|
[Jenayah]
Berita malam seram:Hakim berbogel di bilik isteri orang selepas minta izin solat.saja nak test katanya
[Copy link]
|
|
Btw Siti Ikim ni dj ikim atau pegawai ikim. Dr audio rasa mcm pegawai. Tapi meols ingat several years back ada thread kat Cari ni pasal Siti Rohani dj IKIM tu. Mcm isu membirah kalau tak silap meols. Sapa pandai csi, siti ikim mana yg jadi mangsa okt nih? |
|
|
|
|
|
|
|
dlm audio tu siti tu ada ckp bgnn dia jauh dr blok radio, so i guess bukan dj?
|
|
|
|
|
|
|
|
maydanoz replied at 13-1-2022 09:21 PM
dlm audio tu siti tu ada ckp bgnn dia jauh dr blok radio, so i guess bukan dj?
That's what I took from the audio too. But since I'm not an avid listener of ikim fm, kot2 la dj dah Naik pangkat ke. Agicew. |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak kenal Dr Naim ni tapi based on interview tu aku setuju dengan ko punya analysis.
Naim ni tak paksa tapi mencipta peluang yang tak kunjung datang. Siti tu mau tapi malu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mohd Na'im saman Lokman
Faris Fuad - Januari 14, 2022 @ 4:50pm
KUALA LUMPUR: Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menghantar notis tuntutan saman kepada Datuk Lokman Noor Adam semalam kerana didakwa memfitnah dan mengaibkan Hakim Mahkamah Syariah menerusi media sosial.
Peguam kepada Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah itu, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, anak guamnya turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya kelmarin, bagi menggesa pihak berkuasa menyiasat kenyataan berkenaan.
Kenyataan itu berkaitan dakwaan seorang wanita menjadi mangsa gangguan seksual Hakim Mahkamah Syariah berkenaan.
"Wanita itu membuat laporan polis dan anak guam membuat laporan balas di IPD sama pada 12 Disember lalu, bagi menafikan perkara berkenaan.
"Baru-baru ini pula, Lokman memuat naik video mengeluarkan kenyataan fitnah berkaitan isu itu. Susulan itu, anak guam membuat laporan polis dan kita menghantar notis saman," katanya kepada BH, hari ini.
Semalam, media melaporkan polis dalam proses merakam percakapan lima lagi saksi berhubung kes seorang hakim kanan didakwa berbaring dalam keadaan berbogel di bilik tidur seorang wanita sudah bersuami.
Setakat ini, polis sudah mengambil keterangan daripada tiga saksi bagi membantu siasatan kes itu.
Sebelum ini, polis mengesahkan sedang menyiasat seorang hakim kanan yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap wanita sudah berkahwin pada tahun 2020.
Ia dilaporkan berlaku ketika hakim itu melawat wanita berkenaan yang tinggal bersama suaminya yang terlantar sakit, sebelum meminta izin untuk solat.
Bagaimanapun, mangsa mendakwa hakim itu solat terlalu lama sebelum memeriksa biliknya dan mendapati dia baring atas katil dalam keadaan berbogel.
Lelaki itu dikatakan meninggalkan rumah berkenaan pada jam 3 pagi hari sama.
Akberdin berkata, pihaknya dalam proses memfailkan writ saman terhadap Lokman di mahkamah, minggu depan.
"Kita juga lihat kedegilan Lokman memuat naik satu lagi video memfitnah anak guam di Facebook semalam. Kita akan ambil tindakan terhadap kes ini satu demi satu mengikut proses perundangan," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
'Syor Ketua Pengarah JKSM direhatkan hingga siasatan selesai'
Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi - Januari 14, 2022 @ 12:25pm
KUALA LUMPUR: Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) mencadangkan supaya Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, direhatkan sementara sehingga siasatan selesai.
Presiden PPSM, Ibrahim Deris, berkata ia susulan pendedahan oleh seorang bekas pemimpin UMNO di laman Facebook pada 10 dan 13 Januari.
