|
[SERAM BEST] [Siri Mari Tidur Bukak Lampu] #551 The Apprentice [F] - Pg:23 15/5
[Copy link]
|
|
Jc,jangan ko postpone ke 13 Dec 2016 pulak ya |
|
|
|
|
|
|
|
Harap2 cter yg diupdate cerita benarlah bkn dongengan semata2 |
|
|
|
|
|
|
|
Owh dh 12.10 am,jc xupdate lg
Hancur punah harapan ku |
|
|
|
|
|
|
|
TITLE: Mean Girl 2 [F]
TEMPAT: Various Places
LAIN2: Cons from Mean Girl 2 [12]
[QUICK RECAP]
Previously on Mean Girl 2: Bacelah link ni untuk recap.. Or boleh ke #1 post ini thread untuk whole link.
[Dreaming is just a waste of time]
Malam tu hujan renyai2, Haji Mujib 200 yg biasenye kalau dalam Vitara kesayangannye dipandu mcm orang x semenggah kali ni lebih berhati2.. Bukan sebab iklan PSA yg baru dia tengok tapi di tgh mengekori seseorang.. Kalau kete depan drive 100km/j, Haji Mujib drive 100km/j.. Kalau depan drive 20km/j dia drive 20km/j, kalau depan naik bumper, Haji Mujib berenti tepi kejap, then di haryaknye bumper berkenaan sebab nak kejar kete.. Kalau depan masuk gaung, Haji Mujib yassin kan kat tepi gaung.. Begitu berhati2 Haji Mujib memandu malam ni..
/* Flashback */
Dalam pale dia teringat ape dah jadik dekat Kiera.. Dalam 2-3 bulan Kiera berubah, makin suram, makin murung.. Puas dia berubat dari hari ke hari, makin lama makin teruk.. Dari selera makan yg mengalahkan Jin yg kene rasuk Jin (read: 2 kali penyurupan) sampai ke selera mandi yg mengalahkan Jin kene rasuk ummah Norway (read: mandi 7 hari sekali).. Sesak dada Haji Mujib, maybe sebab masalah kronik yg melanda diri Kiera or maybe bau badan Kiera yg mengalahkan 12 orang pak ereb baru balik futsal didalam lif yg patutnye 10 org je boleh naik..
Hari ke hari, anak menantunya; Han, makin x peduli keadaan bininya.. Mula2 hilang ber-jam2 lepas maghrib, bila tanye xnak jawap, bila di marah di cakapnye pegi bank, jadah bank ape bukak malam2 selain mesin ATM, dia cucuk duit ke main game kat ATM tu mcm nepal and the gang kalau cucuk duit (note: demmit kau nepal, cucuk sorang2 x bley ke? berapa banyak kali tokey ko nak ajar cara cucuk duit? kat nepal xde ATM ke?) ? Bile di lempang laju2 Hans pengsan, terus x bercakap.. Nak buat camne? I would like to tanya, kalau you yg kena? what will you do ? what will you do ?
Kiera punya masalah ni mmg pelik, air mandi xboleh, air minum x boleh, baca ayat al quran di ignore nya.. Kusut Haji Mujib.. Mcm2 cara Haji Mujib buat, dari TGTGBNU (read: tok guru tok guru baru nak up) sampailah Grand Maester Tok Guru.. End result dia hanyalah gelengan kepala.. Samada menjawap benda ni dah xboleh nak ubat or dia dah berakar dalam hati Kiera.. Semua pelik, nak kata Jin penyurupan, xdelah pulak Kiera berlagak mcm org kene rasuk.. Nak kate saka, kebun Haji Mujib elok je warthog2 berkeluarga langgar, even pada satu malam tu tgh Haji Mujib jaga kebun dia lori pasir langgar pagar kebun, main SMS kate driver lori tu bila selipar Jepun Haji Mujib tercucuk kat lubang hidung driver tue.. Saka jenis ape yg x membantu tu.. Even di cerita kan hal si Laina, sume cakap nak jumpa Laina dulu baru boleh ambik langkah seterusnya.. Laina ?? Jangan kan kate Haji Mujib, mak bapak dia sendiri xtau mane anak dia pergi.. Bak kate pepatah, siape yg menemukan Laina? Siapa yg menemukan Laina silalah hubungi mak dan ayah Laina kerana mereka sangat merindui beliau..
