CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maxim

Blogger Hazrey.com nak saman Mamat xsepah- latest pg29

[Copy link]
Post time 26-7-2012 01:08 PM | Show all posts
maxim posted on 26-7-2012 12:56 PM
iols bkn nk bekap prangai jep...tp jep tu mmg sejak dari mula ngan sepah lg dah bahankan muka si s ...


Because people laughed on the jokes..Apa yg keluar Dari mulut Jep mengata si Shuib ni, org Akan gelak. Sedih I that part Sebab Shuib x mampu nak melawan, dia senyum terkebil-kebil gitu & try to calm himself.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2012 01:11 PM | Show all posts
maxim posted on 26-7-2012 12:59 PM
Dikhabarkan Parah Kemalangan, Zed Zaidi Maafkan Semua


Mission Accomplished sebenarnya. Motif nak beritahu dia berlakon kembali.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 01:18 PM | Show all posts
maxim posted on 26-7-2012 01:07 PM
smpai ati..aku report kat mak hayam nnti

Mak hayam sibuk dgn rendang dia bulan2 pose ni. Ramai yg  'order k'... Ada masa ke dia nak melayan ko yg nak mereport bagai tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2012 01:22 PM | Show all posts
diana007 posted on 26-7-2012 01:08 PM
Because people laughed on the jokes..Apa yg keluar Dari mulut Jep mengata si Shuib ni, org Akan  ...

dah nk wat cemana...jep mmg lawak okeh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2012 01:22 PM | Show all posts
Lavender_Violet posted on 26-7-2012 01:18 PM
Mak hayam sibuk dgn rendang dia bulan2 pose ni. Ramai yg  'order k'... Ada masa ke dia nak melay ...

opcozzzzz
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 01:22 PM | Show all posts
eh forum ni dah berwajah baru ek?,,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2012 01:22 PM | Show all posts
zed zaidi tak komen apa2..ke
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 01:26 PM | Show all posts
pakwetizzaqyah posted on 26-7-2012 09:38 AM
mamat sepah tak hensem.. macamana fida boleh suke kat orng tk hensem cam die ni? adakah fida tu bodo ...

fida suka kat mamat ni dulu sbb dia tgk tandatangan mamat ni guna tulisan jawi. mim alif mim alif ta..

konon2 beriman laa tuh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2012 01:30 PM | Show all posts
maxim posted on 26-7-2012 01:22 PM
dah nk wat cemana...jep mmg lawak okeh

He is a good comedian, sekarang ni dua2 sama bagus. Dulu I x perasan sgt Shuib ni as a comedian, when I watched him in KkX, perlahan-lahan nampak dia dah selesa dgn pentas Karoot... Dah nampak taring si Shuib. Dah sebaik Tauke lah sekarang ni Shuib. Sekarang ni I tengok yg sama2 Dalam league yg kuat - Johan, Jep & Zizang.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 02:00 PM | Show all posts
CintaPink posted on 26-7-2012 01:26 PM
fida suka kat mamat ni dulu sbb dia tgk tandatangan mamat ni guna tulisan jawi. mim alif mim alif  ...

tuuu lah jgn pandang seseorg tuu pada tandatangan dia je
hati budi blm kenal lagi dh nk ajak bercinta,lps tuuu kecoh satu dunia....
retis zaman skr ni mmg mcm ni....non2 ado je....
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 02:03 PM | Show all posts
berok pong lagi hensem dari nate ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 02:10 PM | Show all posts
seronoknya mengutuk/mengata2 orang di bulan puasa ni ek.  tanpa sedar, orang yg mengutuk mamat tu sama je 2x5.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 02:14 PM | Show all posts
ms_relax posted on 26-7-2012 02:10 PM
seronoknya mengutuk/mengata2 orang di bulan puasa ni ek.  tanpa sedar, orang yg mengutuk mamat tu  ...

kan.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 02:21 PM | Show all posts
CintaPink posted on 26-7-2012 01:26 PM
fida suka kat mamat ni dulu sbb dia tgk tandatangan mamat ni guna tulisan jawi. mim alif mim alif  ...

terbukti kaum Hawa senang ditpu dengan ibadah si JANTAN walaupun DOSTA SEMATA MATA... harap awek2 melayu dan Islam cepat2lah TRASNFORMASI ke arah kekuatan IMAN hanya pada ALLAH... bukan lembek dek LAKONAN JANTAN yg TAK ENSEM tp TAMPAK BEREMAN...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 02:24 PM | Show all posts
rasa tak perlu nak diperbesar2kan..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 02:27 PM | Show all posts
pakwetizzaqyah posted on 26-7-2012 02:21 PM
terbukti kaum Hawa senang ditpu dengan ibadah si JANTAN walaupun DOSTA SEMATA MATA... harap awek2  ...

ramai plak yg balas komen aku nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2012 02:34 PM | Show all posts
Last edited by achik2009 on 26-7-2012 02:36 PM \n\nMamat Sepah: Saya Bukan Sengaja Kurang Ajar



KUALA LUMPUR, 26 JULAI 2012: Gara-gara tidak mengesahkan terlebih dulu berita yang mengatakan kononnya pelakon Zed Zaidi telah terlibat di dalam kemalangan, pelawak Mamat Sepah terpaksa menerima bahannya apabila ditempelak ramai pihak.

