana saya melebihkan milestone bahagian dia kerana nak mengejar dia, tapi dia bukan ambil kisah pun,kan...yang penting nama dia ada dalam papers saya...kira menempekkan diri pun dah cukup...tak yah buat kerja...Jadi, sehingga sekarang, tak ada pun orang yang tahu, macam mana tetiba east ni boleh lak terlebih satu milestone dan meninggalkan milestone yang lain...
Cuma yang saya syukur kepada Allah, saya tidak patah semangat walaupun saya patah hati sebenarnya...saya masih teruskan buat kerja, sebab saya masih ingatkan amanah yang diberikan oleh institut ini yang saya perlu siapkan..saya buat projek ni pakai duit institut...so saya kena jalankan tanggungjawab saya walaupun pada masa yang sama saya sangat sedih dengan perbuatan dia..
Kalau dia profesional, dia patut remind saya bila dia nak pergi...memanglah kalau nak diikutkan pada pandangan mata kasar, saya tak layak tahu...tapi apa gunanya orang bawahan dia?. Dan dia merupakan satu-satu officer kat sini, yang pangkatnya tinggi, TAPI, kalau nak berkomunikasi dengan orang, mesti akan guna perantaraan..tak suka nak direct...bila dah guna perantaraan, maka apa yang akan sampai kat orang lain adalah tambah tolak je... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #102 ussopp's post
Sian kat dia ussopp...dah tersepit tuh...camne nak tolong dia ek?.
Kalau I, I akan rahsia juga kot...macam bercinta la pulak,kan..hehehehe...bagaikan lilin yang membakar diri, tapi cuba menerangi dan menyenangkan kehidupan orang sekeliling...Macam I kata tadi, the problem pasti selesai kalau officer tu declare east ni under him dan menghargai east sebagai project leader dia....tapi, apa boleh buat...macam jaga kelas...yeww...I really cannot accept that kind of people kat dalam hidup I...
So, east, convert to PhD straightaway...so that bila dia balik, dia tak boleh nak pandang you macam rubbish lagi dah......
Tgk...I dah cakap dah officer tu jaga kelas...kenapa nak berhubung dengan orang bawah pun nak pakai perantaraan?. Even my director pun, kalau nak jumpa I, dia akan call direct...tak da pun pakai PA dia...dia ni, baru unit leader dah buat orang mcm nih.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #104 raducan's post
Ko kerja kat mana??.
Nampak gayanya hanya Allah sahaja yang dapat tolong...memanglah....tak ada daya dan kuasa melainkan dengan pertolongan Allah... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #102 ussopp's post
saya tak menipu...saya just tak boleh meluahkan perkara sebenar... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #106 eastrun's post
hmmm.....sy takmo attack anda sebab tipu nie...
sebab anda dah banyak susah.......
tapi please, lainkali kalo tak mo bagitau just elakkan diri.....atau senyap....sebab kalo cakap sesuatu yg bukan fakta adalah tipu....dan tipu bukan karakter org Islam, masih ada banyak cara nak jaga hati org selain dari tipu.
tiada tipu dlm Islam walopun tuk kebaikan percayalah....sapa2 nak berdebat dgn saya pasal hal ni silakan.....kerna sy benci perkara tipu nie.
but this is another problem.....
sekarang camna nak setelkan problem ko ni yek?
okkeh, sekarang apa matlamat ko seterusnya, wahai saudaraku eastrun? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by raducan at 13-6-2008 09:14 AM
Sian kat dia ussopp...dah tersepit tuh...camne nak tolong dia ek?.
Kalau I, I akan rahsia juga kot...macam bercinta la pulak,kan..hehehehe...bagaikan lilin yang membakar diri, tapi cuba menera ...
yaa....agreed.... cuma jaga rahsia tak bermakna boleh lie...
takpelah, lets see apa yg eastrun plan nak wat dalam situasi yg telah pun berlaku sekarang. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eastrun at 13-6-2008 08:36 AM
Mnm,
Kalau awak orang bawahan seperti saya,apakah awak akan memburuk-burukkan orang atasan awak?. Adakah awak akan mengatakan bos awak reject awak dan sebenarnya awak nak sangat berada si bawah dia?.
