CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Mat Kampong

Dakyah-dakyah kotor SYIAH sebenarnya memburukkan Ahlul Bayt!!

[Copy link]
Post time 22-6-2003 05:09 PM | Show all posts
Originally posted by Mat Kampong at 2003-6-20 12:05 AM:
Salam Nahzaluz,

MK doakan semoga anda selalu didalam pemeliharaan Allah SWT dan dijauhkan dari bencana Istidraj, insya'allah.

MK ingin meneruskan kes Fadak yang telah diutarakan terdahulu ian ...

salam
Mat Kampong, ayat al-Quran yang dijadikan hujjah itu yg pertama sekali membawanya ialah SAYYIDATINAFATHIMAH A.S.  Sekiranya anda mendapati beliau telah bersalah dan tidak memahami al-Quran sebaik anda dan ulamak anda, itu tidaklah mengahairankan kerana anda dan ulamak2 anda sejak dari dulu meningglkan Ahlul Bait a.s dan berhenti menyokong Ahlul Bait a.s dan berpindah kepada selain mereka sejak kewafatan suci Rasulullah saaw lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2003 05:17 PM | Show all posts
salam

Nahzalus, kami tak sama dengan kawan arab anda, so itu tak membuktikan apa2....  anda pun tak sama dengan orang yang mendakwa dirinya menyintai Ahlul Bait a.s

----------------------------

Wahai Nahzalus, Mat Kampong, Terong Pipit dan musuh2 mazhab Ahlul bait a.s dan para penyokongnya sekalian; wahai penyokong dirampasnya Fadak dari Puteri Nabi saaw pemuka wanita Syurga a.s; dengan kisah Fadak ini, jelaslah kepada kita semua siapa yg menyokong Sayyidah Fathimah a.s dalam menuntut haknya dan siapa pula yg menyokong musuh2 Sayyidah Fathimah a.s.

dan soalan untuk anda semua wahai pencinta dan penyokong Muawiyyah, dan perampas Fadak:

1- Apakah pada pendapat anda, Sayyidah Fathimah a.s telah tersalah apabila menuntut haknya? Apakah anda mengatakan bahawa Sayyidah Fathimah a.s telah tersalah dan terkeliru apabila Allah melalui firmannya telah menyucikan beliau sesuci2nya? sekiranya beliau tidak bersalah, maka siapa yg bersalah?

2-Sekiranya benar para nabi tidak mewarisi diwarisi, lalu mengapa Sayyidah Fathimah menuntut haknya? sehinggakan ulamak anda sendiri menulis bahawa Fadak telah diserahkan oleh Rasulullah saaw kepada puterinya fathimah a.s apabila turun ayat "Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yg dekat akan haknya..." (17:26), Nabi (saaw) memanggil Fathimah (as) dan memberikan fadak kepadanya" (Sayuti, durr al-mantsur, IV, hlm.177; Ibnu hajar al-Haithami, majma' az-Zawaid, VII; Muttaqi hindi, dalam al-Kanzul ummal, III, hlm.439; al-Alusi, Ruhul maani, XV, hlm.62)

3-Apakah anda berfikiran yang Sayyidah Fathimah a.s dan Ahlul Bait a.s akan menentang pendapat Rasulullah saaw bapanya sendiri? Dengan menolak hadis "Kami para nabi tidak mewariskan" yg diriwayatkan oleh Abu Bakar, bukankah ini bermakna Sayyidah Fathimah a.s telah menolak hadis tersebut, dan ini menunjukkan bahawa Sayyidah fathimah a.s, Imam Ali a.s menolak hadis tersebut sebagai bersumber daripada Nabi saaw. Kerana itu Sayyidah Fathimah a.s mengatakan:

"Apakah hukum jahiliyyah yg mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yg lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang2 yg yakin?" (5:50)

Mustahil sayyidatina Fathimah a.s , Imam Ali a.s, Ummu Aiman r.a masih terus membangkang sekiranya mereka menganggap hadis riwayat abu Bakar itu benar!

4- apakah kesaksian Sayyidah Fathimah a.s tidak bernilai apa2 di mata anda dan para penyokong anda? Apakah kesaksian Amirul Mukminin Ali ibni Abi Thalib a.s dan juga Ummu Aiman Tidak bernilai apa2 pada pandangan mata Abu bakar?

"...Abu Bakar meminta fathimah mengajukan saksi tentang pemberian itu. Kerananya Imam Ali (a.s) dan Ummu Aiman memberikan kesaksian kepad Fathimah. Tetapi bukti itu tidak dipandang oleh Abu Bakar, dan tuntutan Fathimah a.s ditolak."

(al-Mustadrak, IV, hlm.63; Tabari, Jil.III, al-Istiab, Jil.IV; Usd al-Ghabah, JilV. Baca juga Baladzuri catatan mengenai pertikaian Fadak ini)

kini, pada hari ini, anda Mat Kampong, Nahzalus, dan para pengikut serta pecinta anda turut sama menolak hujjah2 sayyidatina Fathimah a.s dan Imam Ali a.s, sebagai Ahlul Bait a.s yg disucikan Allah sesuci2nya!

Dengan jujur, dan ikhlas, cuba lihat yg ini pula dan bandingkan:
Khuzaimah bin Tsabit al-Ansariy dianggap dalam Islam mempunyai dua kesaksian, kerana peribadinya yg tidak meragukan sehinggakan Nabi saaw memberikan penghormatan dengan panggilan kepadanya sebagai Dzush Syahadatain (yg kesaksiannya bernilai dua orang)

(Bukhari, IV, VI; Abu Dawud, Jil.3, hlm.308; Nasai, VII, hlm.302; Ahmad Ibnu Hanbal, Musnad, V; Istiab II; Usd al-Ghabah, Jil.2; al-Isabah, Jil. I; a;-Musannaf oleh ash-Shan'ani, VIII)

Abu Bakar memperkenankan Kesaksian seorang sahabat
"Diriwayatkan dari jabir Ibn Abdillah Ansari bahawa Rasulullah (saaw) telah berkata bahawa bilamana rampasan perang dari bahrain telah tiba maka baginda akan memberikan kepadanya (Jabir) ini dan itu dari harta itu. Ketika harta itu tiba, di masa Abu Bakar, ia pergi kepadanya dan Abu Bakar memaklumkan bahawa barangsiapa yang mempunyai tuntutan atas Rasulullah (saaw)atau kepada siapa beliau telah menjanjikan , hendaklah dia datang mengajukan tuntutannya. Maka saya pun pergi kepadanya dan mengatakan kepadanya bahawa Nabi saaw telah menjanjikan kepada saya anu dan anu dari harta rampasan perang dari Bahrain, yang atasnya, dia (Abu Bakar) memberikan kepada saya semua itu."

