|
Aku tak nampak pun kau pertikai hak memilih.
Yang aku paham, kau pertikai rambut sebagai aurat. Dan kau nak suruh orang pilih ikut apa yang kau paham. Kau paham bahawa orang arab dulu tak tutup rambut, jadi khimar tu bukan tutup rambut. Juga, apa yang kau pertikai pun samar-samar. Kau pertikai aurat wanita ke, atau tudung kepala? Betis dan tangan macamana pulak?
Orang lain paham nya lain. Orang lain paham khimar tu tutup kepala kecuali muka dan hendaklah dilabuhkan ke dada. Itu lah kefahaman kita orang, dan ia adalah kefahaman yang berkesinambungan dari zaman Rasullullah.
Dari pemahaman aku dan dari apa yang aku belajar, rambut, tengkok, dan lain-lain anggota wanita kecuali muka dan tapak tangan adalah aurat. Wajib di tutup. |
|
|
|
|
|
|
|
Saudara Ibnur, kalau saudara tak mau baca postings saya tak mengapa...tapi jangan pulak letak benda-benda yang saudara fikir sebagai pemikiran saya. Macamana nak berhujah kalau macam tu?
Saudara kata:
>>>Aku tak nampak pun kau pertikai hak memilih.
Tapi saya ada tulis dalam postings lepas2
(i) Di akhirat nanti kita yang bertanggungjawab pada perbuatan kita... dan kita tidak boleh menyalahkan orang lain kerana kita sudah diberi kebolehan memilih (free will)..
(ii) Mana ada dude... aku jantan, racer jantan....yang dipertikai hak wanita untuk memilih sendiri dari bukti yang ada... aku tak pernah kata WAJIB pakai tudung atau TAK WAJIB pakai tudung....itu bukan hak aku...itu hak seorang wanita untuk memilih sendiri...
(iii) NOta: apa pendapat wanita sebenarnya tentang isu ini? kerana yang sering saya baca adalah pendapat kaum lelaki, dan saya tidak tahu bagaimana kaum lelaki mempunyai hak untuk menentukan dengan secara detail hukan-hakam untuk kaum wanita... dan jika kaum wanita menerima, apakah penerimaan itu kerana mereka terpengaruh dengan autoriti dan propaganda penafsir awal? Lebih tepat lagi, apakah titik sifar yang digunakan oleh kaum wanita untuk menerima atau menolak soal ini?
(iv) Saya tak pertikai hak kaum wanita untuk memakai tudung atau tidak (in fact saya pertikai hak lelaki nak tentukan hukum-hakam kaum wanita)... apa yang saya pertikaikan ialah: apakah keputusan dibuat atas pemilihan sendiri (macam saudari) atau kerana menurut sahaja...
(v) Selalunya bila kita kaji secara keseluruhan sistem 'Islam' ini kita boleh lihat ada ketidseimbangan pada pengunaan kuasa (power relations/execution) yang sepatutnya mendorong kita mempersoalkan hal-hal lain... tapi entahlah, ketaksuban pada otoriti menyebabkan pemikiran kita terhenti pada tahap-tahap tertentu sahaja..
(vi) Apa yang saya rasa jarang diperjelaskan dalam pengajaran Islam ialah konsep Free Will, atau kebebasan memilih yang diberi kepada manusia... (saya pernah baca sekali lalu debat antara Al-Ghazzali dan filosuf zaman dia - masa tu ada diperbincangkan tetapi lepas tu jarang sekali...) jadi ada manusia yang meletakkan tanggungjawab ini kepada orang lain (kerana tidak tahu dan tidak mahu mengambil tahu), dan ada juga yang mengambil kesempatan daripada kejahilan orang (dan juga kesempatan daripada kuasa yang dipegang) untuk kepentingannya sendiri...
*****
Hmmm... apa sebenarnya tujuan saudara ni?
M- |
|
|
|
|
|
|
|
Berapa lama kau ajar kucing kau bercakap? Atau kucing kau ajar kau mengiau?