Mungkin juga la kot dia nak larikan diri... saya tidaklah bergantung yang teramat sangat kepada dia...cuma kami pernah bertegang leher hanya kerana nama dalam research paper...saya katakan pada dia, kalau dia nak nama dia ada dalam papers saya, dia mestilah ada di labnya pada ketika saya buat kerja, supaya nanti orang takkan katakan pada saya, :"Apa ni East, dia dah tak ada, ko letak nama dia dalam papers ko buat apa?". Niat saya adalah baik...saya nak dia diletakkan dalam papers saya perlulah dengan cara professional dan mengikut prosedur...tidak terus letak kerana nak letak...
East, pasal paper ni sebab nama pun ramai yang bergaduh. Kenapa dia mesti pergi lab sedangkan dia boss? Kat sini pun dah nampak, biasanya kalau tak respect kat boss, macamana nak expect boss senang2 nak tolong? Kalau betul2 nak di bawah dia kena la pandai2 sikit selalu dengar cakap dia. Kalau tak setuju sesuatu kena berhemah banyak2 dengan boss. Ni sejenis politik kalau nak berada di bawah seseorang. Tapi kalau kau tak kisah dengan siapa, kau tak perlu sangat berpolitik. (Hishhh dalam research pun ada politik, tapi jangan sampai politik makan diri)
Dan adalah biasa orang bawah kadang2 tak setuju dengan tindakan atau keputusan boss, tapi kalau dpt tunjukkan sifat merendah diri dengan boss, kadang2 boss dengar cerita jugak dari orang bawahan.
Adakah paper tu purely kau punya idea? Kau sendiri yang tulis tanpa nasihat dan bantuan boss kau langsung sebelum ni, tidak guna kemudahan yang disediakan olehnya? Kalau dia tak terlibat langsung memang layak kau tak letak nama dia. At the end of the day, yg penting adalah saling tolong menolong dalam research kalau nak maju ke depan.
So, dia cakap dengan saya dia nak pergi ke luar negara, saya tanya bila, dia tak nak bagitahu, saya tanya research assistant, semua tak nak bagitahu, semua biarlah rahsia...so, disebabkan itu saya speed up projek saya supaya saya capai milestone untuk test kat lab dia...dan...saya pun capai milestone tersebut...bila saya capai...saya hantar sampel saya ke lab dia...remuknya hati saya bila RA dia kata dia dah pegi last week.. Nak tak nak, saya buat kerja saya...tapi hati saya ketika itu hanya Tuhan sahaja yang tahu...
Kalau benar tindakan boss kau tu macam tu memang saya menyebelahi kat sini. Namun sebagai researcher kamu sepatutnya take forward your research, bincang dengan lecturer/prof sapa2 yang boleh bantu dlm research tu, itulah tindakan yang lebih matang.
Saya menjadi tidak terurus kerana saya melebihkan milestone bahagian dia kerana nak mengejar dia, tapi dia bukan ambil kisah pun,kan...yang penting nama dia ada dalam papers saya...kira menempekkan diri pun dah cukup...tak yah buat kerja...Jadi, sehingga sekarang, tak ada pun orang yang tahu, macam mana tetiba east ni boleh lak terlebih satu milestone dan meninggalkan milestone yang lain...
Sepatutnya milestone ni takla sampai jadi seseorang tu tak terurus.
Cuma yang saya syukur kepada Allah, saya tidak patah semangat walaupun saya patah hati sebenarnya...saya masih teruskan buat kerja, sebab saya masih ingatkan amanah yang diberikan oleh institut ini yang saya perlu siapkan..saya buat projek ni pakai duit institut...so saya kena jalankan tanggungjawab saya walaupun pada masa yang sama saya sangat sedih dengan perbuatan dia..
