CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shone

NAMA ALLAH............

 Close [Copy link]
Post time 17-3-2009 12:33 PM | Show all posts
KE-16 (SHALOM MENULIS):
Sr.Pasal Malam membantah Alkitab dalam English sebut God dan bukannyaAllah, jadi kenapa nak guna Allah? (dalam hal ini saya galakkan sr.PasalMalam belajar tentang hubungkait bahasa dan sejarah bahasa).Walaupun tiada orang Islam setuju Allah dinisbah dengan Yesus, tetapi diluar sana ramai orang Islam bersetuju, konsep ketuhanan Kristian-Islam adalah sama. Cuma berbeza tentang zat ketuhanan.Mungkin sr. PasarMalam dan ulama-ulama di Malaysia tidak mengetahui bagaimana pada 12 Oktober 2006 sebanyak 36 orang ulama Islam yang antaranya dari Egypt, Russia, Bosnia, Croatia, Kosovo, Istanbul,Uzbekistan, Oman etc.. menghantar surat kepada Pope Benedict. Begitu juga setahun selepas itu, sebanyak 138 orang ulama dan sarjana Islam bersama sarjana Kristian membuat deklarasi. Dalam dokumen-dokumen tersebut, dinyatakan oleh ulama Islam, sarjana Islam, Kristian-Islam berkongsi Allah yang sama yang dikenali sebagai  Abraham heritage. Belum lagi dengan ulama-ulama Islam di barat, yang sentiasa memberitahu orang Kristian bahawa kita menyembah Tuhan yang sama. Malahan ada Quran english menterjemahkan Allah kepada God. Mungkinmereka-mereka ini tidak cukup Isle kot?

PENJELASAN:
Orang Islam mana yang setuju itu? Setakat ini saya belum jumpa seorang Islam yang boleh menolak secara ilmiah hujah-hujah kami yang tidak bersetuju ini, sebaliknya hujah-hujah mereka kami rungkaikan satu-persatu. Oleh kerana ada sebahagian orang Islam mengakuinya, itu bukan bukti ISLAM itu sendiri membenarkannya. Leh kerana ada orang Islam yang menjadi penjenayah, tidak bermakna Islam menyetujuinya. Mereka boleh saja tersilap ataupun kekurangan maklumat lalu mengeluarkan pandangan yang salah.

Konsep KeTuhanan Islam dan Kristian sama?
Yang ini kita boleh bincangkan supaya saya boleh lihat bahagian mana yang dikatakan sama itu? Pada saya, konsep keTuhanan Islam dengan Kristian Trinity umumnya tidak sama langsung. Dalam Kristian, Tuhan pernah kalah lawan bertumbuk dengan Jacob. Layakkah itu berjawatan Tuhan? Sedangkan dalam Islam, Tuhan mustahil akan kalah dengan mana-mana makhluk selama-lamanya, barulah layak Dia menjadi Tuhan. Bagaimana anda mengatakan konsep keTuhanan kita sama?

Tuhan Islam Maha Mengetahui, tidak pernah tidak tahu tetapi Tuhan Kristian beberapa kali pernah tidak tahu. Tuhan Islam tidak pernah menyesal kerana Dia Maha Tahu apa yang akan berlaku sampai bila-bila pun, sedangkan Tuhan Kristian menyesal menjadikan manusia di bumi. Tuhan Islam tidak pernah diutus kerana semua bersumber daripadaNya, maka dialah Pengutus. Tidak layak Dia diutus. Padahal Kristian percaya Tuhan Roh Kudus diutus dan Tuhan Jesus juga diutus kepada manusia.

Anda fikir sendiri- Bapa/ Tuhan di syurga, Roh Kudus pula sedang turun kepada Jesus dalam bentuk burung manakala Jesus sedang menunggu wahyu di bumi. Ketiga-tiganya satu peribadi ataupun tiga peribadi yang berbeza? Yang mana satu Tuhan sebenar/ Allah?
揇an turunlah Roh Kudus dalam rupa burung merpati ke atasnya (Jesus). Dan terdengarlah suara dari langit: "Engkaulah anak-Ku yang Ku-kasihi, kepadamulah Aku berkenan."
(Lukas. 3:22)

Tentang ulama-ulama yang anda sebutkan, bukankah sudah saya nyatakan bahawa Malaysia adalah benteng terakhir?

