CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: along3746

Isu Lynas-Loji Lynas sedia beroperasi dalam tempoh tiga minggu- MCA Bantah Kilan

  [Copy link]
Post time 26-2-2012 10:05 PM | Show all posts
STOP LYNAS....{:4_237:}
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2012 10:23 PM | Show all posts



fahmi reza
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2012 10:51 PM | Show all posts
kalo laaa org PR wat camni kt Najib ape dorang ckp ehhh
kecimpret Post at 26-2-2012 21:27


Diaorang kutuk dan serang kereta CM Lim Guan Eng tapi pon tidak ditangkap. Amenoo dan Perkosa diatas Undang-Undang?
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2012 10:59 PM | Show all posts


samseng UMNO mendengki lagik
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2012 11:10 PM | Show all posts
kat penang sampai gado2 sebab geng beruk UMNO dtg buat kacau





Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2012 11:17 PM | Show all posts
Reply 105# an2toncit

muko sekor2....mcm makluk alien je....dah le bodo..rela diperbodohkan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-2-2012 11:19 PM | Show all posts
kesian pejue kerusi tak boleh serang kerusi
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2012 11:21 PM | Show all posts
dah pakar kata selamat...selamat laa...aduii camner lagi nak yakinkan manusia ni...
abgboroi Post at 26/2/2012 19:14



    tak boleh disalah kan org2 yg duduk di kawasan tu kerana menentang..mereka takut kes logi yg ber radio aktif dulu jadi lagi di tempat mereka...tambah2 lagi rekod kilang2 di milisia ni..atas kertas..buat itu ini..realiti nya semua hasil buangan di buang di tempat yg x sepatut nya..ko kena paham..apa kata ko pindah rumah..pi duk sana plak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2012 11:21 PM | Show all posts
kat penang sampai gado2 sebab geng beruk UMNO dtg buat kacau
an2toncit Post at 26-2-2012 23:10



    adakah depa ni pikir rakyat akan berterima kasih dgn peel samseng depa?
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2012 11:22 PM | Show all posts
kes logi radioaktif di perak tu..kesan radiasi dan kegagalan penjagaan nya menakut kan org ramai,boroi....
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2012 11:26 PM | Show all posts




pukul org...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2012 11:30 PM | Show all posts
mamat afro ni kene sepak telur lagi




polis tengok je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2012 11:42 PM | Show all posts


Himpunan Hijau di Pulau Pinang diganggu


Susan Loone & Leven Woon
9:16PM Feb 26, 2012




Semua Himpunan Hijau 2.0 yang diadakan di seluruh negara bagi membantah keputusan kerajaan membenarkan loji pemprosesan nadir bumi milik Lynas Advanced Material Plant (Lamp) beroperasi di Gebeng, Pahang berjalan lancar kecuali di Pulau Pinang.

Himpunan Hijau di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade itu dicemari apabila kira-kira 50 orang, termasuk pemimpin tempatan dari Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengganggu acara yang dijalankan itu.

Ketika acara itu dimulakan pada jam 6 petang, kumpulan itu mula menjerit kepada orang ramai yang berhimpun secara aman itu dan memberi amaran kepada mereka bahawa isu Lynas itu bukan "isu Pulau Pinang" dengan  melaungkan slogan "Hidup Umno", "Kami mahukan kebebasan" dan "Balik Kuantan (Kembali ke Kuantan)".

Kira-kira 500 penyokong Himpunan Hijau kemudian membalas dengan laungan "Hidup Rakyat”.

Selepas 15 minit berlalu keadaan semakin tegang, namun tidak ada kelibat polis dilaporkan memantau keadaan.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tiba kira-kira jam 6:30 petang dan berucap kepada hadirin bahawa Pakatan Rakyat berpendirian tegas bahawa tidak akan menyokong kilang penapisan nadir bumi bernilai RM700 juta yang dibina di Gebeng, dekat Kuantan itu kerana bahaya pencemaran bahan radioaktif.

Beliau juga menggesa rakyat yang hadir supaya tidak diperbodohkan dan digertak oleh kumpulan yang berkumpul berhampiran.
Wartawan dibelasah

Apabila mendengar nasihat Lim itu, kumpulan berkenaan terus mencaci Lim dan melemparkan kata-kata kesat ke atas setiausaha agung DAP itu. Para hadirin kemudian bertindak dengan mem-boo mereka.

Berikutan itu, Lim mula meninggalkan pentas dan menyertai orang ramai tetapi kumpulan itu mula mengasak para hadirin sehingga mengakibatkan berlakunya pertengkaran.

Menurut orang saksi, seorang wartawan dan seorang jurugambar sebuah akhbar berbahasa Cina cedera didakwa dipukul dengan topi keledar.

Mereka dikenal-pasti sebagai wartawan dan jurugambar akhbar Kwong Wah Jit Poh iaitu Andrew Chew, 29, dan Lee Hong Chun, 25, masing-masing cedera di bahagian badan dan kepala.

