|
Ni kategori yang some anggap kuran penting:
7. Video Muzik Terbaik – Pengarah
1. Douglas Lim – Hanya Di Mercu – Ayu
2. Douglas Lim – Sampai Syurga – Faizal Tahir
3. Kerol – Mati Hidup Kembali – Butterfingers
4. Kerol – 1000 Tahun (Mahu Hidup) – Butterfingers
5. Reshmonu – Oh Anok Anok – Reshmonu
Butterfingers kena menang!
1000 Tahun - Kelakar, sarcastic, witty
Mati Hidup Kembali - Konsep simple, tapi sangatlah menyentuh emosi. Boleh jadi pelakon si Loque ni. |
|
|
|
|
|
|
|
AIM pilih bulu?
Oleh FAIZAL SAHARUNI
[email protected]
JENNIFER THOMPSON
WALAUPUN kuantiti lapan slot yang diperuntukkan untuk para artis melakukan persembahan dalam Anugerah Industri Muzik 16 (AIM 16), namun ia bukanlah satu tanggungjawab yang mudah untuk mengelola majlis berprestij itu.
Dilema itu diakui sendiri oleh Pengurus Besar Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM), Jennifer Thompson yang harus membuat keputusan bijak tentang pemilihan artis yang akan mewarnai pentas AIM kali ini.
Hanya artis yang benar-benar berkualiti dan cukup bersesuaian untuk ditampilkan melakukan persembahan di pentas AIM akan terpilih.
"Setiap tahun saya dihujani dengan banyak panggilan telefon daripada artis yang cukup teruja hendak membuat persembahan.
"Saya hanya mampu memberi jawapan agar mereka dapat menunggu giliran untuk tahun-tahun berikutnya ditambah dengan pihak kami yang sekadar meletakkan slot dalam bilangan kecil.
"Tidak boleh dengan sewenang-wenangnya melibatkan ramai artis membuat persembahan kerana ditakuti penonton jemu dengan hiburan yang dihidangkan sekali gus membuatkan AIM mengambil masa yang panjang untuk disiarkan.
"Saya sendiri akui bahawa AIM menjadi platform anak-anak seni tanah air untuk mengenengahkan bakat yang dimiliki serta survival mereka sebagai penggiat muzik.
"Namun saya juga perlu ikut prosedur dalam menonjolkan artis. Hanya yang diyakini cukup layak untuk berada di pentas AIM bagi membuat persembahan," katanya ketika ditemui pada sidang media AIM 16 di Hotel Concorde Khamis lalu.
AIM 16 yang akan berlangsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, 2 Mei nanti menyaksikan artis-artis seperti M. Nasir, Misha Omar, Faizal Tahir, Datuk Sheila Majid, Meet Uncle Hussain, Joe Flizzow, Hujan, Chakrasonic, Man Jiang Hong dan Goldkartz, membuat persembahan.
Tidak terkecuali, penyanyi dari negara seberang, Rossa akan muncul dalam AIM 16 sekali gus membuat persembahan yang pastinya bakal memberi kejutan kepada penonton.
Persembahan artis pada malam itu pula akan diiringi oleh kumpulan pemuzik profesional yang dikepalai pengarah muzik terkenal, Ramli MS.
Bukan bermaksud pilih bulu atau menganak-tirikan mana-mana artis, sebaliknya pemilihan artis-artis ini bersandarkan kepada kredibiliti mereka membuat persembahan dan diri mereka yang mencerminkan industri muzik pada tahun lalu.
"Pemilihan mereka selaras dengan hasrat AIM 16 untuk memberi peluang mereka menonjolkan kebolehan masing-masing.
"Jika bercakap tentang kemampuan mereka menarik perhatian penonton, itu bergantung kepada persembahan mereka.
"Kami membuka jalan dan turut yakin barisan artis ini mampu memperlihatkan warna persembahan yang terbaik pada malam itu," beritahu Jennifer yang menyatakan tiada sebarang konsep atau tema diwajibkan bagi setiap persembahan.
Dalam pada itu, AIM juga tidak melupakan kehadiran kumpulan indie yang menjadi trend dalam industri muzik di Malaysia.
"Bahkan mereka cukup berbakat dalam menghasilkan produk sendiri sehingga mendapat sambutan di luar dugaan daripada peminat.
"Lantaran itu, saya harus memberi pengiktirafan yang sewajarnya kepada mereka yang berbakat besar ini untuk terlibat dalam AIM.
