CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hijau88

TELEMOVIE 7 LAGU - 30 JANUARI 2011 - 10 P.M. - ASTRO CITRA.

[Copy link]
Post time 20-1-2011 09:03 PM | Show all posts
yeszaaaaaaa... Ain - Tak Pernah Lepas.
hijau88 Post at 20-1-2011 08:47 PM


suka lagu ni...

xde astro citra....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-1-2011 09:13 PM | Show all posts
alala... sma la kita ni.
mmm. harap org upload je la kan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2011 10:17 PM | Show all posts
Skeptikal terhadap Kabir Bhatia

SEBELUM ini dia begitu skeptikal dengan pengarah dari luar. Baginya, apa kurangnya anak tempatan yang diakui bakat dan kebolehan mereka setara dengan mereka di luar sana. Justeru, setelah nama Kabir Bhatia meletup apabila kebanyakan hasil karyanya mendapat pujian ramai, lagilah timbul kemusykilan di hati Farid.

Kerana ingin tahu apa kelebihan pengarah yang terkenal dengan drama bersiri Nur Kasih ini, Farid menonton filem Sepi arahannya. Sejak itu, dia mula menyimpan hasrat untuk bekerjasama dengan pengarah terbabit.

“Selepas menonton fSepi, saya dapati ada sesuatu yang membuat saya begitu tertarik dengan hasil kerjanya. Ideologi Melayunya begitu dekat dan dia memang seorang pengarah yang serba boleh. Justeru, saya memang bercita-cita untuk berlakon di bawah arahannya.

“Jadi, apabila saya mendapat tawaran berlakon dalam telefilem 7 Lagu ini, ia ibarat bulan jatuh ke riba. Melihat nama pengarahnya ialah Kabir Bhatia, saya terus saja bersetuju tanpa perlu melihat skrip terlebih dulu,” katanya teruja.

Bercerita mengenai pengalaman melakonkan watak Farhan, Farid berkata, dia terpaksa mengorbankan perasaan takutnya terhadap penjara semata-mata kerana mahu menghidupkan watak lelaki psiko itu.

“Saya memang tak suka dengan penjara. Jadi, apabila dimaklumkan penggambaran akan dijalankan di dalam sel, saya jadi gementar. Mujurlah penjara yang digunakan itu belum pernah menempatkan banduan di situ. Rasa lega sangat-sangat. Untuk babak dalam penjara itu ia memakan masa selama setengah hari saja,” cerita Farid lagi.

Selain Farid, telefilem yang bakal disiarkan di saluran Astro Citra pada 30 Januari ini turut menyaksikan lakonan mantap Emelda Rosmila, Tiz Zaqyah, Sofi Jikan, Corrie Lee, Fimie Don, Kuza dan Sherie Merlis.

Telefilem ini mengisahkan seorang komposer muzik, Farhan, disabitkan bersalah oleh mahkamah kerana membunuh bekas kekasihnya, Tania dan tunangnya. Tapi Farhan tidak mengaku bersalah. Justeru Farhan memerlukan peguam belanya, Sabrina, untuk membuktikan dia tidak bersalah atau dia akan dihukum gantung sampai mati. Melalui 7 lagu, Sabrina mula mengenali Farhan.
credit to: bharian online.


yup. arahan kabir mmg best la.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2011 12:08 AM | Show all posts
tq for vc ost 7Lagu by Ain-Tak Pernah Lepas...BEST!
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2011 12:21 AM | Show all posts
dlm telemovie ni, drp 7 lagu,2 lagu dr Ain dan 5 lagu akan dinyanyikan oleh akim..

