|
Tiz kat Sinar FM. Tapi banyak lagu ler. Suci Dalam Debu. Laporan trepik pulokkk |
|
|
|
|
|
|
|
Fasha pomot sakan. Najman kata, Tiz tak boleh owg sebut nama dia. Tiz jawab nervous. |
|
|
|
|
|
|
|
103# cikara
dia tekejut pasal memula najman dok tanya pasal lagu sound track tuk drama ni dr kumpulan hujan. cara tanya tu mcm tiz yg nyanyi lagu sound track spa qistina.. hahahaha.. aku pun gigih mendengar tonasi si najman time tu.. last2 fasha jawab. hee. |
|
|
|
|
|
|
|
102# hijau88
tiz n nelly lewat sket..fasha awal. kul 5.15 camtu kot baru tiz n nelly join. tapi bese ler..banyak lagu. kalau tebiu kat radio rtm kenyang dgn kata2 lagi besh! |
|
|
|
|
|
|
|
Baru bis interview ler ni. Nellydia, Fasha n baby Tiz (panggilan Fasha) |
|
|
|
|
|
|
|
Rambut Tiz very the Azizah |
|
|
|
|
|
|
|
eeeeeiiii seronoknya dpt cubit pipi maya yg gebu tue........
bile laaaa dpt peluang tue yer...! |
|
|
|
|
|
|
|
NK- kawen.
KKM - kawen.
Asmaradana - kawen.
Spa qistina - kawen.
hijau88 Post at 5-3-2010 00:33
Sorii.. aku ktinggalan.. KKM tu citer ape? Yg lain2 tu aku tau la |
|
|
|
|
|
|
|
KKM - korban kasih marisa |
|
|
|
|
|
|
|
NK- kawen.
KKM - kawen.
Asmaradana - kawen.
Spa qistina - kawen.
hijau88 Post at 5-3-2010 00:33
morale of the stories....
si tiz nie dah bersedia utk berkawen in realiti....... dah byk pengalaman dah tue kheen! |
|
|
|
|
|
|
|
aku ada subscribe ABO ni.. tapi malas pulak nak tgk.. depa buat terus abis semua siri ke? mcm movie?? sbb leceh laa nak tgk sambung-sambung ni...
dah ler masa dia mcm tak tentu.. wlu ada sebulan tp jenuh laa nak timing kita nak buat kerja lain laa pulak.. |
|
|
|
|
|
|
|
yeah..lebih bergaya dgn asteruk abo tayangan hebat |
|
|
|
|
|
|
|
de sinopsis y sinarfm ngn @15 chat tuh?? |
|
|
|
|
|
|
|
adeh maleh nyer nk sub abo tu
menghrp jasa baik insan yg sudi upload je la |
|
|
|
|
|
|
|
aku x tau pn ada intebiu kt sinar
tp x rugi kot sbb pasa sanda tu ada (x koser tau) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by hijau88 at 4-4-2010 11:13
kredit to: www.hmetro.com.my
Debaran anugerah pertama
Oleh Murshid Eunos
2010/04/04
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SEKELIP mata hidupnya berubah, laluan kerjayanya bergerak pantas. Pendek kata, payahnya sebentar, namun habuan yang dimiliki berjaya membawa namanya, Siti Zaqyah Abdul Razak atau sapaan komersial, Tiz Zaqyah melonjak ke depan.
Ternyata, watak Nur Amina menerusi drama rantaian 'berhantu', Nur Kasih membuka ruang untuknya melangkah luas. Benarlah kata orang, rezeki seseorang itu tidak dapat dijangka.
Belum sempat meninjau jauh, bakat dan pesonanya memancing produksi drama siri Spa Qistina untuk mewarnai jalur penceritaannya.
Kesinambungan musim pertama dan kedua yang dulunya mengangkat nama Spa Q di TV3 dan kini beralih ke pakej Tayangan Hebat Astro, sekali gus melengkapkan lagi portfolio gadis kelahiran Kuala Lumpur ini sebagai artis.
Bijak menyusun bicara seraya melemparkan senyuman, nyata Tiz yakin mempamerkan transisi tersendiri dalam lakonannya menerusi peluang keemasan ini.
"Menyelit di antara nama hebat seperti Fasha Sandha, Nanu Baharuddin, Faradhiya, Badrul Muhayat, Sheila Mambo dan beberapa yang lain adalah satu peluang yang sangat saya nantikan. Alhamdulillah, rezeki untuk saya tampil berbeza dalam lakonan sentiasa terbuka meskipun masih setahun jagung dalam lapangan seni lakon.
"Watak Maya adalah satu cabaran buat saya kerana ia bukan sembarangan karakter. Pastinya ia jauh tersasar daripada persepsi penonton yang tidak jemu-jemu mengikuti perkembangan saya sejak Nur Kasih. Maya lebih dekat dengan jiwa saya kerana permainan emosi dan penghayatan watak lebih menjurus kepada personaliti sebenar saya ketika kecil," kata anak bongsu dua beradik ini.
