CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: samax

Bagaimanakah Kepelbagaian Bangsa Tercipta?

[Copy link]
Post time 18-3-2010 08:26 AM | Show all posts
Yup orang2 Arab khatan awal semasa bayi lagik. Perempuan pon mesti khatan. Tapi dalam shariat Islam x diwajibkan berkhatan jika sanggup nak jaga kebersihan kat kawasan itututtts n merupakan tradisi yg wajib diikuti oleh anak cucu Ibrahim x diwajibkan pula atas nations.

x pasti pula jika ada orang mengikut tradisi Isma'el (as). yah, aku perasan dorang bersunat sekitar umur 13 tahon, sepupu2 aku yg keturunan Melayu pon bersunat semasa usia 13 tahon, sama gak dengan yg anak2 ibu bapa yg kawin dengan bangsa lain.

kalo bg aku secara peribadinya, benda itu menyusahkan ajah bila nak beribadat, elok ikot ajah apa yg dah di-prescibed-kan nenek moyang x kira lah sama ada khatankan semasa bayi atau ms dh besar sikit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2010 10:00 AM | Show all posts
97# genot
97# genot
Doa ni mmg kami sekeluarga amalkan. Kami panggil doa pg, doa ptg. Ia adalah sunnah nabi. Hadis mengatakan akhir zaman, siapa yg amal satu sunnah, InsyaAllah dpt ganjaran pahala 100x mati syahid.

Teks Arab:
Doa pg:
أَصْبَحْنَا وَأَصْبَحَ الْمُلْكُ لِلَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَلَهُ

Doa ptg tukar jadik mcm ni:
أَمْسَيْنَا وَأَمْسَى الْمُلْكُ لِلَّهِ
Jom amalkan!

Btw genot, akak mmg rujuk buku Kisah Ambiak (versi melayu). Ingatan akak x kuat. Dah makin merudum. Jadik kena bukak buku. Taip balik utk u all! Cuma campur aduk dgn versi ayat sendiri




  

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2010 10:03 AM | Show all posts
100# migdal_bavel
Mana ada lewat. Umumnya sebelum baligh. Kalau dah baligh, malu lah beb! Anak sulong akak masa 8 thn. Yg no 2 tu lewat skit sebab ayah dia bz memanjang. Most kawan2 akak khatankan masa bayi iaitu masa dlm pantang lagik. Tahu x apa tu "dlm pantang"?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2010 10:11 AM | Show all posts
101# genot
Dlm Islam, lelaki wajib tp perempuan tak. Masa kini timbul plak hujah2 kata kalau khatan bayi pompuan mcm kes dera. Alasannya pompuan x wajib. Tak bg peluang budak tu buat keputusan sendiri. Semua ni sebab kes kat belah2 Mesir, Afrika sana tu. Cara berkhitan tu agak keterlaluan dan menyiksakan. Plus mazhab Shafie je yg kata ada amalan khitan bayi pompuan. So, hujah mereka, tinggalkan saje khitan bayi pompuan. Nabi x buat utk anak2 pompuan Baginda. Meaning, Shaffie x semestinye betul. . Dilulang, hujah mereka, not mine.
Wallahualam!
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2010 06:07 PM | Show all posts
Ermm yup.... mazhab syafi'ie cuma satu cara sahaja.... ia betol sama mcm len2 mazhab fiqhi, ada sesuatu keadaan tu yg jadik tradisi nabi dorang amik n ada yg stengah lagik dorang x amik. mazhab syafi'ie lebih sensitif dekat sunnah2 termasuklah sunnah semasa baginda (saw) sedang sakit... nak ikot dapat pahala, x ikot pon x ada dosa
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2010 06:24 PM | Show all posts
103# HOTlips

kesian lak aku bayi2 kecik sunat kan awal. takot terputusssss, na'uzubillah! sb kan dia kecik lagik n aku pernah terdengar sorang bayi di Israel pong pernah jadik gini, kesihan lak kat anak tu ntah mcm mana dia bila dewasa nanti kalau anu x boleh disambungkan smula

aku rs anak2 elok khatankan masa umo dalam 6-7 tahon waktu dorang nak belajar solat. tp yg kebiasaan masyarakat setempat di sini, aku lihat ramai orang mmg khatankan anak2 ms anak berusia dalam 12-13 tahon.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2010 11:08 AM | Show all posts
94# migdal_bavel
Org yahudi percaya Ibrahim as adalah leluhur mereka manakala Islam juga mempercayai sedemikian. Kalau kita sorot sejarah, Ibrahim ada 2 isteri...Hajar dan Sarah. Sarah melahirkan Ishaq aka Isaac. Hajar melahirkan Ismail. Hajar dok kat Mekah, Sarah plak kat Kanaan
aka Palestine. Kesimpulannya dari keturunan yg sama juga. But how come hanya ambik dr jalur Ishaq saje? Kalau Ismail dan anak2
lain terkeluar, jadik apakah mereka itu? Mereka dan keluarga mereka kat akhirat esok dok mana? Neraka?
errr.... bertanya dgn kehairanan dan ingin tahu bukan menyindir ya!