Mereka kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Pihak polis akhirnya tiba pada jam 7:15 malam dan menagarahkan orang ramai supaya bersurai.
Sementara itu, menurut laporan Benama, Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob berkata penganjur langsung tidak memaklumkan kepada polis mengenai acara itu sehingga berlaku kekecohan.

"Memang tidak memerlukan permit tetapi sepatutnya penganjur memaklumkan atau berunding dengan pihak polis berhubung perhimpunan berkenaan supaya polis dapat bersiap sedia atau menempatkan anggota di kawasan berkenaan bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku.

"Bila berlaku kekecohan, baru penganjur maklumkannya dan mereka juga cuba menyalahkan polis kerana lambat bertindak," katanya.

Tidak seperti Pulau Pinang, perhimpunan solidariti di bandar-bandar utama tempat lain berjalan dengan lancar.

Di BUKIT MERAH, Perak kira-kira 1,000 orang berkumpul di bekas tapak penapisan Asian Rare Earth (ARE) pada jam 11 pagi. Mereka berhimpun selama 90 minit untuk menunjukkan sokongan kepada rakan-rakan di Kuantan.

Penganjur perhimpunan itu Hew Yoon Tat, ketika dihubungi, berkata beliau memberikan ucapan pada majlis itu di mana beliau mengingatkan orang ramai bahawa kerja-kerja pembersihan terhadap projek yang terbelangkai itu sekarang masih berterusan dan menimbulkan bahaya.

Gunting rambut

"Kerajaan harus menguatkuasakan larangan menyeluruh terhadap kilang pemprosesan nadir bumi," katanya.

Di KUALA LUMPUR, kira-kira 500 orang berkumpul di hadapan pusat membeli-belah Maju Junction sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman dalam perhimpunan tiga jam.

Perhimpunan diadakan dalam suasana seolah-olah peserta sedang berpesta dengan mereka  menyanyikan lagu-lagu dan memaparkan sepanduk kepada kenderaan yang melalui jalan berkenaan. Bunyi hon sebagai menyokong perhimpunan itu menjadikan suasana sebegitu bising.

Selain daripada pertunjukan muzikal, sesetengah peserta juga menderma sebahagian kecil rambut mereka yang digunakan untuk mengeja perkataan "Hentikan Lynas, Selamatkan Malaysia" di kaki lima.

Di KUCHING, Sarawak, kira-kira 30 orang berhimpun di Taman Sahabat, Jalan Song. Bagaimanapun perhimpunan itu terpaksa dipendekkan kepada hanya 15 minit kerana hujan lebat.

Penganjur William Lee menarik perbandingan antara kilang Lynas dan kilang melebur aluminium di Balingian, Sarawak yang katanya telah menyebabkan beberapa tumbuhan sekitar lingkungan 3km mati.

Beliau memberi amaran bahawa perkara yang sama mungkin berlaku di Gebeng.

Terdapat juga laporan perhimpunan solidariti juga diadakan di Tawau, Kota Kinabalu, Sibu, Miri, Kluang dan juga sejauh Melbourne.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2012 11:43 PM | Show all posts
UMNO = Samseng
UMNO = Kurang Ajar
UMNO = x bertamadun
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2012 11:58 PM | Show all posts
abih laa...kesian UMNOoo...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2012 12:13 AM | Show all posts
Penganjur Perhimpunan Hijau 2.0 Di Pulau Pinang Tidak Maklum Kepada Polis


GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang kecewa dengan penganjur Perhimpunan Hijau 2.0 yang mengadakan perhimpunan di Sudut Pidato, Padang Kota di sini, Ahad, kerana mereka langsung tidak memaklumkan kepada polis mengenai acara itu sehingga berlaku kekecohan.

Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob berkata penganjur hanya memaklumkan kepada polis selepas berlaku kekecohan sehingga menyebabkan seorang wartawan dan seorang jurugambar sebuah akhbar berbahasa Cina cedera.

"Memang tidak memerlukan permit tetapi sepatutnya penganjur memaklumkan atau berunding dengan pihak polis berhubung perhimpunan berkenaan supaya polis dapat bersiap sedia atau menempatkan anggota di kawasan berkenaan bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku.

"Bila berlaku kekecohan, baru penganjur maklumkannya dan mereka juga cuba menyalahkan polis kerana lambat bertindak," katanya kepada Bernama di sini malam Ahad.

Perhimpunan Hijau 2.0 yang disertai hampir 1,000 orang itu bertukar kecoh apabila sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut hadir membantah perhimpunan yang berlangsung pada pukul 6 petang itu.

Kekecohan berlaku apabila lebih 50 anggota NGO termasuk sekumpulan lelaki bermotosikal menghampiri perhimpunan Hijau 2.0 yang membantah operasi kilang Lynas di Gebeng, Pahang, sehingga berlaku tolak-menolak.