Originally posted by marquez at 17-12-2003 02:05 PM:
Saudara Ibnur, kalau saudara tak mau baca postings saya tak mengapa...tapi jangan pulak letak benda-benda yang saudara fikir sebagai pemikiran saya. Macamana nak berhujah kalau macam tu?
Saudara kata:
>>>Aku tak nampak pun kau pertikai hak memilih.
Tapi saya ada tulis dalam postings lepas2
(i) Di akhirat nanti kita yang bertanggungjawab pada perbuatan kita... dan kita tidak boleh menyalahkan orang lain kerana kita sudah diberi kebolehan memilih (free will)..
(ii) Mana ada dude... aku jantan, racer jantan....yang dipertikai hak wanita untuk memilih sendiri dari bukti yang ada... aku tak pernah kata WAJIB pakai tudung atau TAK WAJIB pakai tudung....itu bukan hak aku...itu hak seorang wanita untuk memilih sendiri...
(iii) NOta: apa pendapat wanita sebenarnya tentang isu ini? kerana yang sering saya baca adalah pendapat kaum lelaki, dan saya tidak tahu bagaimana kaum lelaki mempunyai hak untuk menentukan dengan secara detail hukan-hakam untuk kaum wanita... dan jika kaum wanita menerima, apakah penerimaan itu kerana mereka terpengaruh dengan autoriti dan propaganda penafsir awal? Lebih tepat lagi, apakah titik sifar yang digunakan oleh kaum wanita untuk menerima atau menolak soal ini?
(iv) Saya tak pertikai hak kaum wanita untuk memakai tudung atau tidak (in fact saya pertikai hak lelaki nak tentukan hukum-hakam kaum wanita)... apa yang saya pertikaikan ialah: apakah keputusan dibuat atas pemilihan sendiri (macam saudari) atau kerana menurut sahaja...
(v) Selalunya bila kita kaji secara keseluruhan sistem 'Islam' ini kita boleh lihat ada ketidseimbangan pada pengunaan kuasa (power relations/execution) yang sepatutnya mendorong kita mempersoalkan hal-hal lain... tapi entahlah, ketaksuban pada otoriti menyebabkan pemikiran kita terhenti pada tahap-tahap tertentu sahaja..
(vi) Apa yang saya rasa jarang diperjelaskan dalam pengajaran Islam ialah konsep Free Will, atau kebebasan memilih yang diberi kepada manusia... (saya pernah baca sekali lalu debat antara Al-Ghazzali dan filosuf zaman dia - masa tu ada diperbincangkan tetapi lepas tu jarang sekali...) jadi ada manusia yang meletakkan tanggungjawab ini kepada orang lain (kerana tidak tahu dan tidak mahu mengambil tahu), dan ada juga yang mengambil kesempatan daripada kejahilan orang (dan juga kesempatan daripada kuasa yang dipegang) untuk kepentingannya sendiri...
*****
Hmmm... apa sebenarnya tujuan saudara ni?
M-
Point kau yang ke (vi) - Mungkin kau yang ambil kesempatan ke atas orang lain?
Di akhirat nanti kita yang bertanggungjawab pada perbuatan kita... dan kita tidak boleh menyalahkan orang lain kerana kita sudah diberi kebolehan memilih (free will)..
Bukan itu saja dek, kau bertanggungjawab atas apa yang kau beritahu orang dan apa kesan cakap kau tu pada orang lain.
Jangan pandang rendah pada orang tua yang mengajar kat surau, mesjid, atau SAR. Kita pun nanti tua, tapi tua kita tak berisi.
Jadi sebenarnya kau bukan cerita pasal tudung atau aurat wanita. Pada pandangan aku, kau mempertikaikan fatwa-fatwa tertentu yang telah ada dalam Islam sebelum kau atau datuk nenek kau dilahirkan.
