CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sajali

TAHUKAH ANDA

[Copy link]
 Author| Post time 5-5-2011 07:43 PM | Show all posts
Pendapatan tambahan secara santai. Insyaallah hutang langsai.

www.snipernetworker.com/sajali

http://www.mediafire.com/?8fux0mou3wccwww
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-7-2012 10:39 AM | Show all posts
cuci muka dengan air sejuk baca bismillah hir rahman nir rahim dan selawat 3 kali tiup pada air itu untuk cucikan muka kita, insyaallah wajah kita akan berseri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2012 10:42 AM | Show all posts
"Rabbighfirli" - Tuhanku, ampuni aku
"Warhamni" - sayangi aku
"Wajburnii" - tutuplah aib-aibku
"Warfa'nii" - angkatlah derajatku
"Warzuqnii" - berilah aku rezeki
"Wahdinii" - berilah aku petunjuk
"Wa'Aafinii" - sehatkan aku
"Wa'fuannii' - maafkan aku
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2012 10:47 AM | Show all posts
1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2012 10:50 AM | Show all posts
Perkataan tercantik "ALLAH".. Lagu paling merdu "AZAN".. Kitab terulung "AL-QURAN".. Senaman terbaik "SOLAT".. Terapi jiwa paling mujarab "TAHAJJUD" dan Daiet paling berkesan "UASA" .. Renung-renungkan )
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2012 10:51 AM | Show all posts
AL-INSYIRAH (Terjemahan & Fadhilat, atau dikenali Al-Nasyrah)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?

(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Kelebihan Surah Al-Insyirah.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".

Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

sumber : perkim

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-7-2012 10:53 AM | Show all posts
5 malam .. dimana malam itu adalah malam yang mustajab doanya..

1) malam jumaat
2) malam lailatul qadar
3) malam hari raya puasa (aidilfitri)
4) malam nisfu syaaban
5) malam raya haji

Banyakkan berdoa pd mlm2 tersebut..insyallah ALLAH makbulkan ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2012 10:55 AM | Show all posts
1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AD-DHUKHAAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..

8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya. " Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."

9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

  

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-7-2012 10:59 AM | Show all posts
AYAT UNTUK DIAMALKAN DAN DIBAWA DALAM PURSE UNTUK MENGELAK SIHIR DAN PUKAU

Bismilah hir rahman nir rahim
فَلَمَّا أَلْقَواْ قَالَ مُوسَى مَا جِئْتُم بِهِ السِّحْرُ إِنَّ اللّهَ سَيُبْطِلُهُ إِنَّ اللّهَ لاَ يُصْلِحُ عَمَلَ الْمُفْسِدِينَ

Qala Musa maa jik tum bihi a sihru innanggaha
sayubthiluhu innanggaha alaa yuslihu a'malal mufsidin

maksudnya: Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata:" Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan.

[Juzuk : 11 Surah : YUNUS No. Surah : 10 Ayat : 81]

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2012 11:15 AM | Show all posts
KERBERKATAN YAASIIN (DARI KACAMATA DR FATMA ELZAHRAA)

Untuk Keselamatan Diri Yang, Susah Menjadi  Senang
Ø       Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri
Ø       Ayat 9 -  Orang jahat tak nampak  kita especially orang kafir.
Ø       Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ø        Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ø       Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada  anak.
Ø       Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.
Ø       Ayat 29 - Utk digunakan jika kita  rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.
Ø       Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allahs.w.t. (harus sentiasa  berada dihati - beramal dengannya).
Ø      Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi  baik. Caranya: Ingat  yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad, Kita orang Islam dll.
Ø       Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.
Ø       Ayat 36 - Menerangkan yang  kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan  berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan  berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
Ø      Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri. Hati yang  kering akan hidup semula.
Ø      Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan  dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang  satu.
Ø      Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.
Ø      Ayat 40 - Merupakan kenyataan  Allah s.w.t. yang satu.
Ø     Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok dibaca sewaktu menaiki  kenderaan.
Ø        Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
Ø        Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah  s.w.t.
Ø        Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan  kehidupannya.
Ø        Tiupan pertama - Datang dengan  tiba-tiba
Ø        Tiupan ke-dua - Hancur
Ø        Tiupan ke-tiga - Semua orang di hidupkan semula dan hadir  di padang Mahsyar.
Ø        Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.
Ø        Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit  kepala, baca dan  sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.
Ø        Ayat 76 - Dibaca untuk  mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan. Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.
Ø        Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: > > dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?> >  (Ayat 78  dan 79) - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah. Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini.
Ø        Ayat 79 - Katakanlah, Yang akan  menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.
Ø        Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari  -boleh menjadi penawar. Jika air habis  ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. Caranya: Sembahyang  Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca pada air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2012 02:37 AM | Show all posts
apa yang menariknya pada seorang wanita??? ada sesiapa yang boleh beri jawapan