(al-Bukhari, Sahih, Jil.3, hlm.119-209, 236; jil.4, hlm.110; Jil.5, hlm.218; Muslim, Sahih, Jil VII, hlm.75-76; at-Tirmidzi, Jil.5, hlm.129; Ahmad Ibnu Hanbal, Musnad, Jil.3, hlm.307-308; Ibnu Saad, at-Thabaqat al-Kubra, Jil.2, bhg.2)

Sehinggakan para ulamak ASWJ seperti Ibnu Hajar Asqalani, dan Badruddin Mahmud ibnu Ahmad al-'Aini al-Hanafi menulis:

"Hadis ini mengantarkan kepada kesimpulan bahawa bukti oleh seorang sahabat sahabat Nabi (saaw) saja pun dapat diterima sebagai bukti yg penuh, walaupun demi untuk keuntungan dirinya sendiri, kerana Abu Bakar tidak meminta Jabir mengemukakan saksi untuk membuktikan tuntutannya. (Fathul Bari syarah sahih Bukhari, Jil.V; Umdatul Qari fi Syarah Sahih Bukhari, XII, hlm.121)

Jawablah dengan ikhlas demi Allah! siapa yg double standard dalam penghakiman kes Fadak? Mengapa Abu Bakar menolak hujjah2 wanita terkemuka dunia? terkemuka di Akhirat? menolak hujjah saudara RasulNya? Menolak hujjah Imam Ali a.s? Sekiranya Khuzaimah dianggap peribadi yg terpercaya, apakah Imam Ali a.s sebagai seorang Ahlul Bait a.s kurang daripada itu?

Demi Allah! Ahlul Bait a.s adalah suci dari pengaruh duniawi. Masalah Fadak bukan masalah perebutan harta, tetapi anda harus melihatnya sebagai pembelaan hak orang2 yg dizalimi dan dianiaya. Hairan sekelompok manusia seperti Nahzalus, Mat Kampong dan konco2nya bermatian mencari kesalahan tuntutan Fadak. Yg menghairankan mengapa justeru orang yg menuntut haknya dipersalahkan sebaliknya orang yg merampas disokong!

Sesungguhnya sayyidah fathimah a.s adalah pembela Islam dan ummah. Betapa beliau tahu, pada hari pertama terampasnya hak rakyat teraniaya, maka sudah tentu akan bermunculan perampasan2 yg sama ke atas orang2 yg tidak berdaya. Sekiranya hak keluarga Rasulullah saaw turut dirampas, apakah anda fikir hak2 orang2 yg selain itu boleh terselamat? Ataupun benar seperti kata guru kepada Ibnu Abil Hadid: Sheikh Jaafar Iskafi mengatakan Sekiranya abu Bakar membenarkan tuntutan Fadak diberikan kembali kepada Fathimah a.s, bermakna Fathimah a.s adalah benar dan abu Bakartidak dapat pula menolak kebnaran Fathimah a.s sekiranya beliau menuntut jawatan khalifah buat suaminya pula.

sekali lagi wahai penyokong perampasan hak Sayyidatina Fathimah a.s : Jawablah dengan ikhlas demi Allah! siapa yg double standard dalam penghakiman kes Fadak? Mengapa Abu Bakar menolak hujjah2 wanita terkemuka dunia? terkemuka di Akhirat? menolak hujjah saudara RasulNya? Menolak hujjah Imam Ali a.s? tetap[i menerima kesaksian jabir? Sekiranya Khuzaimah dianggap peribadi yg terpercaya, apakah Imam Ali a.s, sayyidatina Fathimah a.s dari Ahlul Bait a.s adalah lebih rendah dan kurang daripada itu (kesaksian Khuzaimah)?

p/s: Nahzalus kerana begitu bersungguh2 menyokong perampasan fadak, memilih utk bersama Abu bakar dan meninggalkan Ahlul Bait a.s dengan ini menunjukkan bahawa Ahlul Bait a.s di bahagian yg salah dan Abu bakar benar. (sedangkan Rasulullah saaw memerintahkan kita mengikuti Ahlul Bait a.s selepas kewafatan baginda saaw)



sekian, i rest my case. bye bye.
wassalam
Reply

Use magic Report

Mat Kampong This user has been deleted
 Author| Post time 22-6-2003 09:57 PM | Show all posts
Originally posted by billionaire at 22-606-2003 17:06:
salam
fakta? yelah, fakta bila memangkan pihak anda. tulah, tak mau baca sejarah. Bacalah sejarah. kalau adna menyalahkan Syiah kerana menyambut Asyura, maka apakah anda terpuji dengan bergembira dengan merayakan hari disembelihnya Imam hussein a.s? Mungkin itu tafsiran anda dan ulamak anda mengenai kecintaan terhadap Ahlul Bait a.s.

dan anda yg cerdik, kajilah mengenai hadith "Kitabullah dan Ahlul Baitku" yg diriwayatkan dalam kitab2 sahih anda sendiri. Dan mengapa anda sebaliknya berpegang kepada hadis "Kitabullah dan sunnahku"  

Tentang sahabat yg anda katakan hebat2 tu, Bacalah tentang hadith haudh, baca juga bagaimana Umar menolak dipenuhkan permintaan Rasulullah saaw utk menuliskan wasiatnya, bagaimana Sahabat berperang sesama sendiri, berebut jawatan khalifah dan sebagainya. Sebelum menggelar orang dengan three stooges, kajilah dulu sejarah.


Salam seiklas salam bill,

Ini MK nak cerita sikit fasal Syia'h..