dlm video nie minit ke 3:40-4:00, akim ada nyanyi sikit satu lagu tuh...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2011 12:32 AM | Show all posts
Reply 104# irsuzie

yup. VCnya pun best kan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2011 07:09 PM | Show all posts
Reply 106# hijau88


aku pun suka lagu ain no 2 tu..."Bukan Untukku"....
lagi touching.....
aku harap astro letak caller ringtone kat maxis.... hhahaha.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2011 07:18 PM | Show all posts
owh. tajuknya bukan untukku. yup mmg best. nasib baik lgu tak pernah lepas tu vcnya best kan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2011 10:44 PM | Show all posts
30Jan.....lame lg ..hahaha!
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2011 11:35 AM | Show all posts
dah tgk preview last week.....
jangan lupa saksikan kisah hidup farhan(farid kamil) berdasarkan 7 lagu ciptaannya......
5 lagu nyanyian akim 2 lagu nyanyian ain
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2011 08:46 PM | Show all posts
Reply 107# queenteena


    yup lagu ni memang best!!
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2011 08:51 PM | Show all posts
lagu yg Ain nyanyi tu best!!! Tak Pernah Lepas tu.. best! Sedap sungguh suara Ain!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2011 12:59 PM | Show all posts
yup. lagu ain best kan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2011 01:01 PM | Show all posts
Farid bikin Tiz berdebar

credit to: kosmo online.

SELAMA ini, media massa menjadi perantara buat Tiz Zaqyah dan Farid Kamil mengetahui perkembangan cerita masing-masing. Biar bergelar pemain di lantai seni sama, ironinya, dua pelakon muda yang cukup berbakat ini belum berpeluang dipertemukan dalam sebarang projek.

Selepas lebih setahun Tiz yang membawa nama lengkap Siti Zaqyah Abdul Razak menggendong tanggungjawab sebagai pelakon, hanya kini dia berjaya disatukan dengan pemuda tinggi lampai itu menerusi telefilem hasil garapan Khabir Bhatia yang berjudul 7 Lagu.

Menerusi perjalanan telefilem berdurasi 90 minit itu, Tiz yang menerajui karakter Tania manakala Farid (Farhan) menjadi pasangan kekasih yang mengenali antara satu sama lain sejak di bangku sekolah rendah. Bunga cinta mereka cukup utuh sehingga mewangi mencapai fasa dewasa.

Kali pertama ‘berpacaran’ dengan Farid dalam telefilem tersebut, Tiz tanpa berselindung mengaku hatinya kekok pada awal pertemuan dengan Farid di lokasi penggambaran. Meskipun babak mereka sekadar memakan masa tiga hari, ia bagaimanapun tetap memahat kenangan buat dirinya.

“Sejujurnya, saya gementar apabila diberitahu oleh Khabir yang saya bakal menjadi kekasih Farhan yang merupakan lakonan Farid. Saya sendiri tidak tahu kenapa boleh timbul perasaan debaran ini. Lagipun, sebelum ini, saya tidak pernah bertemu secara empat mata dengan pelakon itu di luar set.

TELEFILEM 7 Lagu menyaksikan gandingan buat pertama kali Farid Kamil dan Tiz Zaqyah.

“Barangkali, sebab saya punya tanggapan awal bahawa Farid sebagai seorang lelaki bersahaja dan ada waktu kelihatan serius di alam realiti, ia secara tidak langsung mempengaruhi fikiran saya ketika pertama kali bertemu dengan dia dalam penggambaran telefilem 7 Lagu.

“Namun, keserasian antara satu sama lain mudah saja wujud tambahan pula Farid tidak kedekut untuk memberi tunjuk ajar kepada saya yang masih baru dalam bidang ini. Tiga hari berlakon dengan aktor ini, saya anggap waktu agak terhad bagi melakukan latihan.

“Begitupun, kami cukup bertuah kerana akhirnya mampu membangunkan beberapa babak romantis sebagai pasangan kekasih dengan jayanya tanpa berdepan masalah,” jelas Tiz yang menjalani penggambaran telefilem 7 Lagu bersama Farid sekitar Ogos tahun lalu.

Mengulas tentang penyatuan mereka, teman lelaki kepada pelakon jelita, Diana Danielle itu mengaku cukup senang dapat bekerjasama dengan Tiz. Biar kali pertama dipertemukan, hakikatnya, Farid dan Tiz tidak mencuri waktu panjang memunculkan keserasian antara satu sama lain.