Kalau dia profesional, dia patut remind saya bila dia nak pergi...memanglah kalau nak diikutkan pada pandangan mata kasar, saya tak layak tahu...tapi apa gunanya orang bawahan dia?. Dan dia merupakan satu-satu officer kat sini, yang pangkatnya tinggi, TAPI, kalau nak berkomunikasi dengan orang, mesti akan guna perantaraan..tak suka nak direct...bila dah guna perantaraan, maka apa yang akan sampai kat orang lain adalah tambah tolak je...
Adakah dia komunikasi dengan orang lain pun (yang sama taraf macam kau) guna orang perantaraan? Atau dengan kau saja? Kalau dengan kau saja, aku cadangkan kau PM aku dan Insha Allah aku cuba respon sekara yang mampu, sebab aku rasa tak sesuai nak bincang kat sini. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #109 mnm77's post
East, pasal paper ni sebab nama pun ramai yang bergaduh. Kenapa dia mesti pergi lab sedangkan dia boss? Kat sini pun dah nampak, biasanya kalau tak respect kat boss, macamana nak expect boss senang2 nak tolong? Kalau betul2 nak di bawah dia kena la pandai2 sikit selalu dengar cakap dia. Kalau tak setuju sesuatu kena berhemah banyak2 dengan boss. Ni sejenis politik kalau nak berada di bawah seseorang. Tapi kalau kau tak kisah dengan siapa, kau tak perlu sangat berpolitik. (Hishhh dalam research pun ada politik, tapi jangan sampai politik makan diri)
Jawapan aku:
MnM, dia punya ofis tu sendiri kat dalam lab tu...aku tak suruh dia turun buat kerja dengan aku..aku suruh dia berada di sekitar lab tu pada saat aku buat kerja, sebab barang2 lab tu hak di bawah jagaan dia...at least he should be around, walaupun RA dia yang buat kerja....Aku bukan berpolitik, aku suruh dia ada dengan aku je..biar keje tu aku yang buat...tu pun susah ke?. Kalau nak diikutkan dia ada idea dalam projek tu, tapi officer lain pun ada idea untuk penambahbaikan untuk projek tersebut, tapi mereka akan sentiasa berada di lab mereka pada saat aku buat kerja aku...paling tidak pun membantu aku untuk mengatasi masalah yang aku alami ketika projek tu...atau ketika aku sedang buat kerja...ni tak...asal aku tanya pendapat, tak nak jawab...nak tekan tak boleh..sebab pangkat tinggi dari aku...so kalau aku letak nama dia pun, maybe kat hujung2 je la kot...supaya RO lain tak terasa hati aku melebih-lebihkan dia lak..
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
2)
Kalau benar tindakan boss kau tu macam tu memang saya menyebelahi kat sini. Namun sebagai researcher kamu sepatutnya take forward your research, bincang dengan lecturer/prof sapa2 yang boleh bantu dlm research tu, itulah tindakan yang lebih matang.
Jawapan aku:
Memang waktu aku hantar sampel aku kat lab dia, dia dah chow dah...tersentak kejap aku (menangis jap kat toilet)...hehehe...aku ingatkan dia belum nak pergi, so aku pun dengan hepi bawak aku punya sampel kat tempat dia dan aku tanya mana dia kat ARO dia, dia kata dah chow last week...sedih aku...pergi tak cakap...benda baik pun nak rahsia, apa cite?. Walaupun contribution aku dalam usaha dia ke luar negara tu tak ada, tapi aku pun doakan, walaupun lab dia langsung tak jemput aku for kenduri doa selamat waktu dia nak pergi hari tu..tu pun aku tersentak gak...benda baik tak ajak....
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
3)
Adakah dia komunikasi dengan orang lain pun (yang sama taraf macam kau) guna orang perantaraan? Atau dengan kau saja? Kalau dengan kau saja, aku cadangkan kau PM aku dan Insha Allah aku cuba respon sekara yang mampu, sebab aku rasa tak sesuai nak bincang kat sini.