Migdal, dlm Islam kesemua manusia sejak Nabi Adam mahupun Nuh as semuanya masuk syurga selagi mereka mentaati Allah dan Rasul masa itu. Tak de istilah terkeluar melainkan terkeluar dr jln yg diredhaiNya iaitu mensyirikkan Dia.

Lagik satu, Migdal percaya Bani Israel tersesat selama 40 thn sebab Allah murka pd mereka yg engkar pd perintah Allah iaitu pergi berperang dgn kaum2 yg dah tinggal kat Kanaan tu? Kalau dah Allah murka bg sesat, apakah Kanaan milik Bani Israel lagik? I mean masih dikonsider sebagai the promised land?

Yg akak faham dr sejarah Islam bahkan spt yg dinyatakan dlm Quran atau hadis, Nabi Musa disuruh ke Kanaan aka Palestine utk berdakwah. Org2 kat situ dah syirikkan Allah. So Musa as kena pergi jumpa mereka ajak mereka kembali mentaati Allah. Pastu dok lah situ sama2 amalkan perintah Allah.

Sebab tu, kalau baca balik sejarah, Omar rhu x de halau pun org2 Yahudi dan kristian selepas tawan Baitulmuqaddis. Walaupun mengamalkan syariat yg berbeza, pokok pangkalnya bersaudara kesemuanya. Masing2 bleh hidup aman damai. Zaman Salahuddin Al Ayubi pun sama. But of course lah sedara jauh. Bau2 bacang kata org melayu. Sekarang ni mcm jadik bau2 kentut.
Tp jgn lupa bersedara lagik tu!.

Btw, secara dasarnya, migdal sendiri adakah penyokong  zionism?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 11:09 AM | Show all posts
106# genot
Akak pun dulu2 berfikiran mcm nih. Kesian. Ekceli kata kawan2 akak lagi senang nak jaga. Lagi cepat baik sebab kecik lagi tak melasak. Just tidur jahh!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2010 08:29 PM | Show all posts
94# migdal_bavel
Org yahudi percaya Ibrahim as adalah leluhur mereka manakala Islam juga mempercayai sedemikian. Kalau kita sorot sejarah, Ibrahim ada 2 isteri...Hajar dan Sarah. Sarah melahirkan Ishaq aka Isaac. Hajar melahirkan Ismail. Hajar dok kat Mekah, Sarah plak kat Kanaan
aka Palestine. Kesimpulannya dari keturunan yg sama juga. But how come hanya ambik dr jalur Ishaq saje? Kalau Ismail dan anak2
lain terkeluar, jadik apakah mereka itu? Mereka dan keluarga mereka kat akhirat esok dok mana? Neraka?
errr.... bertanya dgn kehairanan dan ingin tahu bukan menyindir ya!
HOTlips Post at 22-3-2010 11:08


Terkeluarnya mereka ialah daripada warisan Am Segulah (Umat Pilihan), bukanlah mereka diiktiraf kafir dan masuk neraka. Ishmael dan Esav termasuk sebagai keluarga Ibrahim. Ketika Ibrahim wafat, semua anak-anak Ibrahim dan keturunannya hadir di sisinya.

ז  וְאֵלֶּה, יְמֵי שְׁנֵי-חַיֵּי אַבְרָהָם--אֲשֶׁר-חָי:  מְאַת שָׁנָה וְשִׁבְעִים שָׁנָה, וְחָמֵשׁ שָׁנִים. ח  וַיִּגְוַע וַיָּמָת אַבְרָהָם בְּשֵׂיבָה טוֹבָה, זָקֵן וְשָׂבֵעַ; וַיֵּאָסֶף, אֶל-עַמָּיו. ט  וַיִּקְבְּרוּ אֹתוֹ יִצְחָק וְיִשְׁמָעֵאל, בָּנָיו, אֶל-מְעָרַת, הַמַּכְפֵּלָה:  אֶל-שְׂדֵה עֶפְרֹן בֶּן-צֹחַר, הַחִתִּי, אֲשֶׁר, עַל-פְּנֵי מַמְרֵא. י  הַשָּׂדֶה אֲשֶׁר-קָנָה אַבְרָהָם, מֵאֵת בְּנֵי-חֵת--שָׁמָּה קֻבַּר אַבְרָהָם, וְשָׂרָה אִשְׁתּוֹ.

