CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: perembes

ERUL 서포터 클럽

   Close [Copy link]
Post time 17-4-2011 05:41 PM | Show all posts
ade certain2 part tu aku rasa mcm faizal tahir plak yg nyanyi...xtau knp....tp mmg best ar dia mlm td....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2011 05:44 PM | Show all posts
Reply 101# shiraloveyou

ramai yg cakap .. sore Erul ada iras2 FT

tapi tak dinafikan Erul is the BEST bg pelajar lelaki tahun ni!
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2011 05:58 PM | Show all posts
Reply  shiraloveyou

ramai yg cakap .. sore Erul ada iras2 FT

tapi tak dinafikan Erul is the B ...
santubung Post at 17-4-2011 17:44



    mungkin ya mungkin tak....masih terlalu awal utk menilai....utk minggu ni,persembahan pelajar lelaki dia yg the best n vokal dia power....
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2011 06:42 PM | Show all posts
Post Last Edit by auni2011 at 17-4-2011 19:51

aku minat  ft  tp x de lak rasa erul ni nyanyi cam ft . langsung x de terbayangkan ft.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2011 09:08 PM | Show all posts
aku minat  ft  tp x de lak rasa erul ni nyanyi cam ft . langsung x de terbayangkan ft.
auni2011 Post at 17-4-2011 18:42



xde la keseluruhan persembahan dia mcm FT..cuba ko dgr btul2 teliti...ade time dia nyanyi part tinggi tu dgr mcm iras2 FT...tp suara sebenar dia mmg x sama mcm FT pn....
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2011 12:18 PM | Show all posts
i like erul

saya isytiharkan yg saya kini penyokong erul

suara terbaek woooo....part awal2 cinta untuk nabila mmg merdu sgt....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2011 03:15 PM | Show all posts
aku pon minat erullllllllllllll............................. champion maybe ????
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2011 05:11 PM | Show all posts
erul ni kalu bercakap lembut suara dia ala2 kepit.. cam ponen..
'macam' saje hoccay!! karaz erul jgn lahar mek!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2011 08:20 PM | Show all posts
Post Last Edit by auni2011 at 18-4-2011 20:22

af9 | blog badrul
BH: Sebutir Dua Bintang AF9 Telah Muncul!






18 APRIL 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apabila Paknil, Pengacara Nombor Satu di Malaysia, mengumumkan tentang 'Operasi Gugur', saya tidaklah terkejut sangat. Memang menjadi tradisi di dalam AF penuh dengan pelbagai kejutan. Cuma antara besar atau kecil sahaja bentuk kejutan tersebut.

Saya tidak mahu sentuh lebih lanjut kerana saya sendiri pun kurang faham dengan bentuk kejutan ini. Terpaksalah saya dan seperti orang lainnya, menunggu hingga ke konsert ketiga nanti untuk mengetahui jawapannya.

Saya gembira apabila menonton konsert AF9 yang kedua ini. Perubahan paling ketara adalah dari segi pemakaian para pelajar. Tahniah untuk pihak wardrobe kerana berjaya membuktikan bahawa pelajar-pelajar ini sebenarnya ada gaya.

Minggu ini, selain daripada pengkritik tetap Kak Ogy dan Hattan, pengkritik jemputan yang didatangkan adalah Jee atau Fauziah Latiff. Mengimbau kembali konsert-konsert di AF5.

Saya juga rasa minggu ini Kak Ogy kembali menemui 'groove' sebagai pengkritik. Dia masih tegas, tapi pada masa yang sama menyelitkan ilmu-ilmu yang dia ada untuk diberikan pada para pelajar!

Hattan juga sudah mendapat 'soul' nya. Berbeza dengan musim-musim terdahulu, bukan hanya tegas tapi dia juga kini mampu menyelitkan unsur humour ketika memberikan kritikan.

Okay, lets move on to the concert.

Azri (Bila Resah) - 7/10 bintang
Resah saya bila memikirkan terlalu banyak lagu ulangtayang di dalam AF9 ini. Walaupun pihak produksi memberikan beberapa alasan termasuklah takut tidak cukup lagu hingga ke konsert terakhir, saya rasa ianya tidak boleh diterima. Apa-apa pun, saya suka dengan jaket yang dipakai oleh Azri. Nampak cool! Azri ada masalah dengan low tone yang flat dan pitchy. Dia hanya kembali okay bila mendapat bantuan daripada kawan-kawan yang menjadi vokal latar. Movement Azri juga terlalu terkawal dan tidak dibuat sepenuh hati. Mungkin sebab itu Kak Ogy nampak persembahannya agak malas.