Tujuan aku..... tak paham lagi ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Dek racer,
Kalau betul-betul nak investigate, bukan di internet. Lepas maghrib ada kuliah kau tanya la ustad atau ustazah habis-habisan. Atau kelas fardhu ain hujung minggu. Kau orang tanya betol-betol kat sana, bukan pertikai kat internet yang kau pun tak kenal siapa aku dan aku tak kenal siapa kau. |
|
|
|
|
|
|
|
walau apapun, aku tetap sokong pendapat ibnur,,punca orang islam tak maju ke depan dalam bidang apapun contoh cam gini lah..mempertikai kan APA YANG TELAH DITERIMA OLEH SEBAHAGIAN BESAR ULAMAK..ade je pihak yang mempertikaikan..
tak bolehkah umat islam bersatu dan cari jalan camne nak kalahkan orang kafir, tak kira dari segi apapun ekonomi ke, senjata, politik, dll??
dalam hal hak kebebasan dan hak sama rata wanita dan lelaki sekalipun pun, sekarang ni di usa dan uk, perkara ni di akui banyak merosakan sistem famili di sana (penceraian contohnya).......kita pulak nak ambil pendekatan barat, yang sekarang ni nampaknya dikaji semula oleh mereka dan ada tanda tanda setengah dari mereka kembali kepada asal, iaitu mirip kepada ciri islam ato pun value nenek moyang depa..
so cut all the crap please.. |
|
|
|
|
|
|
|
dek racer,
Mempertikai dan berdiskusi itu berbeza. FORUM ni bukan tempat menentukan fatwa. Bila kita berforum dan dapati bahawa terdapat perkara-perkara yang perlu dirujuk ke orang yang lebih pandai, elok lah la pergi rujuk. Ini soal ugama, soal macamana kita di akhirat. Jangan nanti menyesal sebab nak ikut pendapat sendiri.
Dek Racer cari le dalam Quran yang mengatakan di akhirat nanti manusia akan berbantah-bantah. Maksudnya bertengkar menyalahkan antara satu sama lain. Itu Allah bagitau. Jangan nanti kita berterkam antara satu sama lain dan cakap "kenapa kau tak bagitau aku sebenar-benarnya". |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by racerX at 18-12-2003 09:55 AM:
Wah wah wahhh. Itu sebabnya Islam mundur ye? Jadi tak de lah, misalnya, kes ulama bertekak antara satu sama lain pasal Islam siapa yang lebih Islamik ye? Kita-kita ni je lah yang salahnya.
Entah ...
Jangan dok memperkecilkan orang yang bagi ceramah. Kita belum tentu bagus atau pandai dari dia. Mana kau tau ceramah dia isu sama aje? Kau ada pergi tiap hari ke? Berapa kali seminggu kau pergi kuliah? Ceramah benda sama mungkin kerana orang masih buat dosa yang sama. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by racerX at 2003-12-18 09:59 AM:
Encik Ibnur, kau tak pernah terfikir ke, ayat Quran dimana Allah kata, kalau orang Islam membelakangkan apa yang Allah turunkan, maka Allah akan ganti kaum ini, and it will not be us?
Kau tak te ...
Nak kena ganti dengan submitters ke?
Tak terpikir kau apa yang jadi kat Rashid. Mati sebelum sempat menyiapkan kitab terjemahannya. Pernahkah ada Rasul wafat sebelum menyiapkan kerjanya? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by racerX at 18-12-2003 10:08 AM:
Yang ni aku betul tak faham. Hari tu molek je pada aku orang kat dalam forum ni berdialog, masing-masing bagi hujah. Tak de pun yang paksa yang lagi satu terima apa dia kata. Masing-masing ada horm ...
Are you talking to me? Takkan baru dgn ibnur yang dah tua kerepot ni pon tak boleh tahan? Saya tak paksa, tapi kalau cara awak pertikai tu memperkecilkan orang, memang saya tibai.
Jadi apa point awak bila cakap pasal ceramah? |
|
|
|
|
|
|
|
Dek racerx,
Kenapa perlu delete posting?
Walaupun kita tak sependapat, tapi posting kau tu tak peru didelete. Orang ain nak baca jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
>>>Jangan pandang rendah pada orang tua yang mengajar kat surau, mesjid, atau SAR. Kita pun nanti tua, tapi tua kita tak berisi
Tak tau apa nak cakaplah, tak nak baca postings orang pas tu buat memacam kesimpulan... saudara Ibnur, lepas ni saya ignore je saudara punya postings boleh kan?
>>>Takkan baru dgn ibnur yang dah tua kerepot ni pon tak boleh tahan?