Asal Usul Syi'ah

Syi'ah diasaskan olih seorang Yahudi dari Negeri Yemen bernama Abdullah bin Saba'. Bermulanya agama ini apabila terjadi pembunuhan kejam terhadap Khalifah Uthman r.a. dan bercabang kepada banyak kumpulan.
Uthman menjadi Khalifah selama 12 tahun. Pada peringkat enam tahun pertama pemerintahannya, umat Islam berada didalam keamanan dalaman dan kesejahteraan, tetapi dalam peringkat enam tahun kedua maka kebangkitan pemberontakan terjadi.  Kaum Yahudi dan kaum Magians, telah mengambil kesempatan diatas ketidakpuasan diantara penduduk, dengan memulakan konspirasi terhadap Khalifah Uthman dengan melakukan teguran dan meluahkan perasaan kurang puas hati secara umum telah mendapat rasa sempati yang tinggi sehingga susah untuk mengenali siapa kawan dan siapakah musuh.
Adalah amat malang bagi pemerintah yang memerintah negara yang luas, mempunyai tentera yang terbilang tetapi tidak dapat berbuat apa-apa dengan pemberontak tersebut. Jika Khalifah Uthman ingin memusnahkan pemberontak, ianya sudah tentu dapat dihapuskan dari ia sejak ia berputik lagi. Tetapi beliau enggan menjadi orang pertama untuk menumpahkan darah umat Islam (terutama dikalangan para Sahabat Rasulullah SAW, walaupun mereka menjadi pemberontak yang menderhaka. Tiada siapa akan dapat menjangka apa yang akan terjadi kemudian hari. Beliau lebih berminat untuk memberi penerangan dan memujuk mereka dengan penoh kelembutan dan kebaikan yang melimpah. Ini dilakukan kerana beliau amat berpegang tegoh kepada hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, "Apabila pedang sudang terhunus diantara para pengikut-pengikut, ianya akan terus terhunus sehingga Hari Terakhir."
Para pemberontak telah menuntut supaya beliau menyerahkan dari kerusi Khalifah tetapi sebilangan para Sahabat Rasulullah SAW telah menasihat beliau supaya jangan berbuat demikian. Sebenarnya, beliau ingin berundur seberapa segera, tetapi sekali lagi beliau terikat dengan sumpah keramat yang telah diberikannya kepada Rasulullah SAW. 揗unkin Allah akan memakai kamu dengan pakaian, wahai Uthman " Rasulullah SAW pernah berkata kepada beliau satu masa dulu, "dan jika ada orang mahu memaksa kamu membukanya, janganlah kamu membukanya untuk mereka."
Uthman telah berkata kepada mereka yang berhajat pada hari dimana rumah beliau telah dikepong olih pihak pemberontak, "Pesuruh Allah (Nabi Muhammad SAW) telah membuat pesanan kepadaku dan aku wajib menanggung sengsara sewaktu mematuhi pesanan tersebut."
Setelah begitu lama mengepong rumah Khalifah Uthman r.a., para petualang telah hilang kesabaran dan terus merempoh masuk kedalam rumah Khalifah Uthman dan membunuh Khalifah Uthman yang tidak bersenjata dengan dengan begitu kejam sekali. Apabila pedang pertama petualang menyentuh tubuh kerdil Khalifah Uthman r.a., beliau sedang melafazkan Ayat 127 dari Surah Al-Baqarah yang bermaksud: "Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui."
Sungguh menghairankan, rumah seorang Khalifah yang memerintah negara yang luas dan mempunyai tentera yang gagah perkasa TETAPI tidak mempunyai pengawal yang mengawal keselamatan Khalifahnya. Mengapakah puak-puak petualang sangat berani bertindak demikian terhadap Khalifah Uthman r.a.? Mereka berani berbuat demikian kerana sengaja  mengambil peluang dan kesempatan KERANA sifat semula jadi Khalifah Uthman yang lemah lembut, pemurah dan warak. Tetapi kenapa puak-puak petualang tersebut menjadi pengecut terhadap Muawiyah dan Yazid semasa zaman pemerintahan beliau.
Saiyidina Ali r.a. menerima jawatan Khalifah dengan penoh keengganan. Pembunuhan kejam terhadap Khalifah Uthman dan keadaan disekeliling peristiwa tersebut adalah punca dan penyebab kekacauan awam yang besar-besaran. Semua para Gabenor telah memberi ta抋t setia kepada Khalifah All r.a. melainkan Gabenor Syam iaitu Muawiyah. Muawiyah akan terus engkar selagi pembunuh-pembunuh Khalifah Uthman' tidak diadili seadilnya secara Islam. s blood was avenged. Muawiyah membuat keputusan tersebut kerana berpendapat kepada fakta bahawa beliau tidak dikehendaki mematuhi Khalifah selagi Syaiyidina Ali r.a. dapat menjalankan hukum Allah SWT. Muawiyah mempunyai hubungan darah dan waris kepada Saiyidina 'Uthman, olih itu beliau berhak meminta Saiyidina Ali r.a. untuk membawa mereka yang terlibat dalam peristiwa pembunuhan tersebut kemuka pengadilan. Balu Nabi Muhammad SAW, Aishah r.a. juga mengambil keputusan bahawa Saiyidina Ali r.a. perlu menyelesaikan isu pembunuhan Khalifah Uthman iaitu membawa mereka yang terlibat dalam peristiwa pembunuhan tersebut kemuka pengadilan. Keadaan yang kelam kabut semasa hari terakhir sebelum pembunuhan Khalifah Uthman amatlah susah untuk membuktikan siapakah para pembunuh, dan Saiyidina Ali r.a. tidak mahu menjalankan hukuman keatas sesiapa yang belum dibuktikan kesalahannya secara undang-undang islam.
Tetapi mengapakah Saiyidina Ali r.a. sebagai Khalifah tidak mengambil jalan tengah dengan menyiasat perkara tersebut kerana petualang-petualang tersebut memang berada begitu  lama ditempat kejadian iaitu semasa pengepongan rumah Saiyidina Uthman r.a. Mengapakah para Sahabat Rasulullah SAW atau penduduk Madinah diwaktu itu termasuk Saiyidina Ali tidak datang mengamankan keadaan?
Terjadinya peperangan diantara umat islam semasa perang Jamel (unta) dan perang Siffin adalah kerana permintaan dari pihak Saiyidatul 慉ishah r.a. dan Muawiyah supaya pembunuh-pembunuh Khalifah Uthman, tetapi api peperangan terus ditiupkan olih pengikut-pengikut yang diketuai olih Yahudi Abdullah bin Saba' dari dalam ketiga-tiga kumpulan tersebut sehingga peristiwa tersebut terkeluar dari kawalan para Sahabat Rasulullah SAW. Ianya telah diriwayatkan bahawa 慡aiyidina Ali, Saiyidatul 慉'isha dan Mu抋wiyah selalu menyatakan kekesalan keatas perasaan tidak puas hati dan pertentangan didalam suasana yang mereka hadapi.
Selepas peristiwa tersebut sekalangan Syiah telah mengistiharkan Saiyidina Ali r.a. sebagai tuhan. Saiyidina Ali telah 慴ertindak dengan membunuh mereka dengan membakar secara hidup-hidup. Selepas Abdullah bin Saba' dibunuh, golongan Syi抋h telah terbahagi kepada beberapa mazhab baru. Setiap mazhab mempunyai Imam tersendiri.
Kumpulan 慡evener (Imam Tujuh) atau Isma'ilis, sama saperti Syi抋h, mempercayai bahawa keturunan Nabi Muhammad SAW, disebelah puterinya Saiyidatul Fatimah r.a. dan suaminya Saiyidina Ali, Khalifah keempat, adalah pemerintah umat Islam seluruh dunia yang sebenar.  Dengan itu keseluruh keturunan Saiyidina Ali r.a. telah dipercayai sebagai benar dan terpelihara dibawah perlindungan Nabi Muhammad SAW sendiri. Mazhab ini mengambil sempena nama Ismail, anak sulung dari Imam keenam, Jafar as-Sadiq. Dalam tahun 762 CE, Ismail telah meninggal dunia sebelum bapanya, ini menyebabkan kekecohan siapakah yang patut menggantikannya. Sejumlah kecil Syi抋h telah menganggapkan keturunan Imam selama ini telah berakhir dan telah memilih anak sulung Ismail sebagai Imam terbaru. Dengan itu mereka mengistiharkan putaran tujuh Imam, Ali adalah Imam yang pertama dan Ismail ialah Imam yang ketujuh, dan dengan itu Imam yang ketujuh dari keturunan Ismail adalah Imam Mahdi atau Imam yang ketujuh selepas beliau atau seterusnya.
Kumpulan Ismaili selalu mempunyai kumpulan yang kecil, tetapi amat terurus dan berdisiplin. Dengan cepat kumpulan ini menjadi 抋jaran sesat
Reply