Eka (I'm Sorry Good Bye) - 4/10 bintang
Lagu ini sebenarnya terlalu besar untuk dibawakan oleh Eka. Pemilihan lagu ini kepada Eka membuatkan dia menjadi pelajar yang sangat lemah. Setiap bait lirik yang dinyanyikan, dia pasti tergelincir. Di sini saya tak faham dengan penggunaan 'don't be lazy' oleh Kak Ogy dan Jee. Daripada persembahan Eka, saya nampak dia telah memberikan 100%, tetapi 100% keupayaan Eka tidak mampu menandingi lagu yang dicipta untuk Kris Dayanti itu.

Afif (One In A Million) - 5/10 bintang
Setiap kali Afif menyanyikan bahagian verse, saya tidak faham! Perkataan hanya berkumpul di dalam mulut. Bila tiba bahagian korus dan dinyanyikan bersama teman-teman lain, barulah berbutir sebutan Afif. Memang betul, tidak semua orang mampu menyanyikan dengan slang Inggeris yang betul, tapi sebutannya mesti jelas walaupun bunyinya Melayu. Kalau mahu dipanggil persembahan 'malas', untuk Afif lebih tepat kerana dia tidak ada langsung connection dengan para penari! Saya setuju dengan Kak Ogy, persembahan Afif tidak ada groove!

Miza (Di Pintu Sepi) - 6.5/10 bintang
Jaket dan blouse yang dipakai oleh Miza sangat cantik dan bergaya! Saya masih lagi cuba mencari 'kesedapan' suara Miza. Tolonglah berikan lagu yang sesuai dengan tone suara Miza agar dia mampu memberikan yang lebih baik lagi. Sayang sekali apabila suaranya yang mempunyai kekuatan itu dieskploitasikan hanya dari segi kenyaringannya!

Kay (Selagi Ada Rindu) - 8/10 bintang
Jaket kelabu yang diberikan kepada Kay membuatkan dia nampak lebih bergaya dan ada style! Kontrol suara Kay juga semakin bagus dan saya bersetuju dengan Kak Ogy yang Kay sudah hilang ketatnya! Kay juga perlu berhati-hati dengan low note yang kadangkala tenggelam! Kay bagus berinteraksi dengan penonton but please, kalau tak ada cukup stamina, tidak perlulah menari ke sana ke sini!

Erul (Cinta Untuk Nabila) - 8.5/10 bintang
Sekali lagi, pakaian yang dikenakan oleh Erul menampakkan dia seperti bintang. Erul mempunyai satu keistimewaan yang kurang ada pada pelajar lain. Dia punya dinamik yang bagus, menjadikan vokalnya bertenaga. Cuma bahagian tinggi lagu tersebut sedikit flat tapi tidak mencacatkan persembahan. Seriously, kalau Erul dapat elakkan pengaruh K-Pop, dia akan lebih berjaya. Satu lagi yang saya perasan, Erul bijak bermain dengan kamera.

Aida (Ilusi) - 6/10 bintang
Mungkin padanan warna skirt kuning dan legging biru sedikit off! Bukan setakat persembahan tidak ada weight, suara Aida juga tidak ada weight! Persembahan Aida terlalu biasa walaupun dia tidak ada masalah yang ketara melalui penyampaiannya. Bak kata Hattan 'macam menyanyi lepas baru keluar jamban!' That was funny!

Nera (Aku, Dia dan Kamu) - 4/10 bintang
Saya masih tidak menggemari ulangtayang lagu dari konsert musim-musim lalu! Sayang sungguh, buka saja mulut, Nera terus sumbang! Minggu lalu alasan Nera adalah dia tidak dapat mendengar monitor dengan baik. Minggu ini dia masih sumbang, jadi apa pula alasannya? Agak pelik bila Jee minta berikan tepukan pada Nera apabila dia sumbang seluruh lagu dan hanya okay pada baris terakhir! Memberikan semangat? Tidak!

Amir (Cinta Gila) - 7/10 bintang
Amir adalah salah seorang pelajar favourite saya ketika dari konsert Tirai. Sayangnya keistimewaan Amir ketika itu, kini telah tenggelam dengan kebangkitan beberapa pelajar lain. Tidak tahu di mana silapnya. Pemilihan lagu, mungkin? Saya amat kecewa dan sedikit sakit hati kerana vokal Amir tidak dapat ditunjukkan sebaik mungkin.