Kemudian, adakah apa-apa kenyataan ataupun dokumen para ulama itu yang menyetujui Jesus itu Allah dan Allah itu Jesus? Jika ada sila buktikan. Saya yakin tidak ada. Mustahil ada mana-mana ulama Islam yang benar akan mengakui Jesus itu Allah da Allah itu Jesus.

Jika boleh, sertakan sama dokumen itu ataupun petikannya yang sah supaya kita yakin memang itulah yang mereka katakan. Kadang-kadang mereka maksudkan lain tetapi pembawa berita mengulasnya jadi lain. Takkanlah saya hendak percaya terus 100% dengan kata-kata yang anda bawa kan?

KATAKANLAH betul apa yang anda bawa. Mereka kata, 揔ristian dan Islam berkongsi Allah yang sama
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 17-3-2009 12:34 PM | Show all posts

Post time 17-3-2009 12:42 PM | Show all posts
KE-17 (SHALOM MENULIS):
Dalam konteks Malaya, penggunaan Allah telah digunakan seawal tahun 1514 oleh orang Kristian. Kitab salat as-sawai (Christian prayers) yang diterbitkan pada tahun 1514 menggunakan Allah. Begitu juga Christian catechisms dalam bahasa melayu yang diterbitkan sekitar tahun 1545. Begitu juga dengan Injil Matius yang diterjemahkan ke dalam bahasa melayu pada tahun 1629. Sama juga dengan kamus Melayu-Latin yang diterbitkan pada 1631, dimana Deus diterjemahkan sebagai Allah.

Begitu dengan Sabah/Sarawak. Penggunaan Allah/Allah Taala telah meluas digunakan sebelum kemasukan kedua-dua wilayah tersebut ke dalam Persekutuan Malaysia. Mungkin kita pula, salah satu sebab mengapa Sabah/Sarawak DIJEMPUT menyertai persekutuan Malaysia adalah untuk menyimbangi komposisi kaum dimana kemasukkan Sabah/Sarawak akan menyeimbangi kaum bumiputra dengan bukan bumi.

Malahan, semasa pengistiharan Pembentukan Malaysia, deklarasi dimulakan dengan “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani, segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa’, dimana pada masa itu telah diketahuai Allah bukan milik mutlak orang melayu di Malaya.

PENJELASAN:
Pada tahun-tahun 1500 dan 1600, orang-orang Islam tidak mahir ilmu perbandingan agama. Orang-orang Melayu baru hendak mengenal agama Islam dengan mendalam. Bible pun mereka tidak pernah baca. Kelemahan mereka dalam menyedari hal ini bukan bererti Islam menyetujuinya. Tapi hari ini orang-orang seperti kami semakin ramai.

Baiklah, dalam kitab-kitab yang anda sebutkan, apakah 揂llah
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2009 12:43 PM | Show all posts
KE-18 (SHALOM MENULIS):
Ada yang mendakwa, memandangkan terdapat perbezaan konsep ketuhanan Kristian-Islam, maka orang Kristian tidak boleh menggunakan Allah. Menurut Kenneth Thomas lagi :

“The use of the same word for the supreme being by people of various religions need not mean that they all have the same views about deity. Each religion defines the meaning of the supreme being according to its own convictions. Those of different religions who use the word “Allah” understand the nature of the supreme being to which it refers according to the beliefs of their own traditions. English speakers can understand this reality by reference to their own usage patterns. Allah is the equivalent to the English word “God” with a capital “G”. Michel observed that “Just as ‘God’ is the name in English for the one divine being who alone is to be worshipped and obeyed, used by Muslims, Christians and Jews, so God’s name in Arabic and those languages who derive their religious terminology from Arabic (like Bahasa, Indonesia) is ‘Allah.’” /22/ Many Muslims have recognized the equivalency of these words as generic terms when writing in English by using the English term “God.”

