CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lucero

SAMARINDA - ASMARADANA [TIZ ZAKYAH,IKRAM DINZLY,SHAHEIZY SAM]

 Close [Copy link]
Post time 1-3-2010 09:55 PM | Show all posts
bila nak kuor promo cite ni ek...kan minggu depan dah start cite. hotel mania kemain lagik promonye. mmm..tak sabo betul nak nengoknye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2010 10:05 PM | Show all posts
100# nazihamrun

itu la... sinopsis mcm best... aku rasa mest endingnya azizah ngan amran... faris mati ... bleh gitu?
wakkakakaka.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2010 10:14 PM | Show all posts
102# hijau88
kat mana weh baca sinopsis?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2010 10:17 PM | Show all posts
103# nazihamrun

ala... yg shortie bg tu... kira sinopsis la tu kan.
hihi.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2010 10:34 PM | Show all posts
104# hijau88
ish ko nih...wat saspen aku jek. sokmo kawen paksa..hish!
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2010 10:35 PM | Show all posts
kredit to: bharian online... bintang popular.

Feroz Kader renung 'tajam' wartawan bertugas

SUASANA tegang ketika Zubir bersama sekumpulan kira-kira 30 wartawan media cetak dan elektronik 'menyerbu' ke lokasi penggambaran drama slot Samarinda - Asmaradana di sebuah banglo di Ampang Utama, Kuala Lumpur, petang Isnin lalu apabila krew produksi mengeluarkan kata-kata pedas menghalau pihak wartawan keluar dari banglo berkenaan daripada meneruskan temu bual bersama aktres kontroversi yang di cari media massa kira-kira sebulan lalu iaitu Puteri Sarah Liyana!

Krew berkenaan memberikan Zubir dan rakan wartawan lain masa kira-kira 10 minit saja menemubual Sarah dengan alasan produser drama terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) itu, Jalena Rejab hanya memberikan tempoh selama itu saja. Selepas Zubir mempersoalkan tindakan krew berkenaan yang berhajat menghalau wartawan, barulah dia berlembut dan memberi kebenaran mewawancara Sarah.

Selepas pertengkaran kecil itu, kami bermaafan kerana terlalu mengikutkan emosi masing-masing. Tambahan pula kehadiran wartawan ke lokasi penggambaran Asmaradana adalah atas jemputan Unit Perhubungan Awam & Acara TV3.

Pastinya, pemerhati dunia hiburan tanah air sedia maklum Sarah memang diburu media massa atas dakwaan bergaduh dengan kekasihnya, Ammar selepas sesi pratonton filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie (LPSdM), baru-baru ini, selain tindakannya ‘menghentam’ individu tertentu dalam media massa menerusi laman sosialnya, Facebook gara-gara insiden berkenaan.

Akhirnya Zubir dan team Terjah berkesempatan menemubual Sarah lebih lama ketika dia sedang menikmati jamuan makan malam. Ketika temubual sedang berlangsung, Zubir sempat memerhatikan gelagat pengarah Asmaradana, Feroz Kader yang asyik merenung tajam ke arah Zubir dengan riak muka yang cukup serius, seolah-olah tidak berpuas hati kerana Zubir masih meneruskan temu bual sekalipun pada waktu rehat untuk makan malam! Lama juga dia memerhatikan Zubir!

Bagi Zubir, nak renung sampai biji mata terkeluar sekali pun, ada aku kisah ke? Kerja wartawan tidak mengenal erti putus asa selagi belum dapat berita yang diingini. Akhirnya selepas mendapati Zubir tidak mengendahkan pandangannya, dia pun bersuara, meminta Zubir dan team Terjah menamatkan temubual dengan segera untuk memberi laluan kepada Sarah menjamah makanannya.

Sekadar maklumat, Asmaradana akan mula menemui penonton TV3 mulai 9 Mac depan setiap Selasa, Rabu dan Khamis jam 10.30 malam sebanyak 25 episod.

Pada kesempatan ini, Zubir berharap orang kuat GBSB seperti Ahmad Puad Onah dan Jalena supaya menasihatkan krew mereka supaya lebih menghormati wartawan. Kami datang diundang, bukannya sesuka hati nak buat perangai! Kalau tak diundang sekalipun, memang kerja wartawan hiburan menerjah artis yang menghadapi isu kontroversi walau di mana mereka berada!

ZUBIR: Kagum sikap penerbit filem seperti Datuk Yusof Haslam, David Teo, Ahmad Idham dan Norman KRU yang cukup faham tugas wartawan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2010 10:37 PM | Show all posts
kredit to bharian online... bintg popular.

Puteri Sarah nafi semua cerita
Oleh Zubir Mohd Yunus

Pelakon baru masih membela kekasihnya Ammar yang mendakwa segala kontroversi tersetus kerana sikap kurang ajar seorang jurugambar

SELEPAS dua kali percubaan 'menerjah' aktres Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 24, yang juga pelakon utama filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie (LPSdM) menemui jalan buntu, akhirnya dia yang menimbulkan kontroversi panas gara-gara dakwaan bergaduh dengan teman lelakinya, Ammar Alfian Aziz, 22, di depan sekumpulan wartawan ketika tayangan media filem berkenaan baru-baru ini, berjaya 'dicekup'!

