CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AceGlobal13

Perdebatan Yang tak Sudah

[Copy link]
Post time 19-1-2009 12:10 AM | Show all posts
Assalamualaikum

Makin lama tuan mnm77 berhujah, makin gelihati saya lihat. Berhujah ikut sesedap rasa....

Adaka tuan bole  kata Fatimah A.S. mewarisi rumahnya daripada Nabi. Bukan kah dia tinggal dirumah suaminya Imam Ali A.S. Kat sini je dah kantoi. (persoalan pewarisan takhta Nabi Daud pada Nabi Sulaiman pun tuan tak jawab lagi .....)

Adaka tuan boleh kata Fatimah A.S.  marah kerana sifatnya sebagai seorang wanita, anak sudah tentu secara lumrah ingin mewarisi harta ayahnya... Tuan ingat Fatimah A.S. tu siapa... macam makcik markonah belakang rumah? Fatimah A.S. adalah penghulu segala wanita didunia dan akhirat. ALLAH telah mensucikan dirinya dan keluarganya yang lain dengan sesuci-sucinya. TAKKAN MUNGKIN BELIAU AKAN MELAKUKAN SEPERTI YANG TUAN SANGKAKAN.

Pahtu sabda Rasulullah S.A.W.A. ttg para nabi tidak mewarisi harta boleh bersyaratla pulak :-

"Berkenaan harta Nabi, harta tu yang mana yang tidak menjadi hak sesiapa pun secara khusus, yang mana telah diinfakkan oleh Muslimin. Harta ini tidak diwariskan." - Darimana pulak tuan dapat hujah ni?  Pelik sungguh...

Teruskanlah perjuangan tuan menegakkan Al-Qur'an dan Sunnah, cuma perlu dikaji dari segala sudut ttg Al-Quran dan Sunnah.

Wassalamualaik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2009 06:52 PM | Show all posts

Reply #101 paktuaman's post

Apa sajalah tuan nak kata, kalau ada hujjah silakan, kalau tiada hujjah tidak perlulah keluarkan kenyataan berbentuk serangan peribadi.....


Saya imbas dan tambah lagi:

(1)
-Nabi Sulaiman mewarisi keNabian Daud. Setiap Nabi tidak menggunakan harta untuk kepentingan peribadi.
-Apa2 yang diwarisi Sulaiman adalah sebagai tanggungjawab keNabian, bukannya diwarisi untuk peribadi dan anak2.
-Jikalau harta Nabi Daud diwariskan kepada Nabi Sulaiman, maka siapa pula yang mewariskan harta Sulaiman yang tersangat banyak tu?

Harap dah jelas.

(2)
-Saya beri contoh warisan rumah, bukannya secara langsung kata Fatimah mewarisi Rumah Nabi. Saudara jangan terburu-buru dan geli hati semata-mata nak memperlekehkan hujjah lawan. Saya beri contoh Isteri Nabi, mewarisi rumah Nabi samalah dengan Fatimah mewarisi Rumah dari suaminya. Ini keperluan yang dah menjadi hak mereka.

(3)
"Berkenaan harta Nabi, harta tu yang mana yang tidak menjadi hak sesiapa pun secara khusus, yang mana telah diinfakkan oleh Muslimin. Harta ini tidak diwariskan." - Darimana pulak tuan dapat hujah ni?  Pelik sungguh...


Sebelum saya bawa hujjah seterusnya, harap saudara bawalah hujjah yang menyatakan HARTA NABI DIWARISKAN. SIAPA MEWARISI HARTA NABI SULAIMAN?

(4)
Kalau tuan anggap puteri nabi Fatimah tu MAKSUM macam Nabi, terpulanglah ikut tafsiran Syiah tuan.

Dalil Syiah tentang kesucian Ahlul Bait tu Syiah mungkin anggap kemaksuman mereka, tapi Sunni percaya mereka tidak maksum, namun mereka dibersihkan Allah oleh perkara2 zulumat. Jadi, mereka tetap ada sifat seperti manusia lain dan boleh tersilap, namun sudah tentu mereka cepat membersihkan diri mereka (seperti yang disarankan Allah dalam Surah Al-Ahzab).

Saya sama sekali tidak memperlekehkan Fatimah (Redha Allah ke atasnya). Soalan saya masih tak terjawab:

-Apakah status keIslaman Abu Bakr, Umar dan Uthman di sisi Syiah?
-Ketika Abu Bakr tanya kepada Ali jika dia tidak berpuas hati, dan Abu Bakr akan turun sekiranya Ali tidak bersetuju, namun Ali mengakui Abu Bakr layak dan seterusnya membai'ah beliau sebagai Khalifah. Isu Fadak telah digunakan sebagai hujjah kemurkaan Allah pada Abu Bakr, kenapa masih Ali membai'ah Abu Bakr?
-Abu Bakr menginfakkan segala hartanya demi perjuangan Rasulullah. Ketika menjadi Khalifah, dia dibayar gaji yang rendah. Dia tiada berkehendakkan kepada harta. Apakah dia mendapat habuan dalam isu Fadak?
-Abu Bakr sendiri sangat mencintai Ahlul Bait melebihi keluarganya sendiri, apakah kerana soal (harta) Fadak menyebabkan Fatimah sangat marah kepadanya?
-Adakah layak Fatimah dikatangan sangat marah hanya kerana soal harta?
-Tidakkah kalian melihat sirah kehidupan Rasulullah yang mana semua harta tidak digunakan untuk kemewahan hidup? Hatta untuk Ahlul Baitnya?

