|
UMRAH VI, HAJI DAN PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)
[Copy link]
|
|
Originally posted by warversa at 16-6-2009 17:19
pada forumers yang baru pegi umrah , nak tanye dah siap ke menara nih?
http://www.tallestbuildingintheworld.com/tallestbuildingv2admin/images/200809010031050.Makkah_Clock_Royal_Tower.jpg
Belum siap sepenuhnya............... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by el at 16-6-2009 10:12
Assalamualaikum semua,
Dugaan dari ALLAH..penerbangan rombongna kami delay..last minute baru dpt call..
Insyaallah 22/6 kami berangkat...sentiasa berdoa agar tiada lg halangan..
klu ikutka ...
kak el, tabah la ye.. lagi bagus jgn naik saudi air.. bukannya apa, mmg most of their aircrafts are in bad condition..
jemaah saya punya citer, stranded in dammam for 12 hours.. our mutawwif yg dlm flght tu pon 1st time singgah dammam even dah tggl di mekah about 15 years.. layanan FA pun agak kurang mesra tak macam MAS..
sbnanye aircraft yang kami naik dah rosak di jeddah lagi.. tapi after rombongan dari jeddah smpi klia, sejam lepas tu, bawak kami terbang ke jeddah... flight tu pun dah berasap sbnanye halfway tuh.. mmg pertolongan Allah semua ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by marry_markonah at 16-6-2009 15:11
Assalamualaikum semua...
Sy org br kat sini...InsyaAllah, seminggu sblm pose sy akan berangkat ke Tanah Suci menunaikan umrah bersama mak abah...kami berangkat semggu sebelum puase n balik ...
salam markonah.. best lak nama tuh..
bagi saya pulak, mmg tak mkn ubat.. mmg doa2 byk2 kat Allah supaya saya tak period kat sana.. alhamdulillah, seminggu blm berangkat period.. cycle awal seminggu dan sepjg kat sana tak kena la.. adik2 saya pulak kena di madinah yang mana kalau diikutkan kami ber3 sama.. rezeki masing2 dan berdoa kepada Allah.. kalau Allah tak izinkan, adalah hikmahnya.. usaha la mana2 yang mampu.. |
|
|
|
|
|
|
|
muahaha
dah dapat arahan...penggunaan internet bagi urusan persendiriaan tak dibenarkan
balik rumah baru boleh pakai internet la.....takpun pakai i phone jerlah...
Penjawat awam dilarang guna capaian terus internet
KUALA LUMPUR:, 16 Jun (Bernama) -- Penjawat awam dilarang menggunakan kemudahan modem untuk membuat capaian terus ke internet kerana ia melanggar Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di agensi-agensi kerajaan, kata Datuk Seri Najib Razak.
"Garis panduan itu yang dikeluarkan pada 2003, adalah sebagai panduan kepada penjawat awam dalam penggunaan Internet," kata Perdana Menteri dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Najib berkata, aktiviti lain yang melanggar tatacara pengguna internet di pejabat kerajaan termasuk menyedia, memuat naik, memuat turun dan menyimpan gambar, lagu atau teks yang bercorak penentangan yang boleh membawa keadaan huru-hara dan menakutkan pengguna Internet yang lain.
Katanya, penjawat awam juga dilarang menyalahgunakan kemudahan perbincangan awam secara dalam talian seperti newsgroup dan bulletin board, menggunakan kemudahan "chatting" melalui internet, menggunakan kemudahan internet untuk tujuan peribadi dan menjalankan aktiviti komersil dan politik.
Najib berkata, kerajaan juga sudah menyekat beberapa laman web dan blog yang berunsur lucah serta berunsur hasutan manakala beberapa laman web dan blog yang sedang dalam siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetapi masih belum dikenakan tindakan larangan melayari.
Beliau berkata, sehingga kini sembilan orang sudah dikenakan tindakan iaitu lapan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan satu oleh PDRM.
Dalam jawapan bertulis kepada Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju), Najib berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) sentiasa memantau pematuhan garis panduan kepada pengeluar kad kredit.
"Sekiranya terdapat ketidakpatuhan terhadap mana-mana garis panduan, BNM berhak untuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas syarikat kad kredit terbabit di bawah kuasa yang termaktub di dalam Akta Sistem Pembayaran 2003 selepas kajian menyeluruh dilakukan ke atas ketidakpatuhan tersebut dan jenis tindakan yang diambil bergantung kepada tahap ketidakpatuhan," katanya. - Bernama
[ Last edited by HUSSAINTAHIR at 16-6-2009 22:31 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #105 HUSSAINTAHIR's post
memanglah tak blh guna harta kerajaan or majikanutk urusan peribadi apa lagi utk urusan chatting dan berforum...saya dah pulangkan laptop yang diperuntukkan utk saya sbb takut ter guna hak milik kerajaan utk urusan peribadi...walau pun laptop tu bila dah bagi pada kami tu kira dah hapus kira...but stil milik majikan..digunakan utk urusan kerja aja...serupa juga kalau pejabat sediakan pen...gunalah pen tu utk urusan di pejabat jgn bawa balik rumah
ingat lagi kisah saiyidina umar dgn anaknya? si anak datang utk berbual dgnnya...lalu umar menanggalkan jubah dan memadamkan pelita..si anak bertanya kenapa kita berbicara dlm gelap..kata umar tadi tu ayah sedang buat kerja negara...jubah ni juga milik negara..sekarang kita nak berbicara hal keluarga ...
