kalau fasha bawak watak ni mesti meletop kan? Pengarah kalau dah amik nora danish jadi pelakon memnag risky la. Jarang cerita berat yang Nora Danish bawak meletop. Kecuali cerita ringan kelakar budak2 gitu. Fasha memnag pandai berlakon, idaman semua penerbit dan pengarah., Tapi dia bz nak buat cmno.. saya tak kan miss kalu fasha berlakon...
Nak nak kalau fasha bawak watak bertudung... sweettt sangattt...
kalau lgu ni jdi ost ceta dhia pun best juga kan, tp video yg I post tu ejaan Dhia dia as in Te'a, sepi2 pun tak ape kn? hehe.. well just wanted to share with u guys takde kena mengena dgn ost sebenarnya..hehe..
bila tgk Adi putra dalam trailer citer ni kat tv.. teringat kat gaya shah rukh khan ... gesture mereka agak sama, skg fesyen rambut adi, cermin mata hitam dan pakaian pon ada iras cam shah rukh khan ...hehehehehe
Bg aku, tak kisahlah sapa2 ygbwk watak tu... ND ke, Fasha ke, yg penting, dua2 tu muka cantik dan sedap mata memandang... Korang ni, citer tu blum disiarkan lg, dah kepoh2 tak suka ND lah...suka lg si fasha lah... Nilaikanlah dulu lakonan dia nanti.... suka betul aku tgk dia bertudung. Comel....
Yeayyy, aku hengat aku sorang je yang pk watak Elysa (Fasha Sandha) sama macam Natasya. Bosanlah tengok Fasha Sandha berlakon, suara dia tu nampak macam dibuat-buat. *mata ke atas, tangan di dada
Eh, orang cakap Johan tu anak Dato' sebab tu si Fasha Sandha dengan Izreen asyik berebutkan dia. Betul ke? Haha, tetibe teringat kes Fasha Sandha hamek tepon Johan main twitter dia. Lawak betul Fasha Sandha tu. Muka tak malu jugak ye~
Cinta dan simpati tiada ukurannya bagi Dhia (Nora Danish) yang berdiri antara dua lelaki sangan dikasihaninya. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila dia dicemburui Melly (Izreen Azminda) yang berasakan dirinya lebih anggun dan sesuai. Raffi (Irfan Roslan) dan Azmi (Ako Mustapha), dua lelaki berbeza daripada latar belakang.
Hanya memikul tugas sebagai kerani biasa, Azmi adalah anak seorang imam di kampung disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia sudah lama terpaut pada perwatakan Azmi, walaupun Raffi, jejaka daripada keluaranga berada mempunyai kelulusan dari universiti luar negara juga adalah teman rapat Dhia sejak kecil lagi.
Tergamam apabila melihat Azmi menjadi pilihan hati Dhia dan bakal melansungkan majlis pertunangan, Raffi yang baru pulang dari luar negara merenung keseorangan dalam kesedihan dan kekecewaan. Namun hatinya ikhlas menyintai Dhia, lalu Raffi mengambil keputusan redha dengan apa yang berlaku.
Melly mengambil kesempatan untuk mendekati Raffi dan menidurinya ketika dia dalam keadaan mabuk demi membuktikan perasaan cintanya. Tetapi jerat dipasang Melly memakan diri sendiri apabila Raffi tidak mengendahkannya. Melly juga mendapati bahawa dirinya sedang mengandungkan anak Raffi. Tertekan dan terdesak, Melly mengenakan Azmi.
Azmi dan Melly ditangkap khalwat penduduk kampung dan ditahan di balai polis. Sejurus mengetahui berita itu, hati Dhia bagaikan dipanah halilintar, mengenangkan majlis pertunangan mereka yang akan berlansung tidak lama lagi.
Namun, berkat ketabahan hatinya, Dhia mampu memaafkan Azmi dan majlis pertunangan tetap berlansung seperti dirancang. Namun, majlis pertunangan mereka diserang keluarga Melly yang ingin menuntut keadilan daripada Azmi. Mereka mahukan Azmi supaya bertanggungjawab atas perbuatannya sehingga Melly mengandung.
Sekali lagi Dhia diuji dan ujian kali ini bakal mengubah hidupnya sampai bila-bila. Azmi dan Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia yang hanya mampu mengalirkan air mata. Bagaikan pelangi selepas hujan, hidup Dhia didatangi Zikir (Adi Putra), seorang arkitek daripada sebuah firma di Kuala Lumpur. Zikir mempunyai seorang rakan baik bernama Fendi dan mereka bekerja di firma sama. Zikir sangat diminati Rose (Tasha Shilla) yang juga seorang pekerja di firma milik beliau.
Malang tidak berbau, Fendi meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang turut dialami Zikir ketika hendak pergi mengerjakan solat Jumaat. Zikir datang ke kampung halaman Fendi untuk majlis pengebumian yang terletak di Pulau Pinang dan ditemani isteri arwah Fendi, Suraya.
Ketika menjamah nasi lemak di sebuah gerai di kampung itu, Zikir terlihat Dhia. Mata bertentang mata, Zikir terpesona dengan keayuan Dhia. Kemanakah hala tuju Dhia setelah kehilangan Azmi dan apakah yang akan berlaku seterusnya di dalah hidup Zikir? Jangan lupa untuk menyaksikan kesudahannya dalam drama Tentang Dhia yang akan bersiaran sebanyak 26 episod dalam slot Akasia di TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7 malam bermula 9 November ini.