Sekian dahulu, harap Paktuaman dapat memberi jawapan pula...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 09:13 AM | Show all posts

Rupanya ada point2 MNM yg saya tak perasan, dan bila check balik pagi semalam baru perasan. Saya cuba jawab sekadarnya:

Originally posted by mnm77 at 17-1-2009 06:58 AM

Dasar tu pada sisi kami (ASWJ) hanyalah keadaan yang dieksploitasikan oleh golongan Syiah. Banyak dasar dari hadith akan keutamaan sahabat, tapi Syiah tak mau terima.
1. Isu Fadak: bertentangan dengan perintah Nabi sendiri (Nabi tak mewariskan harta), tapi Syiah tetap nak tegakkan bab harta dan salahkan Abu Bakr.
2. Isu Saidina Umar beri amaran keras tu Syiah ambil sebagai menyakitkan hati, TAPI HAKIKATNYA UMAR MELAKUKAN DEMIKIAN UNTUK MENYATU-PADUKAN UMAT ISLAM DAN FATIMAH MEMAHAMI KEADAAN KETIKA ITU DAN POHON ALI DAN ZUBAIR UNTUK BERBAI'AH KEPADA ABU BAKR. Dari hadith yang sahih, kalau ada 2 khalifah, seorang mesti dibunuh (yang kedua) maka tindakan Umar memberi amaran tu adalah betul untuk menyatu-padukan umat Islam. Sebab tu Ali berbai'ah selepas tu.


Yang lain saya dah jawab, Cuma tertinggal yg ini:
揇ari hadith yang sahih, kalau ada 2 khalifah, seorang mesti dibunuh (yang kedua) maka tindakan Umar memberi amaran tu adalah betul untuk menyatu-padukan umat Islam. Sebab tu Ali berbai'ah selepas tu.擺/color]

1. Tidak ada 2 khalifah pada waktu Abu Bakar, Uthman dan Umar. Hujjah anda tertolak.

2. Dengan mengaitkan hadis ini kepada situasi ancaman Umar membakar rumah Ahlul Bait Nabi saaw menjelaskan adanya pertentangan serius dari kalangan Ahlul Bait, para sahabat Muhajirin dan Ansar atas perlantikan Abu Bakar.

3. Ancaman Umar menunjukkan bahawa perlantikan khalifah waktu itu hanyalah berbentuk paksaan. Maka teori musyawarah dan ijmak terbatal.


[QUOTE]:
Beliau berbaiah hanya setelah masyarakat mula bersikap negatif kepadanya, dan baiahnya hanya utk menjaga persatuan umat. Apakah kerana menjaga persatuan umat maka perbuatan beliau itu dikatakan menipu?


Dalam hal kepentingan umat Islam serta aqidah, PENIPUAN ATAU TAQIYYAH TIDAK BOLEH MENJADI DASAR UNTUK PERPADUAN.  Mustahil Saydina Ali berpura-pura, sedangkan beliau antara sahabat yang paling berani, tak gentar musuh. Tapi kalau Syiah berpendapat macam lain, terpulanglah. Bagi orang yang bertaqwa macam Saidina Ali mustahil beliau bertaqiyyah apatah lagi dengan sahabat2 yang awal memeluk Islam.
[/quote]


1. Hukum yg anda tetapkan bahawa 慞enipuan atau taqiyyah tidak menjadi dasar厭 hanyalah dugaan anda yg berpunca dari keazaman anda utk menjawab hujjah Syiah dan memenangkan mazhab anda semata2, tidak ada dalil utk menyokongnya. Sekarang anda lihat, contohnya kalau seseorang datang ke rumah anda membawa jamung api serta mengancam agar untuk mengiktiraf calon yg telah ditetapkannya, apakah anda rasa pengiktirafan anda itu akan dibuat secara sukarela? Tambahan lagi, anda memang tidak mengetahui dengan benar mengenai Taqiyyah spt yg dipercayai Syiah.