Bukannya tak leh tahan saudara, cuma saya rasa dia tak faham dengan sikap saudara, yang tak mahu membaca postings orang (dan bila salah tak nak ngaku pulak) lepas tu buat pelbagai cerita aneh-aneh ...dan bila orang tanya tak pernah nak beri jawapan... cemana nak berdiskas saudara? Maaflah, tapi saya kena kata, macam bercakap ngan dinding, apa pekdahnya?
Where got the road bak kata orang kampung aku...
Semoga berbahgia ke anak cucu...
M-
[ Last edited by marquez on 18-12-2003 at 10:47 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by marquez at 18-12-2003 10:42 AM:
>>>Jangan pandang rendah pada orang tua yang mengajar kat surau, mesjid, atau SAR. Kita pun nanti tua, tapi tua kita tak berisi
Tak tau apa nak cakaplah, tak nak baca postings orang pa ...
Ignore? Kau cakap on behalf of racerx ke? Apa dia cakap tadi? |
|
|
|
|
|
|
|
Saya cakap on behalf of diri saya sedara... sedara buat tuduhan melulu (ingatan untuk saudara, ini tuduhannya: :aku tak nampak pun kau pertikai hak memilih) kemudian biila terbukti tuduhan saudara tu palsu, buat ngokkkkk je...
Ini postings terakhir saya on the subject... karang sedara-sedara mod bagi tangan ke bawah lak...
M- |
|
|
|
|
|
|
|
?????? Takkan nak blah pulak. Ini cuma ibnur la, bukan Datuk Mufti. Kau orang dibenarkan memalukan, membelasah atau apa-apa dengan aku. Dan aku dibenarkan buat yang sama.
Ni aku nak sambung jugak....
Kau kata aku tak baca, jadi....
... aku tak pernah kata WAJIB pakai tudung atau TAK WAJIB pakai tudung....itu bukan hak aku...itu hak seorang wanita untuk memilih sendiri...
Tapi kau cuba suruh orang buat pilihan ikut kau. Macam di bawah:
Tetapi penggunaan 'head cover' bukanlah, common, di banyak negara - jadi jika kita fahami Islam sebagai bersifat universal dan boleh digunapakai di mana sahaja, tidakkah itu bermakna di tempat-tempat di mana 'head cover' bukanlah kelaziman (atau sesuatu yang menonjolkan perbezaan) adalah lebih baik kita berpegang pada penggunaan (1)?
Sampai kata orang nak jadi tuhan...
Biasanya perbincangan tentang tudung, reramai orang nak jadi Tuhan (label apa lagi patut digunakan bila pandangan seseorang dianggap sebagai sesuatu yang universal), nak kata ini haram itu ... perbincangan seperti ini, pada pendapat saya tidak akan ke mana... sebabnya...alah obvious sangatlah kata orang kampung Seberang...
Kau pertikai ulamak-ulamak, tapi bila orang bantai kau, kau kata orang tak baca la, ikut membuta la, tak buat pilihan la.
Tak terpikir ke kau yang kau mungkin salah?
Apakah ustad-ustad, ustazah-ustazah, tuan mufti, tuan imam tuan Imam itu boleh dipersalahkan di Akhirat kelak jika di sana mereka dibuktikan bersalah? Saudara tentu tahu tiada siapa di dunia ini yang sempurna, dan sebagai manusia, kita tidak boleh lari dari melakukan kesalahan...
Memang betul aku tak nampak kau pertikai hak memilih. Kau lebih kepada mempertikaikan fatwa dan hukum yang telah sedia ada. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by racerX at 18-12-2003 11:14 AM:
Kalau boleh izinkan aku pinjam sesuatu yang Encik Ibnur tulis tadi:
"Lepas maghrib ada kuliah kau tanya la ustad atau ustazah habis-habisan. Atau kelas fardhu ain hujung minggu. Kau orang ...
Alhamdulillah, nanti boleh la kita kongsi ilmu. |
|
|
|
|
|
|
|
>>>>Kau kata aku tak baca, jadi...
Jadi betullah tak baca? Sekarang ni bila dah letak kat muka baru nak mengaku...macamana ni?