Lena (Kekal) - 9/10 bintang
Keinginan sahaja tidak cukup kalau tidak disertakan dengan usaha yang kuat. Bakat sahaja tidak mampu memberikan kejayaan kalau tidak disertakan dengan kerja yang gigih. Lena membuktikannya! Kesedihan Lena sampai ke hati saya, tak kiralah ketika menonton di Studio 1, ataupun ketika melihat ulangannya di kaca tv. Lena berjaya meletakkan kesedihan beliau dalam lagu tersebut, dan bukanlah sesuatu yang mudah untuk mengawal vokal ketika airmata menitis di pipi. Tak percaya, cubalah!

Raqib (Dan Bila Esok) - 7.5/10 bintang
Low tone Raqib sedikit goyah dan saya rasa tenaga pengajar perlu memberikan banyak bimbingan kepada hampir kesemua pelajar ini yang tidak mampu membawakan low note dengan baik. Saya sedikit hairan kerana ketika VT pengetua mengatakan Raqib akan membuat persembahan bersama gitar tetapi lain jadinya ketika konsert. Banyak juga bahagian yang sumbang menyebabkan Hattan rasa pelik kerana sebagai pemuzik, susah sebenarnya untuk anda sumbang! Too bad that Lena stole the limelight! Lena mencuri tumpuan kerana hook lagu ini terletak pada korusnya!

So, tiga pilihan pelajar yang saya rasa membuat persembahan yang baik adalah Lena, Erul dan Kay, manakala pelajar yang kurang adalah Afif, Nera dan Eka.

Saya sebenarnya suka membaca komen-komen yang diberikan. Tapi jangan salah faham, komen yang saya suka baca adalah komen yang berilmu. Tidak semestinya memuji, kerana anda juga boleh mengkritik. Tapi biarlah ada nilai-nilai ilmunya di situ. Walaupun anda hanya meletakkan nama samaran, tapi yang penting anda tahu siapa anda!
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2011 08:24 PM | Show all posts
Post Last Edit by auni2011 at 18-4-2011 20:26

af9 | blog kudsia
KK: Sistem Pengguguran AF9? Oh! I Love This..






18 APRIL 2011

Wah cepatnya seminggu berlalu. Busy week! Baru je hari Rabu BH dan KK kena tempek bedak ambil gambar dan video untuk profil Blog Khas AF9, tengok-tengok dah hari Sabtu.

Ok, minggu ni kita lihat tahap persembahan setiap pelajar yang masih kekal dalam Akademi Fantasia. I really like the recap at the beginning of the show. Bagi mereka yang tak minat Diari AF9 tapi nak tonton konsert mingguan, dapat imbas kembali persembahan minggu sebelumnya besertakan "highlight" komen pengkritik.

OMG! Tapi memang perit sikit bagi KK nak tengok gimik pelajar sebelum konsert bermula. A little bit kiddish, tak diperlukan. Apa yang penting ialah persembahan yang mantap, bukannya "tagline" yang dijual setiap seorang pelajar. Anyway, enough on that. Ada butang fast forward kat remote...akan ku tekan...

Orait, kita jenguk tangga kedudukan pelajar sebelum konsert bermula...Raqib tertinggi, diikuti Nera, Erul dan Aida. Seterusnya Lena, Azri, Amir dan Afif menduduki tangga ke 5 - 8 dan dari 9 - 10 adalah Kay dan Miza.

Aduh, walaupun Miza tersenyum sewaktu diberitahu beliau pelajar tercorot, di sebalik senyuman tu nampak perasaan gelisah. Sabar Miza, sabar...peminat Miza...do your job, jangan lupa AFUNDI, jangan plak marah peminat pelajar lain nanti kalau beliau tersingkir...

Wah, Aznil membuat pengumuman mengejut. Ada sistem pengguguran dari Akademi pulak untuk memastikan pelajar-pelajar akan membuat yang terbaik.

GOOD! Macam ini gerenti semua pelajar akan meneliti tunjuk ajar tenaga pengajar dan komen pengkritik. Oh! I love this. Kenapalah dulu-dulu lagi tak dibuat begini...KK ingat lagi waktu dulu-dulu, ada pelajar yang selalu ponteng kelaslah, lagi suka tidurlah, tapi atas kuasa pengundi dapat masuk final walaupun persembahan dilakukan sambil lewa.