Haji Mujib ambik keputusan contact Grand Maester United Mujib Brotherhood Cawangan Nusantara (abbv: UMBro. Cawangan Nusantara NO PENDAFTARAN :- GK0103-L) iaitu Tok Guru Haji Mujib sendiri untuk deal dengan anaknya.. Maka, terbanglah seorang insan yg namanya mmg sekali baca mmg boleh menang title the most indonesian name ever.. Nama beliau adalah Cahaya Rezki Bulan RabiulAwal anak Obenkend dan Wulandari Hijabista atau Haji Mujib senang memanggil beliau Haji Muso.. Then, 2 hari lepas tu Haji Musa terbang ke Malaysia menaiki Garuda.. Bukan burung yer kawan2 seperti kisah2 mistik lain, tapi pesawat terbang kok (read: aeroplane) yg bercopkan burung..
/* End of Flashback */
BONNNNN BONNNNNN BONNNNNN (sfx: hon lori)
Kereta Haji Mujib dan lori terberhenti mengejut bila nyaris2 bertembung.. Then, seorang gentleman berbulu dada kerinting keluar dari lori yg hampir melintang di tengah jalan dgn perasan "wadayeljustapen?" (read: narakka jenis ape yg sedang berlaku)..
Driver Lori: HOIIII, Kamjad!!! Ko bute ke bute masuk lane aku ni? Nak aku jotos (read: luku) kepale laju2 ke nak aku sula lubang telinga dgn jek tayar ni ?
Jerit driver lori gentleman yg mempunyai accessories di hidungnya yg menbentuk seakan2 selipar yg digunakan untuk ke tandas.. Haji Mujib keluarkan separuh badan dari tingkap sambil menghayun2 tangan kekiri kekanan tanda "Blah lah woi, aku tengah tailgate suspek ni!!".. Nampak je Haji Mujib, driver lori tu terus mengelupur umpama lipas naik balik atas seat lori dan screetch pergi dgn sepantas kilat.. Nasib kereta yg di ekori Haji Mujib masih di hadapan.. Haji Mujib meneruskan pemanduan berhati2 beliau sambil tailgate kete dihadapannya..
[S.P.E.C.I.A.L]
/* Flashback */
Di Airport, Haji Mujib jemput Tok Guru beliau yg bernama Cahaya Rezki Bulan RabiulAwal anak Obenkend dan Wulandari Hijabista (note: tengs sebab baca nama indah ni 2 kali) @ Haji Muso..
Haji Mujib: (jerit) Haji!!!!!!!!!!
Haji Muso: (jerit balik) Haji!!!!!!!!!!
mereka berpeluk2 sambil berulang2 menyebut Haji, haji, haji, haji.. Bertepuk2 belakang badan mereka berdua.. Keadaan itu berlarutan sampailah petugas airport tegur..
Petugas Airport: Pakcik, setakat yg saya baca dalam kitab Tasawuf Riyadhus Shalihin, naik Haji di Mekah pak cik, bukan disini..
Haji Mujib: Sebelum kepale ko melekat dekat propeler Airbus A330 yg nak pi Chennai kejap lagi, baik ko diam dari berkata2!!!
Haji Muso: Gyahahahaha!!! Keren Haji, Masih mantop lelucon-nya!! Gyahahahahaha!!!
Haji Mujib: Bwahahahahaha!!! Masih!!!
Haji Muso: Udah lama ngak nonggol lagi ni Aji..
Haji Mujib: SHTAPPPP Haji Muso!!! Haji cakap bahasa malaysia boleh x? Citer Mean Girl ni nak cepat abis, kang JC kene study bahasa indon 13hb tahun depan pun entah ending ke idak ni karang..
Haji Muso: Baiklah.. Gyahahahaha !!!
Haji Mujib: Bwahahahahaha !!!