2. Sekalipun banyak hal bukti menunjukkan hal ini, cukup saya ambil satu sahaja darinya utk anda dapat melihat bukan dari sudut yg anda inginkan sahaja: Imam Ali (as pernah ditanya oleh Asy'ath bin Qais mengapa beliau as membiarkan Abubakar, Imam Ali as berkata :

揥ahai Ibn Qais, dengarlah jawabanku. Bukanlah karena perasaan pengecut dan kebencianku untuk menemui Tuhanku. Aku bukan tidak mengetahui bahwa apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik bagiku daripada dunia dan kekal di dalamnya. Tetapi perintah Rasul saaw yang telah menghalangiku dan janji beliau kepadaku. Rasul saww telah memberitahuku bahwa umat akan mengkhianatiku, memberi bai'at kepada selainku dan mengikuti selain diriku . Dan sesungguhnya aku takut saudaraku, Rasulullah saww, akan berkata kepadaku : 慘enapa engkau memecah-belah dan tidak memelihara ummatku ? Sedangkan aku telah menjanjikan kepadamu jika engkau tidak mendapatkan orang yang membantumu, hendaklah engkau menahan tanganmu, memelihara darahmu, darah keluargamu dan syi'ahmu
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 09:19 AM | Show all posts

Bersangka-sangka lagi tuduhan awak?
Nah.... riwayat yang awak bawak tu pun sudah cukup untuk membatalkan hujjah awak sendiri. Kenapa Saydina Ali merelakan anaknya diberi nama oleh Saydina Umar? Biasanya seorang yang dihormati yang selalu diberi keutamaan untuk menamakan anak kita. Masakan kalau Syiah benci Umar, (dan tentunya pada Syiah Ali benci Umar) tapi merelakan beri nama (sesuatu yang besar sebab nama dibawa sehingga ke ahkir hayat!)

Ya, tidak wajar meneka. Abu Bakr, Umar dan Uthman ketiga-tiga nama Khalifah dan ketiga-tiga anak Saydina Ali.
Bukan tu saja, setelah kewafatan Abu Bakr, Muhammad bin Abu Bakr (anak Abu Bakr) dibesarkan sendiri oleh Saydina Ali.
Sebelum pembunuhan Uthman, Ali perintahkan Hasan dan Husain untuk melindungi Uthman sehingga mereka juga tercedera.
Banyak lagi fakta yang menyokong bahawa tiada permusuhun dan kebencian antara Ali dan Khalifah terdahulu, apakah wajar menolak fakta2 tersebut?


Saya berusaha utk menjawab seringkas yg mungkin namun khuatir tidak dapat menyampaikan mesej saya kerana tampak anda masih mengangkat isu ini dengan cara yang sama.

1. Tentang nama anak2 Imam Ali a.s

1.       Riwayat tersebut hanya menyatakan penamaan Umar tanpa menyebut bagaimana ia berlaku. Point yg paling penting ialah anak itu tidak dinamakan sendiri Imam Ali a.s.  Umar merupakan penguasa waktu itu, dan Imam Ali a.s pula bukanlah bermusuh, membangkang kerana dengki sebaliknya kerana kebenaran syariat sedangkan pemberian nama samasekali tidak bersalahan dari syariat.

2.       Mengenai nama Uthman telah dijelaskan dahulu bahawa ia sempena nama salah seorang Syiahnya. Berikut dari Answering Ansar: In Munthee'ala Mahal Volume 1 under the Chapter "Shahadth" - we read the testimony of Imam 'Ali (as) that he named one of his sons Uthman because on the day he was born he (as) stated:  "I shall name this child after my brother Uthman bin Nat'eoon". http://www.answering-ansar.org/answers/names/en/index.php

3.       Manakala mengenai nama Abu Bakar (Abu bakar bin Ali) pula sebenarnya hanyalah kunyah sahaja, sedangkan nama sebenarnya adalah Muhammad bin Ali dari ibunya Laila binti Mas抲d. (Syaikh Mufid, dalam 揂l-Irsyad
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 09:24 AM | Show all posts
[quote] [quote]Bill: 1.Siapa golongan munafik yg takut dihukum tu? Adakah mereka takut kerana membunuh Uthman atau mereka takut kerana
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 09:30 AM | Show all posts


[quote] Bill:
Saya ingin bertanya 3 soalan mudah sahaja kepada anda:
1. Apakah mengangkat khalifah itu begitu penting kerana jika tidak umat pasti akan berpecah belah?
2. Apakah pengangkatan Abu Bakar sebagai khalifah itu berlaku secara musyawarah, atau demokrasi atau dengan kuku besi?
3.Apakah Imam Ali a.s, Zubair berpakat menjatuhkan khalifah yang sah di sisi Allah?

1.Penting
2. Berlaku musyawwarah antara golongan Muharirin dan Ansar dan dipersetujui kedua-duanya.
3. Tidak berpakat untuk menjatuhkan, namun pada awalnya mereka tidak tahu Abu Bakr telah dibai抋h kerana sibuk dalam urusan mengurusan jenazah. Abu Bakr dan Umar juga awalnya sibuk dalam urusan jenazah namun mereka dipanggil untuk mententeramkan segolongan Ansar yang berkumpul untuk mengangkat seorang khalifah di kalangan mereka tanpa persetujuan Muhajirin.