First performance! Azri membawa lagu hit lama Anuar Zain - Bila Resah. Oh! tak payah lah vokalis latar...ada yang sumbang dan mengacau pulak vokal Azri. Alamak Azri pulak off key sikit. Persembahan Azri minggu ni ok sajalah. Ada potensi tapi tak digunakan. Zero showmanship. Sayang sekali.

Commercial break. Hmm promo Ekspres Dania nampak menarik. KK kena ingat nanti tekan butang R Astro B.yond untuk rakamkan Layaria nanti.

Aznil kembali mengingatkan kita semua bahawa ada dua jenis penyingkiran iaitu pengguguran berdasarkan persembahan hambar dan keduanya, AFUNDI paling rendah.

Persembahan kedua minggu ni dari Eka dan lagu yang diberi ialah balada - I'm Sorry, Goodbye. Nampaknya Eka tak dapat nak tangkap key yang tepat. Sorry guys - bagi peminat Eka, I am not impressed with her. Tak ada bezanya antara persembahan Eka dengan mereka yang nyanyi suka-suka di kelab karaoke.

Rasanya Eka mungkin pelajar pertama yang akan digugurkan. Hambar, tak ada emosi, entirely forgettable.

Afif merupakan pelajar seterusnya - saya harap ada oomph sebab dua persembahan pertama tu mediocre...Lagu One In A Million pula disampaikan Afif, dan timing lagu ni mungkin sukar sikit, beberapa saat pertama Afif terkejar- kejar tapi dia cepat recover. Wah gerak-geri Usher ada pada Afif. Bukannya persembahan yang terbaik Afif sebab minggu lepas jauh lebih konfiden.

Kita dah tahu Afif tak biasa dengan Bahasa Inggeris, seperti yang diberitahu Pengetua Amy, jadi "diction" tu bagi saya tidak menjadi isu. Even Shakira doesn't sing in perfect English. Afif ada potensi dan beliau lagi banyak mencuba dari Azri dan Eka minggu ini.

Miza yang tercorot minggu ini menyanyikan lagu Di Pintu Sepi. She has power in her voice. Teringat Sahara Yaacob masa Miza masa nanyi lagu ni. Miza harus pandai kontrol "high note" sebab ada jugak bab-bab yang tak "sharp". Tapi semua dapat dilupakan sebab her last note was WOW. Showmanship lebih baik dari minggu lepas dan persembahan Miza bertambah konfiden pada penghujunglagu. Masih lagi bukan persembahan yang terbaik minggu ini...

Next - Kay. Lagu - Selagi Ada Rindu. Kay pandai menggunakan ruang pentas dan berinteraksi dengan penonton di Studio 1 serta di rumah melalui kamera. Vokal agak baik walaupun bukan yang terbaik. So far Afif dan Kay menunjukkan peningkatan dan seperti kata Hattan, tak akan digugurkan pengkritik. Setuju sekali. Badrul sure happy giler dengan komen Hattan.

KAH KAH KAH... kelakar Aznil baca komen kat FB yang macam tilikan untuk minggu depan sebab penulisnya berkata "better than next week" hi hi hi.

Persembahan keenam minggu ni dari Erul. Cinta Untuk Nabila, bak kata Aznil, lagu rock kapak lama. Erul has good control of his voice this week. Oppps. Terlalu awal KK mengatakan begitu. Pertengahan chorus ada lari sikit , tapi amboi pandai Erul berlakon waktu lagu tu dah nak habis. Erul ada potensi untuk cari makan sebagai penghibur kalau tak, jadi juara nanti sebab ada suara, gaya dan bakat.

Aida pelajar ketujuh dan lagu tugasan adalah Illusi. Man, those are the UGLIEST shoes I have ever seen. Vokal Aida masih tak sempurna tapi showmanship ada peningkatan sedikit. Minggu lepas, lagu Teringin menonjolkan kelemahan vokal Aida tapi seperti kata Hattan minggu ni tak ada yang outstanding. Mungkinkah Aida pelajar yang akan digugurkan?

Nun dari Sabah kita ada Nera dengan lagu Aku, Dia dan Kamu. Key lagu terlalu rendahlah bang oi...takkanlah masa bagi lagu tu tak perasan kot. So far, vokal yang paling teruk malam ni, macam minggu lepas. Sumbang, tak boleh dengan low note, dan berpotensi untuk digugurkan. Ada attitude dalam persembahan tapi the best part was only the last 3 seconds, tak boleh nak selamat dah. Nera saya syorkan harus digugurkan sebab memang telinga dia tak boleh nak dengar monitor to stay on key.

