CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: silentwinner

Johan menang saman RM satu juta

[Copy link]
Post time 8-1-2014 10:07 AM | Show all posts
waaa....1 jutaaaaaaaa...

kaya kaya kaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2014 10:10 AM | Show all posts
kaya la johannn. 1 juta tue.. goyang kaki la kat umah huhu
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 10:25 AM | Show all posts
lps ni johan kena terus berdisiplin...anggap ini adalah satu pengajaran....
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 10:33 AM | Show all posts
Menang saman tapi quantum belum tahu lagi...silap2 kurang daripada tu. Apa2hal mmeang ada duit masuk la...heheh
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm dh lama jek kes nie.. wahh bertambah la koleksi bag bini dia.. rezeki dia
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 11:04 AM | Show all posts
tahniah laaa atas rezeki kurniaan Nya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2014 11:08 AM | Show all posts
takdenya dpt sejuta
dapat 10% dari tu pun dah lebih dr syukur dah
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 11:44 AM | Show all posts
parut bernilai Rm1juta...huhhhh...berbaloiiii...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2014 11:49 AM | Show all posts
bayieng posted on 7-1-2014 10:18 PM
belom tentu dpt Rm1 juta tu. so unlikely. Court baru nk assess n decide bape jumlah Javed ni kena ba ...

bayieng. ramai dah salah faham ingat satu juta terus tu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 11:54 AM | Show all posts
ape pun...mmg rezeki Johan. kebenaran akan terserlah.

Juara tu production company yg sama nk saman Ellie Suriyati tu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 11:56 AM | Show all posts
Ni cerita dari side Johan.. aku copy dari NARA. info asal dari BH.

“Pada 10 Mei lalu kira-kira jam 7.30 malam, saya dapat panggilan telefon memaklumkan ibu saya sudah meninggal dunia. Saya minta habiskan dulu babak pada malam itu sebelum saya pulang ke Kuala Lumpur. Namun, Javed buat keputusan menamatkan penggambaran pada malam itu dan sambung semula keesokan hari.

“Alhamdulillah, saya sempat menyempurnakan jenazah arwah ibu dan semalaman saya tidak berpeluang melelapkan mata. Javed memaklumkan kepada saya, apabila saya dalam perjalanan ke Seremban keesokan hari, telefon dia, namun panggilan yang dibuat tiada jawapan. Saya dan Ozlynn dah sampai ke lokasi, babak malam yang dibuat di sebuah rumah. Tapi, tak ada siapa pun di situ.
“Sementara menunggu kru lain yang masih on-call, saya dan isteri tidur dulu dalam kereta, maklum sajalah kepenatan, semalaman tak tidur. Namun, anak pemilik rumah berkenaan, ketuk cermin kereta dan meminta kami supaya tidur saja dalam rumah mereka. Akhirnya seorang kru mengejutkan kami, memaklumkan pengarah nak jumpa bincang pasal skrip.

“Namun, saya dan Ozlynn tertidur semula dan sekali lagi kru berkenaan mengejutkan kami 30 minit kemudian, memaklumkan pengarah dah tunggu lama. Saya yang dalam keadaan ‘mamai’ terus ke restoran yang terletak tidak jauh dari rumah berkenaan. Saya terus duduk depan Javed. Namun, saya diarahkan bertukar tempat secara kasar.

‘Dua tumbukan ke muka saya’

“Seorang kru yang mendakwa dirinya Pengurus Produksi mengetuk tangan saya, dia terus tanya ‘kau nak lama ke sekejap dalam industri ni?’ Tak ada langsung bincang pasal skrip. Jawapan saya, ‘apa hal ni?’ Dia tanya lagi, ‘aku tanya, jawablah…’ saya pun balas ‘apa pasal?’ Ketika itulah Javed memaki hamun saya, dia ambil gelas dah terus baling ke muka saya!