[/quote]

MNM: 1. Penting.

Bill: Kalau penting mengapa mazhab anda mengatakan Rasulullah saaw tidak menetapkan kepimpinan? Apakah Abu bakar dan Umar lebih prihatin terhadap umat Muhammad berbanding Nabinya sendiri? (wa 抜yadzubillah!)
--------------------------
MNM: 2.  Berlaku musyawwarah antara golongan Muharirin dan Ansar dan dipersetujui kedua-duanya.

Bill: Kalau mesyuwarah, mengapa pula Imam Ali a.s dan Zubair serta sekelompok sahabat Nabi tidak diajak menyertainya?
Dan kalau bersetuju, mengapa Umar perlu mengugut utk membakar rumah Ahlul Bait Rasulullah saaw?
-----------------------------
MNM: 3.  Tidak berpakat untuk menjatuhkan, namun pada awalnya mereka tidak tahu Abu Bakr telah dibai抋h kerana sibuk dalam urusan mengurusan jenazah. Abu Bakr dan Umar juga awalnya sibuk dalam urusan jenazah namun mereka dipanggil untuk mententeramkan segolongan Ansar yang berkumpul untuk mengangkat seorang khalifah di kalangan mereka tanpa persetujuan Muhajirin.
Bill: Sekali lagi: Lalu apa yg menyebabkan Umar sampai mengancam dan bersumpah utk membakar rumah Pemimpin Wanita Syurga?
-----------------------------


[quote]
Adalah baik untuk anda buat kali pertamanya utk bersikap Husnul Zhan sesama Muslim, membuangkan prasangka hanya kerana kebencian anda kepada Syiah.
Telah terbit: Persatuan Islam dalam hadis-hadis Syiah dan Sunni
Saya bukan suka-suka bersangka buruk, tapi hakikat Syiah melaknat para Sahanat dan Khalifah yang awal tidak dapat diterima sama sekali kerana hampir kesemuanya atas dasar yang sangat lemah apabila dirujuk sumber Ahlussunnah.
Saya tidak membenci Syiah, tapi membenci sikap melaknat Sahabat, maafkan saya. Saya suka Syiah kerana Syiah suka Ahlul Bait.
[/quote]
Yang penting, saya telah membawa hujjah AlQuran dan hadis sahih anda sendiri, sementara anda hanya membawa pendapat dan kesimpulan anda sahaja menolaknya dengan menganggap semuanya sangat lemah?!. Anda tidak dapat menerima kebenaran itu tak mengapa kerana tidak ada paksaan. Namun apa yg anda harus tahu ialah dalam mengambil keputusan terhadap hadis2 anda sendiri yg saling kontradik, (e.g. sahabat semua baik vs ada sahabat munafik, etc) maka tanggungjawab anda ialah utk mengambil yg benar di antaranya kerana kontradiksi itu sahaja sudah mengajak kepada penilaian. Perhatikan, apakah hadis2 itu sejalan dengan kisah hidup mereka yg sebenar. Sumber2 sahih yg disepakati oleh kedua2 pihak (Sunni dan Syiah) itulah yang pasti benar kerana setiap golongan boleh sahaja dituduh mencipta2 kelebihan tokoh masing2. Perhatikan apa yg dinyatakan oleh Ibnu Jauzi dalam kitabnya, al Mawdhu抋t, 1/225:

擲ekelompok kaum yang tidak bernilai, yang mengaku-ngaku berpegang teguh dengan Sunnah telah bersikap fanatik buta dengan membuat-buat secara palsu hadis-hadis keutamaan Abu Bakar. Di antara mereka ada yang bermaksud menandingi kaum Rafidhah tentang kepalsuan yang mereka buat untuk Ali as.. Kedua kelompok ini berada di atas kesalahan. Kedua tuan ini sudah cukup dengan hadis-hadis sahih dan tidak butu* terhadap kepalsuan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2009 09:33 AM | Show all posts
FADAK

RIWAYAT YG MENYEBUTKAN FADAK ADALAH HADIAH KEPADA SAYYIDINA FATHIMAH S.A

Ditakhrijkan oleh al-Bazzar, Abu Ya抣a, Ibnu Abi Hatim dan Ibnu Mardawaih, dari Abu Sa抜d al-Khudri katanya,

揔etika turun ayat: 慏an berikanlah kepada kerabatmu haknya
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 09:41 AM | Show all posts
HADIS ABU BAKAR BERTENTANGAN DENGAN AL-QURAN 1:

Pembelaan: Abu Bakar menolak berdasarkan hadis
Abu Bakar menolak permintaan Sayyidah Fathimah s.a dengan membawakan hadis 揔ami para Nabi tidak mewariskan, apa yang kami tinggalkan adalah sedekah.擺/color]

JAWAB:

1.  Hadis ini bertentangan dengan al-Quran lalu  Ahlul Bait menolaknya. Allah SWT berfirman:  

揙rang-orang yang mempunyai hubungan kerabat itu sebagiannya lebih berhak terhadap sesamanya (daripada yang bukan kerabat) di dalam Kitab Allah.擺/i] (QS Al-Anfal 8:75)

揂llah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka) untuk anak-anakmu, iaitu bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan.擺/i] (QS An Nisaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2009 09:52 AM | Show all posts
Originally posted by paktuaman at 19-1-2009 12:10 AM
Assalamualaikum

Makin lama tuan mnm77 berhujah, makin gelihati saya lihat. Berhujah ikut sesedap rasa....

