hzln posted on 30-3-2014 06:11 PM
frasa "baca boleh percaya jangan" adalah satu disclaimer bila mana kita nak berkongsi dgn orang hal ...
hanya kerana dia ustaz sekolah pondok dia ingat dia kasap kot
dan melayu2 ni tengok dia ostab terus share kulu kilr
aku tepek menda alah ni baru kurang skit like sana like sini
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-36 yang bersidang pada 15 Dec 1994 telah membincangkan Mimpi Dari Perspektif Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa: - Mimpi seorang nabi dan rasul adalah wahyu yang menjadi hukum adalah benar.
- Mimpi orang ramai di zaman Rasulullah S.A.W. seperti melihat Baginda dalam tidur menyamai melihat Rasulullah S.A.W. dalam masa jaga adalah khusus di zaman semasa Baginda masih hidup.
- Mimpi orang Islam selepas wafat Rasulullah S.A.W. maka ia akan berjumpa di akhirat nanti dan akan mendapat syafaat Rasulullah S.A.W.
- Mimpi orang Islam ada tiga peringkat, peringkat pertama bisikan jiwa, yang kedua godaan syaitan dan yang ketiga ialah mimpi khabar gembira dari Allah S.W.T. Mimpi orang bukan Islam adalah ditolak.
- Mimpi orang awam bukan hujah terhadap satu hukum atau berita atau satu kenyataan.
|