Oleh itu, perbualan Haji Muso akan direkodkan di cerita ini dalam bahasa melayu moden walaupun bahasenye agak pekat di telinga orang lain pada ketika itu.. Sampai di rumah, Haji Mujib bawak Tok Guru nya masuk ke dalam and perkenalkan kat Kiera.. Haji Muso senyum kat Kiera.. Di telitinya Kiera in investigative way possible.. Di kerut2 dahi nya.. Dia geleng kepala..
Haji Muso: Ape ko buat untuk anak ko Haji ?
Haji Mujib: Yang biase2 je..
Haji Muso: Yang luar biase?
Haji Mujib terdiam..
Haji Muso: (gelak tawar trademark beliau) Gyahahahahaha yg sedikit tawar~~~
Haji Muso duduk di kerusi sambil Ummi dgn sepantas kilat meletakkan air Kopi Kapal Api dihadapan beliau.. Haji Muso mula berbual2 kosong dgn Ummi.. Sekali2 anak mata dia di tuju pada Kiera yg start x tentu hala.. Kadang2 perbualan tertumpu pada Kiera..
Haji Muso: Mana laki dia ? dah berapa bulan membuyung ?
Belum sempat Haji Mujib nak reply, semacam dapat jawapan yg ditanya, terus Haji Muso tukar tajuk perbualan kosong.. Mmg ni teknik Tok Guru dia, sambil sembang sambil siasat apa yg tgh terjadik.. Then, Haji Muso bangun dan terus keluar.. Haji Mujib ikut Haji Muso..
Haji Mujib: So, macam mana Haji ?
Haji Muso: (mengeluh kecik) Susah mcm ni.. Anak ko ada amal apa2 ilmu?
Haji Mujib: Ilmu mcm mana?
Haji Muso: Kecantikan ke? Pendinding ke? Andaman ke? Astrofizik ke?
Haji Mujib geleng kepala..
Haji Muso: Ni gaya mcm mengamal ni Haji.. Macam ada isi-nya.. Siapa Laina ?
Haji Mujib terdiam, dia x pernah beritau Haji Muso pasal Laina, tetibe orang tua ni sebut nama anak angkat kesayangan dia yg no.1 tue.. Disebab Haji Mujib ada 1 je anak angkat, jadik Laina no.1 la kan, dia juga boleh jadik nombor last.. Haji Muso ni bukan calang2 orang nya, ilmunya tinggi dan agak pelik.. Kebanyakan orang dari seberang Nusantara ni ilmu xde batasan bak kata Haji Mujib, batasannya hanyalah akal fikiran.. Maybe cabaran lebih tinggi, in Malaysia, kalau di sini pertapaan tu habis2 kuat di jumpa nya harimau or gajah or sometimes Siti Nordiana mengegar vaganza di tengah2 hutan (read: pengalaman mistik ).. Meanwhile in seberang, selain krokodail dan bangkai lori pasir, mungkin penampakan pakcik merokok (read: Reng Tua Malem) dan Tuan Anas Mikhail versi angker (read: Gendrowo) berserta 38 lagi jenis mahkluk ternama di sana.. (note: Seriously, aku google top hantu di Indonesia, derang pergi list hampat puloh yg top.. Hagak2 lah top 40.. Ko ingat countdown lagu hujung tahun ke apa? 10 dah la..) Itu pun ada di reportkan Gendrowo pun dah upgrade digoda-nya lelaki pulak, ape kes ? Pening bapak2 di Kementrian Makhluk Aneh dan Mistik cari dan tarbiahkan Reng2 Malam utk berubah ke nikotin patch dan Gendrowo2 supaya kembali ke pangkal jalan, or rahim or whatever.. And kalau ilmu mencari orang hilang, berapa besar hutan kene scan di Malaysia? 40 ekar? 50 ekar? Meanwhile in tanah seberang, 400-500 ekar nak carik orang tu berebut2 Tok-Tok Guru buat Invoice masuk tender.. Berbalik kepada Laina, bak kata pepatah, kuih apa yg tengahnya haram di makan ? Kepale hotak hang kuih-muih, sekali lagi, siapa yg menemukan Laina silalah hubungi mak dan ayah Laina kerana mereka sangat merindui beliau..