Peminat Nera tolong jangan marah ya, saya ditugaskan untuk menulis blog ni selaku memberi pendapat tersendiri. Amir oh Amir janganlah plak kau hampakan kami yek. Hmm...vokal OK so far tapi taklah yang terbaik yang boleh Amir persembahkan. He can do MUCH better dari segi gaya persembahannya dan vokalnya. CADANGAN! Suara dia ni best, tolong bagi dia lagu BOB! Nak dengar...

Zati Zaki @ FB! Saya setuju dengan komen awak! Memang tahun ni ada yang tak layak kekal di AF9...

Seterusnya kita ada Lena dan lagu yang dipersembahkan adalah Kekal. Suara penyanyi asal, Ziana Zain, memang power. Cabaran untuk Lena minggu ni agak sukar kerana bukan saja akan dibandingkan dengan penyanyi asal tapi konflik peribadi tertonjol pabila Lena menitiskan airmata sebelum sampai chorus lagu. Tapi bagi KK, Lena antara yang lebih baik minggu ini. Saya tak setuju dengan komen Kak Ogy tapi Hattan memang tepat dengan nasihatnya.

Terakhir minggu ini dan yang telah dapat "makeover" minggu lepas tak lain tak bukan, Raqib. Lagu yang diberikan Dan Bila Esok. Suaranya tak dengar sangat sebab bahagian low note tu tenggelam plak vokalnya. Terus-terang saya katakan minggu lepas persembahannya lebih menghiburkan. Sayang sekali Raqib bukan antara yang mengkagumkan saya minggu ini. Kalau yang lain terhibur bagus lah tuh. Mungkin citarasa peribadi saya tidak ngam dengan apa yang dipersembahkan. Keep voting, though!

Jeng Jeng Jeng sessi pengguguran diumumkan. Minggu ni bagasi tak sahaja diusung keluar tapi dibawa masuk pun ada jugak!

Calon pelajar baru pertama - Fir dari Sarawak. Rupa ada, suara ada tapi perlu diperbaiki, bakat ada dan boleh diasah. Fulamak wajah-wajah gelisah jelas kelihatan antara mereka yang duduk dibelakang - for sure ada yang menyesal tak lakukan yang lebih baik tadi.

Calon pelajar baru kedua tidak memberangsangkan dan tidak perlu dimasukkan langsung. Aduh sakit telingaku sekejap. Kalau misi sessi pengguguran ni ialah untuk menggantikan mereka yang lemah, Hani bukanlah lebih baik dari yang sudah ada. She sounded nervous, what a pity.

Calon ketiga, Fina, AFUNDI FINA! Yes this girl MUST go in! Walaupun vokalnya mirip vokal penyanyi wanita lain, tapi ON KEY AND PITCH PERFECT, BABY!

Seterusnya Hazama calon keempat menyanyikan lagu Jangan Kau Rayu. Saya suka vokalnya dan Hazama harus dimasukkan kerana vokalnya jauh lebih baik dari sesetengah pelajar setakat ini. This guy is GOOD.

Aaah Menuju Puncak...nasib baik lah vokal berkumpulan minggu ni tak hancus macam mingu lepas. Terimakasih cikgu-cikgu kerana memperbaiki persembahan berkumpulan para pelajar.

Baiklah tiba masanya untuk Pak Nil mengumumkan pelajar dengan AFUNDI terendah dan nampaknya Eka dengan persembahan yang biasa dan vokal yang kureng mengusung beg hitamnya keluar.

NEXT! Pengguguran dan kemasukan! So exciting. Alamaaaak...potong stim plak bukannya minggu ini yang ada pengguguran walaupun terang-terang ada yang sudah tak layak mendapat tunjuk ajar para cikgu dan mensia-siakan AFUNDI peminat.

Janganlah macam ni...awal rancangan kata pengguguran tetap akan berlaku lepas tu kata oh minggu depan kita buat ye...cakap tak serupa bikin la macam tu...Saya betul-betul nak Fina dan Hazama dimasukkan ke Akademi sebab pasti apa yang diajar dan diasah akan menghasilkan persembahan-persembahan yang boleh membanggakan.

OKlah! Cukup KK berceloteh minggu ini. Soalan - antara mereka yang kekal, siapa pada pendapat anda harus digurgukan?

