|
LAGENDA - NENEK KEBAYA [ULANG TAYANG TV3 4PM ISNIN - KHAMIS]
[Copy link]
|
|
xde misteri nusantara apa2 pun. memang le cucunya sorang je. opah aku cucunya saja dah bpuluh dah, tak masuk lg cucu adik or abg/kakak opah aku. tu pun kira keturunan jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
aku klaka suami mas ngan suami marini 2 siap mintak petua lg dr bapak dierang coz bru gugur 3 bulan dah mengandung blik siah 2...tp nasib baikla pak leh 2 dpt kesan air yg nek putih 2 bg die buang siap buat air bru lg 2... |
|
|
|
|
|
|
|
101# haikal_fadzil
Tu psl bukan ke Indera Laksmana tue kan belum kawin lagi masa kena bunuh ngan Raja Negara Kembayat Cahaya. Atau mungkin Intan Sari berkahwin lepas bertapa dengan sang pertapa? |
|
|
|
|
|
|
|
hmm pelik plak rasanye..nek putih tak syak apa2 ke dgn air akar kayu yg dibaginya itu mungkin tertukar? sebab masa siah keguguran kali pertama, kan nek putih bagi air tu kat tuan adam...pastu pak leh buang kan...lepas 3 bulan, siah mengandung balik dan keguguran lagi skali..nek putih tak syak ke kalau2 air akar kayu tu dah tertukar ataupun paling kurang pun dia ingatkan tuan adam tak minum air tu? kan katanya air tu bleh membunuh benih zuriat adam |
|
|
|
|
|
|
|
101# haikal_fadzil
Tu psl bukan ke Indera Laksmana tue kan belum kawin lagi masa kena bunuh ngan Raja Negara Kembayat Cahaya. Atau mungkin Intan Sari berkahwin lepas bertapa dengan sang pertapa?
krayolan Post at 17/11/2009 11:45 AM
ha aku pun konpius..mungkin siah dan nek putih keturunan intan sari? dan pak leh pulak keturunan mak inang yg ala2 penyelamat keturunan raja? chewah pandai2 aku |
|
|
|
|
|
|
|
wah bes nye sinops hari ni..siah ngan nek putih tertukar badan ek..tak saba nak tgk |
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan misha omar nyanyi lagu nenek kebayan tu rupa2nya Diana Rafar AKA Siah.. boleh tahan jugak sora dia.
kancilku Post at 17/11/2009 08:58 AM
lenggok dia sedap..tp masa duet ngan akak dia dulu tu hampeh jer |
|
|
|
|
|
|
|
106# arisa_imamura
letak full sinopsis boleh tak? |
|
|
|
|
|
|
|
pak salleh jadi orang alim konon pandai baca quran semer tak sesuai lah... siah ngaji lagi sedap dari dia... |
|
|
|
|
|
|
|
108# krayolan
spoiler! sila highlight..
nek putih @ intan sari hidup dlm tubuh siah..siah plak dlm tubuh nek putih..intan sari menjelaskan perkara sebenar kpd siah tp siah sgt sedih sbb terpaksa wujud sbg org tua tak berdaya ..tp intan sari memberikan kekuatan kpd siah...siah tak dibenarkan beritahu sesape pun tentang dirinya
sinops dari utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Babak berkemban bukan tarikan
Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
[email protected]
Barisan pelakon dan krew pembikinan drama bersiri Nenek Kebaya ketika sesi pengambaran siri itu diadakan di Hulu Langat, Selangor baru-baru ini.
BUKAN ingin menongkah arus, hanya membawa maksud yang melatari kisah di sebalik mitos nenek kebayan, mewujudkan adegan berkemban mandi bunga serta berlulur dalam siri yang kini bersiaran menerusi slot Lagenda di TV3 bukan sebagai tarikan kepada penonton.