Haji Muso duduk di atas pangkin Haji Mujib, terus dia pejamkan mata.. Haji Mujib setia menanti di hadapan Haji Muso..
10 minit berlalu.. Haji Muso masih memejamkan mata..
15 minit berlalu.. Still tutup mata..
20 minit berlalu.. Mata Haji Muso terbukak, muka Haji Mujib seinci jauh dari Haji Muso merenung beliau..
Haji Muso: Ko buat apa ni Haji ? Gendrowo in Civil Union ke ape ni?
Haji Mujib: Apa ko nampak Haji ?
Haji Muso: Nampak apa ?
Haji Mujib: Ko scan Laina nampak ke dia kat mana?
Haji Muso: Owhh, ko suruh aku scan Laina ke ?
Haji Mujib: Abis Haji tengah buat apa?
Haji Muso: Ngorok.. Asar lambat lagi..
/* End of Flashback */
[When you cried I'd wipe away all of your tears]
Kereta yg diekori Haji Mujib park di hadapan sebuah kedai makan.. Haji Mujib cepat2 parking dari jauh.. Dari kereta tue, turun lelaki yg agak segak bergaya dan masuk ke kedai.. Masa pun berlalu.. Dekat 30 minit Haji Mujib tunggu, x keluar2 dari kedai makan lelaki ini.. Haji Mujib pun turun dari Vitara-nya and dgn pergerakan kaki sesenyap James Bond, Haji Mujib berjaya merapati pintu masuk kedai tersebut sambil diperhati ketat oleh beberapa keluarga kerana aktiviti yg mencurigakan.. Ada sorang budak berumur 3 tahun plak hampir sesak pernafasan bila mulutnya ditutup rapat oleh ibunya akibat nangis tanpa henti melihat aktiviti pakcik berumur hampir 20 kali ganda umurnya menyamar Batman di khalayak ramai..
Haji Mujib jenguk ke dalam mencari2 lelaki yg diekori nya.. Dan di satu sudut di tengah meja, bersinar2 heppi lelaki tu duduk tegak.. Kali ni, Haji Mujib tenang masuk ke dalam kedai dan terus duduk di meja yg agak jauh dari lelaki tu.. Semua gerak geri dan perbuatan lelaki tu xterlepas dari pandangan dia.. Haji Mujib berbisik dalam hati..
Haji Mujib: Apalah ko buat kat sini Hans??
/* Flashback */
Maghrib dah nak dekat, Haji Muso yg ter-obedos tidur pun bangun terus solat Asar.. Haji Mujib kat dalam rumah dgn aktiviti biasa beliau, baca ayat quran kat depan Kiera yg tidur nyenyak.. Lepas solat, Haji Muso datang dekat Haji Mujib..
Haji Muso: Ko buat ape tu Haji?
Haji Mujib: Adalah baca al quran sikit, kalau x buat mcm ni, habis nasik makan malam dibedalnye anak aku..
Haji Muso membelek2 Kiera..
Haji Mujib: Aku dah habis akal dgn anak aku ni Haji.. Xtau nak buat ape..
Haji Muso bangun tiba-tiba.. Terus dia masuk ke dalam bilik Kiera.. 5 minit dalam bilik Kiera Haji Muso keluar sambil pegang sekeping kertas.. Disua kertas tu pada Haji Mujib.. Sekilas Haji Mujib baca, terus muka dia berubah.. Di goncang badan Kiera dgn kuat.. Dalam keadaan Kiera mamai, ditempik Haji Mujib..
Haji Mujib: (jerit) Ape benda ni Kiera ???!!!!
Dalam keadaan mamai, Kiera bangun.. Muka dia pucat bila ternampak kertas yg Haji Mujib pegang.. Cuba dirampasnya.. Haji Mujib mengoyang2kan kertas tu mengelak dari tangan Kiera.. Suara Kiera keras..