Dan ini adalah hari-hari terakhir kehidupan Ibrahim yang telah hidup selama seratus tujuh puluh lima tahun. Lalu Ibrahimpun wafat, dan ia meninggal dunia pada usia tua yang baik, seorang lelaki tua, yang suntuk umurnya; maka ia dikumpulkan kepada kaum leluhurnya. Dan anak-anaknya yakni Ishak dan Ishmael telah menguburkan dia dalam Gua Machpelah, di Tanah Efron bin Zohar; orang Het itu, yang letaknya di sebelah timur Mamre. Ia telah dibeli Ibraham dari Bani Het; di sanalah terletaknya makam Ibraham dan Sarah isterinya.
(Sefer Beresheit:25:7-10)


Me'arat HaMachpelah, yakni Gua Para Leluhur. Ia adalah tempat suci kedua di sisi Judaism, merupakan makam bagi Avotei Yisrael (Leluhur Israel yakni Ibrahim, Ishak dan Ya'akob) juga Imhotei Yisrael (Ibu-Ibu Israel yakni Sarah, Rivkah dan Leah), serta al-Asbaat (anak-anak Ya'akob). Rachel (ibu nabi Yusuf) dan Yusuf ada makam tersendiri di tempat lain.

Migdal, dlm Islam kesemua manusia sejak Nabi Adam mahupun Nuh as semuanya masuk syurga selagi mereka mentaati Allah dan Rasul masa itu. Tak de istilah terkeluar melainkan terkeluar dr jln yg diredhaiNya iaitu mensyirikkan Dia.


Ya, ak tahu kak.

Lagik satu, Migdal percaya Bani Israel tersesat selama 40 thn sebab Allah murka pd mereka yg engkar pd perintah Allah iaitu pergi berperang dgn kaum2 yg dah tinggal kat Kanaan tu? Kalau dah Allah murka bg sesat, apakah Kanaan milik Bani Israel lagik? I mean masih dikonsider sebagai the promised land?


Benar, yang tersesat itu adalah golongan tua yang tidak sedar diri dan telah cuba mencari jalan pulang ke Mesir, kemudian mereka mati melarat dalam kekufuran. Sedangkan Musa dan Harun, juga Yusha' serta Kalev memimpin kaum muda yang beriman. Jika tidak, bagaimanalah Talut dilantik oleh Allah sebagai Raja Bani Israel? Bagaimana pula Daud dan Sulaiman menjadikan Tanah Israel sebagai kerajaan berdaulat jika leluhur mereka semasa zaman Musa kononnya enggan berperang? Benar, memang ada yang enggan berperang tetapi mereka semua mati dan tiada keturunan. Keturunan pada zaman Samuel, Talut dan Daud adalah dari keturunan yang telah memerangi menyahut seruan Allah.

Dalam kisah umat Yahudi, banyak generasi yang telah pupus akibat kejahatan sendiri ataupun penyembelihan kaum lain (inipun adalah balasan Tuhan), sebab itulah dikatakan setiap jiwa dalam umat Israel yang hidup ke hari ini adalah satu keajaiban. Inilah Am Segulah. Ketika banyak jiwa telah hilang dan berputus asa daripada suruhan Tuhan, masih ada sebahagian yang meredhai suruhan dan tanggung jawab Tuhan sebagai pikulannya.

Bermula pada kisah Bani Israel di Mesir lagi, anak-anak lelaki telah dibunuh sebaik sahaja dilahirkan secara berselang tahun. Dan apabila mereka berkembang biak dan Musa memimpin mereka keluar, sebahagian yang melakukan perbuatan syirik dengan menyembah berhala anak lembu emas telahpun dihukum bunuh oleh Musa. Kemudian sekali lagi sebahagian yang menolak untuk berperang melawan kaum Philistine juga telah dihukum sesat dan mati dalam kemelaratan.