Adaka tuan bole  kata Fatimah A.S. mewarisi rumahnya daripada Nabi. Bukan kah dia ...

salam paktuaman
semoga Allah merahmati anda atas usaha anda. Saya harap dapat beroleh percikan kebaikan itu
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 10:02 AM | Show all posts
Assalamualaikum

Yang pertama sekali, saya ingin meminta maaf atas tulisan saya yang dianggap menyerang peribadi  dan menyinggung perasaan tuan.

Yang kedua, penerangan dan hujahan  tuan no (1) hingga no (4) tidak dapar saya terima. Kerana manhaj kepercayaan dan pemikiran kita berbeza.

Soalan tuan yang belum terjawab tu tuan tanya dengan saya ke? Saya rasa saya tidak pernah ditanya soalan seperti itu. Takperla saya cuba jawab dengan pemahaman dan pengetahuan saya yang tak seberapa ni.

1) Kalau pendapat saya, mereka adalah Islam
2) Imam Ali A.S. bertindak begitu adalah untuk kemaslahatan ummat
3) Dia tidak mendapat habuan daripada tanah Fadak, tapi bukan itu yang dipertikaikan
4) Sebenarnya bukan masalah Fatimah A.S. nak tanah fadak tu sgt. Masalahnya tuntutan  kat sini adalah ttg hak. Yang paling utama adalah hak khalifah yang sepatutnya pada Imam Ali A.S. (kenyataan ini tentunya tuan tak dapatterima, tapi ini kepercayaan kami) Apa bukti yang mengatakan Saidina Abu Bakar sangat menyintai Ahlul Bait?

Antara petentangan terbesar antara Sunni ngan Syiah adalah berkenaan pengganti selepas Rasulullah S.A.W.A. Syiah mempercayai bahawa pengganti Rasulullah S.A.W.A. telah baginda tunjuk sebelum baginda wafat lagi. Kepercayaan ini disangkal oleh Puak Sunni.  

Baiklah ingin saya tanya pada tuan pula.

Mengikut hadith Nabi S.A.W.A, lebih kurangnya bermaksud begini:

"Aku tinggalkan kamu dua perkara, jika kamu berpegang pada keduanya kamu tidak akan sesat. Al-Quran dan Itrahku (Ahli Bait)"

"Perumpamaan ahli keluargaku adalah seperti bahtera Nabi Nuh, siapa yang menyertainya dia akan selamat, siapa yang berpaling darinya, dia akan binasa"

Dimana kedudukan tuan dalam menerima dan memegang kedua hadith di atas?

Wassalamualaik
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 10:19 AM | Show all posts

Balas #109 billionaire\ catat

Salam Billionaire

Semoga Allah merahmati kamu juga. Pembentangan hujah-hujah tuan yang tidak mengenal jemu, semoga ALLAH memberikan taufik dan hidayah pada sesiapa yang membacanya.

Semoga Rasulullah S.A.W.A dan Ahlu Baitnya  mengiktiraf kita sebagai syiah mereka  atas usaha kita yang sedikit ini.

Wassalamualaikum
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 10:37 AM | Show all posts
Originally posted by billionaire at 21-1-2009 09:13 AM

1. Tidak ada 2 khalifah pada waktu Abu Bakar, Uthman dan Umar. Hujjah anda tertolak.

2. Dengan mengaitkan hadis ini kepada situasi ancaman Umar membakar rumah Ahlul Bait Nabi saaw menjelaskan adanya pertentangan serius dari kalangan Ahlul Bait, para sahabat Muhajirin dan Ansar atas perlantikan Abu Bakar.

3. Ancaman Umar menunjukkan bahawa perlantikan khalifah waktu itu hanyalah berbentuk paksaan. Maka teori musyawarah dan ijmak terbatal.


1. Benar, tapi kalau Ali teruskan usaha beliau untuk mengambil khalifah bermakna akan ada 2 khalifah. Maka wajar tindakan Umar

2. Umar terkenal dengan sikapnya yang tegas, namun ancaman itu bukannya untuk memusuhi sebaliknya untuk mengamalkan perintah Nabi jua.

3. Telah ada kesepakatan antara Muhajirin dan Ansar berkaitan perlantikan Abu Bakr, jika tidak Ali tidak akan membai'ah Abu Bakr.