Ianya berlaku selepas Mamat Sepah memuat naik status serta foto mengenai pelakon Zed Zaidi yang juga Presiden Seniman di dalam akaun Twitter peribadi miliknya pada malam kelmarin (Selasa malam).

Berikutan itu, Mamat Sepah telah dihentam kerana tidak mengesahkan terlebih dahulu berita tersebut sebelum menyebarkannya berserta dengan foto yang sebenarnya merupakan salah satu adegan penggambaran untuk sebuah telefilem yang berjudul Hijrah Jahiliyyah.

Malah, Mamat Sepah terus dikecam kerana sikapnya yang dianggap tidak beradab ketika membalas kembali status Twitter daripada peminat dan pengikut dalam akaunnya, terutama sekali pemilik akaun Twitter bernama Hazrey yang telah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan pelawak tersebut.

Bagi mendapat penjelasan daripada Mamat mengenai tindakannya itu, portal murai.com.my telah menghubunginya sendiri pagi tadi. Dengan tenang, Mamat menjawab:

"Mengenai status dan foto tersebut, saya hanya copy terus daripada status BlackBerry Mesengger (BBM) yang dihantar seorang artis veteran ke dalam akaun Twitter saya. Saya melakukannya selepas mendapat kesahihan daripada artis tersebut pada lewat malam kelmarin.

"Selepas mengemas kini akaun Twitter saya itu,saya terus tidur dan apabila bangun sahur dan melihat kembali akaun Twitter saya, ramai yang membalas tweet saya itu dan memberitahu bahawa berita itu tidak benar.

"Saya ada meminta maaf kepada beberapa orang yang membalas Twitter saya di atas berita yang tidak benar itu.

"Namun, tidak semena-mena saya ditemplak terus dengan seorang yang menggelarkan dirinya sebagai wartawan bernama Hazrey yang memaki hamun saya kerana tidak mengesahkan berita itu terlebih dahulu sebelum menghantar status tweet tersebut," katanya.

Menurut Mamat , dia bersikap kurang ajar terhadap Hazrey kerana individu tersebut terlebih dahulu memulakan pergaduhan dengan mengeluarkan kata-kata yang tidak beradab.

"Hazrey memarahi saya kerana status saya dengan menyifatkan saya sebagai seorang artis yang bodoh. Siapa sahaja yang dimaki begitu, pasti akan melenting dan hilang sabar, begitu juga saya.

"Saya tidak mengenali Hazrey. Jika benar dia adalah wartawan, mana perginya etika sebagai wartawan? Mengapa saya dihukum sampai begitu sekali dengan kata-katanya yang tidak beradab?

"Jadi jangan salahkan saya kenapa saya boleh bersikap kurang ajar dan di luar kawalan di dalam laman Twitter itu. Saya harap Hazrey boleh datang sendiri meminta maaf kepada saya dengan tindakannya itu kerana terus-terang, sehingga kini saya tidak dapat memaafkannya lagi.

"Untuk tidak mahu kes ini berpanjangan, saya sudah pun menutup akuan Twitter termasuk laman sosial, Facebook," jelasnya lagi.

Bagi terus mendapatkan kesahihan berita tersebut, Mamat Sepah memberitahu dia terus menghubungi Zed Zaidi yang juga Presiden Seniman untuk bertanyakan mengenai hal itu serta meminta maaf di atas tindakan yang tidak disengajakannya itu.

"Saya sudah menghubungi Zed Zaidi dan meminta maaf pada dia kerana tidak sengaja menyebarkan berita palsu itu.

"Saya juga ada berbincang dengan Zed mengenai apa yang berlaku di Twitter. Zed Zaidi bagaimanapun tidak ambil hati kerana ramai yang turut tertipu dengan berita tersebut, lebih-lebih lagi setelah melihat fotonya itu," luahnya.

Mamat berharap, semua pihak faham dengan keadaannya dan meminta maaf dia atas keterlanjuran yang tidak disengajakannya itu.



Credits: murai.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 02:51 PM | Show all posts
Walaupun Mamat tak terangkan pada Murai.com, I already disliked earlier Hazrey.com punya statement. Mamat sudah minta maaf earlier pd Hazrey when this fellow tweeted him tapi dek kerana left and right provoke dia, manalah Mamat ni boleh tahan. Dalam Hal Gimmick ZZ ni, ZZ dapat publicity, Mamat dapat keji. Pity him!
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 02:59 PM | Show all posts
bagus la mamat dah explain mcm neh..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 03:00 PM | Show all posts
Jom kiter kecam Hazrey pulak.. LOL
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.218306 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list