Kiera: (jerit) Bagi balik!!! Bagi balik!!!
Haji Mujib berkeras.. X dibagi kertas tu dekat Kiera..
Haji Mujib: Sape kasik ko bende ni !!??
Kiera dah start meronta2, dia bangun and meronta2 lagi cuba rampas kertas tu.. Haji Mujib berkeras x nak kasik.. Kertas di tangan Haji Mujib tu berisi ayat2 pemujaan, bukanlah satu benda yg boleh di buat main..
Haji Mujib: (marah) SAPE KASIK KO BENDE NI!!!!
Kiera sure, mcm mana pun dia lawan, ayah dia yg degil ni x kan mengalah jugak.. Kiera duduk sambil menahan air mata..
Kiera: (suara kecik) Laina..
Menyirap darah Haji Mujib, di sepaknye sofa.. Haji Muso tenang duduk sambil mengelak sofa yg berterbangan di ruang tamu..
Haji Mujib: Berapa lama ko amalkan benda ni?
Kiera: Sejak mengandung..
Haji Mujib makin menganas, kali ni dia buat helikopter kick ke arah angin.. Nak dibuatnya ke arah Kiera x boleh, anak dia, pregnant.. Baru sekarang dia sedar watak Ryu itu sebenarnya di buat berdasarkan ayah dia..
Haji Mujib: (geram) Kenapa????
Kiera: Laina kata.. kalau Kiera x amalkan ayat ni, dia nak datang ambik baby..
Haji Mujib: Kenapa ??
Kiera: Laina kata.. cara kawal benda ni cuma boleh dgn mcm ni..
Haji Mujib: Kau tau apa kau dah buat?
Kiera: Laina kata..
Haji Mujib: Kalau Laina kata ko masuk neraka? ko nak masuk neraka!!!!!
Kiera diam..
Haji Mujib duduk, nak menanges dia dgn masalah yg dihadapi nya sekarang.. Anak dia pulak pegang Adiba Knowles.. Haji Mujib lemah pandang Haji Muso.. Haji Muso gelengkan kepala.. Dia bangun dan pegang dahi Kiera.. Haji Muso pun jalan ke Haji Mujib..
Haji Muso: Ni ilmu hitam si Rutoyo ni Haji, aku tau dia kat mana sekarang..
Haji Muso terus keluar dari rumah.. Haji Mujib pandang Kiera, nak dilempang karang water broke, nak di Shoryuken kan anak dia, nak di hadoken kan karang nampak x logik benau cerite ni.. Di genggam nye kertas tu dan terus dia keluar.. Kiera cuba kejar and perkara last dia nampak ialah Haji Mujib bakar kertas permujaan tu pakai lighter nya di hadapan rumah.. Menjerit2 Kiera sampai satu ketika dia diam sebab pengsan..
/* End of Flashback */
[Say something I'm giving up on you]
Puas Haji Mujib tunggu Hans.. Dekat satu jam, Hans duduk tegak sorang2 di meja, sekali2 dia memandang ke luar.. Mcm menunggu seseorang.. Haji Mujib bangun, dia duduk depan Hans and tepuk meja..
Haji Mujib: Hans!! Ko buat apa ni?
Hans cuba alih anak mata.. Haji Mujib tenung Hans.. Then, Hans bukak mulut..
Hans: Ayah, Saya tunggu orang..
Haji Mujib: Sape?
Hans pause.. bukan sehari dua dia mcm ni, dah dekat berminggu-minggu, maybe makan bulan.. Jadual harian dia, pukul 7 lebih akan keluar dari rumah and pergi ke restaurant yg sama, duduk di meja yg sama, tempat yg sama.. Well, unless kalau ada customer duduk kat meja tu, dia akau duduk meja lain.. Dia akan menunggu sampailah ke satu masa and bila orang yg di tunggu x datang, dia akan balik.. Esok dia akan tunggu lagi dan lagi dan lagi..
Haji Mujib: Sape yg kau tunggu?
Hans: Saya tunggu Laina ayah..