Use magic Report

Mat Kampong This user has been deleted
 Author| Post time 22-6-2003 10:01 PM | Show all posts

Asal usul Syi'ah

Originally posted by Mat Kampong at 22-606-2003 21:57:
Salam seiklas salam bill,

Ini MK nak cerita sikit fasal Syia'h..

Syi'ah diasaskan olih seorang Yahudi dari ...


bersambung...  Asal Usul Syi'ah

Apabila dinasti Abid dimusnahkan olih Empayar Abbasiyah, maka Syi抋h Ismaili telah berpecah kepada dua kumpulan, Tayibiya and Niziriya, mengambil sempena nama dua orang putera Abidi. Syi抋h Tayibiya telah menjadi kumpulan sesat yang bergerak dibawah tanah dan tidak bolih dikenali lagi. Syi抋h Niziriya telah kembali menjadi Syi抋h Ismaili saperti sebelum zaman Abidi yang menubuhkan rangkaian ajen dan penyiasat diseluruh dunia Islam. Kumpulan yang dikenali didalam organisasi Syi抋h Niziriya adalah golongan menyalah-guna dadah yang dikenali dengan Kumpulan Pembunuh, adalah kumpulan pembunuh yang amat kejam bergiat diseluruh dunia Islam. Sekarang, walau bagaimanan pun, Syi抋h Niziriya telah berumah menjadi fasis dan terlalu kebaratan.
Dari kawasan terkuat Kumpulan Pembunuh di Syria, dua kumpulan masih selamat dan dikenali dengan Syiah Alawit dan Syi抋h Druze. Syi抋h Alawite adalah 憁ilitant
Reply

Use magic Report

Mat Kampong This user has been deleted
 Author| Post time 22-6-2003 10:09 PM | Show all posts
Originally posted by billionaire at 22-606-2003 17:09:
salam
salam
Mat Kampong, ayat al-Quran yang dijadikan hujjah itu yg pertama sekali membawanya ialah SAYYIDATINAFATHIMAH A.S.  Sekiranya anda mendapati beliau telah bersalah dan tidak memahami al-Quran sebaik anda dan ulamak anda, itu tidaklah mengahairankan kerana anda dan ulamak2 anda sejak dari dulu meningglkan Ahlul Bait a.s dan berhenti menyokong Ahlul Bait a.s dan berpindah kepada selain mereka sejak kewafatan suci Rasulullah saaw lagi.


Salam,

Siapa yang kata Saiyidatul Fatimah r.a. yang memberi bukti tersebut? Sebenarnya ianya adalah rekaan aktivis-aktivis Syi'ah.. bila dah diberi buktinya dan tak terjawab... maka terus bodo sebodonya... dan kerana keegoan tak mau mengaku silap...  samalah macam cerita rekaan bahawa Saiyidina Ali diseret untuk memberi ta'at setia kepada Saiyidina Abu Bakar... yang sebenarnya Saiyidina Ali memberi ta'at setia kepada Saiyidina Abu Bakar hanyalah selepas kembalinya isterinya kerahmatullah.. apa punya cerita ni!!! membohong dan mendakyah tak habis-habis... tak takut ker kepada hukuman Allah SWT.. itulah jadinya bila bala Istidraj ditimpakan olih Allah SWT.. kembalilah kejalan yang lurus..
Reply

Use magic Report

Mat Kampong This user has been deleted
 Author| Post time 22-6-2003 10:19 PM | Show all posts
Originally posted by billionaire at 22-606-2003 17:17:
2-Sekiranya benar para nabi tidak mewarisi diwarisi, lalu mengapa Sayyidah Fathimah menuntut haknya? sehinggakan ulamak anda sendiri menulis bahawa Fadak telah diserahkan oleh Rasulullah saaw kepada puterinya fathimah a.s apabila turun ayat "Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yg dekat akan haknya..." (17:26), Nabi (saaw) memanggil Fathimah (as) dan memberikan fadak kepadanya" (Sayuti, durr al-mantsur, IV, hlm.177; Ibnu hajar al-Haithami, majma' az-Zawaid, VII; Muttaqi hindi, dalam al-Kanzul ummal, III, hlm.439; al-Alusi, Ruhul maani, XV, hlm.62)
...


