|
bg aku tumulak aka shahizi sam dlm cerita nilah hero sebenar, bukan fizo omar tuu
sekngucing Post at 15-5-2011 19:52
ini filem anti hero.. |
|
|
|
|
|
|
|
watak sam - tumuluk tuh sikit2 cam watak joker dlm citer batman lak
main2 kan polis.....gelak2 cam tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Kongsi sejuta dalam sehari walau dikritik!
Post Last Edit by herysulaiman at 16-5-2011 01:07
Saturday, May 14, 2011KUTIPAN FILEM KONGSI, LU LANGSI, LU MATI : RM 1.1 JUTA DI HARI PERTAMA TAYANGAN!
As salam readers...lu langsi, lu mati...hebat betul penangan artis paling popular, Shaheizy Sam dalam filem komedi aksi terbaru arahan Farid Kamil ni! Gile lah! Hari pertama tayang dah RM 1.1. juta....filem melayu pertama yang berjaya mencatat kutipan tertinggi pada hari pertama ditayangkan! Bravo! Bravo!
Menurut Budiey, Kongsi yang memulakan tayangan pada 12 Mei telah mencatat sejarah luar biasa buat industri perfileman Malaysia apabila mencatat kutipan RM1,085,064.00 di hari pertama tayangan termasuk tayangan tengah malam setelah ditayangkan di Malaysia, Brunei dan Singapura. Jumlah ini telah mengatasi kutipan hampir kesemua filem luar termasuk Hollywood apabila berada di tangga kedua selepas Transformer 2 yang mencatat kutipan hari pertama sebanyak RM1.2 juta dalam tempoh 15 tahun kebelakangan ini. Bagi penerbitan filem Malaysia, ini adalah sejarah terbesar di abad ini. Penerbit yakin sasaran RM10 juta yang diletakkan sebelum ini mampu diraih sehingga tamat tempoh tayangan nanti.
Memang dapat bonus besar lah...makin lebar lah senyuman David Teo ni....hahahahha....
credit to Budiey
Review Filem Kongsi, Lu Langsi Lu Mati
305Share
Semalam Abang Nara telah dijemput oleh pihak MIG untuk menonton filem Kongsi yang bakal keluar di pawagam pada 12 Mei 2011 (esok). Terima kasih banyak-banyak atas jemputan. Filem Kongsi yang bertaglinekan “Lu Langsi Lu Mati” merupakan sebuah filem serius komedi. Apa-apa pun kita tengok trailer filem Kongsi dulu.
Diterajui oleh Shaheizy Sam, filem Kongsi agak mengecewakan di mata Abang Nara. Kalau nak diikutkan, kekuatan filem ini sememangnya 100% bergantung kepada lakonan mantap Shaheizy Sam. Kelemahan paling ketara filem Kongsi ialah ketiadaan plot ataupun jalan cerita. Filem Kongsi seolah-oleh filem jalan-jalan jumpa orang dan gaduh. Itu sahaja.
Selain daripada lakonan Shaheizy Sam yang sememangnya tak mengecewakan, filem Kongsi banyak menunjukkan aksi-aksi pergaduhan dan kejar mengejar guna kereta yang mantap. Filem ini sangat sesuai ditonton kalau anda nak hilangkan stress bekerja sebab babak-babak lawak dia agak menjadi jugaklah. Kelakar jugaklah watak gangster cakap Kelantan yang dibawa oleh Shaheizy Sam.
Secara ikhlas, Abang Nara hanya mampu bagi 3 bintang daripada 5 kepada filem Kongsi ini. Jalan ceritanya memang lemah. Kalau boleh di”touch up” kan sikit jalan ceritanya mungkin filem ini boleh membawa kelainan kepada genre perfileman negara kita. Tapi Abang Nara sarankan anda tonton filem ini terutama kalau anda peminat setia Shaheizy Sam.