Haji Mujib terus naik angin bila dengar nama tu, dia bangun dan tanpa banyak cakap terus heret Hans keluar dari restaurant..
/* Flashback */
2 minggu sejak Haji Muso keluar dari rumah Haji Mujib dan terus hilang.. Jangankan telefon, Instagram Haji Muso yg selalu update gambar makanan pun dan lama menyepi.. Sejak Haji Mujib bakar kertas ayat tu, kekaucauan terus automatically stop.. Kiera makin sihat dan kembali normal mcm dulu.. Haji Mujib lega, anak dia dah boleh makan dgn normal.. Tiada lagi beras 10 kg 3 hari habis.. Dia boleh mandi dgn normal samada air penawar or air mandian.. No more Coco Mademoiselle Eau de Parfum semerbak di rumah Haji Mujib.. Bagilah air minuman apa jenis pun Kiera boleh minum.. no more bau mr clean + febreze di seluruh pelusuk rumah Haji Mujib dek kerana membersihkan muntah Kiera.. Semua normal, semua happy.. Kecuali satu lagi benda yg melekat mcm dulu.. Perangai Hans.. Still keluar rumah maghrib dan lewat malam baru balik..
Hari-hari Kiera tanya Hans, mana dia pergi, kenapa dia buat mcm tu.. Hans tetap x jawap.. Dia meluru keluar.. Dia x gaduh, tapi hari2 Kiera bersedih.. And sebagai ayah, Haji Mujib rasa sedih jugak dgn bende yg tgh jadik.. So, dia tekad malam ni dia nak ikut Hans pergi mana untuk siasat.. Semua preparation dah siap, tinggal tunggu Hans and waktu malam je tiba.. Haji Mujib duduk di atas pangkin lepas sarapan pagi.. Di keluarkan rokok dari baju, diletakkan di bibir.. Baru je dia nak nyalakan api rokok, Kiera menjerit panggil namanya..
Kiera: (jerit) AYAHHHHHHHHH!!!!!
Haji Mujib lari masuk rumah terus ke bilik Kiera.. Kiera yg duduk atas katil sambil menghulurkan ke-dua belah tangan menunjukkan lengan dekat Haji Mujib... Bintik2 merah kecik naik dekat sume bahagian lengan.. Haji Mujib panik, di selaknye belakang baju Kiera.. Penuh belakang badan dia dgn bintik2 merah.. Bertambah panik Haji Mujib..
Haji Mujib: Ummi!!! Siapkan barang2, kita bawak Kiera ke hospital!!
Tengah2 sibuk Haji Mujib dan Ummi siapkan barang2 dengar suara Kiera terbelahak dalam bilik.. Haji Mujib lari masuk bilik and Kiera dah muntah darah.. Haji Mujib xcakap banyak, di angkatnya Kiera terus masuk ke dalam Vitara.. Terus meluru ke hospital.. Ummi duduk di belakang sambil pangku Kiera yg x habis2 lagi muntah darah.. Bau iron (read: darah) Vitara Haji Mujib.. Keadaan bertambah panik bila badan Kiera mengigil2 dengan dashyat and Haji Mujib dengar Ummi menjerit..
Ummi: Ayahnya!!! Kiera dah biru!!!!!
/* End of Flashback */
[Finale]
bg music: background piano playing.. deng deng deng deng din deng
man singing: pernah berfikir tuk pergi... dan terlintas tinggalkan kau sendiriiiiii~~~
Hans meronta2 nak lepaskan diri.. Haji Mujib pegang tangan Hans kuat2 and terus heret Hans ke Vitara dia.. Bukan dekat dia park dgn kedai tu, tailgate kekdahnye.. Tapi peduli apa dia, di heret lagi Hans.. Makin kuat Hans meronta2.. Haji Mujib baca something and raup muka Hans, maybe personal issue or Hans adalah lelaki, raupan ke muka Hans agak kasar berbanding raupan ke muka Kiera or Laina.. Hans terperanjat.. Muka dia terus berubah.. Haji Mujib tolak Hans masuk ke tempat duduk penumpang and terus masuk ke tempat duduk pemandu..
man singing: sempat ingin sudahi sampaiiiii di siniiiiii~~~~ coba lari dari kenyataan tapi ... ku tak bisaaaaaa
Hans diam and termenung.. Haji Mujib terus start kereta and go.. Dalam 5 minit suasana sunyi, Hans tiba2 cakap separa menjerit..