Sarah ditemui di lokasi penggambaran drama terbarunya, Asmaradana di sebuah banglo di Ampang Utama, Kuala Lumpur, petang Isnin lalu. Kehadiran pihak wartawan amat luar biasa apabila hampir 30 petugas media cetak dan elektronik ‘menyerbu’ lokasi berkenaan apabila menyedari kehadiran Sarah di situ selepas mendapat undangan daripada Unit Perhubungan Awam & Acara TV3 untuk menyaksikan pembikinan sebalik tabir drama berkenaan.

Kehadiran penulis yang disertai sekumpulan wartawan dan jurukamera daripada program popular TV3, Terjah kali ini tidak sia-sia apabila kelibat Puteri Sarah sudah dapat dilihat di dalam banglo berkenaan. Percubaan menemubual Sarah beberapa kali terganggu apabila dia diarah krew produksi bersedia di lokasi untuk penggambaran babak seterusnya.

Berlaku pertengkaran kecil antara penulis dan krew produksi yang mengeluarkan kenyataan seolah-olah menghalau pihak wartawan keluar dari lokasi penggambaran sekiranya gagal menemubual Sarah dalam jangka waktu yang ditetapkan iaitu kira-kira 10 minit saja. Selepas bertegang urat, akhirnya Sarah berjaya ditemubual walaupun dalam jangka waktu singkat.

Tidak berpuas hati dengan jangka waktu yang diberikan, penulis bersama team Terjah terpaksa menunggu sehingga waktu makan malam untuk meneruskan perbualan bersama Sarah sekalipun terpaksa menemubualnya di hadapan sekumpulan krew produksi dan pelakon lain seperti Norish Karman, Mustapha Kamal, Tiz Zaqyah, Shaheizy Sam serta Iqram Dinzly yang sedang menjamu selera.

Sarah yang sebelum ini gagal dihubungi berkenaan isu pergaduhan bersama Ammar yang dikatakan berpunca daripada perasaan cemburu gara-gara bergambar mesra dengan hero LPSdM, Nabil Ahmad, didakwa cuba melarikan diri daripada pihak media massa apabila dia gagal menjawab semua panggilan telefon, malah kiriman SMS juga tidak mendapat sebarang balasan daripadanya. Ini satu tindakan kurang ajar!

Seperti Ammar yang meluahkan perasaan amarah dan ancaman terhadap wartawan menerusi laman sosial, Facebook, Sarah juga berbuat perkara sama apabila dia menyelar pihak berkenaan yang didakwanya menyebarkan fitnah terhadapnya.

Puteri Sarah mohon maaf

"Pertama sekali saya ingin memohon maaf sekiranya tidak menjawab panggilan telefon dan membalas kiriman SMS daripada pihak wartawan. Sebenar saya tahu apa soalan yang hendak ditanya dan saya tak boleh menjawab bagi pihak Ammar kerana dia yang sebenarnya dicari pihak wartawan.

“Saya tak faham, bagaimana boleh timbul cerita, ada orang nampak saya bergaduh dengan Ammar? Saya menafikan apa yang berlaku. Ammar sebenarnya marah kepada jurugambar, Rashid (Mahfof), dia menceritakannya kepada saya,” katanya.

Sarah juga terus menafikan tidak berlaku sebarang pergaduhan membabitkan dirinya dengan Ammar yang dikatakan berpunca daripada perasaan cemburu kekasihnya itu apabila melihat dia bergambar mesra dengan Nabil sekalipun ada ramai saksi pada hari kejadian yang memerhatikan perlakuan Sarah dan Ammar di khalayak ramai seolah-olah sedang berlaku pertengkaran.

“Mereka hanya nampak daripada bahasa tubuh, tapi tak dengar apa yang saya bualkan bersama Ammar. Adakah itu sudah membuktikan 100 peratus kami bergaduh? Tidak pernah timbul perasan cemburu saya bergambar dengan Nabil kerana sebelum ini pun Ammar pernah berada di lokasi LPSdM dan mengikut saya menghadiri fotografi bersama Nabil.

“Saya bertanya kepada Ammar, kenapa jadi begini (marah-marah)? Apa dah berlaku? Ammar menceritakan kepada saya, jurugambar (Rashid) berkenaan kurang ajar! Nak sentuh-sentuh, nak tolak-tolak, cakap baik-baiklah. Kata Ammar lagi, sudahlah tak minta maaf, jurugambar berkenaan pergi begitu saja. Tambah Ammar, jurugambar itu menyentuhnya dengan kasar,” terangnya lagi.