[quote]
1. Hukum yg anda tetapkan bahawa 慞enipuan atau taqiyyah tidak menjadi dasar厭 hanyalah dugaan anda yg berpunca dari keazaman anda utk menjawab hujjah Syiah dan memenangkan mazhab anda semata2, tidak ada dalil utk menyokongnya. Sekarang anda lihat, contohnya kalau seseorang datang ke rumah anda membawa jamung api serta mengancam agar untuk mengiktiraf calon yg telah ditetapkannya, apakah anda rasa pengiktirafan anda itu akan dibuat secara sukarela? Tambahan lagi, anda memang tidak mengetahui dengan benar mengenai Taqiyyah spt yg dipercayai Syiah.

2. Sekalipun banyak hal bukti menunjukkan hal ini, cukup saya ambil satu sahaja darinya utk anda dapat melihat bukan dari sudut yg anda inginkan sahaja: Imam Ali (as pernah ditanya oleh Asy'ath bin Qais mengapa beliau as membiarkan Abubakar, Imam Ali as berkata :

揥ahai Ibn Qais, dengarlah jawabanku. Bukanlah karena perasaan pengecut dan kebencianku untuk menemui Tuhanku. Aku bukan tidak mengetahui bahwa apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik bagiku daripada dunia dan kekal di dalamnya. Tetapi perintah Rasul saaw yang telah menghalangiku dan janji beliau kepadaku. Rasul saww telah memberitahuku bahwa umat akan mengkhianatiku, memberi bai'at kepada selainku dan mengikuti selain diriku . Dan sesungguhnya aku takut saudaraku, Rasulullah saww, akan berkata kepadaku : 慘enapa engkau memecah-belah dan tidak memelihara ummatku ? Sedangkan aku telah menjanjikan kepadamu jika engkau tidak mendapatkan orang yang membantumu, hendaklah engkau menahan tanganmu, memelihara darahmu, darah keluargamu dan syi'ahmu
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 10:50 AM | Show all posts
Originally posted by billionaire at 21-1-2009 09:30 AM

Bill:
Saya ingin bertanya 3 soalan mudah sahaja kepada anda:
1. Apakah mengangkat khalifah itu begitu penting kerana jika tidak umat pasti akan berpecah belah?
2. Apakah pengangkatan Abu Bakar sebagai khalifah itu berlaku secara musyawarah, atau demokrasi atau dengan kuku besi?
3.Apakah Imam Ali a.s, Zubair berpakat menjatuhkan khalifah yang sah di sisi Allah?

1.Penting
2. Berlaku musyawwarah antara golongan Muharirin dan Ansar dan dipersetujui kedua-duanya.
3. Tidak berpakat untuk menjatuhkan, namun pada awalnya mereka tidak tahu Abu Bakr telah dibai抋h kerana sibuk dalam urusan mengurusan jenazah. Abu Bakr dan Umar juga awalnya sibuk dalam urusan jenazah namun mereka dipanggil untuk mententeramkan segolongan Ansar yang berkumpul untuk mengangkat seorang khalifah di kalangan mereka tanpa persetujuan Muhajirin.

MNM: 1. Penting.

Bill: Kalau penting mengapa mazhab anda mengatakan Rasulullah saaw tidak menetapkan kepimpinan? Apakah Abu bakar dan Umar lebih prihatin terhadap umat Muhammad berbanding Nabinya sendiri? (wa 抜yadzubillah!)
--------------------------
MNM: 2.  Berlaku musyawwarah antara golongan Muharirin dan Ansar dan dipersetujui kedua-duanya.

Bill: Kalau mesyuwarah, mengapa pula Imam Ali a.s dan Zubair serta sekelompok sahabat Nabi tidak diajak menyertainya?
Dan kalau bersetuju, mengapa Umar perlu mengugut utk membakar rumah Ahlul Bait Rasulullah saaw?
-----------------------------
MNM: 3.  Tidak berpakat untuk menjatuhkan, namun pada awalnya mereka tidak tahu Abu Bakr telah dibai抋h kerana sibuk dalam urusan mengurusan jenazah. Abu Bakr dan Umar juga awalnya sibuk dalam urusan jenazah namun mereka dipanggil untuk mententeramkan segolongan Ansar yang berkumpul untuk mengangkat seorang khalifah di kalangan mereka tanpa persetujuan Muhajirin.
Bill: Sekali lagi: Lalu apa yg menyebabkan Umar sampai mengancam dan bersumpah utk membakar rumah Pemimpin Wanita Syurga?


1. Soalan anda menanyakan sesuatu yang Rasulullah tak perintah. Kalau di sisi Syiah ada perintah tersebut itu kepercayaan Syiah.