>>>Tapi kau cuba suruh orang buat pilihan ikut kau. Macam di bawah
Bila pulak bagi pendapat tu maknanya SURUH? Bukankah saya sudah kata manusia mempunyai kemampuan memilih. Kenapa saya nak suruh pulak? Saudara pakai kamus apa? Tolonglah saudara, jangan memalukan diri dengan tuduhan-tuduhan yang tak logik macam ni....
>>>Kau pertikai ulamak-ulamak, tapi bila orang bantai kau, kau kata orang tak baca la, ikut membuta la, tak buat pilihan la.
Yang saya kata SAUDARA TAK BACA. SAUDARA BACA TAK? Kalau saudara tengok perbincangan saya dengan saudari Antique tak pernah pulak saya tuduh beliau tak baca SEBAB BELIAU BACA DAHULU SEBELUM MEMBUAT KESIMPULAN!
>>>tapi bila orang bantai kau
On a lighter note... bantai? aduhai... kalau logik tonggang terbalik macam kapal karam kat selat melaka ni buat kena gelak je saudara Ibnur...(ooi angkuhnya aku.....heheheh, jangan marah yeee nanti kena jual.....)
>>>Tak terpikir ke kau yang kau mungkin salah?
Bila pulak saya kata saya ni tak mungkin salah? Kan saya dah kata manusia tak boleh lari dari kesalahan termasuklah Imam, Ustaz, Tok Guru, Sufi dan sebagainya. APA SAUDARA MENUDUH SAYA NI BUKAN MANUSIA KE? Mana peradaban perbincangan sebagai orang Islam saudara? ATAU SEKALI LAGI SAUDARA TAK BACA?????
>>>kau lebih kepada mempertikaikan fatwa dan hukum yang telah sedia ada.
Habis tu tak boleh ke? Apakah hukum dan fatwa yang datang dari PENDAPAT manusia itu TIDAK BOLEH DIPERTIKAI? Macamana boleh jadi Mahzab, macamana boleh ada Syiah Suni kalau memang ada SATU saja pendapat yang benar? Atau pada saudara HANYA apa yang saudara ikut sahaja KEBENARAN sejati dan tak boleh dipertikai?
Labu...labu... saya rasa macam saudara ni buak jenaka pulak... dengan menuduh tanpa usul periksa, dengan tak baca sebelum buat kesimpulan... April Fool ke nih?
M- |
|
|
|
|
|
|
|
Saya sedih bila lihat ada lagi tajuk macam ni untuk diperbincangkan, malah bukan untuk diperbincangkan tapi lebih kepada 'dipertikaikan'.. dan saya bertambah sedih bila lihat ada orang jahil nampak macam berilmu.. tapi sebenarnya tak cukup syarat.. dan berasa bertambah2 sedih lagi ada orang jahil rasa dia dah cukup alim.. mempertikaikan pendapat ulama muktabar.. atas dasar dan alasan 'penafsiran baru' dan 'setiap orang berhak membuat penafsiran sendiri' dan macam2 lagi yang sewaktu dengannya..
bagi saya.. forum ini hanyalah untuk bertukar pendapat dan memberikan nasihat sahaja.. internet ni sekadar sumber tambahan yang mudah, bukan sumber asas.. tapi nak mendalami ilmu agama.. kena check dulu siapa yang memberi.. alim ke? bertaqwa ke? ataupun.. jahil berlagak alim? atau tidak bertaqwa lantas mengeluarkan 'fatwa' berdasarkan akal dan hawa nafsu?
Perbezaan pendapat dibenarkan dalam Islam.. tapi dalam perkara apa? yang dah jelas atau tak? yang qat'ie atau zhanni? dan adakah sesuka hati kita sahaja 'mentafsir' tanpa cukup syarat dan 'dhawabit'? dan adakah para ulama dahulu 'sengaja' berselisih pendapat? dan apakah yang menyebabkan mereka berbeza pendapat?