Wahai Bill,

Alangkah heran bin ajaib cerita ini.. jika harta tersebut telah diserah kepada Syaiyidinatul Fatimah r.a. semasa hayat Rasulullah SAW bermakna harta tersebut telah menjadi hak milik Syaiyidinatul Fatimah r.a. semasa hayat Nabi Muhammad SAW.. jadi kalau dah jadi hak milik sendiri kenapa Syaiyidinatul Fatimah r.a. datang menuntutnya lagi sebagai harta pusaka???

Bolih huraikan sikit kepada MK yang kurang memahami dolak dalih golongan anda yang kononnya mengasihi Ahlul Bait...  sekejap ada sekejap tak ada... macam main silap mata pulak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Mat Kampong This user has been deleted
 Author| Post time 22-6-2003 10:33 PM | Show all posts
Originally posted by billionaire at 22-606-2003 17:17:
3-Apakah anda berfikiran yang Sayyidah Fathimah a.s dan Ahlul Bait a.s akan menentang pendapat Rasulullah saaw bapanya sendiri? Dengan menolak hadis "Kami para nabi tidak mewariskan" yg diriwayatkan oleh Abu Bakar, bukankah ini bermakna Sayyidah Fathimah a.s telah menolak hadis tersebut, dan ini menunjukkan bahawa Sayyidah fathimah a.s, Imam Ali a.s menolak hadis tersebut sebagai bersumber daripada Nabi saaw. Kerana itu Sayyidah Fathimah a.s mengatakan: ...


Siapa yang kata Sayyidah Fathimah a.s. menolak hadis "Kami para nabi tidak mewariskan" yg diriwayatkan oleh Abu Bakar r.a.?? Mereka hanyalah rekaan ulama2 kau orang yang kononnya menyayangi Ahlul Bait TETAPI apabila Saiyidina Ali r.a. iaitu Imam Pertama yang golongan anda istiharkan sendiri menjadi Khalifah tetapi beliau tidak berbuat apa-apa pun tentang Fadak dan ini bermakna Imam Pertama dan Isterinya tidak pernah menolak hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Kami para nabi tidak mewariskan" yg diriwayatkan oleh Abu Bakar r.a. malah membenarkannya apabila beliau mempunyai kuasa untuk berbuat berlawanan dengan apa yang telah dibuat olih Khalifah Abu Bakar r.a.

Jadi sapa yang tolak sapa? Golongan kau orang yang tak betul, Imam Besar sendiri yang bersetuju tapi golongan kau orang tak bersetuju.. ini dah kira menderhaka sebab tak ikut apa yang Imam Besar persetujukan.. Buat pengetahuan golongan anda yang dah kena bala Istidraj bahawa kes Fadak dah 1,400 tahun lebih SELESAI!!!
Reply

Use magic Report

zurie1977 This user has been deleted
Post time 23-6-2003 03:45 PM | Show all posts

Apakah syiah sebenarnya???

salam semua,

apa yg saya belajar tawarikh masa sekolah dulu2.....berkenaan peristiwa dikarbala yg melibatkan saidina Ali dan muawiah....dan dari situ lah terjadi golongan syiah ini................................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2003 05:11 PM | Show all posts
salam
so mengapa Abu Bakar menolak kesaksian Sayydiatina Fathimah a.s dan Imam Ali a.s tetapi menerima kesaksian Jabir?

i rest my case
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2003 06:41 PM | Show all posts

diamanakah kasih kita kepada Ahlul Bayt as?

Originally posted by Mat Kampong at 22-6-2003 10:19 PM:
Wahai Bill,

Alangkah heran bin ajaib cerita ini.. jika harta tersebut telah diserah kepada Syaiyidinatul Fatimah r.a. semasa hayat Rasulullah SAW bermakna harta tersebut telah menjadi hak milik  ...


cerita ini bukan direka oleh syiah,malah ia disebut didalam Al-Quran dan Hadis,seperti berikut:

Firman Allah Azza Wa Jalla:" Dan berikanlah kepada keluarganya yang dekat akan haknya." [Surah al-Isra' 17:26].
Satu keistimewaan yang dikurniakan Allah SWT bahawa Dia telah memilih mereka untuk ummah. Manakala ayat ini diturunkan kepada Rasulullah SAWA beliau telah bersabda:" Jemputlah Fatimah kepadaku," maka ia datang, lalu dia bersabda:" Wahai Fatimah!' Fatimah menjawab:" Labbai-ka wahai Rasulullah. Maka beliau bersabda:" Ini adalah Fadak yang tidak dikerahkan seekor kuda dan seekor unta pun [bagi mendapatkannya], ianya adalah untukku sahaja bukan untuk orang lain. Dan sesungguhnya aku jadikannya untukmu manakala Allah memerintahku berbuat demikian. Maka ambillah untukmu dan anak-anakmu."

oleh itu apakah anda masih mengatakan ia adalah dakwaan syiah?sedangkan Allah SWT dan Rasul-Nya telah menetapkan demikian.

Kerana itu berdasarkan kata-kata Fatimah as,peraturan apa yang mereka ini gunakan?merampas hak sesorang tanpa kebenaran,kami pula berkata..hak penghulu wanita alam semesta pulak tu..permata Rasulullah yang dicintai,apakah peraturan jahiliyyah yang sangat jahil..?kalaupun mereka tidak tahu mengapakah tolak hujah Ahlul Bayt as?emm,mungkin pada akirnya ada juga generasi terakhir menerima juga akhirnya lallu menyerahkan  Tanah Fadak kepada Ahlul bayt,iaitu Umar Abd. Aziz.Bukan macam anda..yang tanpa asas terus menyalahkan Ahlul Bayt as,tak tahu lah anda...

wahai pembaca sekelian,apakah yang kita akan katakan pada Allah SWT kelak dengan perbuatan sebahagian umat yang bukan sahaja tidak menyintai keluarga Rasulullah Saaw malah mengkhianatinya..?