Drama 20 episod yang diterbitkan oleh Suhan Movies Sdn. Bhd., itu bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, pukul 4.30 petang sejak 3 November lalu.
Menampilkan barisan pelakon seperti Diana Rafar (Samsiah), Raisuddin Hamzah (Tuan Adam), Tengku Faridah (Mak Inang) Amyza Aznan (Mastura), Zed Zaidi (Shafie), Pekin Ibrahim (Hazami), Ghazali Abu Noh (Pak Salleh), Nadia Kesuma (Umairah), Izreen Aminda (Marini) dan Mariani (Mak Putih).
Pengarahnya, Ismail Yaacob yang ditemui di lokasi penggambaran siri tersebut di Hulu Langat, Selangor baru-baru ini memberitahu, adegan tersebut sebagai kesinambungan bagi 'mencantikkan' jalan cerita siri tersebut.
Berani memaparkan adegan sedemikian, bukan suka-suka sebaliknya, Ismail cuba menterjemah karakter Intan Sari yang dahulunya hidup di zaman purba.
"Watak Intan Sari menuntut pelbagai ilmu kejahatan demi membalas dendam. Justeru, mandi bunga serta berlulur di kalangan masyarakat dahulu kala memang sudah terlalu biasa.
"Saya selitkan babak ini bukan untuk tunjuk berani tetapi ia sekadar menggambarkan realiti mandi bunga, pada zaman dahulu sudah tentu berkemban.
"Kita bukan saja-saja nak buat adegan sebegini, ia sebagai mencantikkan lagi jalan cerita. Lagipun, tak kan nak buat adegan mandi bunga sambil memakai baju, sudah tentu tak logik," katanya.
Cabaran hasilkan Nenek Kebaya
Memvisualkan drama yang mengangkat kisah di sebalik mitos nenek kebayan dalam masyarakat Melayu bukanlah semudah yang disangka.
Bermain dengan logik akal, seboleh mungkin pengarahnya cuba memastikan jalan cerita sama ada skrip mahupun perbuatan yang bakal dipaparkan dalam siri Nenek Kebaya yang kini bersiaran menerusi slot Lagenda di TV3 tidak bercanggah dengan ajaran Islam.
Kisah tersebut melatari dua zaman berbeza iaitu zaman purba mengenai persengketaan dan antara rakyat biasa, dengan rajanya serta zaman moden yang menguliti hidup dua keturunan tersebut dengan dendam yang masih bersisa.
Ketika ditemui baru-baru ini, pengarah tersebut ternyata sedang rancak mengatur langkah lakonan barisan pelakonnya dalam siri tersebut.
Tidak mahu timbul sebarang spekulasi yang kurang enak, dari segi lakonan dan dialog yang digunakan diberi fokus supaya tidak melanggar batas-batas agama.
"Dalam cerita ini berlaku pelbagai perubahan karakter iaitu bagi watak Samsiah, Nenek Putih dan juga Intan Sari. Jadi perubahan-perubahan yang cuba kita paparkan kalau boleh tidak mahu terlalu nampak yang tidak logik," katanya.
Sekilas mengenai Nenek Kebaya, memaparkan Samsiah, seorang gadis kampung yang berkahwin dengan Adam, seorang duda pertengahan abad berketurunan raja.
Tanpa disedari, Samsiah telah digunakan oleh roh jahat Intan Sari yang berdendam dengan Raja Negara Kembayat Cahaya yang membunuh tunangnya, Indera Laksamana pada zaman purba.
Kerana dendam dan amarah, Intan Sari bersumpah untuk membalas dendam namun terpaksa menunggu sehingga tujuh keturunan.
Selepas tujuh keturunan, hanya tinggal seorang pewarisnya iaitu Mak Putih yang tinggal bersama cucunya, Samsiah.
Menerusi Mak Putih, Samsiah dipergunakan oleh roh jahat Intan Sari demi melaksanakan dendamnya terhadap Adam. Pelbagai helah digunakan oleh Intan Sari demi melunaskan hasrat hatinya bagi melihat kehancuran keluarga Adam.