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2013 06:52 AM | Show all posts
sekiranya anda mempunyai HUTANG
milikilah senaskah buku ini
DOA AMALAN AGAR TERLEPAS DARI HUTANG
penulis: Alawiyah Daud
penerbit: Al-Hidayah House Of Publishers Sdn Bhd


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2013 07:01 AM | Show all posts
luangkan sedikit masa membaca info yang sangat berguna ini, sembang-sembang yang bermaklumat
Hati2- Dortor gigi area Satok      thread anakmuda 22-1-2012 05:49 PM
http://mforum.cari.com.my/forum. ... &extra=page%3D1
   

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2013 07:10 AM | Show all posts
mun lah masa lalu ya dapat diputar balit, gerenti banyak orang nak mutarnya balit

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2013 07:13 AM | Show all posts
Mencari Seorang Teman,Bagaikan Mencari Sebiji Benih Pokok
Dalam Semak Berduri...Bersedia Untuk Dilukai...
Jangan Mengalah Untuk Mencari...Andai sudah Ditemui..
Sayangilah Sepenuh Hati...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2013 07:15 AM | Show all posts
Bismillahirrahmanirrahim,

=LAA TAHZAN INNALLAHA MA'ANA=

Jangan bersedih hati jika ALLAH tak memberi kita seseorang yang kita impikan..

Insya ALLAH DIA akan menghadirkan seseorang yang akan memimpikan kita..

Jangan bersedih hati jika ALLAH tak memberi kita seseorang yang kita rindukan..

Insya ALLAH DIA akan menghadirkan seseorang yang akan merindukan kita..

Jangan bersedih hati jika ALLAH tak memberi kita seseorang yang kita dambakan..

Insya ALLAH DIA akan memberi kita seseorang yang akan mendambakan kita..

Jangan bersedih hati jika ALLAH tak menyatukan kita dengan seseorang yang kita cintai..

Insya ALLAH DIA akan menghadirkan seseorang yang akan mencintai kita..

Seseorang yang hadir bukan hanya karena apa yang ada pada diri kita..

Akan tetapi ia hadir dan mampu menerima kita apa adanya..

Maka..

Sujudkan diri dan hati serta jiwa kita dalam bertakwa kepada-NYA..

Indahkan akhlak diri dengan sebaik-baiknya akhlak..

Niscaya ALLAH akan memberi kita yang terbaik dengan segala Keindahan hati dan ketakwaannya..

Karena sejatinya jodoh yang akan kita dapat takkan jauh beda dari sifat, pribadi dan akhlak kita.

Insya ALLAH..
Aamiin Ya Rabbal'alamiin

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2013 07:41 AM | Show all posts
tip-tip untuk nyesal dolok

1. perlu banyak membaca
2. jadi pendengar yang baik
3. perlu mengkaji dari sudut positif dan dari sudut negatif
4. jangan menerima bulat-bulat apa yang kita dengar
5. bergaul dengan orang yang pernah gagal
6.bergaul dengan orang-orang yang berjaya
7.dapat mempositifkan yang negatif
8.boleh menangkiskan yang negatif
9.banyak berbincang dengan orang-orang yang berpengelaman
10. hindari mengata perkataan BODOH kerana dalam dunia ini tiada yang bodoh, sebab dalam waktu-waktu tertentu kebodohan itu ada keteristimewaannnya yang tersendiri
11. ambil satu kertas kosong, buat tiga kolum kolum pertama 'masalah' kolum kedua 'penyelesai masalah' dan kolum ketiga catitan/tindakan

insha Allah mungkin boleh menghakis SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2013 07:49 AM | Show all posts
doa  agar diberi kemudahan menjemput rizki, "Allahuma yassir wa laa tu'assir" Ya Allah, mudahkanlah jangan dipersulit."


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2013 07:51 AM | Show all posts
doa memohon rizki yang halal dan diberkahi, “Allahummar zuqnii maa yakfiinii wamna’annii maa yuthghiinii” Ya Allah berikanlah aku rezeki yang cukup dan baik,cegahlah diriku dari rezeki yang mencelakakan aku.”


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2013 08:02 AM | Show all posts
Hati adalah sesuatu yg paling kuat, sekaligus sesuatu yg paling rapuh. Jagalah hatimu

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 08:14 AM GMT+8 , Processed in 0.092592 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list