PENJELASAN:
Pembetulan! Orang-orang Kristian boleh saja menggunakan 揂llah
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2009 12:46 PM | Show all posts
KE-19 (SHALOM MENULIS):
Begitu juga dengan perkongsian budaya dan sebagainya. Ia adalah perkara normal dalam masyarakat dunia, walaupun berlainan bangsa, agama, ideologi bahkan negara.Saya tidak dapat bayangkan kalau orang Buddha melakukan perkara yang sama. Perkataan dosa, manusia, surga adalah berasal dari pengaruh Buddha semenjak zaman Empayar Sri Wijaya lagi.Saya juga tidak dapat bayangkan kalau masyarakat melayu Indonesia, Hindu, pagan,Thailand, Kristian Arab, Yahudi Arab dan Pagan Arab membuat tuntutan yang sama. Apa yang lagi tinggal dengan kebudayaan Melayu Malaya? Tidak keterlaluan kalau saya katakan, orang Melayu hanya tinggal sehelai sepinggang!

Peace...

PENJELASAN:
Persoalan ini mudah saja.
Perkataan-perkataan itu tidak ada kaitan dengan akidah, sebab itu tidak perlu direbut dan boleh dipakai oleh sesiapa sahaja. Jahillah orang-orang yang berebutkan perkataan-perkataan yang tidak berkaitan dengan akidah. Islam sendiri tidak pernah membantah apabila Inggeris mengambil 搒ukari
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2009 04:38 PM | Show all posts
dah nampak penggunaan nama Allah telah disalah gunakan dalam sebuah lagu dari indon, tujuannya tak lain cuba mengelirukan muda mudi yg jahil. niat asal pada penggunaan nama tersebut yg cuba di tuntut mereka
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-3-2009 06:28 PM | Show all posts

Balas #101 pasarmalam\ catat

bagaimana pula dengan pengunaan nama Allah di indonesia........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2009 01:55 PM | Show all posts

Balas #106 Sly\ catat

di indonesia dah biasa...........
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

 Author| Post time 19-3-2009 02:49 PM | Show all posts

Balas #108 shone\ catat

semua penganut agama di indonesia menggunakan nama Allah dan percaya kepada tuhan yg satu
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 11:59 AM | Show all posts

Balas #85 pasarmalam\ catat

Dalam posting 24, berkata :

Sedangkan bagi Kristian Trinity, mereka tidak asingkan Allah  itu daripada semabahan yang lain. Allah pun Allah, Jesus pun Allah, setengahnya Maria pun Alla, Rok Kudus pun Allah.

( untuk makluman anda, Kristian Trinity tidak pernah memanggil Maria sebagai Allah)

Kemudian dalam posting 25, anda bertanya jika Kristian sembah Allah-Kristian mana? Unitarian atau Trinity? Kemudian anda berkata, sebahagian Unitarian meletakkan Allah pada tempatnya----tetapi anda lupa ada unitarian yang anggap bapa, Jesus dan Roh Kudus satu zat yang sama. Maksudnya Jesus dan Roh Kudus adalah Bapa dan mereka cakap Yesus dan Roh Kudus juga Allah.

Seperti yang telah saya tanda, Unitarian mana yang sesuai dengan Islam? Anda jawapan unitarian yg letak Bapa first, kemudian anak muda... Mungkin anda lebih sukan konsep Bapa lantik anak jadi second god kot.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 12:03 PM | Show all posts
Originally posted by pasarmalam at 17-3-2009 10:22
Di sini kita boleh lihat ada pertentangan antara Raja Negus yang berfaham unitary dengan sebahagian para pendetanya yang berfaham Trinity. Raja Negus ini dipercayai memeluk agama Islam kerana Nabi Muhammad melakukan solat jenazah ghaib (dari jarak jauh) apabila mendengar berita kemangkatan Raja Negus. Padahal dalam Islam, solat jenazah hanya dibolehkan untuk jenazah orang-orang Islam.

Seperti yang telah saya jelaskan, konsep Allah sepertimana yang difahami oleh orang Kristian itu sendiri telah merangkumi Bapa, Putera dan Roh Kudus. Jadi saya tidak nampak kenapa saya gagal membuktikan penggunaan Allah untuk Yesus.