Rasulullah Saaw,di ingkari permintaan meninggalkan wasiat di akhir kalam baginda Saaw(tragedi khamis)
Imam Ali as,disishkan dan dinafikan haknya,di perangi,di fitnah dan di maki di mimbar masjid.
Fatimah as,ingin dibakar Rumahnya,dirampas haknya dan tiada pembelaan.
Imam Hassan as,di musuhi dan diracuni
Imam Hussein as,diperangi dan di pancung malah diraikan..
sumber agama?jauh sekali dari ahlul bayt as
Keturunan Rasulullah dikejar,dianiya,diracuni dan dibunuh..
mengapa..?Apakah mereka yang suci ini  melanggar perintah Allah dan Rasul-Nya...?Tidak!Demi Allah!malah Allah membela mereka!Buktinya...bacalah ayat ini..

Katakanlah: " Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upah pun atas seruanku kecuali kasih sayang kepada keluarga[ku]...'[Surah al-Syu'ara :23].

" Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu wahai
Ahlul Bayt dan menyucikan kamu dengan sebersih-bersihnya
."[Surah al-Ahzab:33]

Rasulullah Saaw bersabda:

Aku tinggalkankepadamu:
Thaqalain [dua perkara berharga] Kitab Allah dan Ahlul Baytku,
sesungguhnya kedudukannya tidak akan berpisah,
sampai bersama-sama mengunjungiku di al-Haudh.
Dan perhatikanlah bagaimana kalian menjaga kedua-duanya
sepeninggalanku itu
.' Wahai manusia!
Anda tidak dapat mengajar mereka kerana mereka lebih
alim daripada kalian."

"" Salam dilimpahkan atas Ali Yasin [keluarga Yasin] "
[al-Safat:37:130]


buktikanlah pembelaan kita dengan ikhlas!sebelum kita diperlihatkan alam barzakh!Janganlah jadi seperti umat yahudi yang membunuh Nabi Allah malah orang awamnya ambil tidak kisah.Lalu Allah Sangat Murka kepada mereka dan memperlihatkan kemurkaan-Nya khususnya semasa dan selepas Sakatrul maut!

wassalam

[ Last edited by irfani on 23-6-2003 at 06:45 PM ]
Reply

Use magic Report

Mat Kampong This user has been deleted
 Author| Post time 23-6-2003 08:56 PM | Show all posts
Originally posted by zurie1977 at 23-606-2003 15:45:
salam semua,

apa yg saya belajar tawarikh masa sekolah dulu2.....berkenaan peristiwa dikarbala yg melibatkan saidina Ali dan muawiah....dan dari situ lah terjadi golongan syiah ini.............. ...


Salam Zurie,

Adakah anda mengetahui sejarah sebelum anda menulis? Semasa peristiwa Karbala terjadi Saiyidina Ali r.a. dan Muawiyah sudah meninggal dunia... betul ke awak masih ingat tawarikh masa disekolah? Ulangkaji dulu sebelum menyampuk.. kalau salah amacam? Hormati diri anda sendiri sebelum anda mahu diri anda dihormati..

Wassalam
Reply

Use magic Report

Mat Kampong This user has been deleted
 Author| Post time 23-6-2003 09:21 PM | Show all posts
Originally posted by irfani at 23-606-2003 18:41:
emm,mungkin pada akirnya ada juga generasi terakhir menerima juga akhirnya lallu menyerahkan  Tanah Fadak kepada Ahlul bayt,iaitu Umar Abd. Aziz.Bukan macam anda..yang tanpa asas terus menyalahkan Ahlul Bayt as,tak tahu lah anda....


Wahai Irfani,

Anda faham tak soalan MK? Kalu harta tu dah diberi olih Rasulullah SAW semasa hayat baginda bermakna harta tersebut dah jadi hak milik Syaiyidatul Fatimah dan semua penduduk Madinah dah tahu tentang perkara itu dan Saiyidina Ali dan Syaidina Fatimah tak lah menjadi susah kerana sumber dari Harta Fadak dah ada. Adakah anda mengatakan bahawa setelah menyerah Tanah Fadak kepada puterinya, baginda mengambil balik atau mengambil hasilnya untuk disedekah? Kalau dah diberi olih Rasulullah SAW dan sudah menjadi hak sebagai harta persendirian, buat apa Syaiyidatul Fatimah nak pergi minta izin kepada Khalifah Abu Bakar untuk memiliki harta yang dah memang haknya? Kau ni buat lawak atau buat cerita rekaan?

Kenapa bila turun ayat yang anda katakan itu... Rasulullah SAW hanya memberi hartanya kepada Syaiyidinatul Fatimah sahaja. Bagaimana dengan hak anak Nabi yang lain dan begitu juga dengan isteri-isteri baginda? Depa tak ada hak ke?

Berhentilah anda dari membaca cerita-cerita dongeng dan rekaan ulama-ulama Syiah yang dibolihkan berbohong mengikut fahaman Syiah.

Satu lagi, bolih cerita fasal Umar bin Abdul Aziz yang bagi balik harta Fadak? Jangan lupa cerita asal usul dia sama? Kenapa Saiyidina Ali tak bolih bagi balik bila menjadi Khalifah tetapi Khalifah Umar bin Abdul Aziz bolih bagi pulak.. ini version berapa punya cerita rekaan?.....

MK tak pernah salahkan Ahlul Bait.. TETAPI menyalah insan macam anda, lax, bill dan ulama-ulama syiah yang jahat kerana menggunakan tohmahan, dakyah dan fitnah terhadap Ahlul Bait, Para Isteri-isteri Nabi, Anak Nabi selain S. Fatimah dan para-para Sahabat Rasulullah SAW. Bertaubatlah... para Sahabat tak pernah menganiaya Ahlul Bait.. tetapi ulama-ulama Syiah yang jahat yang mengaibkan Ahlul Bait.
Reply

Use magic Report

Mat Kampong This user has been deleted
 Author| Post time 23-6-2003 09:29 PM | Show all posts
Originally posted by billionaire at 23-606-2003 17:11:
salam
so mengapa Abu Bakar menolak kesaksian Sayydiatina Fathimah a.s dan Imam Ali a.s tetapi menerima kesaksian Jabir?

i rest my case


Itu semua rekaan..

