CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] TH: tempoh menunggu haji 50 tahun! ibubapa daftarkan bayi

[Copy link]
 Author| Post time 29-11-2013 09:30 AM | Show all posts
KUALA LUMPUR 28 Nov. - Tempoh menunggu sehingga 50 tahun untuk menunaikan haji mendorong sebilangan ibu bapa terus mendaftarkan anak mereka dengan Tabung Haji apabila bayi mereka lahir.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) berkata, perkara itu tidak dapat dielakkan berikutan bilangan yang menunggu untuk menunaikan haji pada masa ini adalah seramai 1.3 juta orang.

"Kalau daftar hari ini, tempoh menunggunya adalah 50 tahun, oleh itu ada ibu bapa yang anak mereka lahir, mereka terus mendaftar untuk haji," katanya ketika menjawab soalan tambahan Che Mohamad Zulkifly Jusoh (BN-Setiu) dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Che Mohamad bertanyakan sama ada jumlah kuota haji dari Malaysia dapat ditambah berikutan tempoh menunggu haji yang terlalu lama.

Dalam soalan asalnya, Che Mohamad bertanyakan bilangan jemaah Haji Malaysia untuk 2013 dan adakah keutamaan diberikan kepada golongan warga emas.

Menurut Jamil Khir, jumlah kuota haji tertakluk kepada kerajaan Arab Saudi yang mana kuota setiap negara adalah 0.1 peratus dari penduduk beragama Islam di sesebuah negara, namun Malaysia mendapat keistimewaan kerana diambil kira berdasarkan jumlah keseluruhan penduduk.

Katanya, jumlah jemaah haji Malaysia untuk tahun ini ialah 21,960 orang dan pengurangan sebanyak 20 peratus telah ditetapkan Arab Saudi kepada kuota setiap negara bagi memudahkan kerja-kerja penambahbaikan kawasan di sekitar Masjidil Haram.

Jelas beliau, dari segi pecahan usia, golongan berusia 50 hingga 59 tahun adalah seramai 8,689 orang iaitu 40 peratus, golongan berusia 60 hingga 69 tahun seramai 5,575 orang (25 peratus) dan golongan berumur 40 hingga 49 orang adalah 4,604 orang (21 peratus)

Jamil Khir memberitahu, Tabung Haji memberi keutamaan kepada warga emas terutama 14,000 orang berusia 75 tahun ke atas yang berada dalam senarai menunggu.

Berhubung soalan tambahan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN-Kepala Batas) yang bertanyakan pelepasan mengerjakan haji buat kali kedua untuk mengiringi ibu yang uzur atau isteri lebih daripada satu, Jamil Khir berkata, Tabung Haji mempunyai budi bicara untuk perkara itu.

Katanya, dari segi dasar, sesiapa yang telah menunaikan haji perlu menunggu tempoh selama lima tahun untuk mendaftar haji sekali lagi, namun keutamaan akan tetap diberikan kepada yang pertama kali menunaikan haji.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2013 09:42 AM | Show all posts
alhamdulilah dah daftar 3-3 orang anak yang dijadualkan pada tahun 2066..ai ngan hubby kalo diizinkan tahun 2038..tapi harap2 boleh awal dari tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.043691 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list