2. Telah dijelaskan beberapa kali. Saya ulang dan tambah sikit: Abu Bakr, Umar, ALi dan Zubair kesemua mereka sibuk dalam urusan jenazah. Namun apabila Abu Bakr dan Umar dipanggil oleh sahabat lain untuk menyelesaikan masalah di mana segolongan Ansar berpakat untuk melantik khalifah tanpa persetujuan Muhajirin. Sepatutnya Ali dan Zubair juga turut menyertai namun mereka berdua adalah lebih hampir hubungan kekeluargaan dengan Rasulullah maka mereka lebih diutamakan dalam urusan jenazah Nabi. Secara tidak dirancang, golongan Muhajirin dan Ansar bersetuju melantik Abu Bakr (Musyawwarah) namun ketika itu Ali dan Zubair tidak hadir dan tidak tahu apa yang berlaku.

3. Sikap tegas Umar dan kesungguhannya mengamalkan perintah Nabi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 11:01 AM | Show all posts
Originally posted by paktuaman at 21-1-2009 10:02 AM

Yang pertama sekali, saya ingin meminta maaf atas tulisan saya yang dianggap menyerang peribadi  dan menyinggung perasaan tuan.

Yang kedua, penerangan dan hujahan  tuan no (1) hingga no (4) tidak dapar saya terima. Kerana manhaj kepercayaan dan pemikiran kita berbeza.

Soalan tuan yang belum terjawab tu tuan tanya dengan saya ke? Saya rasa saya tidak pernah ditanya soalan seperti itu. Takperla saya cuba jawab dengan pemahaman dan pengetahuan saya yang tak seberapa ni.

1) Kalau pendapat saya, mereka adalah Islam
2) Imam Ali A.S. bertindak begitu adalah untuk kemaslahatan ummat
3) Dia tidak mendapat habuan daripada tanah Fadak, tapi bukan itu yang dipertikaikan
4) Sebenarnya bukan masalah Fatimah A.S. nak tanah fadak tu sgt. Masalahnya tuntutan  kat sini adalah ttg hak. Yang paling utama adalah hak khalifah yang sepatutnya pada Imam Ali A.S. (kenyataan ini tentunya tuan tak dapatterima, tapi ini kepercayaan kami) Apa bukti yang mengatakan Saidina Abu Bakar sangat menyintai Ahlul Bait?


- Itu tidak mengapa, saya tidak menyimpan perasaaan benci atau dendam pada tuan.
- Itu hak tuan kalau tidak dapat terima, saya hanya menyampaikan setakat yang mampu.

Soalan saya tu asalnya ditujukan kepada Bill tetapi kemudiannya saya ulang kepada tuan pula, jawaban tuan dialu-alukan.

1) Jadi Abu Bakr, Umar dan Uthman adalah Muslim. Ini kepercayaan tuan? Boleh saya tahu Syi'ah yang mana yang tuan anuti?
2) Sama seperi jawapan Bill. Terima kasih.
3) Terbukti saudara mengakui Abu Bakr tiada niat peribadi tentang soal Fadak. Tambahan Abu Bakar mengamalkan wasiat Nabi iaitu para Nabi2 tidak mewariskan harta. Soal hadith tu ditolak oleh Syiah akan disangkal di post di bawah.
4) Tentang Fadak juga akan disambung di bawah. Bukti Abu Bakr mencintai Ahlul Bait ada banyak, namun adakah Syiah akan terima riwayat2 Ahlussunnah? Salah satunya yang diambil Syiah adalah dalam riwayat yang sama di mana Fatimah marahkan Abu Bakr berkenaan isu Fadak, terdapat pujukan dan penjelasan Abu Bakr terhadap Fatimah.

Mengikut hadith Nabi S.A.W.A, lebih kurangnya bermaksud begini:

"Aku tinggalkan kamu dua perkara, jika kamu berpegang pada keduanya kamu tidak akan sesat. Al-Quran dan Itrahku (Ahli Bait)"

"Perumpamaan ahli keluargaku adalah seperti bahtera Nabi Nuh, siapa yang menyertainya dia akan selamat, siapa yang berpaling darinya, dia akan binasa"

Dimana kedudukan tuan dalam menerima dan memegang kedua hadith di atas?

Wassalamualaik


Menurut hadith yang sahih, banyak riwayat perintah ikut:
-Al Quran
-As Sunnah

Ada juga riwayat ikut:
-Ahlul Bait
-Khulafa Ar-Rashidin

Maka jika ikut Ahlul Bait bertentangan dengan perintah Nabi (Sunnah) dalam hal2 tertentu, maka tidak adil menghukum sesiapa yang tidak ikut Ahlul Bait sebagai bersalah dalam hal tersebut.

[ Last edited by  mnm77 at 21-1-2009 11:56 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 11:29 AM | Show all posts
Originally posted by billionaire at 21-1-2009 09:41 AM

1. HADIS ABU BAKAR BERTENTANGAN DENGAN AL-QURAN 1
2. HADIS ABU BAKAR BERTENTANGAN DENGAN AL-QURAN 2


Isu Fadak ni dah merelet panjang sangat kalau saya quote apa yang saudara tulis, jadi saya ringkaskan point yang saudara bawa supaya tidak menjemukan atau panjang2 sangat.

