CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pink_nadia

/ Presidential Suite 7 / CHE AHMAD SHAHIR hoi hoi hoi / JUARA AF8 /

   Close [Copy link]
Post time 6-6-2010 04:01 PM | Show all posts
dari murai.com......

Saksikan Shahir Jadi Pilot Dalam Diariku...Shahir..




        KUALA LUMPUR, 5 JUN 2010: Selepas menepati ramalan ramai apabila dinobatkan sebagai juara Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8) pada pertandingan akhir program realiti televisyen nombor satu negara di Stadium Putra Bukit Jalil baru-baru ini, kehidupan Shahir ternyata telah berubah.
        Anak jati kelahiran Perak ini telah berganjak ke satu tahap yang jauh lebih tinggi lagi apabila dia memasuki fasa baru dalam kehidupan yang lebih mencabar lagi setelah menceburi dunia hiburan tempatan secara lebih serius demi mengejar cita-cita dan impiannya untuk bergelar anak seni yang berjaya.
        Meneruskan inisiatif untuk memberikan hiburan untuk seisi keluarga, Astro Ria (saluran 104) membawakan sebuah lagi program yang bakal membawa para peminat Shahir mengikuti perkembangan terbaru dan perjalanannya sebagai juara AF8; bermula dengan kemenangannya sehingga saat dia merealisasikan tujuan, harapan serta destinasinya yang menjadi realiti.
        Semua ini dapat disaksikan menerusi program Diariku...Shahir yang akan bersiaran Astro Ria pada setiap hari Ahad, jam 10.00 malam bermula pada 6 Jun 2010 (esok hari).
       
        Pengurus Saluran Astro Ria, Puan Azlin Reza Azmi berkata, program Diariku...Shahir dihasilkan sebagai satu usaha pihaknya untuk terus mendekatkan lagi peminat dengan Shahir walaupun selepas program Akademi Fantasia berakhir.
        "Malah, ia juga sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga terhadap para peminat Shahir yang telah memberi sokongan padu sehingga membawa kepada kemenangannya sebagai Juara AF8.
       
        "Program yang dihasilkan sebanyak 8 episod yang akan bersiaran selama 30 minit ini akan memberi fokus kepada perjalanan sulung Shahir selepas bergelar juara terutamanya semasa proses rakaman album dan lagu singlenya dihasilkan. Pelbagai gelagat dapat dilihat terutamanya tentang semangat dan kesungguhannya dalam bergelar seorang artis," katanya.
        Diariku...Shahir juga bakal melihat bagaimana Shahir mendapat bimbingan oleh pakar-pakar yang berpengalaman dalam mengendalikan kerenah dunia hiburan dalam setiap episod.
        Di antara bidang-bidang yang diberikan fokus untuk membimbing Shahir ialah semasa latihan persembahan, berhadapan dengan peminat, temubual dengan media, pengurusan masa, penampilan dan fesyen, keupayaan untuk berbicara dengan khalayak ramai, promosi album serta tarian dalam persembahan.
        Bukan itu sahaja, Diariku...Shahir juga bakal membawa anda melihat sendiri bagaimana Shahir mencuba perkara-perkara yang tidak pernah dilakukannya sebelum dia menceburi dunia hiburan. Misalnya ialah seperti menerbangkan pesawat ringan.
        Para peminat Shahir juga berpeluang untuk melihat Shahir mencipta sebuah lagu istimewa yang akan memberi makna yang istimewa dalam hidupnya.
        Jangan lupa untuk saksikan perkembangan terbaru Shahir melalui Diariku...Shahir pada setiap hari Ahad, jam 10.00 malam bermula pada 6 Jun 2010, hanya di Astro RIA!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2010 04:02 PM | Show all posts
ngantuknyee....
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2010 04:07 PM | Show all posts
tak sabau nak tgk diariku shahir
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2010 04:10 PM | Show all posts
tak sabau nak tgk diariku shahir
molley444 Post at 6-6-2010 16:07



    molley,sabar k,ada 6jam lagi
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2010 04:11 PM | Show all posts
molley,sabar k,ada 6jam lagi
mdbeaute Post at 6-6-2010 16:10



    jgn la malam ni anak buah aku ajak jln...kang terlepas diari plak..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2010 04:12 PM | Show all posts
from : my metro ahad....

CAK: Shahir Ikon Belia Perak

BERUNTUNG sungguh juara Akademi Fantasia 8 (AF8), Shahir. Sudahlah menang besar, CAK dapat tahu hari ini jejaka idaman Malaya ini menerima anugerah Ikon Belia Negeri dalam majlis sambutan perhimpunan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Perak 2010 di Arena Square Teluk Intan.           
  Majlis yang bermula jam 2 petang itu dijangka dihadiri kira-kira 4,000 rakyat Perak dan Shahir akan mempersembahkan beberapa lagu yang pernah dipopularkan ketika menyertai AF8.

  Sumber terdekat Shahir memberitahu, semalam keluarga lulusan Universiti Islam Antarabangsa itu mengadakan kenduri doa selamat sempena meraikan kejayaannya. Ala kenduri kecil-kecilan saja, tidaklah sampai berkhemah-khemah. Hanya dihadiri sanak saudara, jiran tetangga dan teman terdekat.

  Kepada peminat jejaka ini yang tidak dapat turut serta dalam majlis itu, jangan berkecil hati. Manalah tahu, selepas ini Shahir akan mengadakan majlis besar-besaran bersama kalian pula seperti mana pernah dilakukan Mawi dan beberapa juara lain sebelum ini. CAK dan teman media lain pun boleh turut serta jika diundang.

