FUNGSI RAMADHAN DIROSAKKAN Di antara tertipunya ahli ibadah di akhir zaman ialah di bulan Ramadhan
Di bulan Ramadhan
Waktu berbuka diadakan pesta makanan dan minuman
Tidak dipentingkan bersegera sembahyang
Bersembahyang perut di dalam keadaan terlalu kenyang
Sembahyang terawih riuh rendah secara lahirnya
Secara batinnya tidak ada rasa kehambaan
Bulan Ramadhan yang dikejarkan fadhilat, bukan Tuhan
Yang hafiz Al Quran bacaan Qurannya dikomersiolkan
Yang menjadi imam dikenakan bayaran
Di waktu rehat membual-bualkan dunia semahu-mahuan
Sambil merokok, asap berkepul-kepulan
Masjid atau surau sudah menjadi kilang pengeluaran
Di bulan Ramadhan bulan ibadah
Ertinya bulan melahirkan tawadhuk
Kesedaran dan keinsafan
Sepatutnya bulan ini banyak menangis dan kesedihan
Bulan ini bulan banyak buat kebaikan dan pengorbanan
Bulan banyak mengingati Tuhan
Bulan berpuasa segala-galanya kecuali Tuhan
Sungguh sedih
Fungsi di bulan Ramadhan sudah dirosakkan
la dimeriahkan oleh nafsu, bukan kerana Tuhan
Apakah secara ini dapat maghfirah dari Tuhan
Apakah secara ini pahala digandakan
Jangan-jangan dapat laknat Tuhan
Oleh Abuya At Tamimi
[ Last edited by Mawar Merah at 24-9-2008 04:31 PM ] |