1. Saudara bawakan ayat Al Quran, namun ayat tu umum untuk awam, bukannya warisan ke atas harta Nabi. Jika soal Fadak tu dikatakan diwariskan kepada Fatimah, namun persoalan lain boleh timbul:
-kenapa Fatimah sahaja yang diwariskan? Nabi ada puteri lain juga, dan soal pewarisan harta mestilah ADIL. Mustahil Nabi tidak berlaku adil, jadi riwayat yang saudara bawa tu dipertikaikan.

Sungguh mustahil Rasulullah saaw telah mengabaikan hak-hak ahli warisnya ......


2. [quote]
1. 揇an  Sulaiman mewarisi Daud.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 12:33 PM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 21-1-2009 11:01 AM

<Menurut hadith yang sahih, banyak riwayat perintah ikut:
-Al Quran
-As Sunnah.



Sahih kata tuan? Macamana tuan boleh kata hadith ni sahih sedangkan hadith  ini tiada dalam Sunnah Sittah. Enam ulama hadith yang terulung mengikut jalur sunnah sendiri tidak menukilkan hadith di atas dalam kitab sahih mereka. Sedangkan hadith mengikut alquran dan ahlu baitnya dimuatkan di dalam sahih muslim. Jadi bagaimana tuan meninggalkan hadith yang lebih utama dan memegang pada hadith yang lemah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2009 12:46 PM | Show all posts
Assalamualaikum

Pada tuan mnm77, saya harapkan tuan, kajilah dan semaklah kembali kitab-kitab jalur sunni dengan akal yang adil. Kerana dari kitab-kitab sunni sendiri menunjukkan kebenaran pada jalur Syiah.

Perdebatan dengan tuan saya rasa takkan berkesudahan kerana tuan akan menggunakan apa cara sekalipun walaupun dengan menidakkan sunnah yang tuan pegang sendiri, demi untuk menegakkan pendapat tuan.

[quote]Maka jika ikut Ahlul Bait bertentangan dengan perintah Nabi (Sunnah) dalam hal2 tertentu, maka tidak adil menghukum sesiapa yang tidak ikut Ahlul Bait sebagai bersalah dalam hal tersebut.
/quote]

Saya harapkan semoga ALLAH Taala memberi petunjuk kepada tuan dan menerima segala amalan baik tuan


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMAD WA ALI MUHAMMAD
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 05:54 PM | Show all posts
Originally posted by paktuaman at 21-1-2009 12:33 PM


Sahih kata tuan? Macamana tuan boleh kata hadith ni sahih sedangkanhadith  ini tiada dalam Sunnah Sittah. Enam ulama hadith yang terulungmengikut jalur sunnah sendiri tidak menukilkan hadith di atas dalamkitab sahih mereka. Sedangkan hadith mengikut alquran dan ahlu baitnyadimuatkan di dalam sahih muslim. Jadi bagaimana tuan meninggalkanhadith yang lebih utama dan memegang pada hadith yang lemah?



hahahhahahaahaha....

brader newbie (lah sangat!)... kalau nak Taqiyyah sangat pun tengok-tengok laa jugak brader ooooiii...... penipu profesional pun tidak menipu sepanjang masa.... letih jugak menipu ni.....

-----------------------


hehehe... Xde kemaluan betul derang menipu terang2 gini... tobat laa sdare... Xsedar lagi ker betapa jijiknya ajaran Shi*ah yang kamu agung2kan sangat tuu huh?

ari tu 'berak' atas nama Bukhari, Muslim dan Ahmad jer... http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=381958&amp;extra=page%3D1 ...


kalini nampaknya kau telah ter'berak' atas nama SUNAN SITTAH laa plak iyer!.... korang ni sampai tercirit2 gitu pun masih dok agungkan lagi ajaran sesatnya... bala betul Shi*ah ni............. sampai Xhengat donia jadinya!


'najis' korang atas nama  imam bukhari aritu pun belum diusik lagi... datang pulak lagi satu tercirit plak atas nama sunan sittah.... huisshh9........



cirit punya penyangak ugama.... tidak mungkin samasekali ISLAMku yang MAHA SUCI ini dari FITNAH Shiah ini....

a'uuzubillah min as-SYAITHAN ar-RAJEEM!! :@:@:@

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 05:58 PM | Show all posts
huargh....huargh...huargh.....


ko ni mnm77, senang2 jer mamat tu goreng ko sampai hangit gini......


ko tak perasan ker dia dok 'kencing' ko slame ni? hahahaha...


lawak2... lawak betul aku tengok gelagat korunk ni gang Shi*ah........



udah ler..... Xleh tido i malam ni tergelakkan korang..... hahahaha...ahaha...ahaha..ha.a,ahahaha...... hahaha.... aha....ha.....ha...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 06:25 PM | Show all posts
gaya derang cakap bukan main lagi.... berapi2 siot.... tapi isinya... hampeh.... habuk pun tarakkkk!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.065201 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list