Yang masuk ke Tanah Suci adalah mereka yang beriman, tetapi selepas itu, orang-orang fasik sentiasa muncul dalam kalangan mereka dan keturunan yang fasik itu pula dilenyapkan. Ketika Sulaiman wafat dan keturunan raja-raja Israel mula menjadi fasik dan menyembah berhala serta membunuh para nabi, maka Tuhan telah menghancurkan sebahagian besar Bani Israel yang fasik. Tetapi Dia menjaga keturunan yang beriman dari Bani Yehudah, Levi dan Benyamin serta beberapa saki baki keturunan suku lain.

Ketika Roma menyerang Haikal dan memusnahkannya buat kali kedua, kelompok Yahudi yang tidak menuruti agama secara benar juga pupus. Yang tinggal adalah dari Pharisee yang mempelajari Taurat dan warisan Anbiya. Inilah leluhur bagi kaum Yahudi sekarang. Generasi demi generasi, pelbagai tapisan telah dibuat akibat dosa dalam kalangan Bani Israel.

Maka yang tinggal pada hari ini adalah bukan dari kalangan mereka yang berdosa atas kesalahan yang termaktub dalam kitab para Nabi. Sebab itulah banyak kali ak persoalkan, kenapa kisah dosa dan kesalahan sebahagian tetangga nenek moyang kami dinisbahkan kepada seluruh Israel sehingga sekarang?

Yg akak faham dr sejarah Islam bahkan spt yg dinyatakan dlm Quran atau hadis, Nabi Musa disuruh ke Kanaan aka Palestine utk berdakwah. Org2 kat situ dah syirikkan Allah. So Musa as kena pergi jumpa mereka ajak mereka kembali mentaati Allah. Pastu dok lah situ sama2 amalkan perintah Allah.


Musa dan Harun tidak sempat untuk memasukinya kerana mereka berdua telahpun wafat sementara masih dalam padang pasir Sinai. Yang mewarisi pimpinannya adalah nabi Yusha' dan Kalev. Mereka lah yang berjaya mengalahkan dan mengecilkan kekuasaan kaum gasar.

Sebab tu, kalau baca balik sejarah, Omar rhu x de halau pun org2 Yahudi dan kristian selepas tawan Baitulmuqaddis. Walaupun mengamalkan syariat yg berbeza, pokok pangkalnya bersaudara kesemuanya. Masing2 bleh hidup aman damai. Zaman Salahuddin Al Ayubi pun sama. But of course lah sedara jauh. Bau2 bacang kata org melayu. Sekarang ni mcm jadik bau2 kentut.
Tp jgn lupa bersedara lagik tu!


Benar, Salahuddin al-Ayubi adalah keturunan Kurdis, dan sampai sekarang Kurdis dan Yahudi adalah dua kaum yang bersekutu. Tidak ada Muslim yang lebih baik dengan umat Yahudi sepertimana saudara mereka melainkan kaum Kurdis.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 08:30 PM | Show all posts
Btw, secara dasarnya, migdal sendiri adakah penyokong  zionism?


Apakah yang akak faham tentang Zionism? Kefahaman kita berbeza dan ia adalah subjektif untuk semua orang. Rakyat Israel tidak faham apakah pandangan orang luar berkenaan konsep Zionism. Keturunan Mizrachim yang menjadi 50% rakyat Yahudi Israel tidak pernah tahu akan konsep Zionism tetapi mereka tetap membuat Aliyah dan menjadi rakyat yang taat dan cintakan tanah air. Jika orang katakan itulah Zionism maka itulah dia. Bagaimanapun, ia tidak bermaksud mereka semua menyokong polisi semasa kerajaan Israel yang korup dan zalim.

Golongan Ultra-Orthodoks yang menggelarkan diri mereka non-Zionis atas dasar penentangan terhadap negara kebangsaan sekular, tetapi mereka turut beraliyah dan menjadi sebahagian masyarakat Israel atas dasar ramalan ketibaan Messiah dengan berkumpulnya Yahudi di Tanah Suci ini. Jika orang katakan itupun Zionism maka itulah dia. Setiap orang ada penjelasan sendiri tentang kenapakah ia menjadi Zionis atau non-Zionis. Tidak ada hitam putih di sini. Yang penting, Tanah Israel tetap menjadi aspirasi bagi umat Yahudi kerana ia termaktub dalam agama. Maka jalan kepada kedamaian ialah kita memahami kepercayaan setiap orang dan berkongsi.

Umat Israel dan Palestine boleh hidup sebagai jiran yang harmoni tetapi masalah tidak akan selesai jika ada dalam kalangan orang Israel mengatakan Tebing Barat dan Gaza itu milik Israel dan tidak boleh didirikan kerajaan Palestine. Orang-orang Palestine dikembalikan ke Jordan kerana itulah negara mereka.