Zaman sekarang banyak cerdik pandai.. pasal nak dapat PhD atau master dalam bidang agama makin hari makin senang.. tapi adakah kita tahu betapa payahnya para ulama dahulu bersusah payah hendak menjadi alim? Dan adakah kita tahu ramai yang ada phD tapi tak alim? dan alim tapi tak ada phD? Title phD atau master itu hanyalah gelaran ijazah bagi keluaran sistem universiti.. dan sistem universiti mustahil melahirkan ulama. Ulama besar yang ada sekarang ini bukan hanya ada master/phd, tapi sebelum itu mereka dah khatam quran/hadis melalui sistem pondok/halaqah masjid (kalau sistem universiti pelajar takkan khatam walaupun satu jilid kitab melalui menghadiri kuliah dalam satu semester!). Dan sesungguhnya mereka ini memang 'cair' dalam bahasa Arab.
Saya bagi contoh dalam soal tudung ini, ulama dulu sangat cerdik dan bijak serta mempunyai hati yang bersih dan bertaqwa, tak perlu check kamus apa erti khimar, apa erti hijab, terus baca ayat quran dan hadis, sudah faham apa yang telah dikehendaki Allah dan Rasul-Nya!
Tentang lelaki banyak salah tafsir sampai 'menzalimi' wanita.. saya anggap ini merupakan satu fitnah yang sangat besar kepada para ulama. Saya anggap orang yang membuat fitnah sebegitu rupa tidak kenal ulama, apatah lagi hafal tarikh wafatnya!
Fatwa outdated? Masya-Allah! Benarkah wujud fatwa outdated? Apakah sebenarnya yang jadi 'expired' fatwa tu? Sementara atau selamanya? Adakah semua perkara boleh berubah ikut masa dan tempat? Bagaimana ia dilakukan? Atau main hentam kromo je?
Nabi sebut dalam satu hadis tentang ilmu ini dicabut dengan matinya para ulama, nak menunjukkan betapa pentingnya berguru secara 'live' dengan para ulama walaupun mereka meninggalkan beribu2 jilid kitab setelah mereka mati!
Satu je yang saya sangat setuju dengan Astora Jebat, kalau nak bincang pasal agama dengan orang profesional lagi susah daripada orang bidang agama, sebab yang bidang profesional ni tadi rasa dia dah banyak ilmu agama setelah dah dapat sijil/diploma dalam bidang pengajian Islam! Jadi, nak memahamkan orang profesional ni memang payah sebab dia sendiri memang tak paham tapi berlagak faham! Subhanallah!
Bende ni senang je.. kalau nak tanya pasal sains, tanyela saintis, kalau nak tanya pasal agama tanyela ulama, kan senang je? Yang jadi sesat tu bila seorang doktor keluar fatwa dan ulama pulak merawat pesakit! :stp:
Semoga sedikit sebanyak saya dapat memberikan sumbangan untuk Islam dan para ulama yang ikhlas, taqwa, dipercayai.. agar segala bentuk memperlekeh, memperkecil, merendah ilmu dan kedudukan mereka ini dihapuskan.
Wallahu a'lam. Saya mengalu-alukan pandangan Ibnur dan yang sewaktu dengannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya lagi sedih bila Tuhan dah anugerahkan akal, tapi orang Islam tak mahu menggunakannya...
Saya sedih bila ada golongan manusia dianggap tak boleh salah dan tak boleh ditegur
Saya sedih kerana ada yang tak sedar bahawa agama itu bukan milik satu golongan sahaja tetapi milik semua.
Saya sedih kerana ada orang yang membaca tapi tak berusaha untuk memahami, tapi tergedik-gedik nak menghukum.
Saya sedih kerana umat Islam hariini fikir Islam itu terikat dengan ilmu tafisir sahaja sedangkan bijak pandai dahulu menguasai pelbagai bidang ilmu
Saya sedih dengan sifat elitis ramai umat Islam sedangkan Islam itu untuk semua orang
Benda ni senang aje, Tuhan bagi akal dan kebolehan memilih: gunakanlah.
Semoga pandangan yang sempit dan memundurkan Islam dapat dihapuskan.
Wallahu a'lam. Saya mengalu-alukan pandangan sesiapa sahaja.
M-
[ Last edited by marquez on 20-12-2003 at 05:06 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|