"Cuma saya harus berhati-hati dalam soal pemilihan kumpulan yang bakal membuat persembahan kerana AIM punya perbezaan ketara berbanding konsert-konsert biasa apatah lagi majlis penganugerahan ini dipancarkan secara langsung menerusi kaca TV," katanya.
Jennifer sebelum ini pernah memberi peluang kepada sebuah kumpulan indie untuk menyanyi di pentas AIM, namun mereka tidak membuat persembahan seperti yang dijangkakan. Lain yang diharap, lain pula jadinya.
"Secara tidak langsung, ia memburukkan reputasi penganjuran majlis ini," jelas Jennifer yang menjawat jawatan sebagai Penerbit AIM bermula tahun pertama penganjuran acara itu pada tahun 1993 sehinggalah ke hari ini.
Dalam majlis sama, Naib Pengerusi Jawatankuasa Pengelola AIM 16, Rosmin Hashim turut mengumumkan senarai artis yang bakal menjadi penyampai anugerah serta pengacara.
Masih mempercayai kredibiliti Afdlin Shauki dan Bob Lokman, AIM 16 turut tidak ketinggalan mengundang Adibah Noor, yang menjadi 'bunga' untuk mengemudikan acara itu.
Pihak AIM 16 bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang segmen khas. Sebaliknya Rosmin memberitahu: "Kami mahu memberi kejutan kerana tidak menarik jika diberitahu awal-awal.
"Ada kolaborasi yang tidak disangkakan, malah ada nama artis yang kami sedang difikirkan lagi untuk terlibat dalam persembahan AIM 16."
Selain itu, beberapa nama terkenal dalam industri seni tempatan turut diundang untuk menyampaikan trofi pada malam bersejarah itu.
Antara mereka yang dimaksudkan ialah Aizat, Atilia, Camelia, Dafi, Jaclyn Victor, Leya (Hot FM), Noryn Aziz, Rahim Maarof, Salamiah Hassan dan Syafinaz.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, AIM 16 mewajibkan semua hadirin untuk berpakaian formal atau Black Tie.
Kepada peminat yang ingin menghadiri AIM 16, mereka boleh mendapatkan tiket yang berharga RM50 dengan menghubungi talian 03-40445388. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #103 calmille's post
GO>>GOOOOOO <<<< DCT |
|
|
|
|
|
|
|
M. Nasir, Misha Omar, Faizal Tahir, Datuk Sheila Majid, Meet Uncle Hussain, Joe Flizzow, Hujan, Chakrasonic, Man Jiang Hong dan Goldkartz, membuat persembahan.
Aku rasa AIM kena buat pembetulan sekarang nie.Ntah merepek2 jer yang nak buat persembahan nie, mcm kump Chakrasonic, Man Jiang Hong tu aku tak kisah sangatlah sebab mungkinlah nak nampak kan cina india melayu semua..
Tapi macam M Nasir, Joe Flizzow nie mengarut sangat2...
AIM tukarlah balik...
Tak habis2 M.Nasir, Jamal Abdillah, S Jibeng, macamlah penyanyi melayu kita nie takde sesiapa lagi nak di banggakan..
Panggillah penyanyi yang tak tak popular sekarang nie tapi album dia masih lagi berkualiti....apalah AIM
Dato Sharifah Aini pun ok, Wann |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by calmille at 20-4-2009 09:06
http://www.calmille.com/wp-content/uploads/2009/04/d.jpg
Persembahan vocal terbaik dalam album aku rasa Siti susah sikitlah nak menang sebab kekuatan lagu Shila tu memang tidak di nafikan.Calon2 kategori nie memang saingan sebenar Siti...Vocal SHila tak boleh di nafikan.Lagu memori tercipta walaupun gagal ke juara lagu tetapi susunan melodinya best sampai menang anugerah gold masa shanghai award dulu...
Kemungkinan besar yang menang ialah Memori Tercipta, kemudian kalau tak menang mungkin Siti, kalau tak menang jugak, Dina sebab lagu Dina pun mempunyai kekuatan tersendiri tetapi kalau masih tak menang jugak, Ayu juga boleh menang kerana tone suaar Ayu berbeza dengan artis2 yang sedia ada meskipun Ayu, Shila, dengan Dina boleh sampai suatu high note yg boleh di banggakan..