Manakala di pihak orang Palestine pula, ada yang mengatakan Israel proper itu sepatutnya dijadikan Palestine, bukan sahaja Tebing Barat dan Gaza, kerana itulah Palestine yang asal. Orang-orang Yahudi Israel sepatutnya pulang ke negara diaspora masing-masing.

Dua puak inilah yang menjadikan keadaan berkekalan sehingga ke hari ini sepertimana kita semua tahu. Tidak ada jawapan yang benar 100% dan salah 100%. Masing-masing mempunyai hak ke atas Tanah ini. Sebelum kemunculan Zionism pun, sudah ada orang Yahudi di Tebing Barat khususnya Yerusalem. Ia adalah komuniti Sephardim dan ramai Ulama terkenal berasal dari komuniti ini.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 09:08 PM | Show all posts
Post Last Edit by genot at 22-3-2010 21:39

Orang Kurdish dr dinasti Sasan yang bantu membebaskan Arab Selatan drpd cengkaman Ethiopia yg kejam sblom kebangkitan nabi (saw) ... orang2 Arab asli di sebelah Iraq n sebelah timor banyak yg berlindung dengan pengaruh empayar Farsi berbanding dengan Byzantium walopon org2 Arab asli tu penganut agama Krist sebab mereka mengikot aliran Nestorius (Farsi)...





Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 09:48 AM | Show all posts
110# migdal_bavel
Akak setuju ianya subjektif dan mempunyai tafsiran yg amat berbeza. Bg pendokong zionis tentu shj ia yg terbaik. Secara dasarnya pd akak zionism adalah umpama semangat nasionalism aka assobiyah. Spt umat lain juga, sudah tentu kaum yahudi ingin mempunyai negara sendiri. I can accept that. Cuma akak x bleh or sukar menerima cara pelaksanaan. Berdasarkan berita2 ia terlalu kejam. Spt kata pepatah .. "umpama belanda dpt tanah". Senang citer mcm kes peranglah... takluk dan jajah. Wokeh, apakah perancangan sebenarnya? Ambik palestine jadikan Israel? Then org2 palestine tu pergi mana? Duduk sekali or kena keluar? Kalau kita lihat zaman perang/pentaklukan Islam, penduduk setempat x dihalau pun. Hak mereka x dinafikan. Malah Omar panggil balik ramai2 yahudi yg lari semasa pemerintahan roman. Sebaliknya berlaku di palestine. Rumah2 dirobohkan suka suka hati. Kat CI migdal ada kata propaganda media yg cuba menutup usaha damai antara yahudi-islam. Tapi sygnya sampai kini akak x nampak kebenaran itu. 2010 membuktikan berlaku lagi serangan2 x tentu hala, penindasan etc. Okeh, kita ambik basic... perang! Yg menang jadik pemilik. Agree! Tp jgn kejam! Bleh? Btw, kalau org Islam berlaku kejam pd tawanan atau mangsa, akak juga menolaknya. Tp sejarah dulu2 membuktikan tentera2 Islam sgt2 berhemah. Kami (akak esp) percaya pd hadis nabi, Baitulmuqaddis akan kembali pd muslims. 2 x dah tawan. Dan akan berulang sekali lagi. Kali ini utk selama2nya. I'm just voicing out my opinion ya!

Berbalik pd bangsa... Bangsa Israel bermula dr Yaakob. Namun semua terima leluhurnya dr Ibrahim, Ishak. Seterusnya sampailah ke Daud dan Sulaiman. Semua mengambil kira susur galur pihak lelaki. Akak hairan kenapa masa kini, yahudi diambil dr belah ibu aka perempuan? Bukankah lelaki yg menjadi dominan? Kalau belah2 sini, kami ambik kira ayah. Contoh, kalau ayah tu syed, memg anak pun bleh jadik syed/sharifah. Kalau ibu sharifah kahwin dgn org biasa, anak dah x kuat lagi. hilanglah title syed/sharifah. (tolak tepi la yg main hentam kromo nak taruk jugak tu)
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 02:42 PM | Show all posts
Post Last Edit by genot at 23-3-2010 14:45
kalau ayah tu syed, memg anak pun bleh jadik syed/sharifah. Kalau ibu sharifah kahwin dgn org biasa, anak dah x kuat lagi.


geli, kami x pakai pon gelaran syed, aku sniri x suka benda2 ni... kalo panggil nama sniri takkan nak panggil syed?