Namun, menerusi laporan Harian Metro terbitan 26 Mei lalu, Javed mendakwa kecederaan di muka Johan bukan disebabkan terkena balingan gelas sebaliknya serpihan kaca yang terpelanting akibat dihempas pengarah berkenaan yang berang dengan sikap pelawak dan pengacara itu.
“Kalau sekadar terkena serpihan kaca yang terpelanting, takkan dalam lukanya… Saya bertemu wartawan hari ini lengkap bersama bukti bergambar. Luka ini bukan disebabkan serpihan kaca. Javed membaling gelas tepat mengenai muka saya. Ketika itu darah dah memancut keluar. Dalam masa sama, Ozlynn menekup luka di dahi saya. Javed pula dah baling meja, manakala Ozlynn cuba menghalang diri saya daripada terus dikasari.

“Ketika itulah isteri saya ditendang! Saya cuba mempertahankannya, manakala dua tumbukan pula singgah di muka saya. Kami akhirnya sempat menyelamatkan diri dengan bantuan orang ramai,” kata Johan menceritakan kedudukan perkara sebenar.

Nafi cium isteri di set

Berdasarkan e-mel yang dikirim Javed kepada wakil SENIMAN, selain mendakwa Johan tidak berdisiplin gara-gara kelewatan yang melampau sehingga mengganggu penggambaran, dia juga menyelar sikap pelawak berkenaan kerana tidak ada kesedaran sivik apabila tidak menghormati persekitaran lokasi dengan aksi berpelukan dan bercium dengan isterinya di set penggambaran iaitu di rumah orang Islam!

“Memang isteri memeluk saya apabila saya menerima perkhabaran ibu sudah meninggal dunia. Tapi, saya tak nafikan, saya sering memeluk dan mencium isteri saya, namun bukannya di set penggambaran.
“Apa yang didakwanya tidak pernah berlaku di lokasi! Mengenai dakwaan saya lewat melampau, ingin saya jelaskan, saya baru saja memulakan penggambaran bersama produksi berkenaan selama dua hari.

Hari pertama, babak malam, saya sampai 7.30 malam, hari belum gelap. Hari kedua, saya tiba pagi, set tak siap lagi. Saya pula bukan untuk babak pertama, dia perlu buat penggambaran babak orang lain dulu. Justeru, bagaimana pula Javed mendakwa saya lewat?,” soal Johan kembali.

Pada masa sama, Johan turut menafikan segala isi kandungan e-mel dikirim Javed kepada wakil SENIMAN yang mendakwanya dengan pelbagai tuduhan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 12:10 PM | Show all posts
LEWAT KERJA PUN DAPAT 1 JUTA...AKU PERGI KERJA AWAL DPT 1 RIBU JER SEBULAN
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 12:18 PM | Show all posts
bertambah rezeki johan skrg nih... nak sikit boleh hehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 12:27 PM | Show all posts
mak Johan dah meninggal ke..
rasa macam ada tgk gambar je kat i.g dorg hrtu..
ke ada mak angkat/mak tiri

Johan ni baik dgn anak, bini, anak tiri
Mgkin sbb tu rezeki murah

Berbaiklah sesama family uols
mana tau esok lusa kita pulok dpt 2juta..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 12:35 PM | Show all posts
jaja4 posted on 8-1-2014 11:56 AM
Ni cerita dari side Johan.. aku copy dari NARA. info asal dari BH.

“Pada 10 Mei lalu kira-kira j ...

serpihan terpelanting pun Javed, lu tetap cuai...

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 12:42 PM | Show all posts
satu juta tu beb... pergh!!! patut la xde kat era minggu ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2014 01:24 PM | Show all posts
perghhhh...murah rezeki dia...
pokcik kayoooo...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 01:45 PM | Show all posts
mmg dpt satu juta ke? pakcik kayo!!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 01:56 PM | Show all posts
murah rezeki johan...kalau aku kaya hari hari hari raya...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 02:44 PM | Show all posts
jepp posted on 8-1-2014 12:27 PM
mak Johan dah meninggal ke..
rasa macam ada tgk gambar je kat i.g dorg hrtu..
ke ada mak angkat/ma ...

Kan..
mak yg mn pulak neh?


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 03:44 PM GMT+8 , Processed in 0.074627 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list