Syaiyidina Ali r.a. telah menjadi Khalifah keempat dan anda berkata dia pernah menjadi saksi semasa peritiwa Fadak TETAPI kenapa beliau tidak mengambil kembali Tanah Fadak semasa berkuasa (menjadi Khalifah) kerana seorang Khalifah berkuasa berbuat demikian saperti dakwaan anda.

Kenapa beliau (Syaiyidina Ali r.a.) tidak melakukannya?

Jawablah dengan nama Allah SWT dan kerana Allah SWT!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2003 05:17 PM | Show all posts
Khusus untuk Irfani

Saya nak tanya satu soalan tentang ayat 26 surah al-Isra':
وآت ذاالقربى حقه
[dan berilah kepada kaum kerabat haknya]

Surah al-Isra' ni diturunkan di Mekah ke Madinah? Nabi dapat tanah Fadak bila?

Wassalam :bg:

===========

Kepada MK,

MK tak pernah salahkan Ahlul Bait.. TETAPI menyalah insan macam anda, lax, bill dan ulama-ulama syiah yang jahat kerana menggunakan tohmahan, dakyah dan fitnah terhadap Ahlul Bait, Para Isteri-isteri Nabi, Anak Nabi selain S. Fatimah dan para-para Sahabat Rasulullah SAW. Bertaubatlah... para Sahabat tak pernah menganiaya Ahlul Bait.. tetapi ulama-ulama Syiah yang jahat yang mengaibkan Ahlul Bait.


Apa yang MK kata tu betul. Saya nak tambah begini. Kalau anda bertiga mahu mengikut mazhab AB, ikutlah tetapi anda kena pastikan betulkah apa yang anda ikut itu mazhab AB yang sebenar atau sebuah penyelewangan dari manhaj yang ditinggalkan oleh AB Rasulullah s.a.w. Suka saya memetik kata-kata Syeikh Abdul Aziz al-Dahlawi di dalam kitabnya Mukhtasar al-Tuhfah al-Ithna'syariah (m.s33): Di antara pembohongan Syiah ialah mereka berkata: Kami adalah pengikut Ahlulbait yang mana Allah telah berfirman ttg mereka: Sesungguhnya Allah mahu menghilangkan dari kamu dosa wahai Ahlulbait dan membersihkan kamu sebersih bersihnya). Selain dari Syiah adalah golongan yang tidak mengikut Ahlulbait. Mereka menguatkan hujah mereka dengan sabda Nabi s.a.w: Ahlulbaitku pada kamu seperti bahtera Nuh. Sesiapa yang menaikinya terselamat dan sesiapa yang tidak menaikinya akan tenggelam. jawapan kami ASWJ ialah kata-kata ini bercampur di antara haq dan batil. Kami menerima bahawa pengikut Ahlulbait selamat dan betul. Akan tetapi siapakah Syiah yang jahil itu jika dibandingkan dgn pemimpin-pemimpin Ahlulbait yang mulia dan para Imam yang hebat itu? Sebagaimana yang akan disebut selepas ini keadaan mereka dan iktiqad mereka yang kufur dan sesat. Jauh, tersangat jauh! Kebenaran itulah yang layak diterima. Sesungguhnya ASWJlah pengikut Ahlulbait Rasulullah, yang mengikut jalan mereka, mengiyakan dakwah mereka. Para Imam yang suci itu mereka berada di atas jalan yang juga berada di atasnya para Imam ASWJ yang terpilih. Kenapa tidak, sedangkan Abu Hanifah, Malik dan selain dari mereka berdua dari kalangan ulama'-ulama' besar mengambil ilmu mereka dari para Imam yang hebat itu. Segala puji kepada Allah di atas nikmat ini.

Beliau juga berkata di m.s 65: Ketahuilah bahawa semuga firaq Syiah mendakwa mengambil ilmu mereka dari AB. Mereka menisbahkan mereka kepada Imam atau anak Imam. Mereka meriwayatkan dari AB usul dan furu' mazhab mereka. Tetapi dalam pada itu mereka mendustakan satu sama lain dan menyesatkan sesama sendiri, dalam kes-kes yang bercanggah sesama mereka dalam bab aqidah dan imamah. Inilah sejelas-jelas dalil dan sekuat-kuat bukti yang menunjukkan pembohongan dakwaan kesemua firaq Syiah. Ini kerana riwayat-riwayat yang bermacam-macam dan berita-berita yang bercanggah antara satu sama lain tidak mungkin datang dari sumber yang satu.....


Wassalam

-Berkenaan dgn kesaksian itu, boleh tak kalau kita tengok dalam kitab Fekah, bab Saksi. Siapa yang layak jadi saksi, berapa orang, kalau lelaki, berapa dan kalau perempuan, berapa. Kemudian kita tengok bab kuasa yang ada di tangan khalifah untuk membahagikan harta milik negara (Baitul mal). Kesemua tu ada dalam kitab Fekah. Bagaimana kalau kita sama-sama baca dulu?

[ Last edited by nahzaluz on 24-6-2003 at 05:53 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2003 05:47 PM | Show all posts
aku tak tau sangat...
Reply

Use magic Report

Mat Kampong This user has been deleted
 Author| Post time 25-6-2003 09:44 AM | Show all posts

Persoalan Imamah

Konsep kemaksuman Imam yang menjadi usul Syiah, dengan sikap Yahudi dan Kristian terhadap paderi dan rahib mereka sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah SWT di dalam Surah At-Taubah ayat 30-32, yang bermaksud;
[30] Dan orang-orang Yahudi berkata: Uzair ialah anak Allah dan orang-orang Nasrani berkata: Al-Masih ialah anak Allah. Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?
[31] Mereka menjadikan pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih Ibni Mariam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.
[32] Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).