sbenarnya ketaqwaan n kepatuhan kepada perintah-Nya yg dipandang Tuhan. akak aku pon penah nak kawin dgn org2 pakai gelaran2 ni sb dia suka org itu, tp kami x pernah reveal pon depan org n dilarang keras bagitau untuk dapatkan keistimewaan jd kami kena hina depan org walaopon geram n rs nak bentangkan balik salasilah kami.

kami x leh pegang duit zakat, x leh amik sedekah, x leh amik biasiswa, asyik kena meminjam n kena tekan, hidop bernomad2 berpindah randah bkn mcm golongan syed2 elit yg korang biasa nampak hidop senang jadik pengarah sana jadik pengarah sini, hanya nenek moyang kami sahaja jadik mufti dalam kerajaan kat negri utara, jugak ada stengahnya yg masih kekal dgn golongan istana stengah yg lain lak hidop sama2 ngan rakyat biasa... kami x leh wat banyak benda yg org2 non-ahlul beit leh dapat. nak mengakui sniri ahlul beit pon malu takot merosakkan nama baginda nabi (saw) jugak nama nenek moyang, Ibrahim (as) n Ismail (as).  

dlm forum bleh ler crita sket2... org bukan tau siapa aku, hahaha ... aku dapati ada sindrom2 dengki gak kat org melayu islam, aku taruk melayu dolu ikot cara dalam surat khabar n majoriti org slalu dok sebut sb bangsa melayu lagi penting dr keagamaan. kami dh buktikan kami x pilih bulu jika nak bandingkan dgn org melayu = islam, aku snirik kena cakap lebih drpd 3 bahasa dalam rumah jugak ada antara adik beradik aku yg kawen dgn org yg x tentu asal keturunan smpai anak cucu lupa habis sunnah2 nenek moyang... jugak kami x pakai bhs asal kami depan orang sampai ada stengah kami yg kena dimasukkan balik dalam skolah2 swasta yg dibangunkan org2 kami.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 06:14 PM | Show all posts
113# genot
Choiii!!! Motipnya bukan isu geli geleman nokss!!   Ai nak tunjukkan susur galur keturunan tu bukan ke dr belah lelaki aka bapa? Cuma spt yg kita tahu, Nabi Muhammad saw x de anak lelaki. Tentu shj ahlul bait diambil kira dr belah perempuan. Tp nabi ada cucu lelaki kan? Keturunan dr Hasan, Husin ni dikira ahlul bait yg sebenar. Syed sherry zaman la kat Msia ni bau2 kentut jah!

Well, talking about ahlul bait, Migdal sendiri kata bapa dia jenis syed. But how come migdal nak ambik susur galur belah ibu yg dikatakan yahudi. Bukan belah bapa lagi kuat ke? Bleh bg pencerahan tak migdal?

Ada org kata yahudi dr Bunyamin aka Benjamin lebih sohih keturunan bani israelnya sebab depa x campur org luar. Any comment?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 06:53 PM | Show all posts
migdal kejap ada kejap tak  ada......


susah nak jumpa....


sibuk ker ?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 06:56 PM | Show all posts
Post Last Edit by genot at 23-3-2010 19:00
Syed sherry zaman la kat Msia ni bau2 kentut jah!


yup, tp yg orang ramai kurang tahu sebenarnya kami ada komuniti kami sniri n kurang menonjol kat luar...

dolu2 ada merata2 sampai ke Pontianak di Kalimantan pon. Biasanya orang2 kami ada di kawasan2 pelabuhan sebab senang nak hantar anak2 balik semula ke negri asal belajar agama n mengekalkan tradisi2.

ada banyak gelombang sbenarnya, kami punya gelombang masih x jauh lagik macam yg pertama dahulu yg mengislamkan negri2 utara sb ancestor kami masok dalam kurun2 ke-17 M, lain drpd itu kami x campur sangat dengan orang2 yg bukan ahli keluarga kecuali dengan kerabat2 diraja serta orang Istana (menteri2) sehingga akhir abad ke-19 M, baru ada yg dah menikah dengan orang2 luar sebab penghijrahan. ada jugak yg menikah balik dengan keturunan2 yg sama atau adik beradik yg berada sekitar kawasan Asia Tenggara, di India, di Iraq, n di Selatan Arab snirik.  