"Justeru bagi mengelakkan hal tersebut terus memburukkan imej Institusi Kehakiman Syariah adalah wajar pihak Jabatan Perdana Menteri (JPM) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengambil tindakan sewajarnya supaya beliau direhatkan sementara sehingga siasatan ke atasnya sempurna berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 .
"Hal ini juga akan memudahkan pihak berkuasa melaksanakan siasatan dan kebenaran akan segera terserlah.
"PPSM mendokong prinsip berani kerana benar dan yang salah tetap perlu menerima penghakiman yang seadilnya," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Ibrahim berkata, PPSM memandang serius pendedahan pada 10 Januari lalu dan beberapa laporan media berkaitan tuduhan jenayah moral terhadap Ketua Pengarah JKSM.
Oleh itu katanya, PPSM meminta ahli dan orang ramai supaya bertenang dan sabar menunggu siasatan serta tindakan pihak berkuasa yang sedang bertungkus lumus menangani isu ini.
"PPSM sedar ramai ahli yang berasa terkejut apabila mendengar pendedahan isu ini kerana jika tuduhan itu benar ia amat bertentangan dengan Adabul Qhadi (Etika Hakim) yang wajib diamal dan dipertahan semua hakim syarie.
"PPSM menerima maklum balas bahawa ahli PPSM juga sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan KP JKSM apabila status moral peribadinya menjadi bahan pertikaian di khalayak ramai yang boleh menyebabkan Institusi Kehakiman Syariah dipandang rendah oleh masyarakat," katanya.
Ibrahim berkata, PPSM juga amat terkejut dengan pendedahan video terbaru semalam apabila laporan polis pengadu yang menyatakan seperti berikut.
"Dia (KP JKSM) juga telah memaklumkan bahawa dia boleh mengatur hakim khususnya di Selangor dan Kuala Lumpur bagi memenangkan sesuatu kes tuntutan seseorang"
"Kenyataan ini amat berbahaya bagi seorang ketua tertinggi Institusi Kehakiman dan merupakan penyalahgunaan kuasa serta boleh menyebabkan keadilan keputusan kes mahkamah diragui," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tu laa kepala tkde badan takde tibe2 je ekor trus..mental btl
|
|
|
|
|
|
|
|
siti tu basah lecun kot tengok songkok naim tegak aje di kepala...
|
|
|
|
|
|
|
|
siti ni dj ikim ke.. yg suara ala2 arab tu ke
|
|
|
|
|
|
|
|
Korg pelik knp xreport awal?
Korg baca je la komen dlm ni suka sgt victim blaming.. mangsa lg rela diam je..
Dah beratus mangsa baru la sorg dua nak tampil.. |
|
|
|
|
|
|
|
tepuk sebelah tgn x berbunyik yer..try dgr video siti ikim tu..dah tau nk pi jumpa mlm2 tp tak bawak peneman pun..pastu berdua2an dlm bilik tgh mlm sampai ke subuh?? apooo??
|
|
|
|
|
|
|
|
nk muntah dgr cerita agamawan tp perangai cam h*r*m..dah kantoi pun konar baring lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Muntri agama dah ko |
|
|
|
|
|
|
|
Azharitubunga replied at 3-11-2023 07:43 AM
Muntri agama dah ko
Siyes la.......ingatkan benang lama naik balik sbb nk jatuh hukum..... |
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 3-11-2023 08:26 AM
Siyes la.......ingatkan benang lama naik balik sbb nk jatuh hukum.....
Nampak siapa muntri2 pmx?
Bermasalah
Senang nak kawal picit telur |
|
|
|
|
|
|
|
gambar mana gambar. selagi tkde bukti bergambar tak purcaya |
|
|
|
|
|
|
|
Azharitubunga replied at 3-11-2023 01:26 PM
Nampak siapa muntri2 pmx?
Bermasalah
Senang nak kawal picit telur
Bijak....bijak.....nuart control org bawahan yg ada kes, x pyh pening kpla suh sign SD utk taat setia bagai esp wak 47.......suma tunduk longlai cium kaki |
|
|
|
|
|
|
| |
|