Akhir pesanan, Lu Langsi Lu Mati. Sekian terima kasih.
ilem: Tarikan pada Sam
SEKALI imbas, Kongsi memang filem gah yang menggegarkan panggung dan dinanti-nantikan peminat pelakon utamanya yakni Bintang Paling Popular tahun ini, Shaheizy Sam.Sayangnya, kelemahan tampak sangat jelas pada aspek kerja kamera dan naratif plot yang cuba dirungkai. Jika ditanya adakah kecewa perasaan terbaik untuk mendefinisikan isu yang timbul, maka jawapannya ya! Malah alasan menyifatkan ia adalah sisi seni filem aksi tidak dapat diterima dek akal. Sebab jika benar seperti dikatakan, penonton sebenarnya dihidangkan dengan kualiti fizikal filem yang rendah.
Secara realitinya, kerja kamera beberapa babak berdialog yang statik sepatutnya tidak mempunyai masalah ‘out-of-focus’. Namun itulah isu paling utama yang timbul pada beberapa babak berdialog penting.Lagipun, jika ia berlaku ketika babak aksi mungkin dapat dimaafkan atas alasan faktor operasi kamera dan subjek perlu ‘bekerja’ pada masa sama.
Pun begitu, ucapan tahniah harus diberi kepada pengarah fotografi, terutama ketika merakam babak aksi lawan dan kejar mengejar kereta. Walaupun ada ‘shot’ tampak ‘kabur’ ketika aksi berlangsung, ia masih berjaya memberi kesan debaran.
Seperkara lagi, banyak persoalan timbul tatkala tujuan asal watak utama, Tumulak (Shaheizy) dikembangkan. Penulis mempersoalkan tujuan asal Tumulak dihantar ke Kuala Lumpur oleh Kimpedu (Bront Palarae).
Tidak dinafikan, kewujudan Kimpedu juga dipersoal ramai penonton yang turut sama menyaksikan filem itu ketika sesi tayangan khas lalu. Masing-masing keluar dengan wajah keliru, ada yang berbisik seolah-olah ada yang tidak kena dengan plotnya.
Selain secara jelas bisikan itu mempersoal faktor teknikal yang wujud, mereka juga berasakan mungkinkah lakon layar cerita ini sengaja dibuat begitu supaya jawapannya hanya dapat diketahui melalui Kongsi 2? Walau apapun alasan diberi pihak penerbit, situasi itu tidak harus berlaku kerana secara jujur penonton kita bijak menilai apa yang bagus atau tidak untuk diperkatakan.
Daripada aspek lakonan, Sam dan Bront berjaya melontarkan rasa yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Penulis kagum dengan kelincahan Sam sebagai Tumulak dan sifat tenang tapi penuh rahsia oleh Bront sebagai Kimpedu.
Selain lincah bertarung, aksi komedi bersahaja yang dilontarkannya juga berjaya menggeletek penonton. Loghat Siam campur Kelantan yang disampaikan serta lagak ‘gedebe’ Tumulak mampu melekat di kepala penonton sebaik saja keluar panggung. Malah tidak keterlaluan dikatakan Sam sebenarnya sangat hebat di gelanggang Kongsi! Bagi Bront pula, walaupun babaknya tidak banyak, dia berjaya melontarkan rasa dendam melalui mata dan riak wajah bersahaja. Cuma lontaran rasa dan profesionalisme Fizo sebagai Cif Inspektor Shariff masih lemah.
Secara jujur, tidak mustahil Kongsi boleh menjadi filem pecah panggung susulan aksi Sam yang hebat dan menghiburkan. Namun jika penonton tempatan hadir untuk meraikan kehebatan plot dan gaya pengarahan, maka tepuk dada tanya selera!
>DATA
FILEM: Kongsi
ARAHAN: Farid Kamil
PELAKON: Shaheizy Sam, Yana Samsudin, Fizo Omar, Putri Mardiana dan Bront Palarae
GENRE: Aksi komedi
TAYANGAN: 12 Mei 2011
ULASAN: Amirul Haswendy Ashari
http://zubir5588.blogspot.com/20 ... abar-dari-rupa.html
semenjak entry ni keluar...ramai yang kata dan bagi respon citer Kongsi arahan Farid Kamil ( FK ) adalah hancus..yeker???
ada pendapat kata.....