Hans: Kiera!!! Kieraa!!! Ayah, Kiera mana??!!
man singing: jauhhhhhhh.. jauhhhhh.. dari muuu!!!
Haji Mujib diam.. Dia terus je bawak Vitara dia menuju ke destinasi.. Hans resah, dia start menangis..
Hans: (sobbing) Ayah!! Kiera mana ??
man singing with high pitch: KU TAK BISAAAAAAAAAAA!!! JAUHHHH!!! JAUHHHH!!! DARI MUUUUUUUUU!!!!!
bg musix: guitar solo~~~
/* Writer's Note */
Kisah Mean Girl ni adalah kisah 2 orang perempuan.. Satu bernama Kiera, satu bernama Laina.. Kiera yg blur selalu mengalami penampakan and Laina yg agak sharp tapi penampakan selalu terjadi dekat orang sekeliling.. Kiera ada seorang ayah yg agak periang dan hyper mcm budak 2 tahun.. Laina ada ayah yg serious dan skillfull dalam aksi memandu.. 2 girls, different world dan different lifestyle.. If one of them x dilahirkan, maybe cerita ni xkan terjadi.. even if Kiera kurang blur sikit je, cerita ni xkan terjadi or if Laina.. if Laina didn't do anything she have done, this will not happen.. Tapi, itu sume if, "if" yg besar..
Well, it hard to finish this chapter/story and character sgtlah dekat dgn aku.. Setahun.. Yup, setahun aku ambik nak tulis last chapter ni.. Sorry pada pembaca.. It just this story even perencah dia mmg terlebih kaw, but it something that truly happen.. It's a taboo utk cerita kisah ni amongst whomever yg tau, sakit dia even dah berpuluh tahun terjadi, luka masih x sembuh lagi di hati.. Slowly, aku, JC, mengucapkan terima kasih kepada yg sudi membaca cerita ni.. Thanks
/* End of Writer's Note */
Haji Mujib berhentikan kereta di satu kawasan yg sememangnya boleh buat sesiapa saje mengalami keketaran lutut termasuk Hans.. Tambahan lagi malam yg mcm xde satu angin, buat jantung Hans skip beberapa beats.. Haji Mujib turun dari kereta and 3 pemuda yg xdikenali Hans menyuluh lampu picit kearah mereka..
WXP1: Haji ?? Buat apa malam2 datang ni? Nak check kami ke ?
Haji Mujib: Xde lah, saje je datang dgn suami Kiera..
WXP1: Huh? Dia ada ke ?
Haji Mujib: Korang dah makan ke? Xperlah pakcik ganti korang, pergi lah beli makan dulu..
WXP2: Terima Kasih lah Haji, kami pun lapar ni.. Lagi sejam kitorang datang balik..
Haji Mujib: Xperlah, pergi lama sikit pun xper.. Pakcik jaga..
WXP1: Okay, anak perempuan sulong, mengandung anak sulong.. memang x elok kubur dibiar x berpenjaga mcm ni.. Kami beransur dulu ye.. Apa2 Haji call kami je la..
Hans turun dari kereta.. Kaki dia lemah melangkah.. Kiera~~~
man singing: sabar sabar aku cuba saaaabar... sadar sadar seharusnya kita sadarrrrrrr!!! kau dan aku tercipta tak boleh berpisaaaaaaaaaaaaaaahhhh
permandangan gelap... man continue singing on slower tempo: Dan tak bisaaa.. jauhhh~~ jaaaauhhh dari muuuuuu... credit rolls
-- SHELESHAI --
[AFTERMATH]
Maybe on the next post.. Thanks you all.. Siri Mari Tidur Bukak Lampu.. 13hb Disember 2015 = genap 2 tahun berada di forum cari.. Thanks for all the support and love.. Korang sume rock!! Lagi rock dari rodney johnson!!! yeahhhhhh!!!!!