  CAK dengar jadual Shahir selepas keluar AF8 sangat padat. Dia kini sibuk dengan rakaman program Raya dan Diari... Shahir sebanyak 13 episod. Pulangnya Shahir ke kampung halamannya bukan saja mahu bertemu keluarga tercinta dan menghadiri majlis perhimpunan Hari Belia 2010, tetapi untuk menjayakan penggambaran Diariku... Shahir yang bakal menyingkap kehidupan peribadinya.
  Khabarnya, Shahir akan memperkenalkan keluarganya, berkongsi kisah zaman kanak-kanak, remaja dan kehidupan barunya selepas meraih kemenangan AF8 dengan orang ramai menerusi Diariku... Shahir.

  Banyak momen menarik, gembira, lucu dan sedih turut diselitkan. Gerenti pengikut setia Shahir tangkap leleh dengan pendedahan eksklusif itu yang bersiaran setiap Ahad, jam 10 malam bermula malam ini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2010 04:13 PM | Show all posts
jgn la malam ni anak buah aku ajak jln...kang terlepas diari plak..
molley444 Post at 6-6-2010 16:11


mlm ni tak perlu ke mana2...

kul 10 duk diam2 dpn tv....

melepaskan rindu....
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2010 04:16 PM | Show all posts
ngantuknyee....
dax_wdw Post at 6-6-2010 16:02


jangan ngantuk dax....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2010 04:20 PM | Show all posts
mlm ni tak perlu ke mana2...

kul 10 duk diam2 dpn tv....

melepaskan rindu....
kula22 Post at 6-6-2010 16:13


ko jaga le umah shahir,nak tido jap ngantok,smlm punya pasal
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2010 04:25 PM | Show all posts
Post Last Edit by PurpleAxe at 6-6-2010 16:31


takde ker citer dr Teluk INtan ni...???
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2010 04:33 PM | Show all posts

Shahirianz.... kedudukan KDP di ERA dah turun ke No 3..!
Lagu si A tu dah di No 1...
http://www.era.fm/program/prebiu/default.asp
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2010 04:35 PM | Show all posts
hoi hoi hoi
lajunyer korang merempit... hari ni bukak terus nampak umah baru.. huhuhu...
syabas! syabas! berjaya bukak rumah baru sebelum diariku shahir....
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2010 04:53 PM | Show all posts
assalamualaikum....ade org x kt dlm ni???
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2010 04:55 PM | Show all posts
wajah ceria ....





Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2010 04:55 PM | Show all posts
Post Last Edit by mimifa at 6-6-2010 16:58

NAK BAGI CDGN SIKIT DIHARAPNYA  DAPATLAH MELETAKKAN LINK2 UNTUK MENGUNDI KDP DI SELURUH CARTA2 KAT MALAYSIA NI SETIAP KALI PINDAH UMAH2 BARU ADIK SHAHIR NI.....SUPAYA LAGU SHAHIR MERIAH BRKUMANDANG SEANTERO MALAYA...NI AKU DOK ASYIK DENGO LAGU NAIB JORE JE SEDANG MENDAKI CARTA...X SANGGUP TINGE AKU NI NAK DENGO WEI...HARAP ADA LE YG AMIK PERHATIAN YE..SBB AKU RONDA KAT UMAH JORE AF7 MEREKA SENTIASA MENGHUP DATE KEDUDUKAN LAGU2 JORE AF7 TU...TAK KIRA LE STESEN MANE2 PUN.SEHINGGA LAGU NOKTAH CINTA TU ASIK NO.1 JE KAT MM TB3 TU.AKU MINTAK HAMPUN DAN MAAF SEKIRANYA CDGN AKU NI MENGGANGGU KORANG YG SEDANG MEMIKIRKAN ADIK SHAHIR TU...AKU CUMA BAGI CDGN JE SBB AKU TGK KEDUDUKAN KDP DI BBRPA CARTA TAK KONSISTEN MCM LAGU NAIB JORE TU.....SEDIH AKU SMPAI FOBIA DAH NAK BUKAK RADIO ASIK DENGO LAGU N.JORE JE...AND DINYATAKAN DISINI BELI CD TAK SAMA DGN MNDNGR LAGU KDP DIPUTARKAN DI RADIO...KETERUJAANNYA SGT LAH BERBEZA.SEKIAN TERIMA KASIH.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2010 04:59 PM | Show all posts
so cute....




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2010 05:03 PM | Show all posts
shahir oh shahir.....







Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2010 05:12 PM | Show all posts
Suker citer ni...


"Tujuan utama Shahir balik rumah sebab nak attend kenduri kesyukuran dia ni ...
PurpleAxe Post at 6-6-2010 13:12


wah,kalau iols ade kt kampar time tu,walaupun ade bodyguard kt blkang shahir,iols sanggup rempuh dorang demi nk duduk disebelah shahir n menjadi pengantin perempuannye..

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2010 05:19 PM | Show all posts
wah,kalau iols ade kt kampar time tu,walaupun ade bodyguard kt blkang shahir,iols sanggup rempuh ...
shiraloveyou Post at 6-6-2010 17:12


i pun nak join gak duduk krusi sblah shahir tu....
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2010 05:32 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 08:35 PM GMT+8 , Processed in 0.054620 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list