" Petang tu, g tengok KONGSI ... adeh.. serius .. cerita tu hanya di letakkan Sam sebagai ajinamotonya .. bahan yang lain , hancus ... mmg tak menarik langsung !! Camana nak dapat 10 juta ? Tak mustahil boleh dapat tapi tulah kali terakhir aku tengok .."
dan komen yang c.z dapat pulak...
" ofismate cakap filem ni Indah khabar dari rupa..selagi tak tengok sendiri tak boleh nak buat judgement"
betul ke filem arahan FK ni tak best,...Indah khbar dari rupa????...hanya gunakan Sam sebagai agen mempopularkan filem tersebut..dan mampukan filem tersebut mengutip 10 juta????...
apa pendapat anda???
* kepada yang dah tengok filem Kongsi pendapat anda amatlah dialu-alukan |
|
|
|
|
|
|
|
pergh ramai yang cakap xbest. nasib xgi tgk aritu.. nasib2 |
|
|
|
|
|
|
|
1 juta tu mungkin sebab Sam.. tapi tak mustahil boleh dapat 10 juta mungkin ada yang suka..just utk berhibur.. tapi pada merry tak terhibur during that movie aku cam "what the hell" tak dapat titik hiburan tu.. tak macam masa tgk "Zombi Kg Pisang" part usop datang masa beduk berbunyi tu.. cuma yang kelakar ikhlas dlm Kongsi ni mamat yg jadi adik Azad yang org Penang tapi ckp KL tu.. tu yang berjaya usik ketawa merry.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku dgn kawan aku ketawa habis habisan dari mula sampai akhir
-dah la bront palare dok mencarut aii heeee ai heeeeeeeee |
|
|
|
|
|
|
|
pergh ramai yang cakap xbest. nasib xgi tgk aritu.. nasib2
rose_weedy Post at 16-5-2011 02:54
untuk happy2 x rugi tgk citer nih.
kalo mengharapkan sesuatu pada filem KONGSI ni mmg anda akan rasa kecewa sgt. boleh dikatakan zero. masih banyak perlu diperbaiki.
so setiap org ada kemahuannya sendiri. so bende nie subjektif. nak kondem pun ok. nak support kira oklah. kalu mcm ko tunggu jerlah time raya ker ataupun dvd jer. |
|
|
|
|
|
|
|
untuk happy2 x rugi tgk citer nih.
kalo mengharapkan sesuatu pada filem KONGSI ni mmg anda ak ...
AMDTurion Post at 16-5-2011 11:29 AM
tu la.. tunggu je la jadi astro first.. then mesti ada orang sebarkan link download.. |
|
|
|
|
|
|
|
seriously ak x sk citer nih ...dh tgk ..plot citer mmg le sgt longgar .............x fhm np bront beria nk suh sam bunuh org ..ape kaiitan dier ngn 3 bos besar tu ?
fizo ant watak utama tp mcm x wujud je dier ???????????
watak aizat tu pun mcm mebazir je..xd perkembngn watak ......kesimpulannye ..citer nih kalo bg bintang..ak kasik 1 je kot ....dr 5 ...
x heran la kan .....pengarah farid terbitan MIG...no wonder... |
|
|
|
|
|
|
|
member aku g tengok semalam dia cakap best..kelakar abis...
|
|
|
|
|
|
|
|
seriously ak x sk citer nih ...dh tgk ..plot citer mmg le sgt longgar .............x fhm np bront be ...