“Telefilem 7 Lagu memberi peluang pertama kepada saya bekerja sekali dengan Tiz. Ini memberi peluang kepada kami untuk berkomunikasi. Pendapat peribadi saya, dia ialah seorang individu yang mudah menyesuaikan diri dengan situasi atau persekitaran baru.

“Sedikit mengejutkan kerana awal kami bertentang mata, saya dan Tiz harus melibatkan diri dengan adegan intim sebagai pasangan. Sebaik saja dia menzahirkan wataknya, ia memudahkan tugas saya merealisasi karakter Farhan tanpa mengalami masalah.

“Yang pasti, saya selesa apabila berpeluang kerja sekali dengan Tiz. Saya akui dia sebagai pelakon berbakat besar biar masih baru dalam lapangan seni,” kata Farid.

SEBAGAI pelakon yang boleh dianggap masih baru berbanding Farid, Tiz teruja Farid dapat memberikan tunjuk ajar dalam ilmu lakonan.

Kreativiti Khabir

Umum tahu, Tiz sudah beberapa kali berlakon di bawah arahan Khabir Bhatia termasuk drama rantaian, Nur Kaseh yang dianggap landasan awal dirinya lebih dikenali di cabang seni tanah air. Namun, lain pula buat Farid yang pertama kali bekerjasama dengan sutradara popular tersebut.

Jejaka berusia 30 tahun itu sebelum ini mengaku pernah tersilap percaturan apabila bersikap skeptikal terhadap pengarah dari luar. Dia sering mempersoal kekurangan anak tempatan yang juga punya bakat dan skil pengarahan sendiri berbanding sang pengarah dari negara asing.

Keraguan Farid semakin memuncak selepas populariti Khabir mula dicanang umum dan menerima pujian tinggi melangit. Ingin mengetahui keistimewaan pengarah itu, dia nekad menonton filem garapan Khabir yang berjudul Sepi.

“Selepas menonton filem ini, saya dapati ada sesuatu yang membuatkan saya amat tertarik dengan kualiti kerjanya. Ideologi Melayu Khabir begitu dekat. Lantaran itu, saya bercita-cita untuk berlakon di bawah arahannya yang dianggap sebagai pengarah serba boleh.

“Maka, tidak hairan apabila saya mendapat tawaran berlakon dalam telefilem 7 Lagu, ia umpama bulan jatuh ke riba. Melihat nama pengarahnya, saya tanpa membuang masa terus bersetuju tanpa melihat skrip terlebih dulu,” spontan ungkap Farid cukup berpuas hati.

Berkongsi momen berlakon dalam 7 Lagu, Farid yang sempat menjalani pengalaman berlakon dalam sel tahanan selama setengah hari bagaimanapun terpaksa mengorbankan perasaan gundahnya semata-mata ingin menghidupkan watak sebagai individu bermasalah.

AKTOR yang juga pengarah ini begitu mengagumi kredibiliti pengarah Khabir Bhatia.

“Saya gementar sebaik saja diberitahu oleh pengarah kena menjalani penggambaran dalam penjara. Bayangkan, saya tidak suka dengan tempat ini. Tetapi, nasib saya baik apabila sel tahanan digunakan ini belum pernah menempatkan banduan,” cerita Farid dalam nada lega.

Sementara itu, bagi Tiz yang sudah terbiasa bekerjasama dengan Khabir, wanita berusia 22 tahun itu bagaimanapun mengaku masih belum mengerti keseluruhan setiap idea berada dalam minda Khabir sebagai individu kreatif. Malah, dia cuba memahami setiap kehendak pengarah berkenaan hingga ke saat ini.

“Namun, saya akui selesa bekerja sekali lagi dengan Khabir. Kalau ikut, dia seorang pengarah yang cukup tahu selok belok bidang kerjanya merangkumi aspek lakonan, teknikal dan sinematografi. Ini kelainan dimiliki Khabir.

“Dia selalu memberi bimbingan kepada saya tentang cara pengawalan emosi dalam lakonan. Justeru, baik saya atau pelakon lain bekerja dengan Khabir, kami tidak sesekali akan terpesong daripada watak diberi,” tutur Tiz yang selalu diingatkan pengarah itu soal keseimbangan lakonan.