Jumpa minggu depan..salam...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2011 10:12 PM | Show all posts
erul ni antara yg terbaik dlm af9 ni....minat dgn dia...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2011 11:04 PM | Show all posts
nak muntah bc komen pasal kay tuh...x bes hokkeh
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2011 11:35 PM | Show all posts
Reply 112# kakJAHku


adik Diddy katakan .... jgn mare abang Bad
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2011 11:57 PM | Show all posts
sedap die nyanyi......suara die takde unsur pop tapi lebih kepada rock gituu....
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2011 12:52 AM | Show all posts
aku pon minat erullllllllllllll............................. champion maybe ????
fredbok87 Post at 18-4-2011 15:15


yeah...i hope so

ai orangnya tidak le minat sgt tp ai sungguh tertarik dan terpikat dgn suara dia...

mmg marveles....part verse lagu cinta untuk nabila mmg terbaekkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2011 12:59 AM | Show all posts
erul ni kalu bercakap lembut suara dia ala2 kepit.. cam ponen..
'macam' saje hoccay!! karaz erul jg ...
elorna Post at 18-4-2011 17:11


hahahaha~ mmg pun..semua org pun perasan

but still i like him...his voice actually...so marvellous
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2011 01:20 AM | Show all posts
nak muntah bc komen pasal kay tuh...x bes hokkeh
kakJAHku Post at 18-4-2011 23:04



    i bagi kay 2/10 jah. voleyy
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2011 10:25 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2011 10:26 AM | Show all posts
myMetro  Rap
Miza dalam dunia sendiri

NAMPAKNYA makin banyak kejutan dalam Akademi Fantasia musim sembilan (AF9) ini. Pada Konsert Minggu kedua Sabtu lalu, diperkenalkan empat pencabar untuk diserapkan ke dalam akademi menggantikan pelajar yang dilihat kurang menyerlah.

Berdebar Kak Eton menantikan Konsert Minggu Ketiga Sabtu ini untuk melihat siapa yang akan disingkirkan dan siapa pula berjaya masuk. Setakat ini dua pelajar mengucapkan selamat tinggal selepas Laika dan Eka. Apapun, Kak Eton paparkan pelbagai kisah pelajar AF9 untuk dikongsi bersama penyokong setia program realiti ini.


Kak Eton risau juga apabila dimaklumkan mengenai Miza yang suka menyendiri dan selalu berada dalam dunia sendiri sejak ibu bapanya meninggal. Tapi menariknya, Miza dikatakan mewarisi banyak harta peninggalan arwah ibu bapanya.

Nera pula suka makan creamer hingga dimakan begitu saja. Apakah murung dan tertekan kerana tekak bernanah menyebabkan nyanyiannya kurang memuaskan?

Ada yang sampaikan kepada Kak Eton mengenai Aida yang sangat manja

di akademi hingga digelar baby. Adakah adik-beradik Aida yang lain manja sepertinya?

Nak tahu mengapa Lena berambut panjang? Kak Eton dapat tahu, sejak dari kecil dia tidak memotong rambutnya. Jika rambutnya dipotong, Lena akan demam yang teruk.

Macam-macam perangai mereka ini. Eka dikatakan tidak dapat memberi tumpuan pada persembahan kerana sakit mata manakala Azri suka berkawan dengan pelajar perempuan di akademi hingga ada suara-suara sumbang mengatakan dia playboy (kaki perempuan).

Raqib yang dipanggil Abang Manis, rupa-rupanya seorang yang pemalu, bersopan dan bertata tertib. Dia senang berkawan dengan Nera. Amir pula banyak bercakap dan Afif suka hiburkan kawan-kawan di akademi dan dipanggil Abang Long dan ada juga menggelarnya Pak Lawak. Hidungnya senget kerana kemalangan yang teruk.

Mungkin tidak ramai yang tahu Erul suka gigit kuku setiap kali runsing pasal konsert. Agaknya mereka makin tertekan dan risau apakah kejutan yang akan mereka lalui nanti.

Saksikan Dairi Akademi Fantasia, setiap Isnin - Jumaat, pukul 9 malam hanya di Astro Ria (Saluran 104).
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2011 10:41 AM | Show all posts
bestlah erul nyanyi lagu Cinta Utk Nabila tuh.. menusuk kalbu okkeh.. nak daftar jd peminat erul gak ler.. hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.134450 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list