Kejadian menjadi bertambah kecoh ketika Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang turut menghadiri perhimpunan itu naik ke pentas untuk berucap sehingga terpaksa dikawal beberapa pengawal bagi menghalang anggota NGO berkenaan menghampirinya.

Keadaan menjadi semakin tegang apabila kenderaan yang dinaiki Lim ketika hendak meninggalkan perhimpunan itu dihalang anggota NGO sehingga berlaku pergelutan antara mereka dengan peserta perhimpunan yang cuba membuka laluan kepada Ketua Menteri itu.

Dalam keadaan tegang itu, wartawan dan jurugambar akhbar Kwong Wah Jit Poh iaitu Andrew Chew, 29, dan Lee Hong Chun, 25, masing-masing cedera di bahagian badan dan kepala ketika sedang menjalankan tugas.Mereka kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Ayub berkata polis mengambil tindakan segera selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu dengan menghantar 40 pegawai serta anggota polis untuk mengawal keadaan dan bertindak segera menyuraikan pertembungan dua kumpulan itu bagi mengelak keadaan lebih teruk.

"Apa yang saya pelik kenapa penganjur perhimpunan di Kuantan,Pahang boleh berbincang dengan polis sebelum mengadakannya tetapi penganjur di Pulau Pinang tidak boleh berbuat demikian," katanya.

Katanya siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk menyiasat pihak yang bertanggungjawab mencederakan dua petugas media berkenaan. - BERNAMA


*NGO ape kejadahnyer kalau pakai baju ngan topi UMNo..
  siap bawa bendera lagi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2012 12:14 AM | Show all posts
sebenarnya perhimpunan di Penang tu dah 'clash' dengan speaker's corner , tiap2 minggu orang-orang UMNO memang dok kat situ.. kena booo selalu , tapi depa pi jugak . kebebasan bersuara....

http://bidaman.blogspot.com/2012 ... kekecohan-yang.html
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2012 12:19 AM | Show all posts
Demonstrasi Anti Lynas Langgar Syarat Himpunan


KUANTAN: Penganjur Himpunan Hijau 2.0 didapati tidak mematuhi syarat-syarat yang dipersetujui bagi mengadakan himpunan di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK4) di sini, Ahad kata Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner, Mohd Jasmani Yusoff.

Beliau berkata antara garis panduan yang telah dilanggar ialah beberapa kumpulan didapati berarak daripada tempat mereka berkumpul menuju ke padang MPK 4 bersama-sama pemimpin parti pembangkang, membawa kanak-kanak di bawah usia 15 tahun menyertai himpunan, memberi ucapan berbaur politik serta menjual dan mempamerkan pelekat serta sepanduk yang mengutuk kerajaan turut di bawa oleh peserta.

“Kami akan memanggil pihak penganjur dalam satu pertemuan bagi membincangkan mengenai syarat-syarat yang dilanggar.

“Dalam pertemuaan sebelum memberikan kelulusan untuk mengadakan himpunan, pihak penganjur telah bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Pada masa akan datang kami akan mengkaji semula kelulusan untuk membenarkan himpunan seperti ini, agar masalah yang sama tidak akan berulang,” katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Mohd Jasmani berkata pihak polis berjaya mengawal keadaan daripada sebarang kejadian tidak diingini.

“Piihak polis juga memberi kerjasama sepenuhnya termasuk tidak mengadakan sekatan jalan dan malah memberikan penunjuk arah ke padang MPK 4 kepada orang luar yang datang ke perhimpunan itu,” katanya.

Beliau berkata kira-kira 300 anggota polis termasuk pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) turut diletakkan di kawasan perhimpunan bagi mengawal keadaan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2012 12:26 AM | Show all posts
Pembangkang Perlu Bercakap Berasaskan Bukti Saintifikr Chua


KUALA LUMPUR: Pakatan Pembangkang PKR-DAP-PAS mestilah berasaskan fakta saintifik bila bercakap dan membantah pembukaan loji Lynas, dan bukan berbuat demikian semata-mata untuk mendapatkan "mileage" politik, kata presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Mengulas mengenai demonstrasi menentang loji Lynas di Kuantan pada Ahad, beliau berkata kerajaan berpegang pada (pandangan) Suruhanjaya Tenaga Atom Bangsa-bangsa Bersatu (UNAEC) yang diiktiraf di seluruh dunia.

"Kita bercakap berasaskan bukti saintifik. Jika Lynas memenuhi syarat (UNAEC), kita sokong. Jika tidak, kita bantah.

"Mereka (pembangkang) tak tahu langsung tentang nadir bumi. Mereka mahu eksploitasi isu untuk mileage politik," katanya kepada pemberita pada akhir sambutan ulang tahun ke-63 MCA di sini, Ahad.

Beliau menarik perhatian seorang pakar PAS yang malahan menggesa supaya loji itu dipantau dan jika mendapati ia memenuhi syarat, ia wajar diterima. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 12:36 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.100028 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list