Selain Farid dan Tiz, telefilem yang bakal bertandang di Astro Citra (saluran 131) pada 30 Januari ini turut mengenengah deretan pelakon popular seperti Emelda Rosmila, Sofi Jikan, Corrie Lee, Fimie Don, Azhan Rani, Fazley, Kuza, Mahmud Ali Bashah dan Sherie Merlis.








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2011 06:48 PM | Show all posts
Confessions of a twisted mind
Submitted by mala on Thursday, January 27th, 2011

    * Entertainment

EENA HOUZYAMA
Thursday, January 27th, 2011 17:30:00

gj
HAVING been placed in jail for a number of days has truly left a mark on ac­tor Farid Kamil (left). He openly confessed that although he was only playing a role in a telemovie, the experience of being stuck in a cell has made him realise how much he did not want to ever end up behind bars.

"Although my days spent at the Malacca jail was only to play my role as Farhan in 7 Lagu, the surroundings within the jail was enough to make me rea­lise how as a person, I would never want to end up there," he shared.

7 Lagu is a psychotic thriller directed by award-winning director Khabir Bhatia, spe­cially made to be aired on Astro Citra. Unlike previous 'love-dovey' stories Khabir is often associated with, 7 Lagu will mark his return to his favourite genre - thrillers.

The telemovie, which stars Farid Kamil as the lead character, a composer alongside Emelda Rosnaida the lawyer, is a story of many twists and turns which unravels itself through the seven songs composed by Farhan.

"Initially it was really hard for me to play this character because he is unpredictable. Farhan has two per­sonalities, which I sometimes easily get confused with while acting. But through the guidance and direction from Khabir, I finally got the hang of this character and how to play it," said Farid.

He added that as an actor, it is im­portant to understand what the di­rector wants to be able to follow instruc­tions well in order to gain the most out of each character.

For Farid, this would be his first time working with Khabir and as a director himself, he not only admires Khabir's work style but also his view and ideas for each scene shot.

"During the first few days on set, the role was still a new concept for me but it was easy to communicate with the multi-talented Khabir and soon, I knew exactly what Khabir expected from the character and how I was meant to por­tray the role.

"Working with Khabir was easy going as he was always very clear about his ex­pectations of the character," Farid said.

While many may not know this, Khabir initially began his directing with thrillers and it was not till later on that he began directing romantic films which gave his career the boost in our entertainment industry.

"Four years ago, I did direct a thriller and this concept is not foreign to me. However, it was not until I worked on stories such as Cinta and Nur Kasih that my career was noticed and I somehow got stuck in that for a while," said Khabir.

"It feels great to go back to my initial psychotic thriller genre through 7 Lagu," said Khabir who also confessed that if given the opportunity he would love to direct a full length feature, psychotic thriller film.

As for Khabir, working with an expe­rienced actor-director such as Farid has been a pleasant journey.

"Working with Farid has been hassle-free. Farid having experience in direct­ing, managed to easily understand what I needed from him to ensure the success in him portraying Farhan. It was a great experience to work with someone who could understand the director's view point spot on," said Khabir.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2011 12:25 PM | Show all posts
Mintak jasa baik sesape tolong upload, anak tgk tp tk boleh tgk.
Tolong kami, bantu kami...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2011 01:26 PM | Show all posts
Mintak jasa baik sesape tolong upload, anak tgk tp tk boleh tgk.
Tolong kami, bantu kami...:funk ...
kejora10 Post at 28-1-2011 12:25



setuju...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2011 07:49 PM | Show all posts
yup... harap2 la ada yg tlg upload kan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2011 09:02 PM | Show all posts
Reply 118# hijau88


Tolonglah siapa2 iya?? Thank You so..o much!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2011 09:07 PM | Show all posts
Reply 119# kejora10

kalau aku ni, mmg la tak dpt nak menolong. soriiii... tunggu org upload je la.
nnti kalu ada sesape yg dah tgk crita ni, sila la bg review anda k. tq.
wpun watak TZ kecil je dlm crita ni, tapi still tak sbr nak tgk. lgpun arahan kabir kan mmg best dan menarik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.061857 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list