Spa Qistina yang mengekalkan pengarahnya sejak musim pertama, Apache dan masih menterjemah penulisan Rina Khan ke layar kaca itu terkenal dengan suntikan kewanitaan.
Tidak hanya 'menjual' barisan pelakon hebat, malah drama 13 episod ini kuat daripada aspek penceritaannya. Elemen kontroversi dan konflik penuh merentasi setiap sudutnya. Itu belum lagi tempias nilai seksi penuh ghairah yang bagai terikat dengan drama ini yang banyak menampilkan kisah kekeluargaan dan dendam.
Bagaimanapun, pandangan seumpama itu tidak sesekali dibalas senyuman tanda setuju oleh Tiz yang bakal menjengah usia 22 tahun pada Oktober depan. Sebaliknya, pelakon ini yang terlebih dulu mencipta nama menerusi drama bersiri Impian Illyana punya definisi sendiri berlandaskan mata bundarnya dalam menggambarkan inti pati Spa Qistina.
"Mungkin segelintir penonton melihat drama ini sebagai karya prestij penuh gaya. Sarat dengan konflik, cetusan kontroversi daripada aspek pemakaian pelakonnya yang lebih berani. Namun jika diperhati dengan teliti, drama ini menjurus kepada sentimen kekuatan seorang wanita dan pergolakan yang berlaku.
"Seksi adalah subjektif. Yang cuba ditampilkan adalah kelembutan dan nilai seksi seseorang wanita secara dalaman, termasuk lentuk bicaranya, karakter setiap satunya serta gaya pemikiran dalam berdepan setiap konflik. Itu lebih tepat bagi menggambarkan keseksian yang ada," katanya yang mengakui tidak pernah berkunjung ke spa atau pusat rawatan sebelum ini.
Lihat dari penjuru tinggi, terserlah diari seni pelakon yang kini turut menghiasi skrin drama bersiri Asmaradana di TV3, ia bergerak bagai berlari dari kaki bukit terus ke puncaknya. Tiada henti dan terus menjuarai liganya sendiri.
Bagaimanapun dalam pada meraikan rezeki yang mencurah, gadis murah senyuman dan bijak mencuri perhatian ini tetap dihujani kritikan. Malah, lebih membuat dirinya bingung apabila ramai peminat mula mempersoalkan ketulusan jiwanya selepas berjaya menambat hati mereka dengan tampil ayu bertudung dalam Nur Kasih.
"Entahlah, sukar untuk saya jelaskan atau luahkan. Perasaan saya berkecamuk setiap kali memikirkan persoalan itu. Maklumlah, segala peluang dan tawaran yang datang hari ini adalah kerana impak besar drama itu. Penonton dan peminat tidak henti-henti memberi sokongan pada saya hingga sekarang.
"Namun apabila kredibiliti dan keikhlasan saya dipersoal sebegitu, saya hanya pasrah dan terus percaya akan niat saya. Sebagai pelakon, saya akur dengan setiap kehendak watak. Sebelum itu pun saya pernah tampil dengan imej tidak bertudung, namun tidak pula dipersoalkan kerana impaknya tidak sehebat Nur Kasih.
"Saya hanya mahu peminat dan penonton menerima diri saya yang sebenar. Sejujurnya, saya ingin mereka nilai dan lihat bakat lakonan saya dan bukan saya sebagai Tiz Zaqyah. Setiap kali berlakon, saya ingin penonton merasai perasaan sebenar lakonan saya kerana kesannya lebih mendalam buat saya sebagai pelakon," katanya.
Senyuman dan gembiranya makin meleret apabila buat pertama kali namanya tersenarai untuk Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 bagi kategori Artis Wanita Baru Popular dan Pelakon Drama TV Wanita Popular.
Percaya atau tidak, dengan hanya lesen populariti drama yang ditonton lebih lima juta orang setiap minggu itu, Tiz Zaqyah bakal pamer cetusan warnanya sendiri malam ini.
"Alhamdulillah, saya berpeluang untuk turut sama merasai debaran malam ini di puncak Genting Highlands. Pastinya saya bersyukur dengan rezeki yang datang. Namun untuk yakin akan membawa pulang kemenangan itu tidak pasti kerana saingan yang ada juga sengit buat saya.
"Nama saya tersenarai sebagai lima teratas sudah memadai. Usia pembabitan saya masih baru dan apa yang ada di depan mata sekarang jauh lebih berbaloi bagi saya," katanya.
Laluannya bagai tiada perhentian. Tawaran datang bersilih ganti. Namun Tiz yang mengakui tiada episod cinta yang singgah dalam sanubarinya saat ini hanya mengharapkan sebuah ruang baginya berehat seketika. |
|
|
|
|
|
|
|
laaa cnie apesal tak tepek gambor si tiz tue... dah poning agaknya si Yen_Aireena nie...! |
|
|
|
|
|
|
| |
|