Nafi bidas wartawan dalam internet

SELEPAS insiden berkenaan, Sarah terus meninggalkan majlis tayangan media LPSdM tanpa menunggu filem berkenaan selesai tayangan. Ada dua dakwaan kenapa Sarah berbuat begitu, pertama dia perlu bergegas ke lokasi penggambaran drama dan kedua, ibu Sarah memaklumkan kepada penerbit filem berkenaan, Aminah Rhapor, anaknya terpaksa meninggalkan majlis kerana perlu menghadiri kuliah. Mana satu yang betul?

“Sebetulnya saya ada shooting. Tapi, ibu saya tahu, saya ada kelas dan shooting. Justeru, apabila ada yang bertanya, dia main jawab saja,” jelasnya.

Pun begitu, tindakan Sarah meninggalkan majlis, sekali gus membiarkan wartawan menunggu tanpa memaklumkan kepada mereka apa yang sebenarnya berlaku adalah satu perbuatan biadab! Sekali lagi Sarah mohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung.

Sarah juga menafikan dia menghentam wartawan menerusi Facebook kerana dia tidak menamakan wartawan atau sesiapa pun dalam laman sosial itu apabila menulisnya secara umum.

“Kalau saya tak waras, saya juga akan tulis ‘four letter words’! Tapi, saya menulisnya secara umum, apa yang datang daripada hati. Tulisan itu saya tidak tujukan kepada sesiapa. Saya pelik, kenapa ada pihak yang terasa? Saya juga tidak menuduh siapa yang memberitahu kepada produser (kononnya Sarah bergaduh dengan Ammar).

“Justeru, saya mohon maaf sekiranya ada pihak yang terasa hati terutama pihak media,” katanya lagi.

Bagi Sarah, sekalipun pihak wartawan sudah melabelkan Ammar sebagai seorang artis yang ‘bermasalah’, dia tetap meneruskan perhubungannya dengan model pakaian dalam itu sekalipun Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Harun Salim Bachik pernah menasihatkan Ammar supaya tidak lagi menjadi artis!
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2010 10:41 PM | Show all posts
Kehadiran pihak wartawan amat luar biasa apabila hampir 30 petugas media cetak dan elektronik ‘menyerbu’ lokasi berkenaan apabila menyedari kehadiran Sarah di situ selepas mendapat undangan daripada Unit Perhubungan Awam & Acara TV3 untuk menyaksikan pembikinan sebalik tabir drama berkenaan.


laaaaaa... kena jmput utk menyaksikn pmbikinn drama bkn serbu utk tanya soalan yg bikin kontroverc... chit... porah.

Kagum sikap penerbit filem seperti Datuk Yusof Haslam, David Teo, Ahmad Idham dan Norman KRU yang cukup faham tugas wartawan.


ni ayat mengampu ... spy dpt job blakon ke?
hihi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2010 10:41 PM | Show all posts
sj tepek... sbb ada kaitan ngan drama ni kan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 12:20 AM | Show all posts
td dah kuar promo kat mytv3...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 12:31 AM | Show all posts
best ke tak promonya?
crita sket.
hihi.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 01:08 AM | Show all posts
aku tak ingat sgt sebenonye. yg perasan masing2 cerita watak masing2.. si puteri sarah adiknya iqram anak kpd mustafa kamal n norish karman. dia dgn tiz suka kat sam. selanjutnya...jgn lupa nonton.

si tiz ni wataknya org kampung duk dgn mak..seorang yg tabah. mmm...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 02:20 AM | Show all posts
aku tak ingat sgt sebenonye. yg perasan masing2 cerita watak masing2.. si puteri sarah adiknya iqram anak kpd mustafa kamal n norish karman. dia dgn tiz suka kat sam. selanjutnya...jgn lupa nonton.
...
nazihamrun Post at 2-3-2010 01:08



mmm
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 02:30 AM | Show all posts
.. dulu2 zaman juwie, huzz, jarang sgt kite dengar wtwn gado ngan artis kan..
tapi skrg .. macam2 tulisan keluar.. I guess wtwn percaya mata pena lagi bahaya.. which is susahla kan..

but klu nak kaco keje wtwn esp yang dijemput ponsusah gak..ntahlerr. just hope both paham keje memasing esp tengah shooting nak kene kaco wlupon waktu makan, kadang2 ganggu emosi pelakon tu buat keje.. tak semua org leh beza bende personal ngan kerjaya dalam masa singkat. Yelah tengah nak berlakon scene gembira then tetibe ditanya pasal masalah2 nih.. Hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 02:39 AM | Show all posts
hmmmmmmm... menarik. :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 02:39 AM | Show all posts
hmmmmmmm... menarik. :pompom:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2010 09:22 AM | Show all posts
azizah..ooo..azizah

dh cam citer P.Ramlee lak..hihik
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 02:21 PM | Show all posts
Adoiii.....pening.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2010 09:27 AM | Show all posts
118# csuraya


apsal pening pulak ni..belum mula dah pening. pelik!
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 01:28 AM | Show all posts
118# csuraya  


apsal pening pulak ni..belum mula dah pening. pelik!
nazihamrun Post at 3-3-2010 09:27


takleh tgk...kena tgk kicap tb jer..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.085573 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list