ingat tu...dan jgn sekali2 curi tulang berforum waktu kerja..nanti hutang dgn majikan macam mana nak bayar hutang tu... |
|
|
|
|
|
|
|
ni kutip kat internet...saya pun besar kemungkinan akan ambil pill ni dah kira tolak tambah semuanya memang akan kena kat sana..
Tangguh Haid untuk Haji dan Umrah
Bolehkah kedatangan haid ditangguhkan untuk tujuan ibadat?
Kedatangan haid memang boleh ditangguhkan. Kini ramai wanita yang dalam lingkungan umur subur menunaikan fardhu Haji atau Umrah di tanah suci Mekah. Oleh itu mereka perlu menentukan yang kedatangan haid boleh ditangguhkan atau ditahan untuk selama waktu wanita itu berada ditanah suci. Terdapat beberapa cara untuk menangguhkan keadaan ini yang semuanya menggunakan ubat hormon. Pil hormon yang mengandungi 慛orethisterone |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikummmmm..
insyallah, hari ni mak sedara hanni sekeluarga akan pulang dr Tanah suci/ |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sunsuria at 15-6-2009 15:36
insyallah 23 ogos sampai 5 sept dah daftar dgn andalusia
alhamdulillah.. merasa la kak sun berpuasa di mekah,
kak sun pegi sekeluarga ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #72 el\ catat
moga el dan keluarga tabah dgn ujian umrah kali ni..
yg pasti ada hikmah disebaliknya.. |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum
boleh tak cerita tuan/puan yang telah menunaikan haji sebagai panduan
t k |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #109 Hanni\ catat
insyallah dgn anak bujang yg nak ambil spm tahun ni...husband busy sokmo |
|
|
|
|
|
|
|
almost crying...
tengok gambar haram..dlm blog haji azli
almost crying seeing picture of haram...
i love haram very much...
terlalu rindu..
didalamnya ku kenal erti bahagia..
didalamnya baru ku kenal erti selesa
didalamnya ku kenal erti ketenangan..
saya terlalu selesa didalamnya..
how i wish i can be at haram at this moment...
Ya..ALLAH makbulkan doakan agar dapat ku sentiasa berada di rumahMU... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sunsuria at 17-6-2009 00:23
ni kutip kat internet...saya pun besar kemungkinan akan ambil pill ni dah kira tolak tambah semuanya memang akan kena kat sana..
Tangguh Haid untuk Haji dan Umrah
Bolehkah kedatangan ...
Salam Sunsuria
Umrah cuma 2 minggu sahaja, kalau memang nak datang uzur pada tarikh kita di sana seelok-eloknya kita usaha untuk mengambil pil ni . Tapi kalau dalam musim haji selalunya kita berada lama lebih kurang 45 hari jadi biarlah uzur tu datang semula jadi dengan sendiri tanpa perlu pil penahan. Yang kita takut datang uzur masa puncak (sebab tak dapat buat tawaf haji). Selagi tak sempurna tawaf haji tak dapatlah balik M'sia. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #44 kakniz's post
salam...
insyaallah sy pun akan buat umrah bulan posani...excited sangat maklumla 1st time...
kebetulan nama suami terpilih untuk pg tahunni.. tu yang saya ikut skali... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #113 HUSSAINTAHIR's post
bro... ni pakai line internet sapa pulak ni?
ofis ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by HUSSAINTAHIR at 17-6-2009 13:40
tengok gambar haram..dlm blog haji azli
almost crying seeing picture of haram...
i love haram very much...
terlalu rindu..
didalamnya ku kenal erti bahagia..
didalamnya baru ku ken ...
kesian Hussain
apa2 hal pun tak blh gelojoh sain
relax hehehe
[ Last edited by mlsnklyn at 17-6-2009 15:20 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #114 aily\ catat
tu lah sy memang kena betul2 hari ke 4 puasa...rasa memang nak ambil juga pil ni..antara usaha juga dah doa dah...ini usaha terakhir dan terserah pada Allah lepas ni..ni first time nak pegi over excited jugak ni..bukan macam nak pegi makan angin...tah lain macam punya feelings.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sunsuria at 17-6-2009 15:12
lain macam punya feelings..
feelings camner tu,citer la skit |
|
|
|
|
|
|
| |
|