Kemaksuman para Imam menurut kepercayaan Syiah menduduki martabat yang lebih tinggi daripada Nubuwwah sehingga mencetuskan syirik pada Uluhiyyah Allah SWT. Konsep-konsep melampau berkenaan kelihatan di dalam kitab Usul Min Al-Kafi oleh Al-Kulaini, Aqa抜d Asy-Syiah Al-Imamiah oleh Ibnu Babuweih Al-Qumi, Awa抜l Al-Maqalat dan Tashih Aqa抜d Asy-Syiah Al-Imamiah oleh Asy-Syeikh Al-Mufid dan sebagainya. Manakala Khomeini pula mengukuhkan lagi konsep-konsep melampau ini sebagaimana kenyataan beliau di dalam kitabnya, Al-Hukumah Al-Islamiah.

Jika sudah SYIRIK... apakah kategorinya??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Mat Kampong This user has been deleted
 Author| Post time 25-6-2003 09:57 AM | Show all posts

Penyelewengan Al-Quran saperti mana Dakwaan Syiah

Salah satu intipati pengajaran Ahli Sunnah wa Al-Jamaah (ASWJ) ialah Al-Quran sebagai sumber, terpelihara daripada penyelewengan sama ada berbentuk penambahan atau pengurangan. Ia dijelaskan melalui firman Allah di dalam surah Al-Hijr ayat 9, renungilah ayat 6-9, yang bermaksud:
[6] Dan mereka yang ingkar berkata (kepada Nabi Muhammad): Wahai orang yang kepadanya diturunkan Al-Quran, sesungguhnya engkau adalah orang gila.
[7] Sepatutnya engkau membawakan malaikat kepada kami (untuk menjadi saksi tentang kerasulanmu), jika betul engkau dari orang-orang yang benar!
[8] Tiadalah Kami menurunkan malaikat melainkan dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat dan pada ketika itu mereka (yang ingkar) tidak akan diberi tempoh lagi.

[9] Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.

Walau bagaimana pun, Syiah dahulu dan Syiah sekarang bersepakat bahawa Al-Quran yang ada di tangan umat Islam hari ini adalah Al-Quran yang telah diselewengkan.

Riwayat-riwayat oleh Al-Kulaini di dalam kitabnya Usul Min Al-Kafi, Al-Majlisi di dalam kitabnya Mir抋tul- 慤qul dan Bihar Al-Anwar dipenuhi dengan riwayat-riwayat yang menyokong aqidah ganjil ini. Akidah ini muncul secara jelas pada kurun kedua hijrah, dipelopori oleh Hisyam bin Al-Hakam dan Syaitan At-Taq. Pendapat oleh ulamak Syiah di era klasik, dihidupkan kembali dalam bentuk yang lebih tersusun di zaman kerajaan Safavid (akhir kurun ke-13H) oleh Mirza Hussein An-Nuri At-Thabarisi (meninggal 1320H) di dalam kitabnya Faslul Khitab fi Itsbat Tahrif Kitab Rabbil Arbab yang mengumpulkan kira-kira 1062 riwayat yang kononnya membuktikan betapa Al-Quran telah terseleweng. Diterbitkan di Tehran pada tahun 1298H. At-Thabarisi diberi pujian melambung oleh Khomeini di dalam kitabnya Al-Hukumah Al-Islamiah.

Khomeini juga menganut tuduhan jahat ini sebagaimana yang kelihatan di dalam tulisannya Kasyful Asrar. Khomeini turut menuduh sahabat Rasulullah SAW mengeluarkan nas dari dalam Al-Quran mengikut kehendak dan kepentingan peribadi mereka. Khomeini mendakwa bahawa dakwaan umat Islam tentang penyelewengan yang dilakukan oleh Yahudi dan Kristian, sebenarnya juga tsabit dilakukan oleh para sahabat! Ini adalah kufur yang terang (kufrun bawwah) dari Khomeini dan ia menafikan Islam secara keseluruhannya.
Reply

Use magic Report

Mat Kampong This user has been deleted
 Author| Post time 25-6-2003 10:06 AM | Show all posts

Syiah dan Sunnah Nabi SAW

Menjadi usul Syiah yang maklum, bahawa umat selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW telah menjadi murtad
Reply

Use magic Report

Mat Kampong This user has been deleted
 Author| Post time 25-6-2003 10:12 AM | Show all posts

Pendapat Yang Memperlekeh Kedudukan Rasulullah SAW

Pendapat Yang Memperlekeh Kedudukan Rasulullah SAW

Tohmahan berlaku sama ada secara langsung mahu pun melalui tohmahan yang dikenakan kepada isteri-isteri Rasulullah SAW atau para Sahabat Rasulullah SAW dan juga melalui kritikan terhadap kesempurnaan risalah Rasulullah SAW. Khomeini merendah-rendahkan kedudukan Rasulullah SAW sebagaimana yang tersiar di dalam majalah Impact International (24 Ogos 1984) yang diterbitkan di London dan sebagainya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2003 04:30 PM | Show all posts
Originally posted by Mat Kampong at 2003-6-23 09:29 PM:
Itu semua rekaan..

Syaiyidina Ali r.a. telah menjadi Khalifah keempat dan anda berkata dia pernah menjadi saksi semasa peritiwa Fadak TETAPI kenapa beliau tidak mengambil kembali Tanah Fadak se ...



itulah takmau baca sejarah. Umar berikan semula Fadak kepada Imam Ali a.s pada waktu pemerintahannya. kalau benar "Kami para Nabi tidak meninggalkan warisan..." mengapa Umar memberikan semula Fadak kepada Imam Ali a.s? Kemudian uthman mengambil fadak dan membahagikannya kepada sanak saudaranya - kronism.... dan datang pemerintahan Imam Ali a.s, Fadak kembali semula, sebelum Muawiyyah merampasnya kemudian dan memenuhkan perut2 bani Umayyah dengan tanah milik keluarga Rasulullah saaw itu. Fadak diperebutkan dari setiap zaman ke zaman.... hasil buah tangan Abu bakar.


so sekalilagi soalannya,
mengapa, Abu Bakar menolak kesaksian Ahlul Bait a.s dan menerima kesaksian Jabir? Mengapa bersikap berat sebelah? Mengapa zalim?

I rest my case
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.186822 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list