juju_amin84 Post at 16-5-2011 12:02
saje nak buat gimmik jer tu kot. kalo ada Kongsi 2 nanti pun baru tu diberitahu kenapa si Tumulak dihantar ke KL. saje diorg nka tgk reaksi penonton. kalo ada yg suka mungkinlah diorg buat sekuel. dr apa yg aku lihat si FK nih mcm nak mencuba shot2 aksi jer. eksperimen kata org tuh. tu sbbnya plotnya boleh dikatakan zero. malangnya babak2 aksi ni pun masih banyak perlu diperbaiki. cuma part komedi jer yg menjadi. (tipikal citer melayu). genre pun aksi komedi kan. aku keluar panggung pun mcm terpinga-pinga jer. walaupun lenguh perut ketawa tapi penghayatan citernya sgt2 zero. |
|
|
|
|
|
|
|
naperla suka bandingkan fk ngan shamsul nie yer?...yg gua nampak sama kat cerita berkaitan gangster jer...genre pun lain...satu action comedy...satu g action...aku pun rasa cerita ni agak longgar jalan cerita dia tapi bila pikir balik just comedy je kan...why so serious?...huhu...lagipun baru dua muvi si fk nie...bg peluang dia belajar...lgpun dia sorang2 jer...x derla harapkan bapaknyer tolong mcm shamsul tu...huh?...si usop tu x tolong shamsul ker...terlalu la x logiknya...skrip pun aku tgk sama jer ngan pilem2 bapaknya...lagipun dia dah dr kecik terdedah dgn kerja2 perfileman ni...budget pun ok kan...(bak kata johan ngan zizan dlm maharaja lawak tu)...so bg peluang jerla...lama2 mungkin ok...kita tunggu jer...nie ada yg ckp...baik tgk fast five...huhu...yg nie lagi la x diterima logik akal...ko bandingkan kongsi ngan fast five?....ko baru kuar utan ker?...x tau perkembangan filem malaysia takat mana?...so dr genre action comedy tu aku leh kata 2-2 sampai....action ok...comedy pun ok...nak jalan cerita best?...jgn la tgk cerita pasal gangster bai...dr zaman godfather...sampai ker untouchable,gangster,castello,kongsi,kl gangster...apa lagi yg ada dlm cerita2 camtu...?balik2 gaduh,rebut kawasan,balas dendam,ganggu keamanan...tu jerla...nak jalan cerita best g tgk genre adventure,drama,family,horror,misteri,sains fiction,thriller la...huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 106# MerryPropa
yup..part tu memang lawak sikit...tapi keseluruhan cite nie biasa je... |
|
|
|
|
|
|
|
keseluruhan cerita ni lawak laa
-ntah la apa taste korang, mula2 lagi bront tu dok mencarut dlm bahasa siam
-dok sebut aii ehhh ai heeeee |
|
|
|
|
|
|
|
saje nak buat gimmik jer tu kot. kalo ada Kongsi 2 nanti pun baru tu diberitahu kenapa si Tumu ...
AMDTurion Post at 16-5-2011 12:14
seriously ak stat ngtuk suku citer .. |
|
|
|
|
|
|
|
aku dah tengok hari Sabtu kat TGV Suria, full house. Pada aku mmg lawak esp few characters Mikail, Siva and of course Sam. Sam mmg giler best dalam citer nih, tengok dia lawan dan macam spiderman campur cicakman........action moves Sam mmg clean and crisp. Emotionally pon he delivers well. Superb lah his performance.
Jalan citer yg agak longgar aku boleh terima. Aku paham lah kenapa Tumulak sampai Mesia, apesal dia bunuh sume org tuh and apesal dia benci Inspector tuh. tapi kalo dikemaskan lagi sume plot nih mmg lagi molek.
I expect better ending than masuk dalam lumpur and kena gantung bagai tuh......it looks so 70's and 80's punyer ending.
Kalo ader Kongsi 2 aku sokong sebab generally jalan citer sume dah chantek tinggal tak kemas and banyak soalan2 boleh dijawap and karater lain cam Bront aka Kimpede boleh dikembangkan.
3/5 (Adnan Sempit way better and memorable) |
|
|
|
|
|
|
| |
|