Kemudian saya memberi contoh tentang Nahjran, dimana mereka adalah Kristian Trinity. Anda berkata, Nahjran jauh dari Mekah etc..Tetapi anda lupa, melalui Nahjranlah Kristian tersebar ke Tanah Arab. Saya berharap agar anda boleh buktikan terdapat larangan dari Quran dan nabi anda tentang penggunaan Allah oleh Kristian Trinity. Allah itu bukan hak mutlak mana-mana kaum. Cuma Malaysia saja yang buat begitu.

Kemudian anda berkata Raja Negus berfahaman unitarian dan pendeta berfahaman trinity. Alasan anda, sebab Raja Negus mendengar kata-kata penghijrah bahawa Yesus adalah utusan TUHAN. Boleh tak anda bayangkan, Raja Sunni, tetapi ulama raja adalah syiah? Ada ke berlakunya kes begitu? Alasan yg anda berikan amatlah janggal dan hanya berdasarkan andaian. Kristian trinity pun percaya dalam konteks misi penyelamatan..Yesus adalah utusan. Jadi tiada percanggahan pon pengertian Yesus h醖ala utusan dengan konsep Yesus h醖ala TUHAN. Perkara ini pun tercatat dalam Alkitab.

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 12:11 PM | Show all posts

Balas #87 pasarmalam\ catat

Erm kalau anda tidak percaya dengan tulisan org Islam sundri..aku no komen...Sama juga ada org Islam tidak percaya dengan catatan hadist...

Kalau anda org Islam sundri tidak percaya dengan tradisi tulisan Islam, apatah lagi org  bukan Islam

Aku petik itu pon , sebab iu itu menarik. Dari tulisan Islam dah cakap, ada gambar Yesus dan Maria dalam Kaabah. Tapi anda ptikaian penulisan Islam sundri...

Klu anda dah x percaya, aku 360 darjah lagi ler x caye..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 12:20 PM | Show all posts

Balas #88 pasarmalam\ catat

Jadi kerana ada benda-benda macam tu anda terus cop Para Rasul tidak percaya Yesus adalah Allah?

Bagaimana dengan Injil Yohanes yang terang-terang cakap Firman(Yesus) Itu adalah Allah?

Bagaimana dengan pengakuan St Thomas Ya Allahku dan TuhanKu apabila beliau tersungkul di kaki Yesus.

etc etc etc etc..

Kritikan anda itu jelas membuktikan bahawa anda tidak memahami bahasa Alkitab.

Apabila Yesus guna perempuan untuk ibuNYA, Maria ada terus cop Yesus dalam Injil adalah kurang ajar.

Dalam Genesis..apabila dicatat pada hari ke-7 TUHAN berehat, ada yg cop TUHAN Alkitab letih

Dalam Kitab Joshua, apabila ditulis..bunuh le semua penduduk, terus cop TUHAN Alkitab ganaz

etc..etc..

Tapi anda tidak faham penggunaan bahasa teologi Yahudi-Kristian..itulah masalah utama anda..

Sama juga dengan ayat-ayat dari Alkitab yg anda petik..kununnya Para Rasul unitarian..x percaya Yesus TUHAN etc...

Belajar dulu bagaimana bahasa Alkitab, kemudian baru anda datang jumpe saya utk bincangkan isu dengan lebih mendalam..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 12:27 PM | Show all posts

Balas #89 pasarmalam\ catat

Kali keberapa saya nak jelas..

Allah itu sundri mengandungi pengertian Bapa, Putera dan Roh Kudus semenjak pre Islam lagi..

Jadi kalau anda yg mmbantah Allah tidak boleh dnisbahkan kpd Yesus dan Roh Kudus, bmakna andalah yg telah mengubah makna sebenar Allah, bukan org Kristian.

Dengan manuskrip tsebut, saya telah membuktikan bahawa Kristian telah guna Allah untuk Tuhan mereka. Anda sundri ngaku maklumat Kristian Unitarian adalah kurang di Mekah..Bagi aku mungkin x wujudpun Kristian unitarian yg percaya Yesus hanyalah nabi.