[LEGEND]
WXP = Watak x penting, malas nak pikir MBLBNS (read: Macam biasa la bukan nama sebenar)
bg music = background music..
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
jahat kan JC ni..
esok aku akan tukar title thread ni.. have fun baca update..
|
|
|
|
|
|
|
|
Tiba tiba si laina kasi puja puja dekat kiera? Perghh. Habis jugak laaa apa pun nampak dah si JC dah gaul the whole story tetiba ter-rewind kisah kisah dalam mean girls. So after all, laina nya menghilang ke mana? Kiera dah al-fatihah.. kenapa tetiba jaa hati ni kuat mengatakan laina dah lama meninggal dah mereput dah mayat dia dan dia jadi jembalang jahat yang menggantikan tempat si adiba knowless? |
|
|
|
|
|
|
|
JokesCop replied at 13-12-2015 12:34 AM
jahat kan JC ni..
esok aku akan tukar title thread ni.. have fun baca update..
Omg kesiannye kiera
Al fatihah......
Tq sbb abeskn jugak cite ni |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by anno_miss at 13-12-2015 02:17 AM
Terbaik ...tq. tq..tq ubati rindu kami JC.
penyudah citer mean girl 2 yg penuh kejutan.kena baca balik dari awal sekali lagi ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
JC, walaupun citer ko ni terlebih rempah sampai aku cirit-birit, tapi still terasa sedihnya. ni kisah benar ke? siannya Kiera tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by doubleA at 13-12-2015 08:40 AM
Tq JC. Kejutan 13 Dec ni dgn ending kematian kiera rupanya,huhu. Al-fatihah. Takziah.
Ada explanation tak pasal sebalik benda ni jadi?laina berdamping dgn makhluk lain ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Tapaham ending...
JC baik ko sexplain detail2 sket citer ni...
knape kiera mati? laina di mana?
adiba knowles dah aruah ke blom...
anak kiera anak jembalang ke...??
siapakah jembalang mastermind dlm citer ni? |
|
|
|
|
|
|
|
JC....kalau aku produser kaya...aku deal dgn ko buat siri tv or film..... Acik Ziela Jalil...xmo ambik buat modal drama ker? |
|
|
|
|
|
|
|
BEST !!!!!!! NAK LAGI NAK LAGI NAK LAGIIIIIIIIII |
|
|
|
|
|
|
|
joey_mcintrye replied at 13-12-2015 11:01 AM
JC....kalau aku produser kaya...aku deal dgn ko buat siri tv or film..... Acik Ziela Jalil...xmo amb ...
Baik acik zila jalil buat drama inspirasi jc ni,dari suami isteri perfect bla3,stereotype sgt kisah cinta cenggitu.
Aku doakan ko kaya. |
|
|
|
|
|
|
|
Tt, cita ang xdak pdf ka...aku dr dulu try nak baca cita2 ang tp x berapa nak boleh ikut sgt... |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih jc kerana telah menghempas dan di pulas2 utk siapkn karya yg indah ini
Diharapkn supaya jc dpt menerbitkn lgi kisah2 yg romentik seperti ini lgi.. sy dh follow siri ini dri sy darjah 1 smpai umo sy 40an hahahah.. sambung nyanyi balik sabar sabar aku cuba saaaabar... sadar sadar seharusnya kita sadarrrrrrr!!! kau dan aku tercipta tak boleh berpisaaaaaaaaaaaaaaahhhh
permandangan gelap... man continue singing on slower tempo: Dan tak bisaaa.. jauhhh~~ jaaaauhhh dari muuuuuu... |
|
|
|
|
|
|
|
innalillah....
terhenti jantung bel bila baca kubur kiera
bergenang juga air mata....
since ini kisah benar, bel harap hans terus tabah...harap juga hj mujib dan umie terus kuat
JC, siapa laina yg sebenarnya?
apa jad pada dia?
I guess it's something to do with Hj Muso kan?
Thank you JC for a great Finale!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|