Apapun, dalam kategori nie nampaknya Siti bersaing dengan artis realiti 8TV ye..Harap tak fikir jatuh standard bila Siti katakanlah jatuh pada tangan junior ye suatu hari nanti.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pencalonan AIM16
1. Artis Baru Terbaik |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by budakpendekk at 26-3-2009 20:36
pelik ziana zain x ldpt masuk list vokal terbaik wanita..
ntah2 apa2 juri...
shahila? sore mcm phukisssss makkkkkkkkkkkkk je.
moderator sila amibil tindakan di atas tulisan yang menjatuhkan maruah seseorang macam nie.Moderator sila bertindak |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by doden at 21-4-2009 09:33
moderator sila amibil tindakan di atas tulisan yang menjatuhkan maruah seseorang macam nie.Moderator sila bertindak
ala itu pun nak report ke bha
tapi jujur aku ckp suara shila tu
agak2 sengau sikit
cuba korg dengar tol2
klu menang mmg ada xkena la
kira boleh ampun lg klu dina @ ayu yng menang |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #111 libra_gurlz's post
jemput laa
jgn memalu
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hyun at 21-4-2009 19:20
ala itu pun nak report ke bha
tapi jujur aku ckp suara shila tu
agak2 sengau sikit
cuba korg dengar tol2
klu menang mmg ada xkena la
kira boleh ampun lg klu dina @ ayu yng menang
kalo dah peminat namenye mmg le cenggitu... |
|
|
|
|
|
|
|
aim tahun ni akan jadik lebih kurang sama cam taun2 sudah..sama cam abp hari tu
ape je anugerah yg meletops kat mesia ni?? harapkan ajl je kots |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hyun at 21-4-2009 19:20
ala itu pun nak report ke bha
tapi jujur aku ckp suara shila tu
agak2 sengau sikit
cuba korg dengar tol2
klu menang mmg ada xkena la
kira boleh ampun lg klu dina @ ayu yng menang
Kalau kau terlibat dengan ilmu muzik, sengau2 nie adalah salah satu daripada jenis2 suara yang ada.Ada suara sengau yang sedap dan boleh di terbitkan album dan ada juga suara sengau yang memang tak boleh terbitkan album..Ada juga suara2 yang keluar melalui hidung juga adalah suara seni yang sedap kalau kena gayakan.Dan shila pula salah seorang yang berjaya kalau betullah sengau yang di maksudkan.Lain telinga lain orang lain pandangannya.Lain yang di dengarnya.Shila telah berjaya menawan juri2 profesional yang ada tinggi ilmu muziknya jadi kalau orang yang kata suara sengau ke apa pendapat itu di tolak sama sekali kerana Shila sudah meletakkan kelasnya yang tersendiri apatah lagi pendapat tersebut adalah pendapat yang tidak berasa sama sekali dan juga pendapat yang di buat2..Sengau juga adalah salah satu teknik untuk mengeluarkan suara yang berentak country contohnya.
Harap saudara faham dan berfikir dahulu sebelum nak berkata apa-apa
jadi jangan terus menghakimi seseorang tu sengau ke apa kalau di dada kita nie tak cukup ilmu muzik lagi
[ Last edited by doden at 23-4-2009 18:37 ] |
|
|
|
|
|
|
|
apa kes ayu ngan shila ada btanding ek? bukan dorg lum ada album ke? byk lg yg layak la. |
|
|
|
|
|
|
|
asyik2 faizal tahir bwat pesembhn. buhsannya artis2 yg bwat pesembhn kat aim ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hijau88 at 25-4-2009 07:50
apa kes ayu ngan shila ada btanding ek? bukan dorg lum ada album ke? byk lg yg layak la.
pada aku lah.Kalau nak kata layak atau tidak.Itu bukan keputusan kita.Kerana apa.Layak atau tidak layak amat berbeza dari segi definition lah pada orang lain pula.Sebab dalam dunia nie kita tidak boleh puas kan hati semua orang.Kita amik orang nie nanti orang kata ornag tu lagi layak.Kita ambil orang tu pula nanti orang kata orang nie pulak lagi layak.
Apapun, keputusan sudah di buat dan di harap kita menghormati kuasa juri profesioanl yang terlibat dalam industri ini untuk jangka masa yang lama bukan kuasa jari jemara. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by doden at 25-4-2009 13:15
pada aku lah.Kalau nak kata layak atau tidak.Itu bukan keputusan kita.Kerana apa.Layak atau tidak layak amat berbeza dari segi definition lah pada orang lain pula.Sebab dalam dunia nie kita t ...
wah..suke ngan ayat doden nie....tp nape kat thread oiam doden tidak sebegini?..asik salahkan 8tv je |
|
|
|
|
|
|
| |
|