Kristian unitarian adalah mereka yg percaya Yesus semi/atau second God? Mungkin anda lebih suka dengan second -God kot. mUngkin itu yg sesuai dengan ajaran Islam berdasarkan pendapat anda.

Kalau anda pergi ke Arab, jangan terkejut jika mendengar Arab sebut Ya Allah Yesus ku..ala2 lagu Agnes gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 12:44 PM | Show all posts

Balas #90 pasarmalam\ catat

Kalau anda tidakj setuju dengan kajian2 ensklopedia itu, adalah lebih baik anda bentangkan sendiri kajian anda.

Saya tidak minta anda bulat2 percaya dengan ensklopedia atau mana2 kajian..Setakat ini anda tidak bentangkan pun bukti2 yg menyokong kenyataan anda. Kebanyakkkan anda bercakap bdasarkan tafsiran anda, kemudian berkata mufti itu ini memutar maksud Quran..bagi mana2 yg tidak sealiran dengan anda.Belum lagi tmasuk bab anda tidak percaya kepada penulis sejarah Islam sundri.

Kalau aku bentangkan dari hadist bukhari sundri yg isu Alkitab dalam bahasa Arab..ntah2 awk akan cakap Bukhari itu pon x bleh nak caye..

Bagi aku senang saja, kalau anda nak tau Kristian Arab sebut Yesus atau tidak..anda pergi saja ke Arab tu..

Lakukan kajian sundri.... Berdasarkan pembacaan aku yang pelbagai...Kristian arab dari pre-Islam sundri sebum Allah untuk Bapa, Putera dan Roh Kudus.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 01:11 PM | Show all posts

Balas #91 pasarmalam\ catat

Kristian Arab pre-Islam adalah majoriti sembah Yesus..
Klu awk nak tahu lebih lanjut..google je website kristian arab..

Yang minoriti..aku serahkan pada awk untuk mengemukakan bukti..
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 20-3-2009 03:03 PM | Show all posts

Reply #116 shalom's post

nak tanya soalan kepada shalom.

shalom ni terlibat dgn mana-mana gereja ke?  terlibat dgn missionary ke?  atau pelajar mubaligh ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 06:25 PM | Show all posts

Balas #117 ibnur\ catat

Aku ni Kristian biasa2..aliran RC..
x tlibat ngan kerja missionary apatahlagi aktiviti mubaligh..
Belajar agama pon secara x rasmi...blajar bdasarkan minat jew..
Dulu aktif ngan church...Berapa tahun jd altar server..kadang koir tulung sumbangkan lagu..
Tp skrg ni dah pencen.Jadi umat biasa2 aja...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 06:27 PM | Show all posts

Balas #115 shalom\ catat

akan bsambung...
ttiba lak penyakit malas datang mlanda..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2009 07:47 AM | Show all posts

Reply #116 shalom's post

shalom, aku nak habaq kat hang lah
depa yang macam pasarmalam nih, jenih yang in denial
depa tak dapat terimo yang memang kristianiti ni asai asai lagi dah sombah Jesus=Allah...
trinity ka unitarian ka, memang jesus totap ada kedudukan yang tinggi yang kalo dibahaskan dalam Islam, memang sudah dikiro syirik

sobab itulah alquran dah habaq awai awai lagi pasai akidah kristian Jesus=Allah bagai
itu pun susah nak paham ka
aku daq ponah dengaq orang kristian dolu dolu sombah Allah satu ja

kalu nak kata kristian yang sombah Allah satu dan asingkan Allah dan jesus, itu sudah dikira golongan nasrani (yang dalam kepercayaan islam sebagai agama seblom ajaran isa dipesngkan)

dah namonyo kristian, memang totap sombah jesus=allah
nak putaq apo laginyo dengan trinity dan unitarian...
jangan takajut shalom, dikalangan orang melayu isele, depa kato orang kristian di arab nuh sombah Allah jah...at least, google la dalam intenet dolu seblom buat fakta silap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 10:14 AM GMT+8 , Processed in 0.129118 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list