kebanyakan orang2 kampong asal kami dh lari ke selatan (S'pore) atau lari ke kawasan dalam pentadbiran Siam sebab masalah2 mereka sendiri yg tahu, selain itu ada yg hijrah balik ke tanah suci (mekah) sama2 dengan orang Islam lain, ai ada sedara2 yg tinggal di Riyadh n Jeddah di KSA, jugak yg tinggal di UAE n Musqat, Oman. yang di sini, ada lagi yg masih pakai bahasa Arab lepas keluar ke S'pore jika nak bandingkan dengan yg kat sini, walaupon rupa masih Asia Barat, tp dh pakai bahasa Melayu sepenuhnya juga adat istiadat tempatan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2010 12:28 AM | Show all posts
Flash movie ni takes a while to download but interesting in that it shows how kita semua asal dari DNA yg serupa di benua Afrika dan dari situ DNA, paras rupa, ugama, cara hidup dan budaya dipelbagai mengikut keadaan setempat.

http://www.bradshawfoundation.com/journey/
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 09:54 AM | Show all posts
117# bbakar
Thanks for the link. Mmg ada yg berpendapt Nabi Adam adalah org belah2 Afrika kalau berdasarkan fosil tertua yg dijumpai. Tp ai rasa boleh dipertikaikan teori ni sebab takkan lah huduh nabi Adam tu. Katanya dicipta direct dr syurga. Dok kat syurga.  Lepas terpedaya dgn syaitan baru dicampak ke bumi.
err.... just my 2 cents
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2010 11:21 AM | Show all posts
Post Last Edit by n89807 at 30-3-2010 11:24

Saje je nak tanya

Mashiach (penyelamat) / Messiah yang ditunggu orang2 yahudi
ialah al-masih dajjal yang buta mata satu tu kan
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2010 01:17 PM | Show all posts
Penjelasan di bawah berpandukan hujah seorang yang mengaku Yahudi Mizraim,menggunakan nama samaran Migdal_Bavel (Menara Babil),beliau kerap menyertai perbincangan forum yang menyentuh tentang Yahudi dan Israel.Fasih menggunakan bahasa Melayu,beliau berforum sambil menyelitkan dakyah bahawa golongan “Yahudi dan Zionis itu adalah baik”.Adakah benar dakwaan beliau?Kita akan jawab hujah-hujahnya satu persatu,di mana sambil kita menjawab hujahnya,kita akan semakin mencium segala kebusukan yang dibawa oleh pencacai Yahudi ini,yang cuba mempengaruhi pemikiran para forumer yang rata-ratanya masih mentah umurnya dan amat kurang berpengetahuan dalam sejarah Yahudi dan Israel.Sebagai permulaan,kita menimba ilmu dahulu secara santai sebelum memasuki persoalan yang lebih berat berkenaan StarGate dan rahsia-rahsianya.Kita akan belajar bagaimana untuk menghadapi hujah-hujah pencacai The Hidden Hand yang cuba mengalih perhatian sebentar dari PERKARA ASAS YANG SEBENAR:
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.”
(Al-Baqarah: 120).
Mencium Segala Kebusukan Yahudi Zionis.
Migdal_Bavel (MB) adalah nama yang digunakan oleh seorang forumer yang pekat dengan unsur-unsur Yahudinya.Kita akan belajar bagaimana beliau menggunakan hujah-hujahnya untuk menggambarkan ‘kejahatan’ Islam dan orang Islam secara halus,disamping memesongkan isu sebenar di Palestin.Contoh beliau diambil kerana ia memiliki bentuk yang sama dengan tabiat dan modus operandi para Zionisme dalam mengalihkan sesuatu isu sehingga masyarakat Eropah sendiri bersimpati dengan Zionisme Antarabangsa walaupun terang-terang mereka melakukan kekejaman dan penindasan.Dalam kes ini,beberapa forumer Melayu telah ‘cair’ dan terpengaruh dengan MB sehingga mereka terkinja-kinja dan menari-nari secara automatik tanpa disuruh-suruh mempersoalkan perjuangan rakyat Palestin dan memakihamun orang Islam dan bangsa Arab.Antaranya yang menggunakan ‘nickname’ genot,acong dan lain-lain.Forumer yang menggunakan ‘nickname’ genot misalnya mengaku dari keturunan Arab Yaman namun menari-nari bersama-sama MB yang secara halus menyelitkan penghinaan juga terhadap bangsa Arab (keturunan genot) sebagai ’sekular’,'pembohong’ dan ‘kejam’.Genot telah mencium tangan malah kaki MB yang penuh cagu kebusukan Yahudi Kabbalah dan rela dihina dan dipijak-pijak maruahnya asalkan mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan talibarut Yahudi.Ini samalah dengan tabiat tipikal para pemimpin Arab yang dungu sama di Yaman (tempat asal moyang genot),Arab Saudi mahu pun di lain-lain tempat yang tunduk patuh dengan Amerika dan Israel.
Dalam satu postingnya,MB menjelaskan tentang ‘kekeliruan’ orang Islam berkenaan Yahudi:
“Ramai orang Muslim tak tahu, yang versi agama umat Yahudi di Israel ialah Orthodoks (iaitu Modern-Orthodoxy). Yang membezakan kami dengan Yahudi Charedim (Ultra-Orthodoxy) ialah fahaman Zionism saja. Yang lelain semuanya sama. Kami beriman kepada Talmud dan Torah. Satu kejahilan yang nyata, satu ironi apabila kita kata, kita sokong Yahudi Orthodoks kerana mereka bukan Zionis, tapi dalam masa yang sama, kita mencaci dan memfitnah kitab Talmud yang diimani oleh Yahudi Orthodoks dengan pelbagai dakwaan. Lepas tu kita nisbahkan Talmud kepada Zionis. Tahukah korang bahawa kerana Talmud lah yang menyebabkan Yahudi Orthodoks ni tidak menjadi Zionis. Belajarlah dulu agama Yahudi sebelum kita menyebarkan salah faham ni kepada orang lain yer,bukannya apa. Kalau orang belajar tentang Islam dari kaca mata musuh Islam, adakah ko akan jamin ia 100% betul?
Taurat Lisan = Talmud/Mishnah+Gemarah/Hadis
Taurat Bertulis = Hebrew Bible/TeNa”CH/Old Testament
Dalam agama Yahudi, kesemua di atas tu namanya Taurat. Taurat dalam konteks ni bukannya kitab nabi Musa saja, tapi ia bersifat umum untuk seluruh di atas kerana secara harafiahnya, Torah tu bermaksud The Law. Bila orang Yahudi Orthodoks kata “Menurut Taurat…”, “Dalam Taurat ada mengatakan…” “Kami mengikut Taurat yang mengatakan sekian-sekian…”, itu tak bermaksud mereka quote dari kitab Torah nabi Musa saja, tapi juga membawa kemungkinan bahawa mereka quote dari Talmud, mungkin dari bahagian Nevi’im (Nabi-Nabi), mungkin dari bahagian Ketuvim (Penulisan2) atau mana-mana kitab para Rabbi. Kesemua ini dipanggil Taurat.”
Perkara yang perlu diketahui oleh umat Islam ialah bahawa,Talmud adalah koleksi karangan dan pendapat para rabbi Yahudi.MB selalu membandingkan Talmud dengan kitab-kitab Hadis.Ini salah sama sekali.Hadis Nabi adalah kata-kata Rasulullah s.a.w,manakala Talmud adalah tulisan para rabbi yang dikumpulkan.Rabbi adalah pendeta-pendeta Yahudi.Di dalam Talmud penuh dengan penyelewengan terhadap ajaran Taurat.Di dalamnya bercampur aduk antara pendapat rabbi yang jujur dengan pandangan rabbi yang menyeleweng,korup dan berniat jahat.Pembahagian dari MB,tidak kira apa pun tentang Yahudi Israel,sebenarnya mereka terbahagi kepada dua:
*Ortodoks
*Zionisme/Ultra