Menceritakan peristiwa epanjang penggambaran, kata Ismail, pernah suatu hari pelakon Mariani tidak mampu menghayati watak kerana tidak berupaya mengeluarkan suara.
Tidak kurang juga pelakon utamanya, Diana Rafar yang mengalami pelbagai peristiwa pelik ketika cuba melakonkan watak nenek kebaya. Malah, lebih daripada seminggu, matanya mengalami bengkak sehingga menyebabkan penggambaran tertangguh beberapa hari.
Penulis skripnya Sharifah Abu Salem, ketika ditemui di lokasi yang sama memberitahu, dalam menghasilkan cerita-cerita sebegini, unsur-unsur misteri dan klasik seringkali melatari kisah-kisah mitos termasuk nenek kebayan.
"Kita cuba buat cerita yang orang akan ingat tentang nenek kebayan di mana orang ternanti-nanti apakah kesudahan ceritanya.
"Sebagai penulis saya harus membayangkan kalaulah nenek kebayan itu benar-benar wujud. Sebab itu kita masukkan sedikit unsur-unsur mistik.
"Watak Intan Sari dari awal lagi memang sudah menuntut pelbagai ilmu, namun menggunakan ilmu tersebut untuk membalas dendam," katanya.
Tidak mahu jalan cerita terlalu statik dengan kisah mistik, beberapa surah secara tidak langsung turut diselitkan.
"Dalam siri ini, apa yang dipaparkan, dalam melawan kuasa jahat kita menggunakan beberapa ayat al-Quran," katanya yang menyiapkan skrip tersebut dalam masa tiga minggu. |
|
|
|
|
|
|
|
110# arisa_imamura
Muahhhhh...best nya epi hari nie... emmm dalam epi hari nie jugak Zed Zaidi ada kan. |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai ngandung lagi kali-3..... tapi sayang gugur lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
rupanya siah ada dlm badan nek putih, intan sari pulak dalam badan siah... |
|
|
|
|
|
|
|
tulah...tajwid pun tak betul...bukanlah nak baca mcm qari tapi...plz lah tajwid ye..yg pendek dipanjangkan...aduh bisa telinga aku dengo...hantu dengo pun tak lari..sbb tak betul bacaannya... |
|
|
|
|
|
|
|
bab ngaji ni inang setuju..mmg tajwid lari..yg pnjg dipendekkan dan yg pendek
dipanjangkn. yg inang dengar bca ayat kursi pn tak btl, baik diana
mahupun Pak Salleh tu ..jd lain kali kena la bg perhatian benda3 mcm gini,
rasanya baik guna suara org yg btl2 tahu ngaji..ntah le skadar pendapat je |
|
|
|
|
|
|
|
best cerita neh!!
konflik sudah mareyy.. siah tukar bdn dgn nenek dia..
ala2 movie hot chick plak kann??? |
|
|
|
|
|
|
|
tulah...tajwid pun tak betul...bukanlah nak baca mcm qari tapi...plz lah tajwid ye..yg pendek dipanjangkan...aduh bisa telinga aku dengo...hantu dengo pun tak lari..sbb tak betul bacaannya...
hotskirt Post at 17-11-2009 21:21
yg nih mmg setuju. ayat2 lazim yg simple pun dipanjangkan yg pendek.. kita yg dgr nih tetibe jd cam..
haihhhhh.. tema cite dh ok nk tnjuk pasal org yg ajo org lain ngaji.. tp dia sendiri xbetul camno?? |
|
|
|
|
|
|
|
menjadi giler watak siah dgn nenek dia!!!
yang lain2 pun melerts, amyza, memey, pak leh, mak bedah etc.
boleh x ai merembes citer neh ala2 rembesan fanatik nur kasih??? |
|
|
|
|
|
|
| |
|