CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: calmille

Siti tersenarai di AIM!

[Copy link]
Post time 26-4-2009 02:36 AM | Show all posts
tq call
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2009 12:19 PM | Show all posts

Balas #101 calmille\ catat

tq cal...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2009 06:28 AM | Show all posts
baru baca td kat utusan. siti xkan hadiri aim 16. waaaaaaaaa sedih nye... patut la nama die xde dlm senarai performance mlm tu. rupe nya die ade hal.... keciwaaa daku  


Secebis artikel drpd utusan hari ni, 27 april 2009.


Mengalih topik perbualan kepada tujuh pencalonan yang diterimanya tahun ini menerusi album Lentera Timur,isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa initernyata gembira dan bersyukur dengan pencalonan yang diterimanya.
Apatah lagi, setelah lima tahun tidak tampil dengan album tradisional selepas Sanggar Mustika,Siti melihat ia sebagai satu perkembangan yang positif sementelahlagu-lagu berkenaan agak kurang meriah berbanding sedekad lalu.
Lentera Timur dicalonkan untuk Album Pop Etnik Terbaik manakala dualagu di dalam album itu, Di Kayangan Kita dan Di Taman Temanmasing-masing dicalonkan untuk Lagu Pop Etnik Terbaik.
Selain itu, Di Taman Teman turut dicalonkan dalam kategori Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu di samping sebuah lagi lagu nyanyian Siti, Pada Cintanya yang merupakan gubahan Audi Mok.
Vokal emas penghibur berusia 30 tahun ini diiktiraf sekali lagiapabila menerima dua pencalonan untuk kategori Persembahan Vokal WanitaTerbaik Di Dalam Lagu menerusi Di Kayangan Kita dan Di Taman Teman.
Seperti biasa, Siti tidak mahu menaruh harapan yang tinggi untukmembawa pulang gelaran itu buat kali ke-10 walaupun kedua-dua laguberlainan nuansa dan sentuhan, namun, tidak dinafikan ia cukup mencabarvokalnya.
Ini kerana katanya, pesaingnya tahun ini tidak boleh dipandangenteng kerana mereka mempunyai kehebatan serta kredibiliti tersendiriwalaupun mereka jauh lebih muda daripadanya.
Mereka yang dimaksudkan adalah Dina, naib juara Malaysian Idol musim pertama serta juara dan naib juara One In A Million musim kedua, Ayu Damit dan Shila.
"Senario ini adalah satu persaingan yang baik dan sihat. Biarpun AIMtidak lagi menilai vokal dari segi keseluruhan album dan hanya menerusilagu, tetapi ia adalah satu langkah yang bagus seperti mana yangdilakukan di anugerah Grammy.
"Setidak-tidaknya, ia mampu memberi peluang kepada semua artis yangtidak menghasilkan album untuk dicalonkan biarpun hanya menerusi lagu.
"Menang atau kalah, saya tidak kisah," tuturnya sambil memberitahu dia tidak akan hadir untuk AIM 16 kerana akan mengerjakan umrah bersama keluarganya pada hari acara gilang-gemilang itu berlangsung.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.050846 second(s), 9 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list