Ortodoks adalah lebih kepada usaha para rabbi yang cuba membawa masyarakat yang menganut agama Yahudi kembali kepada hukum Taurat,mengambil berat tentang Talmud dan mempelajari kebaikan darinya.Golongan Ortodoks ini lebih kepada isu-isu budaya dan agama dalam tradisi Yahudi.Zionisme adalah satu aliran dari sekelompok Yahudi yang pada awalnya bergerak untuk menubuhkan negara Israel di tanah orang Islam di Palestin secara paksa dan kekerasan.Untuk itu,para rabbi yang menyertai gerakan Zionis ini telah mencetuskan satu aliran baru yang menggunakan agama sebagai cara untuk meyakinkan ‘kesucian’ cita-cita Zionisme.Mereka telah mengubah mana-mana yang perlu untuk menghalalkan darah ‘goyyim’ (gentile,non-jews) bagi menegakkan cita-cita Zionisme.
Apabila kita bercakap soal golongan Ortodoks Yahudi,ia adalah mencakupi isu-isu mencakupi sekitar agama Yahudi,Taurat dan Talmud.Golongan Ortodoks juga terbahagi kepada 3 aliran atau cabang pemahaman:
*Orthodox
*Ultra Orthodox
*Modern Orthodox
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 12:38 AM GMT+8 , Processed in 0.863250 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list