Jawapan aku:
Aku tak pasti hanya dengan aku sahaja atau dengan orang lain...tapi memang akan menggunakan perantaraan...tak faham aku, sedangkan dengan Tuhan pun kita bleh direct memohon pertolongan, tapi dengan dia kenapa perlu perantaraan?....Dengan Director, aku lex je jumpa without masalah...Bukan nak membesar diri, penyelia aku pun antara orang besar kat sini..lex je aku jumpa...walau aku buat salah dengan dia, tak pernah pun dia suruh blah....
Aku dengan RA lex je...aku siap bawak diorang p makan lagi bila diorang buat kerja untuk aku...pastu kalau nak pergi mana2, aku pakai kete aku, tak pakai kete diorang...aku layan mereka dengan baik, dan kalau diorang tak puas hati dengan aku dengar dan kemudiannya aku cuba perbaiki...aku tak adalah sampai nak bercakap pun kena guna orang lain and etc...Kalau diorang datang hari Sabtu, aku akan bawak diorang p jalan2 atau makan ke sebelum aku balik...kalau nak diikutkan, aku boleh je jadikan diorang macam kuli...tapi aku bukan macam tu....
[ Last edited by eastrun at 13-6-2008 05:56 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eastrun at 13-6-2008 05:49 PM
aku suruh dia berada di sekitar lab tu pada saat aku buat kerja
Sapa yang boss ni?
Aku bukan berpolitik, aku suruh dia ada dengan aku je
Takkan seorang researcher kena ada boss di sebelah tiap kali nak buat kerja lab. Ni sah orang boleh salah faham!
[ Last edited by mnm77 at 13-6-2008 06:00 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #111 mnm77's post
Ko ni tak faham la, dia adalah team member aku, dalam team tu, aku sorang yang muda dan aku adalah project leader. Aku tak suruh dia buat kerja, aku just minta dia be around ketika aku buat kerja..kalau other team member can spend their time around me when i am doing the project, kenapa dia tak boleh?. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #111 mnm77's post
then, sekarang, dia dah chow dan ketika aku buat test di lab dia, ada RO yang baru kat situ, dan nama RO yang baru tu la yang akan aku letakkan kat dalam paper aku nanti (paper yang berkaitan dengan test tersebut)...insyaAllah aku akan ganti balik chemical2 yang aku pakai dulu..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #112 eastrun's post
Ayoyo, susah la mau buat research dengan kau. Takat penjelasan kau ni dah pun, kalau aku ada researcher macam kau bawah aku boleh jadi aku lemas perut. Aku stop kat sini laaahhh
Kalau rajin nak feedback, PM aku. Insha Allah aku respon. Aku cuma nak tolong je. Aku tak kenal kau pon. Sorry sekali lagi sebab ada post aku yang semalam terlepas tulis pasal kau (aku agak je) tapi memang tepat jadinya seperi apa yang aku tulis
Wassalam
[ Last edited by mnm77 at 13-6-2008 06:05 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #114 mnm77's post
sila beri teguran...bukan just angkat kaki macam tu...it is really tak bagus la...aku tak suka la macam ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eastrun at 13-6-2008 06:23 PM
sila beri teguran...bukan just angkat kaki macam tu...it is really tak bagus la...aku tak suka la macam ni...
Terpaksa aku post sekali lagi kat sini. Please if you like to be helped, don't let down those who are willing to help you. Kau dah PM aku pastu membebel kat sini pulak.
What's up with you man? Aku dah PM balik, just be careful with you words. Ok aku minta maaf kat kau kalau cara aku kau tak suka. Tapi kenapa menempelak aku pulak?
Susah betulla....
[ Last edited by mnm77 at 13-6-2008 06:38 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
sabar itu separuh dari iman
diorg mau tolong
diorg bukan along |
|
|
|
|
|
|
| |
|